Anda di halaman 1dari 5

SLOT KE 2

(1) MANA SATU?

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan seseorang.
MASA
 20 minit
ALATAN
 Kertas kecil tiga keping
MEKANISME
1) Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk menulis tiga tanggungjawab yang bakal dipegang oleh
para peserta pada masa hadapan.
2) Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab peserta terhadap negara sebagai seorang pemimpin dalam
masyarakat, terhadap keluarga sebagai seorang ahli keluarga dan terhadap diri sendiri untuk mencapai
cita-cita dalam hidup.
3) Suruh peserta menggenggam ketiga-tiga tanggungjawab itu dalam tangan kanan.
4) Untuk kali yang pertama suruh peserta membuang satu tanggungjawab yang difikirkannya kurang
penting ke dalam tangan kiri.
5) Fasilitator akan menanyakan sebab tindakan peserta berbuat demikian. Jika alasan yang diberikan tidak
meyakinkan fasilitator, fasilitator akan mempersoalkan tindakan peserta itu hingga difikirkannya perlu.
6) Selepas itu, fasilitator akan memberi arahan untuk peserta membuang satu lagi tanggungjawab ke
dalam tangan kiri mereka.
7) Sekali lagi fasilitator akan mempersoalkan tindakan peserta berbuat demikian.
8) Peranan fasilitator dalam aktiviti ini ialah untuk membuat provokasi terhadap tindakan peserta
membuang tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
9) Sebagai peringatan aktiviti ini bukanlah bertujuan untuk menguji peserta tetapi sekadar untuk melihat
sejauh manakah peserta jelas dan yakin terhadap keputusan yang dibuat oleh mereka sendiri.
FALSAFAH
1) Keyakinan adalah amat penting kepada seorang pemimpin dalam menentukan satu keputusan yang
mana memberikan kepentingan kepada semua pihak dalam semua aspek.
2) Apabila kita jelas dan yakin dengan keputusan yanag dibuat barulah kita dapat menghadapi segala
persoalan dengan tenang.
(2) SIAPA LEBIH BERHAK

OBJEKTIF
1) Melatih peserta berani untuk mengeluarkan pendapat dan yakin dengan setiap apa
yang diperkatakan.
2) Melatih peserta berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan.
3) Membina sikap kemesraan
MASA
 20 minit
ALATAN
 Lampiran cerita ‘Siapa Lebih Berhak’
MEKANISME
1) Fasilitator memberi tugasan dan membacakan cerita ‘Siapa Lebih Berhak’.
2) Fasilitator menentukan setiap ahli kumpulan untuk memainkan satu watak yang
terdapat dalam cerita tersebut.
3) Peserta diminta untuk berbincang bagi menentukan siapakah yang lebih berhak.
4) Fasilitator akan memberi ulasan keseluruhan.
FALSAFAH
1) Manusia akan bersatu semasa mereka susah tetapi bergaduh apabila senang.
2) Untuk mencapai satu keputusan, perlunya seorang pemimpin yang berkarisma.
LAMPIRAN
SIAPA LEBIH BERHAK
Seorang petani telah bermimpi mengenai sebutir permata hitam yang cukup menarik.
Hatinya tertarik untuk mendapatkan permata tersebut tetapi beliau tidak pasti sama ada
permata itu benar-benar wujud atau sebaliknya. Untuk mendapat kepastian, petani telah
berjumpa dengan seorang Alim untuk mendapatkan jawapan. Orang alim tersebut telah
mengesahkan bahawa permata tersebut memang wujud.
Apabila ditanya kepada orang alim tersebut, di manakah permata tersebut?, orang alim itu
tidak tahu. Petani itu telah menemui seorang ahli geologis untuk mengetahui kedudukan
permata tersebut. Geologis telah memberitahu kedudukan permata tersebut di dasar laut.
Mereka telah pergi ke laut untuk mengambil permata tersebut tetapi ahli geologis tidak
pandai menyelam.

Lalu petani mendapatkan bantuanjuruselam untuk mendapatkan permata itu. Setelah


permata itu diambil, petani itu membawa permata itu kepada jauhari untuk menentukan
kesahihan permata tersebut dan telah mengesahkan permata itu benar-benar asli. Kemudian
untuk mencantikkan batu permata tersebut, petani telah membawa permata itu kepada juru
ukir. Kini permata itu sungguh cantik.
Tugasan : Siapakah yang lebih berhak untuk memiliki batu permata itu?
SLOT KE 3
(1) ARAH

OBJEKTIF
 Supaya pelajar dapat menghayati perasaan mereka terhadap agama,
masyarakat dan tanahair di samping berusaha membangunkan diri mereka ke arah
potensi positif yang lebih mantap.

MASA
 30 minit

PERLAKSANAAN
1) Bawa perbincangan kepada persoalan konsep ‘Khalifah’ kepada para peserta.
Antaranya :
a) Pengertian pemimpin
b) Siapa yang harus memimpin dan dipimpin.
c) Ciri-ciri pemimpin.
d) Mengapa kita harus memikul tanggungjawab ini.
2) Seterusnya kaitkan dengankonsep ‘ibadah’. Fasi boleh membincangkan tentang tujuan
Allah menjadikan manusia dan jin.
3) Kemudian minta peserta menuliskan kepada sehelai kertas cita-cita mereka “saya
ingin menjadi................kerana Allah...........”(10 minit).

ULASAN
1) Dalam apa jua pekerjaan seseorang muslim, harus diniatkan kerana Allah. Maka
dengan demikian mereka tidak seharusnya menyalahi ajaran suci dan nilai-nilai murni
Islam yang jelas menfokuskan kepada kemurnian akhlak.
2) Setiap muslim harus mempunyai 3 perkara iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Terangkan
konsep Ihsan iaitu kita melakukan sesuatu seolah-olah kita melihat Allah atau jika
tidak pun Allah melihat kita. Dengan demikian setiap sesuatu harus dilakukan dengan
carayang terbaik.
3) Walau di manapun mereka berada, kecemerlangan harus menjadi motto dan prinsip
hidup.
SLOT KE 3
KAMBING PAK AHMAD

OBJEKTIF
1) Mempertahankan keyakinan walau apa pun cabaran yang mendatang dengan apa cara sekalipun.
2) Pergolakan emosi boleh memberi kesan dalam menentukan keyakinan seseorang.

ALATAN
 Lampiran cerita

MASA
 30-40 minit

MEKANISME
1) Fasilitator akan membaca lampiran cerita kepada peserta dan memberi tugasan.
2) Dua kumpulan dibentuk ataupun boleh bergabung dengan kumpulan LDK yang lain.
3) Fasilitator akan memilih dua orang sebagai batu api dalam menyemarakkan lagi perdebatan di
antara kumpulan dalam mempersoalkan siapa yang bersalah dalam hal ini.
4) Apabila peserta telah mencapai perdebatan yang konflik dan hangat, maka tibalah masanya bagi
dua peserta yang telah dipilih untuk membuat satu penyelesaian yang adil di antara kedua belah
pihak.

FALSAFAH
1) Setiap manusia mempunyai hak untuk mempertahankan pendirian masing-masing.
2) Setiap masalah itu ada penyelesaiannya dan setiap pihak tidak boleh menyalahkan pihak yang lain
apabila sesuatu konflik timbul tanpa alasan dan bukti yang kukuh.
3) Membina keyakinan diri yang padu dalam mempertahankan hak dan menyelesaikan masalah.

LAMPIRAN
KAMBING PAK AHMAD

Pak ahmad memelihara beberapa ekor kambing yang mana kambingnya itu telah dipagarkan dengan
pagar kayu yang kukuh. Jiran pak Ahmad, pak Ali dan mak Minah, mereka mempunyai kebun sayur yang
begitu subur dan telah mendatangkan banyak hasil kepada mereka berdua.
Pada suatu hari, kambing pak ahmad terlalu lapar dan telah bertindak dengan begituliarnya dengan
merempuh pagar kayu yang memagarkannya serta pagar kayu yang memisahkan rumah pak Ahmad dan pak
Ali. Apabila pak Ali menyedari bahawa kambing tersebut telah memakan tanamannya, lalu pak Ali dalam
kemarahannya telah menembak seekor kambing pak Ahmad. Kemudian terjadilah pergaduhan di antara pak
Ahmad dan pak Ali. Tanpa disedari pak Ahmad telah mencederakan pak Ali.

Tugasan : Siapakah yang bersalah dalam hal ini?.

Anda mungkin juga menyukai