Anda di halaman 1dari 65

Permainan Hoki

Nama kumpulan:
Dave ak Gani
Catherin ak Loo
Rosieca Jelawai ak Pasang
Felicia Ferada ak Matthew
Angelen Luan ak Engang
SEJARAH PERMAINAN HOKI
• Dua sumber asal usul :
1. Persia Kuno
2. Mesir Kuno
• Dimainkan antara dua regu ( setiap pemainnya
memegang sebuah tongkat bengkok yang
dipanggil stick untuk menggerakkan bola )
• Tarikh permainan ini mula dimainkan tidak dapat
dikenalpasti namun, sejarah ada menunjukkan
hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 tahun
yang lalu di Mesir.
• Buktinya ditunjukkan atas sebuah makam Bani
Hassan di Minia, Mesir sekitar 2000 S . M iaitu,
lukisan yang menggambarkan dua orang
melakukan buli seperti dalam permainan ini.
• Di pelbagai tempat terpencil di Mesir masa kini,
permainan ini masih juga dimainkan dengan
menggunakan stick daripada pelapah palem dan
bola keras.
• Sebelum penemuan ini, hoki dipercayai
bermula di Parsi sekitar 500 S.M.
• Hal yang sedemikian kerana adanya bukti
orang Parsi menunggang kuda untuk bermain
polo pada zaman itu.
• Sejarawan berpendapat bahawa permainan
polo adalah versi hoki yang halus yang wujud
lebih awal.
• Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500
S.M.
• Bas – reliefs (seni arca dinding ) yang ditemui
di Athens yang menggambarkan permainan
yang menyerupai hoki telah dimainkan.
• Nama hoki hampir sama dengan hoksa.
• Dari Mesir, hoksa menyebar ke suku Arab dan
ke bahagian lain di Afrika Utara , mungkin juga
melalui Kreta ke Yunani.
• Suku Arab menyebutnya dahwa dan
dimainkan dengan bola kayu.
• Suku Bahuka di Afrika menyebutnya thepu
dan dimainkan dengan bola karet.
• Namun, sejarah menginginkan England
sebagai tempat kelahiran permainan hoki
modern.
• Pada tahun 1800, sebuah almanak mencatat
adanya permainan ini namun, namanya sudah
pun hoki.
• Nama hockey ini dipetik daripada perkataan
hook ( bahagian bengkuk batang )
• Pada tahun 1886, , terbentuknya sebuah
organisasi induk hoki yang pertama yaitu di
England yang disebut sebagai English Hockey
Association.
• Sementara itu, sekitar tahun 1890, hoki telah
tersebar ke daratan Eropah.
• Setiap negara telah menyusun peraturan
permainan nasionalnya sendiri, walaupun intinya
diambil daripada peraturan permainan tersebut.
SEJARAH PERMAINAN HOKI DI
MALAYSIA
• Perkataan hoki berasal daripada bahasa
Perancis, ‘hooquet’
• Mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di
Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan berjaya
menjadi sebagai sebuah sukan yang
dipertandingkan pada tahun 1928.
• Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah
bermain permainan kayu yang mempunyai
persamaan dengan hoki .
• Mereka bermain antara puak – puak dengan
kedudukan yang agak berjauhan.
• Kadangkala hampir semua penduduk lelaki
yang berjumlah 1000 orang turut mengambil
bahagian dan mereka bermain dengan kasar.
• Di Malaysia, permainan ini mula
diperkenalkan sejak zaman penjajahan
Inggeris lagi oleh askar-askar dan kakitangan
Inggeris pada tahun 1892.
• Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara
Selangor dengan Singapura telah dijalankan.
• Permainan ini pda awalnya dipelopori oleh
negeri Selangor pada tahun 1920.
• Pada tahun 1926, hoki telah dimainkan oleh
penduduk – penduduk di Negeri – negeri Selat
dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
• Tidak lama selepas itu, Malaysia telah
menubuhkan pasukan hoki sendiri rentetan
daripada kedatangan pasukan India.
• Ketika itu, pasukan India baru sahaja
memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
• Tidak lama kemudian, pasukan Macao pula
datang ke Malaysia untuk melakukan
perlawanan persahabatan.
• Malaysia berjaya memenangi permainan ini.
• Pada tahun 1946, Liga Hoki diadakan di
Taiping, Ipoh, Singapura dan Kuala Lumpur.
• Persekutuan Hoki Tanah Melayu telah
ditubuhkan selaku penyelaras permainan hoki
di Malaysia.
• Pada tahun 1953, FIH telah menerima MHF sebagai ahli
gabungan.
• Kejohanan hoki pertama anjuran FIH bermula pada
tahun 1951 sehinggalah ke hari ini.
• Piala Razak menjadi rebutan kerana beliau merupakan
penyumbang kepada permainan ini.
• Kini, presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda
Sultan Azlan Shah.
• MHF turut menganjurkan permainan ini sehingga ke
peringkat antarabangsa .
• Hasil pertemuan Tanah Melayu dengan India telah
mendorong pasukan tersebut mengadakan perlawanan
ulangan (1954) kemudian diikuti perlawanan dengan
Pakistan.
KEMAHIRAN ASAS HOKI
5. Menahan/
1. Menggelecek
Menyerkap

2. Memukul 6. Menghantar

3. Menolak 7. Merebut/ Tackle

4. Menguis 8. Sudut Penalti


Ia adalah cara mengawal
bola bergerak.

Kemahiran ini digunakan


1.Kemahiran untuk melepaskan diri
Menggelecek dengan bola daripada
pihak lawan.

Terdapat tiga cara


menggelecek.
3 Cara
Menggelecek

Menggelecek Menggelecek Menggelecek


Longgar Rapat ‘indian’
• Digunakan apabila pemain hendak
Menggelecek menggerakkan bola dengan cepat.
Longgar • Bertujuan melepaskan dir dengan
bola daripada pemain lawan

• Digunakan apabila pemain hendak


mengawal bola dengan rapi.
Menggelecek • Digunakan apabila pemain tidak
dapat memastikan semasa bemain
Rapat sama ada selamat atau tidak untuk
mendedahkan bola kepada pemain
lain
• Digunakan ketika pemain
ingin menukar arah dari
kiri ke kanan atau
Menggelecek sebaliknya.
Indian • Pemain dapat melarikan
diri daripada pihak lawan
dengan menggunakan
cara ini.
2. Kemahiran Memukul
• Merupakan kemahiran yang sangat kuat
antara semua strok hoki.
• Bola dapat dihantar dengan lebih cepat dan
jauh.
• Ketepatan pukulan adalah penting.
3. Menolak
• Kemahiran menolak dapat dilakukan dengan
serta-merta tanpa disedari pihak lawan.
• Sangat berguna untuk clearance cepat atau
jaringan.
• Digunakan jika kemahiran memukul tidak dapat
digunakan.
• Boleh dilakukan dengan cepat dan pantas.
• Dapat melindung niat pemain dan menyebabkan
kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka
bila dan kemana bola akan dihantar.
4.Menguit/ Menguis
• Kemahiran ini untuk menjaringkan gol.
• Tidak memerlukan pergerakkan persediaan
untuk menguit bola dengan terkawal.
• Digunakan untuk melepaskan bola dari kayu
hoki pihak lawan.
• menghantar hantaran jauh kepada pemain
penyerang pasukan anda.
5. Menyerkap
• Merupakan kemahiran yang kerap kali
digunakan.
• Pengekalan pemilikkan bola yang telah dipukul
dari beberapa sudut dengan kelajuan yang
berbeza-beza.
• Kemahiran menyerkap bola yang kurang akan
menyebabkan bola yang dihantar akan
melantun jauh daripada kayu anda.
6. Merebut

• Merebut penting untuk memperoleh bola.


• Walaupun penahan tidak berjaya memperoleh
bola tetepi dia dapat memaksa penyerang
mengurangkan kelajuannya atau hilang
kawalan bola.
• Penting untuk para pemain pertahanan
menyusun semula barisan pertahanan dan
bersedia menghadapi serangan.
7. Menghantar
• Membolehkan pemain menggerakan bola
dengan cepat, sama ada keluar dari situasi
pertahanan atau untuk melakukan serangan.
• Hantaran biasanya dilakukan dalam
berpasukan membolehkan pemain
bekerjasama sebagai satu unit melawan
pasukan lain.
8. Sudut Penalti
• Menentukan kebanyakan bilangan gol boleh
dijaringkan melalui sudut penalti.
• Penggunaan sudut penalti dapat menentukan
kedudukan sesuatu pasukan dalam permaian.
• Sudut penalti patut diberi perhatian semasa
dalam latihan dengan jaringan dan
pertahanan yang sepatutnya dilakukan.
Ansur maju dalam permainan hoki

Menggelecek Memukul
longgar

Menguit/me
Menghantar
bola
nguis
Menahan
bola
Ansur maju menghantar bola
• Menolak bola
i.) Menolak bola bertujuan untuk memberikan bola kepada
rakan sepasukan semasa perlawanan hoki.
ii.) Cara-cara menolak bola ialah

1.) Pegang kayu hoki dengan cara yang betul.


2.) Pastikan posisi jarak antara dua tangan semasa
memegang kayu hoki.
3.) Rapatkan kayu hoki dengan bola hoki.
4.) Tolak bola hoki tersebut dengan keadaan kayu hoki rapat
dengan bola.
Ansur maju menahan bola
• Tunjuk bola
i.) Tunjuk bola bertujuan untuk menghentikan bola di
bahagian kanan.
ii.) Cara-caranya ialah

1.) Perhatikan arah bola bergerak


2.) Tunjuk bola tersebut menggunakan kayu hoki
3.) Ikut arah pergerakan bola hoki.
4.) Ikut bola menggunakan kayu hoki sehingga bola
sampai ke arah kita
5.) Hentikan bola menggunakan bahagian hujung kayu
hoki.
• Condong kayu hoki
i.) Condong kayu hoki bertujuan untuk menghentikan bola di
bahagian kiri
ii.) Cara-caranya ialah

1.) Mata memerhati bola.


2.) Bongkokkan badan ke arah kiri.
3.) Letak kayu hoki secara mendatar di atas lantai
4.) Condongkan kayu hoki bagi tujuan menghentikan bola.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN
MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola
mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu
biji bola.
2. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan
pelajar kepada dua kumpulan sama rata.
3. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10
meter di atas satu garisan yang lurus.
4. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui
garisan sambil menggelecek bola. Pelajar
perlu mengawal bola agar dalam keadaan
lurus.
5. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola
sebelum pelajar daripada kumpulan B
memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B
6. Teruskan latihan dengan menambah jarak
antara dua kumpulan tersebut sehingga
pelajar benar-benar mahir.
7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan
menggunakan skitel.
8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan
dengan skitel berjarak 10 meter.
9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki
ke arah skitel dan membuat membuat
pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan
pelajar.
• Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan
memastikan pelajar kedua memperoleh bola
tersebut.
• Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar
pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar
terakhir di dalam kumpulan tersebut
melakukan aktiviti ini.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN
MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola. Pelajar
mengambil satu langkah ke hadapan lalu
memukul bola kepada pasangan. Tambahkan
langkah kepada dua atau tiga.
2. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam
keadaan berlari.
3. Menolak bola, kemudian berlari dan
seterusnya memukul bola kepada pasangan.
4. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan
di luar kawasan D. Kemudian, tolak bola masuk
ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul
bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau
beberapa sentimeter di dalam kawasan D.
5. Memukul bola yang bergerak dari kanan.
a) Secara berempat:
A menolak bola ke B
B memukul bola ke C
C menolak bola ke D
D memukul bola ke A
6. Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya
dengan B dan C bertukar tempat dengan D.
B C

A D
b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A
menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan
memukul bola ke dalam gol.

c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah


kiri. Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan
dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah
ketika membuat latihan seperti di (c).
Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di
hadapan pintu gol.
ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN
MENGUIT/MENGUIS
• Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis
dan melakukan latihan menguit di atas garisan
pada dinding tersebut.
• Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah
dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang
berada di hadapan.
• Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan
lakukan kuitan.
• Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola
tersebut.
• Gelecek bola lebih kurang dalam 3 – 5 langkah lalu
menguit bola. Peringatan. Berhenti sebentar antara
menggelecek dengan menguit. Namun, selepas
latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan
masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk
lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.
Teknik
1.0 Teknik Hantaran (Pukulan)
• Hantaran dengan pukulan merupakan satu
cara hantaran yang kuat kerana bola itu
bergerak dengan pantas ke arah yang
diperlukan.
• Ketepatan arah yang boleh dicapai dengan
latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa
perlu ditekankan
Butiran Teknik
1. Cara memegang kayu:
• Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu
sementara tangan kanan di bawahnya.
• Kedua-dua ’V– yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari
kedua-dua tangan adalah selari.
• Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke
belakang dan mengikut rentek ke hadapan diadakan.
2. Cara berdiri:
• Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan
yang selesa.
• Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri.
• Bahu kiri ke arah gerakan atau pukulan.
• Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah
memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
3. Bola:
• Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri.
• Sekirannya bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki
kiri,kemungkinan pemain berkenaan memukul kakinya sendiri.
• Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain berkenaan.
4. Hayunan:
• Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan
lurus dengan kaki kiri.
• Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan
’Vertical–supaya pukulan tepat boleh berlaku.
• Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian
badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masa menghayunkan
ke belakang atau mengikut lajakan ke hadapan.
5. Badan:
• Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah
sama rata tetapi apabila kayu diturunkan ke bawah berat
badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
• Jari-jari kaki kanan menjadi paksi.
• Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:
1. Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.
2. Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.
3. Kepantasan menurunkan kayu.
4. Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.
5. Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan
dengan bola.
2.0 Teknik Menyerkap / Menahan Bola
• Menyerkap bermakna manahan bola.
• Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling
penting dalam permainan hoki (memiliki bola).
• Pemain -pemain harus menguasai kemahiran
menyerkap bola di atas permukaan padang yang
berlainan kerana permainan hoki dimainkan di
atas padang rumput dan juga astrot urf.
• Pasukan- pasukan yang boleh menyerkap bola
dengan baik akan menguasai dan dapat
menentukan corak permainan.
Terdapat beberapa cara menyerkap
antaranya:-
1. Menyerkap dengan gaya dua belah kaki rapat. Pangkal kayu
dicondongkan sedikit ke depan.
2. Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan.
3. Menyerkap bola dengan mengilas kayu - biasanya bagi bola
yang bergerak ke sisi kiri pemain. Berdiri dengan
mengangkangkan kaki dan tangan kiri mengawal kayu.
4. Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan
tanah. Satu gaya menyerkap bola untuk dipukul dalam
pukulan sudut dekat. Gaya ini dimainkan di atas padang
tiruan.
5. Menyerkap bola di bahagian tengah kayu yang rata. Tangan
kiri lurus. Semasa merendahkan badan untuk menahan
bola, buku lima tangan kiri rehat di atas padang.
Butiran Teknik
1. Cara Memegang Kayu:
• Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan
kanan di bawah sedikit.
• Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan
tangan kiri.
2. Cara Berdiri:
• Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit.
• Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang.
• Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada
dalam keadaan selesa.
• Keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu
yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola
ke atas.
3. Badan
• Badan,kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah
datangnya bola.
• Kadangkala satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola.
• Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah kepentingannya juga untuk
menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu.
• Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukan
yang diperlukan dengan keberatan badan sentiasa berpindah dari kiri ke
kanan.
• Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri ditegakkan
sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit.
• Pemain-pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola.
• Mereka mesti menerima bola dari beberapa arah khasnya dari belakang,
dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.
3.0 Teknik Menolak
• Menolak adalah cara penghantaran yang
paling pantas kepada seorang rakan.
• Sasaran bola disembunyikan sehingga saat-
saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan.
• Dalam keadaan tertekan ia merupakan
penghantaran yang paling selamat dan boleh
dibuat dengan mudah.
Terdapat beberapa cara menolak
antaranya:-
1. Gaya bersedia - dua belah kaki dijarakkan dan
badan direndahkan

2. Menolak bola - bahu kiri ke arah sasaran dan


berat badan dipindahkan ke kaki depan ketika
meleretkan kayu untuk menolak bola.

3. Pergerakan ikut lajak. Mata terus mengikut


pergerakan bola. Bahu kanan menunjuk ke arah
sasaran.
Butiran Teknik
1. Cara Memegang Kayu:
• Tangan kiri memegang kayu di sebelah atas, sementara
kedudukan tangan kanan ialah 15-30 cm di bawah tangan
kiri.
• Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.
2. Cara Berdiri:
• Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau
target.
• Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberi
keseimbangan.
• Lutut dibengkokkan kayu supaya dapat diletak berhampiran
dengan bola.
3. Bola:
• Kedudukan bola ialah 15 cm dari kaki kanan
atau lebih kurang 30 cm dari kaki kiri atau
lebih kurang 40-45 cm apabila kedudukan
badan bersudut tepat.
4. Badan:
• Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata
dapat melihat bola dengan tepat.
5. Perlaksanaan Kemahiran:
• Bagi perlaksanaan kemahiran ini kayu hendaklah
berhampiran bola atau melekat dengan bola.
• Bola ditolak dengan tangan kanan sambil tangan kiri
menekan kayu ke bawah.
• Bola ini akan bergerak leret ke arah sasaran.
• Hayunan kayu mengikut rentak adalah penting kerana ia
membantu menyentuh bola seberapa lama yang boleh.
• Dalam perlaksanaan kemahiran ini seseorang individu perlu
memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri.
• Dengan koordinasi dan pergelangan tangan yang kuat
penolakan yang kemas dapat dilakukan.
4.0 Mengelecek

• Kemahiran ini merupakan satu teknik kawalan bola dengan pergerakan


pantas.
• Ia menolong pihak lawan atau mengumpan pihak lawan keluar tanpa
kehilangan bola.
• Ia juga menolong membuka atau mewujudkan sudut-sudut hantaran bola.
Ia
• membantu mengelakkan hantaran kepada pemain sepasukan yang berada
dalam
• keadaan Ofsaid. Kemahiran ini amat penting apabila hendak men gatasi
pihak
• bertahan tanpa kehilangan bola.
4.1 Mengelecek Rapat
• Mengelecek cara ini membenarkan bola dikawal
dengan bebas dan bergerak di hadapan kayu.
• Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih
pantas dan penelitian yang baik tetapi
menambahkan risiko bola dirampas oleh pihak
lawan.
• Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan
membiarkan bola bergerak jauh dari kayunya dan
menghadapi risiko bola dirampas oleh pihak
lawan.
• Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi
lawan yang berada dalam keadaan pegun dengan
menolak bola melalui celah dan keliling kaki
lawan ke tempat lapang dan menggunakan
kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola.
• Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di
tempat lapang untuk bergerak pantas dengan
bola seperti seorang penyerang bergerak ke
sasaran yang lapang.
Butiran Teknik
1. Pegangan Kayu:
• Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di
bawah sedikit.
• Tangan kiri memegang kayu dengan kuat sementara tangan
kanan membantu mengawal bola saja.
2. Bola:
• Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di
luar kaki kanan.
• Bola hendaklah di hadapan badan.
• Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan
mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan
menjadi susah untuk mengawalnya.
3. Kaki dan Badan:
• Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam
keadaan selesa semasa membawa bola.
• Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau
berdiri.
• Kaedah ini menggalakkan seseorang pemain bergerak
dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat
mengatasi kawasan permainan yang lebih luas.
• Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat
melihat kehadapan semasa ia berlari dan menggelecek
bola.
4.2 Mengelecek Cara ‘India’
• Kelecek cara ini adalah asas bagi semua
gerakan dengan bola dalam permainan hoki.
• Pemain-pemain yang dapat menguasainya
akan memperolehi kepuasan dan berupaya
bertindak cemerlang.
• Bagaimanapun tidak ada gunanya seorang
pemain menunjukkan kelecek 'India' yang
'cantik' sekiranya tiada pemain lawan yang
berhampiran.
• Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India
di hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke
hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan
cara silih berganti memainkan bola menggunakan
hadapan dan kilas kayu.
• Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu belakang dan
ke hadapan ke atas bola.
• Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan
digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan
ketekan untuk menukar arah gerakan bola.
Butiran Teknik
• 1. Pegangan Kayu:
• Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas.
• Muka kayu pandangkan ke luar sambil buku jari tangan kiri pandangkan
badan pemain.
• Tangan kanan memegang kayu di bawah sedikit.
• Tangan kiri memusing kayu sambil tangan kanan membantunya sahaja.
• Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu dengan meluncur bola.
2. Bola:
• Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan.
• Ia kemudian ditolak ke kaki kiri dan apabila bola sampai.
• Kayu meluncurkan bola dan tariknya balik kepada kaki kanan.
3. Kaki dan Badan:
• Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan
ke hadapan dengan bola lebih kurang 60cm di depan.
• Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiri adalah secara
perlahan dan kemudiannya secara pantas.
• Jika kaki kanan di hadapan maka bola berada di kanan dan
jika kaki kiri bergerak ke hadapan maka bola ditarik ke kiri
juga.
• Seorang pemain harus ingat, bahawa bola mestilah di
hadapannya semasa bergerak dan badan pula condong ke
depan.
• Kayu sentiasa berhampiran dengan bola dan ini
membolehkan pemain mengawal bola pada setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai