Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB


KERTAS 2611/2 PSV SPM & DEMONSTRASI MENCATAN

2018

Tarikh
[ 26 September 2018 ]

TEMPAT
[ DEWAN SERBAGUNA, KG. SG. PADAS, SANDAKAN ]
KERTAS KERJA SEMINAR TEKNIK MENJAWAB
KERTAS 2611/2 PSV SPM & DEMONSTRASI MENCATAN
SMK LIBARAN 2018

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual adalah salah satu dari mata pelajaran elektif yang diajar di SMK
Libaran. Justeru itu para pelajar tingkatan 5 iaitu para calon yang bakal menduduki SPM dikehendaki
menjawab 3 kertas matapelajaran didalam peperiksaan ini kelak. Salah satu daripadanya iaitu kertas
amali mencatan (2611/2) yang agak sukar dijawab kepada sesetengah calon.

Sehubungan itu pihak pengurusan Panitia Pendidikan Seni Visual telah mengusahakan satu
seminar teknik menjawab kertas 2 ini secara teorinya. Seterusnya dilakukan pengukuhan lagi dalam
amali menjawab soalan setara secara demonstrasi bahan sebenar. Inisiatif ini diambil dengan
harapan agar sekolah dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Program ini juga merupakan salah satu pengisian didalm melaksanakan perancangan taktikal
tahunan unit Panitia PSV di SMK Libaran ini.

Pendekatan ini akan membolehkan pelajar membuat persediaan awal dari segi peralatan
keperluan dan mental. Program ini juga antara lain untuk mengurangkan perasaan rendah diri dan
perasaan anugerah yang tidak dimiliki dari segi keupayaan melukis ketika menghadapi peperiksaan
sebenar. Dengan ini keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM akan bertambah.

Seminar ini juga dilaksanakan secara serampang dua mata, iaitu melibatkan juga latihan
kepada guru-guru PSV. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi kemahiran
profesionalisme guru dalam pengajaran PSV di sekolah.

NAMA PROGRAM
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2611/2 PSV SPM & DEMONSTRASI MENCATAN

TARIKH
26 September 2018

TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA, KG. SG. PADAS, SANDAKAN.

MASA
10:00 Pagi – 2:40 petang

KUMPULAN SASARAN
 72 orang pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2018
 5 orang guru PSV SMK LIbaran.
OBJEKTIF PROGRAM
 Memberi pendedahan tentang teknik/kaedah menjawab soalan peperiksaan SPM yang
sebenar.
 Membolehkan pelajar membuat persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan
seterusnya membina keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.
 Meningkatkan capaian gred ‘A’ secara individu calon SPM sesuai dengan aspirasi murid
yang mewujudkan pelajar yang berpengetahuan.(aspirasi murid)
 Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukankan sedia ada. (aspirasi
sistem ke-5)
 Memaksimumkan Keberhasilan murid bagi setiap ringgit. (anjakan ke-10) dengan
meningkatkan gred purata mata pelajaran (GPMP) dan gred purata sekolah (GPS).

KPI (OUTPUT & OUTCOME)


 Kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 90%
 Pelajar dapat mengaplikasikan sekurang-kurangnya tiga teknik mencatan seperti teknik
basah atas basah, teknik berus kering dan teknik media campuran.
 Pelajar dapat menghasilkan catan yang memenuhi keempat-empat ciri penskoran iaitu
warna, kreativiti, idea dan teknik

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sesi 1 – Seminar teknik menjawab kertas 2611/2 PSV SPM
2. Sesi 2 – Demonstrasi mencatan

Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM)


1 Saguhati Penceramah 150 x 1 150
2 Makan dan minum pelajar 2.00 X 72 144
JUMLAH 294

 Sumber - PCG Matapelajaran: Bantuan persekolahan lain (YKS-PSV)

JAWATANKUASA PROGRAM
I - Jawatan Kuasa Induk
PENAUNG Cik Jabidah Lenggang
PENASIHAT En. Ali Laada
PENGERUSI En. Habibih bin Syamsuddin (KP PSV)

II - Jawatan Kuasa Pelaksana


Bendahari : Pn. Normahwati Darih
Penyelaras : En. Habibih Syamsuddin(KP PSV)
Persiapan tempat : En. En. Safaruddin Lakalla

Bahan dan Media : Pn. Rosidah Rusilim

P.A. Sistem : En. Habibih Syamsuddin

Pengerusi Majlis : Pn. Megerita Arimin


STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL PENGISIAN PROGRAM

Pengisian

Aktiviti yang akan diadakan meliputi taklimat teknik menjawab soalan mencatan Kertas
2(2611/2) dan ceramah motivasi dari segi nilai kesungguhan penghasilan dan bukan hanya bakat
oleh penceramah jemputan. Seterusnya diikuti demonstrtasi mencatan oleh
penceramah(demonstrator) dan dibantu tenaga pengajar dari sekolah ini.

Tentatif Program

-(Rujuk Lampiran A)-Tentatif program

PENUTUP

Pihak penganjur amat mengharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang disasarkan. Semoga para pelajar dapat meningkatkan prestasi
matapelajaran PSV dalam mengahadapi peperiksaan SPM kelak. Kerjasama daripada semua pihak
sangat dihargai.

Disediakan oleh Diluluskan oleh,

...................... …………………
HABIBIH SYAMSUDDIN JABIDAH LENGGANG
Ketua Panitia PSV Pengetua
SMK Libaran, Sandakan SMK Libaran, Sandakan

Disemak oleh,

…………………
ALI LAADA
PK Pentadbiran
SMK Libaran, Sandakan
LAMPIRAN A

Tentatif Program

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2611/2 PSV SPM


& DEMONSTRASI MENCATAN
Tarikh : 26 September 2018 (Rabu)
Tempat : Dewan serbaguna, Kg. Padas
Penceramah : En. Arjuna bin Marsidi (SMK Batu Sapi, Sandakan)

Sesi 1 - Seminar teknik menjawab kertas 2611/2 PSV SPM

Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengahari


Kumpulan sasar : pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.
______________________________________________________________________

10:00 – 10:30 pagi : - Persediaan dan pelajar mengambil tempat


- Alu-aluan ringkas guru mata pelajaran

10:30 – 12:00 tengahari : Seminar dari penceramah


- Format kertas peperiksaan
- Skema pemarkahan
- Teknik pemilihan soalan
- Penggunaan alatan dan media yang sesuai
- contoh & muhasabah penghasilan pelajar terdahulu
(imbasan kelemahan dan kekuatan)

12:00 – 12:30 petang : Rehat(minum ringan)


- Solat Zohor

Sesi 2 - Demonstrasi mencatan

Masa : 12:30 tengahari – 2:40 petang


Kumpulan sasar :
i - pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.
ii - Semua guru-guru PSV SMK Libaran
_______________________________________________________________________

12:30 tengahari – 2:30 petang :


- Soalan setara dan pemilihan
- tunjuk cara dan bimbingan
- aktiviti penghasilan catan pelajar & guru

2:30 – 2:40 petang : Refleksi dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai