Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN GAWAI 2016

(1) PEMBUKA BICARA (R)

Bismillahirrahmanirrahim...

· Yang Berusaha Encik Jefri Bin Pahari, Guru Besar SK Penghulu Andin

· Yang Dihormati, Encik Francis ak Suning, Penolong Kanan Satu, Puan Liong Lian
Tai, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rennya ak Ajang, Penolong Kanan
Kokurikulum,

. Yang Dihormati Puan Maria anak Manggie, YDP SK Penghulu Andin, Puan
………….., NYDP SK Penghulu Andin, Barisan Exco PIBG SK Penghulu Andin

. Yang dikasihi rakan-rakan guru, para pelajar serta hadirin dan hadirat yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

(2) PANTUN ALU-ALUAN (L)

Bersongkok bersampin segak berseri,


Berbaju Ngepan anggun jelita,
Majlis ramah mesra Gawai dan Aidilfitri,
Bersamalah kita meraikannya.

Pansuh ayam tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

(3) KATA ALU-ALUAN (L)


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan
kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan
Terbuka SK Penghulu Andin yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan gawai
raya dan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2019.
(4) UCAPAN GURU BESAR (L)
Hadirin dan hadirat sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya,


Ayam pasuh pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Tuan Guru Besar bermadah kata.

Bagi maksud pantun sebentar tadi, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya
mempersilakan yang berusaha, Encik Jefri bin Pahari, Guru Besar SK Penghulu
Andin untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan..

Terima kasih Encik Jefri di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

(6) PENYAMPAIAN CENDERAHATI DAN HADIAH (R)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan hadiah kepada staf
yang akan berpindah dan juga kepada staf yang kematian ahli keluarganya.
Dijemput sekali lagi Guru Besar kita Encik Jannudin Bin Abdul Rahman untuk naik
ke atas pentas bagi menyampaikan cenderahati dan hadiah kepada penerima.

Dijemput Puan Suhana Binti Ahmad untuk naik ke atas pentas bagi menerima
cenderahati ikhlas daripada pihak sekolah sempena perpindahan beliau ke SK
Bekenu.

Dijemput Encik Huzaini Bin Amir untuk naik ke atas pentas bagi menerima
sumbangan ikhlas daripada pihak sekolah. Untuk pengetahuan hadirin sekalian,
Encik Huzaini Bin Amir dan Cik Roslina Binti Amir telah kehilangan ayahanda
tercintanya pada _______________ yang lalu.

Hadirin dan hadirat sekalian, sumbangan ikhlas yang disampaikan kepada para
penerima tadi merupakan pemberian ikhlas daripada pihak JAKIS dan pihak PIBG
SK Tatau. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas sumbangan sebentar
tadi.

Untuk menghargai jasa dan perkhidmatan KSIB SK Tatau sepanjang tahun ini,
dijemput wakil KSIB SK Tatau iaitu Puan Halina Binti Yahya untuk naik ke atas
pentas bagi menerima sijil penghargaan daripada Guru Besar.
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas penyampaian cenderahati dan
hadiah sebentar tadi.

(7) JAMUAN (L)

Ketupat lemang nasi impit laksa,


Mi kuah bihun sup tidak dilupa,
Kek dan biskut tersedia di meja,
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua tetamu yang hadir untuk menikmati juadah
yang telah sedia dihidangkan.

(8) PERSEMBAHAN (L)

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran sukma kilauan kelisa,
Sambil berbual nikmati juadah,
Persembahan guru ceria acara.

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh guru-guru kita. Majlis mempersilakan..

Demikian tadi berakhirnya persembahan daripada guru-guru SK Tatau. Terima kasih


diucapkan kepada rakan-rakan guru yang telah menyampaikan persembahan
nyanyian kompilasi lagu-lagu Raya yang cukup menghiburkan sebentar tadi. Syabas
diucapkan kepada semua guru yang telah menjayakan persembahan sebentar tadi.

(9) PENUTUP (R)


Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis ingin mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Gawai peringkat sekolah ini dapat berlangsung dengan meriahnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu jemputan atas kerjasama yang
diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Rimbun sungguh si pohon pandan,

Harum wangi bau kasturi,

Salah dan silap harap dimaafkan,


Tahun depan berjumpa lagi.

Sekian, Wassalamualakum wbt. dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai