Anda di halaman 1dari 3

HARI TERBUKA SK LONG LAPUT 2018

Sape dimainkan.
Para hadirin dijemput berdiri.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77
Telang Usan serta para tetamu kehormat.
Nyanyian Negaraku
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda cintakan negara, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan
negara kita iaitu lagu Negaraku, diikuti dengan lagu ‘Ibu Pertiwiku’ dan Fly kenyalang Fly. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Hadirin dijemput duduk.

Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77 Telang Usan
Yang Berbahagia Temenggung Elizabeth Deng, Ketua Komuniti Kaum Kayan Bahagian Miri
Yang berusaha, En Robert Luhat, Ketua Kampung Long Laput,
Yang Berusaha En Hassan Bin Seruji, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Laput
Yang berusaha, En Herold Usong, Yang dipertua PIBG SK Long Laput
Yang berusaha, Puan Selina Mujan, Naib Yang dipertua PIBG SK Long Laput
Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru
Anggota Kumpulan Pelaksana,
AJK-AJK PIBG,
Dan Sidang hadirin yang dihormati.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang
Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77 Telang Usan untuk
menyempurnakan perasmian Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Long Laput sebentar nanti.

Bacaan Doa
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama memohon berkat agar
segala urusan pada hari ini mendapat rahmat-Nya. Untuk itu, majlis menjemput Pastor Anyie
Wan untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Aluan Guru Besar
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Encik Hassan Bin Seruji,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Laput untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.


UCAPAN TETAMU KEHORMAT & GIMIK PERASMIAN
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Para hadirin yang dihormati, tidak sempurna majlis kita tanpa mendengar ucapan perasmian.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Hassan Bin Seruji, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Long Laput, untuk mengiringi Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan
Undangan Negeri N77 Telang Usan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Hari Terbuka SK Long Laput bagi tahun 2018. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan
Undangan Negeri N77 Telang Usan di atas ucapan beliau sebentar tadi. Untuk itu, majlis
meminta Yang Berhormat Encik Dennis Ngau untuk terus berada di atas pentas untuk gimik
perasmian.

Dengan itu, maka rasmilah sudah Hari Terbuka Sekolah SK Long Laput 2018. Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli
Dewan Undangan Negeri di atas kesudian merasmikan Hari Terbuka Sekolah SK Long Laput bagi
tahun 2018.
PERSEMBAHAN MURID TAHUN 6
Dari kedah ke Kuala perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
semoga hadirin terhibur di hati

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Terbuka pada tahun ini, serta mengalu-alukan tetamu
kehormat, dengan ini, majlis menjemput penari-penari yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan
Tahun 5 sk long laput untuk membuat persembahan Dikir Barat.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan tarian yang menarik hati itu tadi.
Penyampaian cenderahati kepada YB
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang berusaha Encik Hassan Bin Seruji, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Long Laput untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berhormat Encik Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N77 Telang Usan. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih dengan penyampaian cenderahati itu tadi.


PERSEMBAHAN PELAJAR TAHUN 1 DAN TAHUN 2

Membeli sirih di Batu Pahat


Daunnya lebar enak di makan
Majlis perasmian mohon berehat
Persembahan Tahun 1 dan Tahun 2 kita saksikan

Para hadirin yang dihormati,


Marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan tarian dari murid-murid Tahun 1 iaitu
Dayung sampan dan Aku mimpi manakala murid-murid Tahun 2 akan mempersembahkan lagu
yang bertajuk Suasana Hutan dan Lenggang Inang.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dia atas persembahan tarian sebentar tadi.
Para hadirin yang dihormati, lengkaplah sudah upacara perasmian Hari Terbuka Sekolah
Kebangsaan Long Laput bagi Tahun 2018. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
bagi menjayakan program kita pada hari ini dan seterusnya. Kerjasama dan sokongan kalian
amatlah dihargai.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Encik Hassan Bin Seruji, Guru Besar SK Long Laput,
untuk menjemput & mengiring Yang Berhormat Encik Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan
bersama para tetamu untuk melawat tapak pameran dan gerai jualan.

Untuk makluman para hadirin juga, pada hari ini terdapat pelbagai acara yang menarik untuk
disertai bagi yang berminat.

Baca buku program

Anda mungkin juga menyukai