Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SIJIL PENGHARGAAN KESIAPSIAGAAN SEKOLAH TS25 &

PEMANGKIN KBAT SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH

Kata alu-aluan Auzubillahiminassyaitonirrajim.. Bismillahirrahmaanirrahim..


Yang Berusaha En. Mohd Fauzi bin Hj.Mat Said, Pengetua SMK
Sultan Muhammad Shah ,
Yang berusaha Pn. Hjh. Maimunah bt Musa, PK Pentadbiran,
Yang berusaha Cik Sh. Radziah bt Syed Idris, PK HEM,
Yang Berusaha Pn. Hjh. Noor Asiah bt Ismail , PK Koku,
Guru-guru kanan, rakan guru dan staf warga sekolah.

Assalamualaikum wbt...salam sejahtera , salam PKPP

Pada pagi mulia ini, majlis mengucapkan selamat datang kepada


semua yang hadir dalam Majlis Bacaan Yaasin Solat Hajat dan
Penyerahan Sijil Penghargaan Kesiapsiagaan Sekolah TS25 dan
Pemangkin KBAT

Hadirin yang dihormati,

Untuk makluman semua guru, majlis pada hari ini merupakan


salah satu pembudayaan Amalan Terbaik mewujudkan iklim
sekolah penyayang dan harmoni dengan memberikan
penghargaan kepada jentera penggerak sekolah TS25 dan
Pemangkin KBAT. Tiada kata dan bahasa yang dapat diluahkan
selain ’terima kasih cikgu’. Moga dengan penghargaan ini,
rahmat kasih sayang guru-guru mengalir kepada anak-anak
dengan seribu satu kejayaan dunia dan akhirat.

Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,


Tangan ditadah, doa dipinta

Moga majlis sentiasa dalam rahmatNya,

Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Hazrul untuk

memimpin lafaz doa. Dipersilakan.

Ucapan YDP (Jika Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hazrul
ada)
atas pimpinan lafaz doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan.

Hadirin yang dihormati

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha

YB Cg Khairuddin b HJ Abu Hanipah YDP PIBG untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha


YB Khairudin atas kata aluannya sebentar tadi.
 

Adat berjual ada pembelinya,

Usah dilupa tawaran harganya,

Pengetua dengan kata aluannya,

YDP sambut dengan ucapannya.

Hadirin yang dihormati

Majlis seterusnya menjemput En. Mohd Fauzi Bin Hj. Mat Said
Pengetua untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima ksih atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis memohon YDP,PIBG dan Pengetua untuk berada

di ruang utama bagi meneruskan acara penyampaian sijil


penghargaan kepada guru-guru dan staf seperti berikut

(rujuk senarai nama)………………

Majlis mengucapkan terima kasih kepada barisan tetamu


kehormat yang sudi melaksanakan acara penyampaian sijil
penghargaan sebentar tadi. Tahniah dan syabas kepada para
penerima. Moga ia menjadi kekuatan untuk terus berkhidmat
dengan sepenuh hati.

  Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, hadirin


dipersilakan menjamu selera di bilik guru 2. Terima kasih, moga
dipermudahkan urusan dan moga dimurahkan rezeki buat rakan
guru yang sudi berkongsi rezeki pada hari Jumaat Barakah ini.

Saya selaku wakil pihak majlis menyusun 10 jari tanda kemaafan


andai ada terlanjur tingkah dan bicara sepanjang majlis berjalan.
Moga berjumpa di lain ketika. Assalamualaikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai