Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Hari Guru

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KATI 2017


9.00 PAGI Perhatian!
UCAPAN ALU- Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis
ALUAN sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.
PENGERUSI
MAJLIS Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada
(IQBAL) semua guru SK Kati.

Istana kota sebelas tingkat,


Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,


Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

(AIN) Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera,
salam 1 Malaysia, Salam SK Kati Excellent.

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun,


Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati En Muhammad Munif bin Meor Mahamud,


Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha Puan Wahidah binti Mohd Kamil,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Norazian binti Zainal Abidin,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Encik Kamarul Ariffin bin Hamzah,


Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Kati, AJK PIBG dan rakan-


rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini
kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang
amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru
peringkat SK Kati bagi tahun 2017. “Guru Pembina Negara
Bangsa” demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

NYANYIAN Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru
LAGU dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’
NEGARAKU
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar
(IQBAL) tadi.

Semua dipersilakan duduk.

UCAPAN GURU
BESAR Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah
(IQBAL) Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas


ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

NYANYIAN Angin menderu dengan sepoinya,


LAGU ‘GURU Di anak tangga duduk berperikan;
MALAYSIA’ DAN Kasih guru akan muridnya,
LAGU TEMA Masa dan tenaga rela korbankan.

(AIN) Rakan-rakan sekalian,


Majlis menjemput semua guru SK KATI untuk naik ke pentas.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK


Kati kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru
peringkat sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita
mendengar gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru
Malaysia’, lagu tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, lagu ‘Suci
Dalam Debu’ dan lagu ‘Warisan’.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru


menghiburkan kami semua.

PERSEMBAHAN Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada rakan-


MURID rakan kita pula.

(IQBAL) Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan Kalam Jamaie untuk


membuat persembahan. Dipersilakan.
Untuk makluman hadirin, pasukan Kalam Jamaie itu tadi di bawah
pimpinan dan bimbingan Ustazah Rabaatul Adauyah, Ustazah
Nazraihan, dan Ustazah Zurina. Baru-baru ini mereka telah muncul
sebagai Johan dalam pertandingan peringkat Zon Kati. Berikan
tepukan gemuruh kepada mereka semua.

Seterusnya majlis mempersilakan sahabat kita, Wahyda Sufi


Umilah binti Azmi untuk menyampaikan pidato yang bertajuk,
“Institusi Raja – Lambang Perpaduan dan Tunjang Penyatuan
Rakyat.” Dipersilakan,

Untuk pengetahuan semua, saudari Wahyda telah mendapat


tempat ketiga dalam pertandingan pidato diraja sempena Hari
Keputeraan Sultan Perak peringkat daerah baru-baru ini. Tahniah
dan terima kasih diucapkan kepada saudari Wahyda.

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah


persembahan daripada murid-murid Tahun 6 Kreatif. Untuk itu,
dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka yang
berjudul, “Be Mine.” Dipersilakan.
(IQBAL)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid
Tahun 6 dengan persembahan itu tadi.

Dengan ini selesailah sudah tugas kami berdua. Untuk acara


seterusnya kami serahkan majlis kepada Puan Faridah binti Abu
Seman.

UPACARA
PENYAMPAIAN
HADIAH

Anda mungkin juga menyukai