Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM

PERKEMAHAN KADET ST.JOHN AMBULANS MALAYSIA


KAWASAN SANDAKAN SIRI 7/2016
DI BAWAH PENGELOLAAN IBU PEJABAT ST.JOHN
AMBULANS KAWASAN SANDAKAN

TARIKH
[ 29 APRIL – O1 MEI 2016 ]

TEMPAT
[ SMK SANDAKAN II, SANDAKAN ]

LAPORAN PROGRAM SEMPENA PERKEMAHAN


KADET ST.JOHN AMBULANS KAWASAN SANDAKAN SIRI 7/2016

PENDAHULUAN & ISU


Ibu pejabat St.John Ambulans kawasan Sandakan telah menjemput 19 buah sekolah daripada 3 daerah iaitu Sandakan,
Beluran dan Kinabatangan bagi menjayakan perkemahan kadet St.John Ambulans siri ke-7/2016. Setiap sekolah diminta
menghantar 5 orang pelajar bagi mewakili sekolah masin-masing. Penganjuran program ini adalah sebagai
kesinambungan untuk meningkatkan pengetahuan asas kadet st.john dan membina jati diri para peserta.
NAMA PROGRAM
PERKHEMAHAN KADET ST.JOHN AMBULANS MALAYSIA KAWASAN SANDAKAN SIRI 7/2016

TARIKH
29 APRIL hingga 01 Mei 2016

MASA
3 Hari 2 Malam

TEMPAT
SMK Sandakan II, Sandakan

KUMPULAN SASARAN
90 orang peserta (termasuklah 5 orang pelajar SMK Libaran)

KEHADIRAN
Kehadiran pelajar sepanjang program berlangsung adalah 100%.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN


Rujuk lampiran (Jadual perkemahan)
KEKUATAN
i. Penceramah yang dijemput adalah dalam kalangan mereka yang arif (ketua jururawat, doktor dan pegawai
tinggi St.John Ambulans kawasan) dalam bidang rawatan kecemasan.
ii. Kerjasama antara guru pengiring dan pegawai st.john yang bertugas amat baik.
iii. Tapak perkemahan bersih dan berada dalam keadaan yang selamat
iv. Makanan yang disediakan mencukupi untuk semua peserta
v. Slot/ ceramah serta aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan objektif program
vi. Pengetahuan pelajar khususnya dalam aspek rawatan kecemasan dan kawad kaki diperhatikan semakain
bertambah

KELEMAHAN
i. Keadaan tandas peserta yang agak kurang kondusif
ii. Disiplin peserta kurang dititik beratkan
iii. Waktu dan urusan solat kurang diambil perhatian

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN / TINDAKAN SUSULAN


i. Diharap pada masa akan datang pihak penganjur dapat menitik beratkan disiplin pelajar khusunya dalam
menepati masa untuk persiapkan diri.
ii. Wujudkan jawatankuasa / AJK Kerohanian
iii. Menggunakan tandas konkrit dan bebas bayang pada waktu malam.
PENUTUP
Kesimpulannya program ini telah berjaya meningkatkan keyakinan pelajar (5 orang peserta yang mewakili SMK Libaran)
untuk melakukan rawatan asas dan kecemasan serta kawad kaki. Semoga ianya dapat diteruskan pada tahun hadapan
dengan lebih banyak lagi pelajar setiap sekolah akan dihantar untuk mengikuti perkhemahan sebegini.

Disediakan oleh,

HABIBIH BIN SYAMSUDDIN


Guru Penasihat St.John Ambulans SMK Libaran/ Guru Pengiring SMK Libaran bagi Perkemahan St.John
Ambulans Kawasan Sandakan siri 7/2016
*Sila Lampirkan Bersama Salinan - Kotasi, Senarai Kehadiran Peserta, dan dokumen-dokumen / gambar yang
menyokong Program di atas. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai