Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN HARI KEBANGSAAN SMK LIBARAN 2018

catatan
*Tindakan Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Kg Padas

Pastikan
keadaan
pengumuman Perhatian kepada semua pelajar, tenang
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk sebelum
memulakan
senyap dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan
salutasi
berlangsung
Pembukaan
majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Salutasi
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera,


salam Sayangi Malaysiaku.

Yang Berusaha,
Cik Jabidah Lenggang
Pengetua SMK Libaran

Yang Dihormati,
En. Ali Laada
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,
Pn. Rose Quirinus Majantah
Penolong kanan hal ehwal murid

Yang Dihormati,
En. Anwar Yasis
Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua bidang, Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini,
marilah kita sama -sama menadah tangan mengami nkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil
______________________________. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-ti nggi penghargaan dan terima kasih
kepada __________________________________ atas bacaan doa
itu tadi.

Seterusnya, Para guru dan murid dipersilakan untuk terus berdiri Pastikan
bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku. pelajar duduk
Nyanyian Lagu dalam
keadaan
senyap dan
Cue: Setelah nyanyian selesai terkawal

Para guru dan murid dipersilakan duduk.

Seterusnya,
Marilah sama-sama kita saksikan tayangan montaj berkaitan hari
kebangsaan yang telah disediakan oleh Cikgu Saparudin Lakalla

Tayangan Montaj
Cue : Selesai tayangan montaj

Terima kasih cikgu Saparuddin untuk tayangan montaj yang telah


disediakan sebentar tadi

Hadirin sekalian,
Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan Persembahan sajak yang akan
Sajak disampaikan oleh saudara Ibnu Asyakir dari kelas 4B. Sajak yang
akan disampaikan bertajuk ________________________. Dengan
segala hormatnya majlis mempersialakan.

Cue: selesai persembahan sajak

Demikianlah tadi persembahan menarik yang telah dipertontonkan


Hadirin sekalian,
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi bagi
Hadiah pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan kebangsaan
dan minggu panitia sejarah SMK Libaran.
Dengan itu, majlis menjemput
___________________________________________ diiringi En.
Anuar Abdul Amit ketua bidang kemanusiaan SMK Libaran bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Keputusan bagi pertandingan Koir:


Saguhati tempat ke-5 : dimenangi oleh kelas 1 Ibnu Batuta
Saguhati tempat ke-4 : 2 Ibnu Khaldun
Tempat ke-3 : 4 Ibnu Sina
Naib johan : 3 Ibnu Khaldun
Johan : 2 Ibnu Sina

Seterusnya, disampaikan keputusan bagi pertandingan mewarna


poster:
Saguhati ke-10: Mohd Iskandar Ototoh (1C)
Ke- 9 : Roazli (2C)
Ke-8 : Marelah Amiruddin (3B)
Ke-7 : Nur Zaidatul bt Zainal (1A)
Ke-6 : Nurul Ain Nabilah (1C)
Ke-5 : Nur Natasha Suhaily Syam (1C)
Ke-4 : Ainie Farabielah Araimi (1A)
Tempat ke-3 : Siti Norsafikah Johari (1C)
Naib Johan : Ainul Mardhiah (2B)
Johan : Wan Zakaria (1A)
Berikut disampaikan keputusan bagi pertandingan sajak kategori
menengah atas.
Tempat ketiga : Suhailah Jamin (4A)
Naib johan : Nety Erdayanti (4A)
Johan : Ibnu Asyakir (4B)
Bagi pertandingan sajak kategori menengah rendah pula,
Tempat ketiga : Fadilah (1C)
Naib johan : Siti Nazira (2B)
Johan : Nursima (1B)

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati, Pastikan


Patriotik semua pelajar
Bagi menutup tirai majlis kita pada pagi ini, Majlis disudahkan berdiri
dengan nyanyian lagu Patriotik. Dengan itu, para guru dan murid
yang dikasihi dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama
menyanyikan Lagu ‘Kita Punya Malaysia”,’Gemuruh” dan
“Warisan”.

Cue: Selesai ketiga-tiga lagu dinyanyikan

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah anak membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Saya mewakili jawatankuasa majlis penutupan bulan kemerdekaan


memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang
pengendalian majlis pada hari ini. Yang baik itu datangnya daripada
Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya dari diri saya
sendiri.
Sekian terima kasih dan salam hormat.

Anda mungkin juga menyukai