Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG

48000 RAWANG
KERTAS CADANGAN
PROGRAM LATIH TUBI BERFOKUS
TAHUN 2011
1.0 PENDAHULUAN
Bengkel-bengkel kecemerlangan penting bagi membantu pelajar memperoleh skor yang tinggi dalam
peperiksaan terutamanya PMR. Usaha bagi meningkatkan kecermelangan pelajar semestinya mendapat
sokongan dan komitmen padu semua pihak khususnya guru-guru dan para pelajar sendiri. Para pelajar
mestilah berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kecermelangan mereka terutama setelah semua
PBS dan sukatan pelajaran mereka telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Sokongan padu semua
pihak amat diharapkan bagi sama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar
2.0 MATLAMAT
Mengatasi kelemahan dalam menguasai pembelajaran KHB PK dan memastikan mereka memperolehi
keputusan yang cemerlang dalam PMR KHB PK.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan calon PMR 2011 dengan soalan-soalan pelbagai bentuk berformatkan PMR sebanyak
mungkin sebagai pendedahan dan persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan PMR.
3.2 Memperkembangkan potensi dan kecemerlangan diri pelajar dengan pelaksanaan sistem pembelajaran
berkesan/fokus bagi menghadapi PMR.
3.3 Meningkatkan kerjasama antara pelajar-pelajar dan guru-guru bagi mempertingkatkan usahasama
bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.
4.0 AKTIVITI
4.1 Pelajar akan menerima set modul bank soalan peperiksaan percubaan tahun-tahun lepas/semasa dari
seluruh Malaysia.
4.2 Pelajar akan cuba menjawab soalan sama ada dengan bantuan guru, merujuk buku, perbincangan
sesama rakan atau melaksanakannya sendiri.
4.3 Guru memberikan jawapan dan menerangkan jawapan tersebut secara menyeluruh kepada pelajar.
5.0 SASARAN
Semua Pelajar KHB-PK tingkatan 3

6.0 TARIKH
25 Julai 30 September 2011

7.0 MASA
3 waktu P & P bagi kelas KHB-PK tingkatan 3
8.0 CADANGAN TEMPAT
Bengkel-bengkel dan Kelas-kelas pelajar KHB-PK tingkatan 3

9.0 STRUKTUR ORGANISASI


Penasihat

: Hjh Mazlah bt Hussein

Pengerusi

: Hjh Norseha bt Manaf

Naib Pengerusi

: Pn Faridah bt Omar

Setiausaha

: Pn Normi bt Ghazali

Naib Setiausaha

: Pn. Fatimahwati binti Awang Samah

AJK

Penyedia Modul

: Puan Normi binti Ghazali

Pencetak Modul

: Puan Rodita bt Muhamad

Pengetip Modul

: Pn. Zuraiti Zainal Abidin

Pengedar/pelaksana

: Pn Fatimahwati/Pn. Rodita/Pn. Faridah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil

Perkara

Kuantiti

1.

Bahan bercetak

7500 helai

2.

Tape binding
JUMLAH

RM3.50 x 10

Anggaran
Perbelanjaan (RM)
701.00
35.00
736.00

11.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Panitia KHB

12.0 PENUTUP

RM 736.00

Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan program ini akan mendatangkan kesan yang positif dan
berkekalan kepada pelajar, khususnya sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai
pelajar yang akan menduduki menduduki peperiksaan PMR 2011.

Kesan akhirnya akan

mewujudkan suasana dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang harmonis dan melahirkan
pelajar-pelajar yang sihat minda dan sentiasa menjiwai kecemerlangan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(FATIMAHWATI BINTI AWANG SAMAH)


Naib Setiausaha Program
SMK Rawang

..
(FARIDAH BINTI OMAR)
Guru Kanan Bidang Teknik Vokasional
SMK Rawang

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

HJH NORSEHA BINTI MANAF


Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Rawang

...
HJH MAZLAH BINTI HUSSEIN
Pengetua
SMK Rawang

Anda mungkin juga menyukai