Anda di halaman 1dari 21

PANDU PUTERI TUNAS

PENGENALAN
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri.

T Tolong orang selalu U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N Nilai hidup yang murni A Akhlak yang utuh S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah budi bahasa

AHLI PANDU PUTERI TUNAS


Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan.

Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri.

PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS


Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

KUMPULAN PANDU PUTERI TUNAS


Melur
Melur taat dan setia Berusaha setiap masa

Siantan
Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan

Teratai
Teratai nama kami Bekerja setiap hari

Kesidang
Kami Kesidang datang Menolong pagi petang

Cempaka
Cempaka bersuka ria Menolong orang duka

Kenanga
Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga

PANDU PUTERI REMAJA

PENGENALAN
Pasukan Pandu Puteri Remaja pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1917. Menjelang tahun 1919, Pandu Puteri telah berjaya ditubuhkan di negeri-negeri Pulau Pinang, di Perak pada tahun 1921, di Negeri Sembilan pada tahun 1924 dan di Melaka pada tahun 1925. Pada tahun 1932, Pandu Puteri juga telah ditubuhkan di Johor dan Kedah. Kedua-dua negeri ini juga adalah yang mula-mula sekali mengadakan kegiatan Pandu Puteri dalam bahasa Melayu.

COGAN KATA/MOTTO "SELALU SEDIA KEAHLIAN Pandu Puteri Remaja adalah gadis yang berumur antara 11 hingga 15 tahun. Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan.

PERSETIAAN PANDU PUTERI REMAJA


"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya saya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI


Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara alam sekitar.

Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

PANDU PUTERI RENJER

PENGENALAN
Pada tahun 1916, pasukan Kadet untuk Pandu Puteri yang telah melebihi umur ditubuhkan di England. Kemudian pada tahun 1920, Lady Baden-Powell mencadangkan pasukan ini diberi nama panggilan Renjer. Ketua Renjer Laut (Sea Ranger) yang pertama ialah Dame Katherine Furse. Empat tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1924, pasukan Renjer yang pertama telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaya.

AHLI PANDU PUTERI RENJER


Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

COGAN KATA Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi 'Selalu Sedia - Terus Berkhidmat'.

PERSETIAAN PANDU PUTERI RENJER "Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri Renjer."

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI RENJER


Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.

Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan

Anda mungkin juga menyukai