Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN PERASMIAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN GOLF


PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR
10 SEPTEMBER 2021(JUMAAT)
(2.30 – 5.00 PETANG)

Ucapan Alu-aluan Bissmillahirrahmanirahim....


Pengacara Majlis
Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirahim..
(PN. NORLIANTI) Kami mohon kebenaran untuk memulakan majlis , membuka
tirai, mengendalikan acara, menyempurnakan amanat yang
diberikan kepada kami pada petang yang berbahagia ini.

Yang Berusaha,

PUAN ROZLINA BINTI ABDUL GHANI


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

ENCIK ROSLI BIN SULAIMAN


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

ENCIK AZRUL HISHAM BIN HAMZAH


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor

- Yang Dihormati,

PUAN MANIZA BINTI YUSOF


Pemangku Pengetua
SMK Dato’ Haji Kamaruddin

PUAN ZAITON BINTI HAJI ZAINUDDIN


Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Dato’ Haji Kamaruddin

ENCIK ZAINUDIN BIN CHE SAB


Pegawai Teknik Pembangunan Sukan Golf
MSSD Hulu Selangor

Pengetua-pengetua dan Guru-Guru besar


Sekolah –sekolah Daerah Hulu Selangor

Barisan juri dan hakim,

1
AJK Pelaksana Kejohanan,

dan ibu bapa serta para peserta


Pertandingan Kemahiran Sukan Golf MSSD Secara dalam
talian tahun 2021

Terima kasih diucapkan atas kesudian tuan/puan untuk hadir


dalam majlis pada petang ini.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada


Rahmat pencipta kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersua
kembali dalam rentak dan suasana norma baharu, pada petang
yang penuh barakah ini, untuk sama-sama menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Pertandingan Kemahiran Sukan Golf
dan Pengumuman Pemenang peringkat MSSD Hulu Selangor
bagi tahun 2021 secara dalam talian menggunakan pelantar
Google Meet. Bersama-sama saya pada petang ini, Pn.
Parawanida Binti Muhammad Raslan selaku pengacara majlis,
diharapkan agar majlis kita berjalan lancar dan diberkati oleh
yang maha Esa.

Hadirin dan hadirat sekalian,

*Link kehadiran dan buku program akan dipaparkan pada


ruangan chat. Mohon para hadirin mengisi kehadiran mengikut
kriteria yang ditetapkan.

Lagu Negaraku Sidang hadirin yang dimuliakan,

(PN. NORLIANTI) Majlis kita mulakan pada hari ini secara rasminya, dengan
tayangan video nyanyian Lagu Negaraku.
Dipersilakan…

***( tayangan video Lagu Negaraku )***

Bacaan Doa Terima kasih diucapkan atas penghayatan terhadap video lagu
Negaraku sebentar tadi.
(PN. NORLIANTI)
Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi menjunjung keberkatan majlis, marilah sama-sama kita


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohamad Farid Bin Mat Nazi,

Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan...

***(Bacaan doa)***

2
(PN. FARAWANIDA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Mohamad Farid Bin Mat Nazi, atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Kata aluan emcee Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

(PN. FARAWANIDA) Pandemik Covid-19 yang melanda telah memberi ancaman


kesihatan dan keselamatan kepada semua rakyat dalam negara
di seluruh dunia termasuk Malaysia. Hal ini secara langsung
telah membentuk norma baharu dalam gerak kerja di semua
sektor termasuk sektor pendidikan. Penularan wabak ini telah
memberi impak yang besar terhadap pelaksanaan aktiviti dan
kejohanan sukan di sekolah.

Bagi memastikan pertandingan sukan terus disemarakkan, ahli


jawatankuasa Pertandingan Kemahiran Sukan Golf Majlis Sukan
Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor telah dibentuk, supaya
dapat merealisasikan pelaksanaan pertandingan secara dalam
talian. Justeru, terdapat lima (5) kategori kemahiran yang
dipertandingkan antaranya adalah putting, chipping, floping,
juggling dan driving yang boleh disertai oleh murid lelaki dan
perempuan mengikut enam (6) kategori umur yang telah
ditetapkan.

Tayangan Montaj Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pertandingan
Susun atur cara majlis kita diteruskan lagi dengan persembahan
(PN. FARAWANIDA) montaj Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kemahiran
Sukan Golf dan Pengumuman Pemenang peringkat MSSD
Hulu Selangor tahun 2021... Dipersilakan..

***( video montaj )***

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli


jawatankuasa persembahan montaj, yang telah menyediakan
bahan tayangan sebentar tadi.

Ucapan Pengerusi Dengan sukacitanya,


Pengelola
Dipersilakan Yang dihormati, Puan Maniza Bt Yusof, untuk
(PN. FARAWANIDA) menyampaikan kata alu-aluan, mewakili pihak pengerusi
pengelola bagi Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan
Kemahiran Sukan Golf dan Pengumuman Pemenang peringkat
MSSD Hulu Selangor tahun 2021,

Dengan segala hormatnya, dipersilakan..

***( ucapan perasmian )***

3
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
(PN. FARAWANIDA) dan terima kasih kepada Puan Maniza Bt Yusof atas bingkisan
ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Seterusnya,

(PN. FARAWANIDA) Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

Yang Berusaha, Puan Rozlina Binti Abdul Ghani, Pegawai


Pendidikan Daerah Hulu Selangor untuk menyampaikan
bingkisan kata dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Pertandingan Kemahiran Sukan Golf Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD) Hulu Selangor Tahun 2021,...

Majlis dengan penuh hormatnya, mempersilakan..

***( ucapan perasmian )***

(PN. NORLIANTI) Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Puan Rozlina Binti Abdul Ghani yang
telah merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Kemahiran
Sukan Golf Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor
Tahun 2021.

Pengumuman Pemenang Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

(PN. NORLIANTI) Tibalah waktu dan saat yang dinanti-nantikan iaitu


pengumuman Senarai Pemenang Pertandingan Kemahiran
* kena standby list Sukan Golf MSSD Hulu Selangor tahun 2021...
pemenang
***( tayangan slaid sambil bacakan senarai pemenang)***

Kita mulakan dengan pemenang kategori yang pertama


kategori PEREMPUAN bawah 12 tahun...

pemenang tempat ke-3, Thanisha Anjali A/P Ruthirakanapathy


dari SJKT Ladang Sg. Choh
pemenang tempat ke-2, Neeroshini A/P Mohan dari SJKT
Ladang Sg. Choh
johan disandang oleh.... Putri Natasha Ameera Binti Roslee dari
SK Tmn Bunga Raya 1

Seterusnya, kategori LELAKI bawah 12 tahun...

Pemenang tempat ke-6, Mugunthan A/L Sekar dari SJKT Ladang


Kerling
pemenang tempat ke-5, Kavines A/L Selvakumar dari SJKT
Ladang Kerling
pemenang tempat ke-4, Tiviyan A/L Ganeson dari SJKT Ladang
4
Sg. Choh
pemenang tempat ke-3, Naavalan A/L Kana Moorthy dari SJKT
Ladang Sg. Choh
pemenang tempat ke-2, Subas A/L Saravanan dari SJKT Ladang
Sg. Choh
Johan jatuh kepada... Vimaldev A/L Magendran dari SJKT
Ladang Sg Choh

seterusnya, pemenang kategori PEREMPUAN bawah 15


tahun...

pemenang tempat ke-2, Tamil Chelvi A/P Sasidaran dari SMK


Serendah
johan disandang oleh... Danissha A/P Sargunan dari SMK Bukit
Sentosa

Bagi kategori LELAKI bawah 15 tahun...

Pemenang tempat ke-2, Rhessitharan A/L Mahendran dari SMK


Bukit Sentosa
Johan jatuh kepada...Muhammad Nastha Ilyashah Bin Roslee
dari SMK Taman Bunga Raya 1

Akhir sekali, pemenang kategori LELAKI bawah 18 tahun...

Johan disandang oleh, Nisshan A/L Sargunan dari SMK Sg. Choh

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang...

Sambungan senarai Sambungan senarai pemenang ikut kemahiran...


pemenang (kemahiran)
Seterusnya, diumumkan senarai pemenang mengikut
(PN. NORLIANTI) kemahiran yang ditetapkan iaitu terdapat lima (5) jenis
kemahiran yang dipertandingankan antaranya termasuklah
* kena standby list PUTTING, CHIPPING, FLOP, JUGGLING DAN DRIVING
pemenang
Pemenang bagi kemahiran PUTTING jatuh kepada, Muhammad
Nastha Ilyashah Bin Roslee dari SMK Taman Bunga Raya 1

Pemenang bagi kemahiran CHIPPING jatuh kepada, Danissha


A/P Sargunan dari SMK Bukit Sentosa

Bagi kemahiran FLOPING pemenangnya jatuh kepada adalah


Nisshan A/L Sargunan dari SMK Sg. Choh

Bagi Kemahiran JUGGLING dimenangi oleh Putri Natasha


Ameera Binti Roslee dari SMK Taman Bunga Raya 1

& yang terakhir, kemahiran DRIVING pula disandang oleh


Subas A/L Saravanan dari SJKT Ladang Sg Choh
5
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas
kepada para peserta yang telah berjaya. Semoga dengan
kemenangan ini, menjadi pemangkin dan pencetus semangat
kepada para murid khususnya untuk lebih berkeyakinan dan
mampu menonjolkan bakat serta potensi dalam bidang sukan
supaya seiring dengan pencapaian akademik demi masa depan
yang cemerlang.

Penghargaan Kepada PT Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


dan AJK Pelaksana
Program Majlis kita teruskan lagi dengan tayangan slaid dan paparan
gambar, sebagai tanda penghargaan kepada seluruh
(PN. FARAWANIDA) jawatankuasa Pertandingan Kemahiran Sukan Golf Majlis Sukan
Sekolah Daerah (MSSD) Hulu Selangor dengan membariskan
Para Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pengelola dan AJK
Pelaksana, serta Pengerusi Teknik & Pegawai Pembangunan
Sukan Golf (PTPS) yang terlibat dalam menjayakan acara yang
gemilang ini.

***(tayangan slaid dan gambar)***

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh warga


kerja yang terlibat.

Tayangan Klip Video Seterusnya, merupakan acara kita yang terakhir iaitu sesi
Kejohanan tayangan klip video kejohanan, Pertandingan Kemahiran Sukan
Golf MSSD Hulu Selangor tahun 2021... Dipersilakan..
(PN. FARAWANIDA)
***( klip video kejohanan )***

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli


jawatankuasa, yang telah menyediakan bahan tayangan
sebentar tadi.

Fotografi Sidang hadirin yang dimuliakan,


(PN. NORLIANTI)
Majlis kita sudah tiba ke penghujungnya, namun sekali lagi
sebagai peringatan mesra, mohon para hadirin mengisi
kehadiran yang terdapat di dalam ruangan chat dan sebelum
tirai dilabuhkan moleklah sekiranya kita mengambil gambar
wajah kenangan dalam suasana secara maya ini supaya dapat
didokumentasikan untuk rujukan masa hadapan. Dipersilakan
para hadirin termasuk tetamu jemputan, guru-guru dan ibu
bapa serta semua peserta dan yang ada bersama buka kamera
anda untuk dirakamkan detik ini.

6
Ucapan Penutup Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

(PN. NORLIANTI) Saya mewakili pihak Majlis Perasmian Penutupan


Pertandingan Kemahiran Sukan Golf dan Pengumuman
Pemenang peringkat MSSD Hulu Selangor tahun 2021
menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada kesilapan
dalam tutur bicara atau sebarang masalah teknikal yang
berpunca daripada kelemahan kami sendiri, hanya Allah SWT
sahaja yang baik dan sempurna.

Sekian, wabillah hi taufik wal hidayah, wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh... Terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai