Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH SMK BANDAR

BARU SULTAN SULEIMAN 2022

BIL AGENDA TEKS


Bismillahirrahmanirrahim..
1. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Selamat sejahtera,

 Yang Berusaha Puan Nurul Ain binti Muhammad Zain, Pengetua


SMK Bandar Baru Sultan Suleiman
 Yang Dihormati, Puan Puziah binti Tuban, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
 Yang Dihormati, Puan Afishah binti Musa, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
 Yang dihormati Inspektor Zulkarnain bin Kamisan ,Pegawai
Perhubungan Sekolah
 Seterusnya guru-guru, serta murid-murid yang dikasihi.

2. Kata Alu- Selamat Datang Ke Majlis Pelancaran Minggu Antidadah SMK


aluan Bandar Baru Sultan Suleiman tahun 2022

3. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur


kepada Ilahi kerana pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul
sempena Majlis Pelancaran Minggu Antidadah peringkat sekolah untuk
tahun 2022.
Sekolahku Sejahtera,Leboh Baik Cegah adalah tema Hari
Antidadah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Pepatah“Mencegah
lebih baik dari merawat” memerlukan pemerkasaan tindakan awalan
yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga dan komuniti
bermula dari unit keluarga kecil sehinggalah kepada tanggungjawab
komunit dan sekolah.
4. Aktiviti PPDa Oleh itu,Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama
Unit Kurikulum & Unit Kokurikulum telah berganding bahu merancang
pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu PPDa. Antaranya Kuiz Gaya
Hidup Sihat dan Teka Silang Kata PPDa yang telah dilaksanakan
semasa perjumpaan kokurikulum secara atas talian. Dan sepanjang
minggu ini, pelbagai kupasan isu menarik tentang Pendidikan
Pecegahan Dadah yang akan dianjurkan bersama agensi AADK,
penjara,PDRM dan institusi pendidkan. Selain itu, terdapat juga
beberapa pertandingan yang akan berlangsung seperti Pertandingan
Melukis Poster Gaya Hidup Sihat, Pertandingan Mencipta Sajak PPDa,
Pertandingan Mewarna Tak Nak Rokok dan Pertandingan e-Fotografi
Remaja Sihat. Oleh itu, pihak sekolah amat berbesar hati berharap
murid-murid dapat menyertai setiap aktiviti yang telah
dirancang.Hadiah dan sijil penyertaan menanti anda.
5 Persembahan Hadirin yang dihormati,
murid
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid
Dijemput saudari Nur Dinie Aliyah dan Nur Uzmayra dari kelas 4B
untuk berkongsi maklumat 5 minit anti dadah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Terima kasih atas perkongsian maklumat yang menarik sebentar tadi
Seterusnya majlis menjemput Saudari Nazleen Natasya bt Mohd
Nasaruddin dari kelas 5C untuk mendeklamasikan syair

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Terima kasih saudari Nazleen atas persembahan yang hebat sebentar
tadi. Diharapkan apa yang telah disampaikan itu tadi dapat memberi
panduan kepada kita semua dalam menjalani hidup yang penuh
pancaroba ini lebih-lebih lagi pada zaman ini yang semuanya hanya di
hujung jari.
Ucapan Hadirin sekalian,
6 Pengetua Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Seterusnya majlis menjemput Puan Nurul ‘Ain binti Muhammad
Zain,Pengetua SMK Bandar Baru Sultan Suleiman untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Terima kasih diucapakan atas ucapan amanat sebentar tadi.

Kini, kita telahpun berada di kemucak acara., kita akan mendengar


ucapan perasmian dan gimik Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat
Sekolah yang akan disempurnakan oleh Inspektor Zulkarnain bin
Kamisan ,Pegawai Perhubungan Sekolah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*************ucapan perasmian ***********

Demikian tadi ucapan perasmian dan gimik pelancaran yang telah


disempurnakan oleh Inspektor Zulkarnain bin Kamisan.Terima kasih
diucapkan. Dengan berakhinya upacara itu tadi maka bermulalah
minggu Antidadah peringkat sekolah bagi Tahun 2022 Pelbagai aktiviti
telah dirancang dan diharapkan semuanya dapat berjalan lancar.

Terima kasih diucapkan.

Saya serahkan majlis kepada pengerusi perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai