Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PENULISAN AMALAN TERBAIK


PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
GURU PEMULIHAN KHAS

Bahagian Pendidikan Khas akan menganjurkan Projek Amalan Terbaik Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Guru Pemulihan Khas untuk 2 mata pelajaran (Bahasa Melayu dan Matematik). Sehubungan itu, Bahagian
ini mempelawa semua Guru Pemulihan Khas untuk menghantar hasil penulisan amalan terbaik PDPC
mereka berdasarkan syarat-syarat berikut:-

1. Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya sekitar 1000 – 1500
perkataan (4-6 halaman kertas A4)

2. Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubahsuai, diterjemah atau pernah
tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau elektronik (softcopy).

3. Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif atau yang boleh menyinggung perasaan
mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan mahupun budaya di Malaysia.

4. BPKhas juga berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, dan berhak membuat penyuntingan
atau pindaan yang difikirkan perlu, ke atas rencana yang berkenaan. Rencana yang dihantar kepada
BPKhas tidak boleh dihantar kepada penerbit lain.

5. Gambar, gambarajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana, hendaklah
dinyatakan sumber rujukannya. (sebaik-baiknya dilukis atau gambar foto diambil sendiri)

6. Karya hendaklah bertaip (komputer), Arial dan fon 12, berjarak dua (double spacing) dengan
menggunakan kertas saiz A4 dan dihantar ke PPD masing-masing (u.p: Unit Pendidikan Swasta
dan Pendidikan Khas. Tn Zulkeflee Bin Ismail) dalam bentuk softcopy (dalam CD).

7. Setiap guru pemulihan khas WAJIB menghantar penyertaan berpandukan surat siaran. Tarikh
tutup penyertaan peringkat sekolah ke PPD pada atau sebelum 15 Mei 2017.

8. Hanya rencana penulisan yang mencapai tahap penilaian akan dipilih untuk dibentangkan. Penulis
yang rencananya terpilih akan menerima sijil.
LAMPIRAN B
BORANG PENYERTAAN
A. Judul Rencana

1. .…………………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………………….

B. Butiran Diri

1. Nama Penuh : ………………………………………………………………………….

2. No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………….

3. Gred/DG : ……………………………………………………………………………..

4. Alamat Sekolah : ………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………….

5. Alamat Kediaman : …………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

6. No. Tel. Sekolah : ……………………………………………………………………..

7. No. Tel. Rumah : ………………………………………………………………………

8. No. Tel. Bimbit : ………………………………………………………………………

9. Emel : ………………………………………………………………………………….

C. Pengakuan
Dengan ini saya mengaku bahawa:
1. Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.
2. Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana. Saya juga
bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak Bahagian
Pendidikan Khas berhubung dengan penerbitan ini.

t/t……………………………………………
(Nama Guru Pemulihan)

……………………………………………
(Tarikh) (Cop Sekolah)
LAMPIRAN C

CONTOH FORMAT PENULISAN


1. NAMA GURU : …………………………………………………………………

2. NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………

3. ISU/CABARAN : …………………………………………………………………

…………………………………………………………………

4. ASPEK PELAKSANAAN

4.1 AKADEMIK

4.2 KEMAHIRAN

4.3 KOAKADEMIK

5. KATEGORI

5.1 Pembelajaran Akses Kendiri (Interaktif)

5.2 Pembelajaran Melalui BBM

5.3 Pembelajaran Masteri

5.4 Model Pembelajaran dan pemudahcaraan

6. TAJUK (Amalan Terbaik)

7. SINOPSIS

8. KUMPULAN SASARAN

9. LATAR BELAKANG

10. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK

11. KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN

12. PERINCIAN AKTIVITI

13. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P&P

14. NILAI MURNI YANG DITERAPKAN

15. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK YANG DIPILIH

16. IMPAK
LAMPIRAN D
PENDOKUMENTASIAN AMALAN TERBAIK MODEL
DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
1. Matlamat
Mendokumentasi model pembelajaran dan pemudahcaraan yang menarik serta menyebarkan idea
kreatif inovatif dalam usaha memantapkan pelaksanaan kemahiran pemulihan khas.

2. Objektif
2.1 Menggerakkan daya kreativiti serta amalan terbaik dalam melaksanakan kemahiran pemulihan
khas Bahasa Melayu dan Matematik melalui kesepaduan kemahiran pemulihan, konstruk –
konstruk LINUS seiring dengan penerapan konsep didik hibur dalam pembelajaran di Tahap 1 ke
arah penguasaan asas 3M.

2.2 Menyebarkan amalan terbaik dalam bentuk model, strategi, pendekatan,teknik dan kaedah agar
dapat dikongsi dengan guru-guru lain sebagai sebahagian daripada proses penyebaran kurikulum
(KSSR) yang lebih bermakna dan berkualiti.

2.3 Mengilap potensi dan memberikan penghargaan terhadap kemampuan guru pemulihan khas
dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan ke arah pencapaian penguasaan 3M dalam
kalangan murid-murid.

3. Konsep Program Amalan Terbaik Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan


3.1 Program Amalan Terbaik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bermaksud penghasilan
sesuatu yang kreatif, menarik dan bermakna dalam pelaksanaan kurikulum melalui
penambahbaikan yang meliputi aktiviti inovasi dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan
kurikulum.

3.2 Pelaksanaan kurikulum dalam pembelajaran dan pemudahcaraan merujuk kepada usaha
menterjemahkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam bentuk tindakan yang dapat
memberi implikasi positif kepada murid-murid serta dapat dikongsi bersama dengan guru-guru
lain.

3.3 Model Amalan Terbaik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan akan dirakamkan dalam
bentuk DVD dan diedarkan untuk dijadikan panduan kepada guru-guru lain.

3.4 Guru yang kreatif berupaya mengemukakan model strategi/kaedah/pendekatan/teknik


pembelajaran dan pemudahcaraan yang kreatif serta berinovatif dari segi persembahan,
penggunaan bahan, kaedah, proses dan strategi untuk meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan kurikulum KSSR kemahiran pemulihan khas.

4. Kategori Projek Amalan Terbaik


Projek Amalan Terbaik diimplementasikan berdasarkan Strategi pembelajaran dan
pemudahcaraan iaitu kaedah, pendekatan dan teknik yang dibahagikan kepada kategori berikut:-
4.1 Pembelajaran Akses Kendiri (Interaktif)
4.2 Pembelajaran Melalui BBM
4.3 Pembelajaran Masteri
4.4 Model pembelajaran dan pemudahcaraan
4.5 Menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu
5. Syarat-syarat Pertandingan
5.1 Setiap sekolah wajib mengemukakan SATU amalam terbaik (Bahasa Melayu / Matematik)
5.2 Projek sekolah terbaik ini dijalankan dalam Bahasa Melayu sahaja.
5.3 Setiap penyertaan dibenarkan secara individu
5.4 Penyertaan hanya terbuka kepada semua Guru Pemulihan Khas yang mengajar Program
Pemulihan Khas.
5.5 Setiap penyertaan mestilah mempunyai keasliannya yang tersendiri atau idea asal serta
dihasilkan oleh pembentang tersebut.
5.6 Setiap penyertaan perlu disertakan bersama:-
1. KERTAS KONSEP (Format Kertas Konsep disertakan bersama)
2. SOFTCOPY (Pembentangan Power Point [5-10 slide])
3. HARDCOPY (Cetakan Power Point [2 slide per page])
5.7 Rakaman pembelajaran dan pemudahcaraan adalah 20 minit.

6. Kriteria Pemilihan
6.1 Penyediaan kertas konsep yang jelas & tepat 10 %
6.2 Penyediaan Softcopy Power Point yang menarik & berkesan 10 %
6.3 Penyediaan cetakan Power Point yang menarik & simple 5%
6.4 Pencapaian objektif dalam PdPc (bukti eviden & analisa data) 25 %
6.5 Aktiviti PdPc yang menarik & berkesan 15 %
6.6 Penggunaan ABM yang responsif 10 %
6.7 Penampilan dan sahsiah guru 5%
6.8 Rakaman PdPc selama 20 minit 15 %
6.9 Sesalinan RPH PdPc selama 20 minit 5%
Jumlah 100 %

7. Maklumat Penyertaan
PPD perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori penyertaan :

7.1 Maklumat Calon - Lampiran A


7.2 Kertas Konsep Amalan Terbaik - Lampiran B
7.3 Cetakan Power Point - Lampiran C
7.4 Maklumat berkaitan Projek Amalan Terbaik boleh disokong dengan gambar, kaset, carta,
video, persembahan secara grafik atau lain-lain yang relevan.

8. Pelan Tindakan

Bil BUTIRAN BULAN TINDAKAN


1 Surat Makluman kepada PPD dan April GB
Guru Besar
2 Pelaksanaan Projek Amalan 1 April – 15 Mei Sek
Terbaik
3 Penghantaran Ke PPD 15 Mei Sek
4 Penghakiman pringkat PPD 16 Mei - 19 Mei PPD
5 Kolokium amalan terbaik 12 Julai PPD
9. Bentuk Anugerah
Jawatankuasa Projek Amalan Terbaik telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah-hadiah kepada 6
penyertaan terbaik seperti berikut :
9.1 Sijil Penyertaan
9.2 Sijil Penghargaan
9.3 Hadiah Iringan

10. Kaedah
Penyertaan yang menepati syarat-syarat pertandingan (5.1–5.7) perlu mengemukakan pencalonan
bersama dengan Lampiran E, F dan G serta bahan-bahan sokongan kepada urus setia peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang pencalonan yang diterima
selepas tarikh tersebut tidak akan dihakimi. Keputusan panel pemilihan adalah muktamad dan sebarang
rayuan tidak akan dilayan.

Contoh kandungan lampiran:-

10.1 Maklumat Calon - Lampiran E


1. Nama
2. No. Kad Pengenalan
3. Alamat Sekolah
4. Jawatan Hakiki
5. Maklumat PPD
6. Gambar
7. Tempoh Perkhidmatan/Mengajar
8. Pencapaian/Kejayaan yang dicapai
9. Tempoh mengajar di sekolah terkini

10.2 Kertas Konsep Amalan Terbaik - Lampiran F


1. Tujuan
2. Latar belakang
3. Asas Pertimbangan
4. Cadangan pelaksanaan
5. Implikasi
6. Kesimpulan
7. Syor

10.3 Cetakan Power Point - Lampiran G


1. Tajuk & Gambar
2. Pengenalan
3. Objektif
4. Penyataan Masalah
5. Inovasi & Kreativiti
6. Impak kepada Kemenjadian Murid
6.1 Eviden
6.2 Analisa
7. Penutup

Anda mungkin juga menyukai