Anda di halaman 1dari 1

Saya seekor burung kakak tua.

Saya seekor burung kakak tua. Pada mulanya saya hidup bebas di hutan rimba.Seorang pemikat burung berjaya menangkap saya.,lalu saya dibawa pulang ke rumahnya. Saya berasa sedih kerana berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan. Perasaan sedih itu berkurangan apabila tuan saya menjaga saya dengan baik. Saya tinggal di dalam sangkar yang cantik dan diberi makanan yang mencukupi. Boleh dikatakan hampir setiap pagi tuan saya mengajar saya menyebut beberapa patah perkataan.Saya boleh menuturkan perkataan "helo, Assalamualaikum," dan berpuluh-puluh perkataan lain. Tuan saya begitu gembira melihat kepetahan saya bertutur. Pada suatu hari,saya dibawa menyertai pertandingan suara burung. Saya disuruh bercakap dan menyanyi di hadapan orang ramai. Tanpa disangka-sangka,suara saya memikat perhatian pengadil dan diumumkan sebagai johan. Sejak itu, tuan saya semakin golok membawa saya menyertai pelbagai pertandingan. Saya menggondol banyak hadiah. Tuan saya semakin kerap melatih saya agar dapat mengekalkan kejuaraan. Saya tidak tahu sapai bila khidmat saya diperlukan. Walaupun saya disayangi dan dikagumi,tetapi sesekali timbul rasa rindu akan kebebasan hidup seperti dahulu.Alangkah gembiranya jika saya berpeluang bebas seperti dahulu.

Anda mungkin juga menyukai