Anda di halaman 1dari 1

Kuiz Nilai Murni

1. Hock Vun bangun awal setiap pagi tanpa dibangunkan oleh ibunya.
-berdikari
2. Elstelle membersihkan kawasan halaman rumahnya.
- menjaga kebersihan persekitaran
3. Murid-murid mendengar ucapan Guru Besar dengan teliti semasa perhimpunan.
- prihatin/ hormat
4. Murid-murid beratur ketika memasuki kelas.
- berdisiplin
5. Penghulu kampung berbincang dengan penduduk kampung mengenai jalan
penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.
bermuafakat
6. Ibu menyediakan sarapan pagi untuk setiap ahli keluarga.
- tanggungjawab
7. Adilah memulangkan dompet yang dijumpainya kepada guru.
jujur
8. Murid-murid berdiri tegak semasa nyanyian lagu Negaraku.
cinta akan Negara
9. John memberi sedekah kepada orang yang miskin itu.
murah hati
10. Jacky memimpin tangan orang buta untuk menolongnya melintas jalan.
baik hati
11. Jo-Anne membaca buku sementara menunggu bas di perhentian bas.
- menghargai masa
12. Alvin Lee mengulang kaji pelajaran di biliknya pada waktu malam.
rajin
13. Caresse dan keluarganya bersenam di taman rekreasi pada setiap hari Sabtu.
menjaga kesihatan.
14. Jason menunggang basikal dengan berhati-hati.
- menjaga keselamatan diri
15. Kristin tidak makan dan minum di depan kawan-kawan yang berpuasa.
hormat-menghaormati
16. Rakyat Maaysia mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan.
cinta akan Negara/ semangat patriotism
17. Benny menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dengan baik.
- amanah
18. Tiffany menjaga kelas dan memastikan murid-murid senyap semasa guru tidak ada di
kelas.
-bertanggungjawab
19. Henry tidak berputus asa walaupun keputusan peperiksaannya merosot.
- cekal/tabah
20. Brian sentiasa menggosok gigi dan mandi selepas bangun.
- menjaga kebersihan diri

Soalan Bonus
21. Wen Feng bertekad berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam
peperiksaan akan datang.
- bercita-cita tinggi
22. Jericho menolong ibunya menjaga adik yang kecil semasa ibunya sibuk memasak.
- kasih sayang

Anda mungkin juga menyukai