Anda di halaman 1dari 6

NAMA SEKOLAH

ALAMAT SEKOLAH

MINIT CURAI

Kepada : Nama Pengetua


Daripada : Nama PK Petang
Perkara : Bengkel Professionalisme PK Petang Menengah Dan Rendah Daerah Pasir Gudang.
Tarikh / Hari : 22hb Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 8.00 pg – 4.00 pm
Tempat : Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
_______________________________________________________________________

1. LATAR BELAKANG

Bengkel profesionalisme Guru Penolong Kanan Petang Rendah dan Menengah diadakan bagi memberi
pendedahan dan pemantapan tentang PBPPP, penulisan keberhasilan dan permerkasaan SKPMG2
Standard 4 kepada PK Petang Menengah dan Rendah Daerah Pasir Gudang.

2. ISI KANDUNGAN BENGKEL

2.1 SLOT 1 – BENGKEL PENULISAN KEBERHASILAN DAN SEMAKAN PBPPP .

Disampaikan oleh : En Hussin Bin Hamidon (Penolong PPD Perancangan, PPD Pasir Gudang)

1. PENGENALAN
a. Memberi pendedahan dan pemantapan tentang PBPPP, penulisan keberhasilan dan
permerkasaan SKPMG2 Standard 4 kepada PK Petang Menengah dan Rendah Daerah Pasir
Gudang.

b. Arahan pelaksanaan
● GPK harus menyediakan folio yang memaparkan arahan pelaksanaan (punca kuasa)
● Surat lantikan sebagai pegawai penilai yang diberikan dari pihak sekolah
● Semua PYD harus mendapat bimbingan semasa proses penilaian termasuk pemerhatian,
pencerapan, temu bual dan semakan dokumen
● GPK Petang menilai guru-guru sesi petang kerana lebih mengenali mereka
● PBPPP dinilai bermula dari awal tahun sehingga hujung tahun. Penilaian tidak hanya
bergantung pada pandangan luaran dan sekali sahaja
● GPK harus mahir dalam meneroka setiap rubrik yang diberikan
● PYD harus diberi penjelasan bahawa jika PYD mendapat markah prestasi melebih 80% telah
dianggap sebagai PYD berprestasi tinggi

2. ISU / MAKLUMAT PENTING DALAM PENILAIAN PBPP

a. Pemarkahan Prestasi: 0 - 59.99% = Prestasi Rendah


60 – 79.99% = Prestasi Sederhana
80 – 89.99% = Prestasi Tinggi
90 – 100% = Prestasi Cemerlang
- Generik 40% }
+ 90% }
- Fungsi 60% } + = 100%
- Keberhasilan 10% }

b. 4 Kaedah Penilaian: 1) Pemerhatian


2) Pencerapan
3) Semakan Dokumen
4) Temubual
- Penilaian berterusan sepanjang tahun penilaian.

c. 3 Perkara Tentang Penilaian: 1) Usaha


2) Kesungguhan
3) Keberkesanan Tindakan
- Jadual Penjajaran perlu ada dalam folio PP selain daripada surat lantikan, borang skor dll.
- Edaran tentang PBPPP perlu dibuat kepada PYD setiap tahun.

d. Penulisan Keberhasilan PBPPP


1) Kurikulum:
Contoh Ayat: Pencapaian gred atau % atau peningkatan markah mengikut aras kelas yg diajar.
- Kelas depan nilai ikut gred.
- Kelas sederhana nilai ikut %.
- Kelas lemah dinilai mengikut peningkatan markah.

2) Kokurikulum:
Contoh Ayat: % kehadiran dalam setiap aktiviti kelab, persatuan atau unit uniform
- Program tidak perlu ditulis.
- Boleh tukar ayat kepada peningkatan sahsiah murid dalam program yang
dilaksanakan
- Hadir aktiviti kokurikulum bermakna hadir ke sekolah.

3) HEM:
- Memastikan peratus kehadiran murid mencapai 98% dalam tahun penilaian semasa

4) Tugas Sampingan
Contoh Ayat 1: Mengawal selia ? (jumlah) guru sesi petang menghadiri 7 hari berkursus bagi
memenuhi PKPA Bil 4/2016 dalam tahun penilaian.
Contoh Ayat 2: Memverifikasi ? (jumlah) guru sesi petang mencapai 42 mata kredit SPLKPM
bagi memenuhi surat siaran Bil 12/2018 dalam tahun penilaian.

e. Integriti Pegawai
1) KPM tidak menyediakan templat yang khas untuk pengiraan markah penilaian
2) Penilai harus mengkaji setiap rubrik dalam skor penilaian
3) Jalinan dan jaringan harus dijalankan secara berterusan
4) Markah 2 dalam generik tidak sebesar markah pada bahagian fungsi
5) Pegawai Penilai (PP) tidak digalakkan untuk menjadikan markah penilaian kendiri PYD sebagai
markah yang akan diberikan kepada PYD
2.2 SLOT 2 – PROGRAM BIMBINGAN KEPIMPINAN BARISAN HADAPAN DAN PENUTUPAN RASMI
& PENYAMPAIAN SIJIL

Disampaikan oleh : Tuan Haji Kuswandi Bin Tayen (Pegawai PPD Pasir Gudang)

1. Terdapat 3 Gelombang Anjakan Transformasi


2. Pengurusan kurikulum dan peruntukan belanjawan boleh digunakan dalam pengurusan sesi
petang
3. Bagi meneruskan budaya kecemerlangan proses bimbingan bersama rakan guru harus dibuat
dalam bentuk PLC bagi berkongsi amalan baik
4. Semua pentadbir harus mengamalkan teknik pengurusan menggunakan Teknik Growth Leaders
● Growth Leaders mempunyai 3 elemen iaitu Strategic Leadership (Intellectual Leadership),
Operational Leadership (Execution Leadership) & Humanistic Leadership (Emotional Leadership).
5. 11 elemen Kepimpinan Instruktional (3 Domain dan 11 elemen)
● Mendefinisikan misi sekolah
○ Merangka matlamat sekolah
○ Menyampaikan matlamat sekolah
● Menguruskan program instruksional
○ penyeliaan dan penilaian instruksional
○ Menyelaras kurikulum
○ Memantau kemajuan pelajar
● Mewujudkan iklim pembelajaran positif
○ Mengawal waktu PdP
○ Membudayakan perkembangan profesional
○ Mengekalkan ketampakan
○ Menyediakan ganjaran kepada guru
○ Penguasaan standard akademik
○ Menyediakan esentif kepada pelajar
6. GPK perlu mahir dalam 4 disiplin pelaksanaan 4DX) boleh rujuk disini
https://youtu.be/0MyHvFPed50
7. GPK juga perlu menyediakan dashborad : peningkatanTP 2 ke TP 3 matapelajaran Bahasa Melayu
(Contoh) bagi memantau keberkesanan program atau pengajaran yang dijalankan.
2.3 SLOT 3 – PEMERKASAAN SKPMG2 STANDARD 4

Disampaikan oleh : Puan Zaiton Binti Ngah (SISC+ Bidang Bahasa PPD Pasir Gudang)

1. PENGENALAN
a. PK Petang harus tahu menganalisis dapatan data NKRA sekolah dan mengaitkan dengan
elemen dalam borang Skpmg2 Standard 4
b. Memberi penerangan tentang Borang Standard 4
c. Wajaran:
4.1 Guru sebagai Perancang -10%
4.2 Guru sebagai pengawal -15%
4.2.1 proses
4.2.2 suasana
4.4 Guru sebagai pembimbing -15%
4.4 Guru sebagai pendorong -30%
4.4.1 minda
4.4.2 emosi
4.5 Guru sebagai penilai -10%
4.6 Murid sebagai pembelajar aktif -20
d. Pengiraan skor berdasarkan 8 TUMS

2. ISU / ISI KANDUNGAN PENTING DALAM STANDARD 4

A.Aspek 4.1 Guru sebagai perancang


 Dalam penulisan RPH 3 elemen mesti ada -objektif, aktiviti dan refleksi
 Perlu merujuk DSKP
 Objektif pembelajaran ada 2 model iaitu
a. Model 1 (ABCD)
i. A – Audience (murid)
ii. B – Behaviour (tingkah laku/ kata kerja yang boleh diukur)
iii. C- Condition (apa yang guru cadangkan / hendak dibuat)
iv. D – Degree (tahap)
b. Model 2 (SMART)
i. Specific – khusus
ii. Measurable – boleh diukur
iii. Attainable/Achieveable – boleh dicapai
iv. Realistic – realistik / kenyataan
v. Time Bound – tempoh masa yang sesuai
 4 perkara yang perlu dititikbertkan dalam penulisan RPH
a. Kata kerja
b. Kuantiti
c. Isi kandungan
d. Kualiti
 Dokumen-dokumen penting dalam penyediaan guru sebagai perancang
a. DSKP
b. RPT
c. SKPMG2 standard 4
d. Buku teks
e. Buku rujukan / buku kerja/ sumber lain
f. Kamus / glosari / thesaurus
g. Panduan pelaksanaan PBD
h. Panduan pelaksanaan KBAT dalam pedagogi
i. Panduan pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran
 Sila rujuk “penyata standard skpmg2” untuk memahami standard 4
a. Warna merah menunjukkan guru sebagai subjek/perkara)
b. Warna ungu -tindakan (apa yang guru perlu buat)
c. Warna hijau – secara professional/sistematik

 Elemen PAK21 – 4K + 1K
a. Komunikasi
b. Kolaboratif
c. Kreativiti
d. Kritis
e. Nilai murni

B. Aspek 4.2 Guru sebagai pengawal


C. Aspek 4.3 Guru sebagai pembimbing Merujuk slide dan borang pencerapan
D. Aspek 4.4 Guru sebagai pendorong
standard 4
E. Aspek 4.5 Guru sebagai penilai
F. Aspek 4.6 Penglibatan aktif murid

G. Aktiviti peserta

a. Mengulas penulisan RPH – semua peserta diminta membuat ulasan RPH dalam kertas
edaran (contoh RPH)
b. Aktiviti Quizziz – semua peserta mengambil bahagian dalam kuiz online – selepas tamat
kuiz guru perlu membuat analisis dan refleksi

H. Soal Jawab / Rumusan


a. Tahap Penguasaan (TP) dalam PBD tidak boleh ditulis dalam aktiviti kerana kebolehan
dan pencapaian murid adalah berbeza, Pencapaian TP1 – TP6 boleh ditulis dalam refleksi.
b. Refleksi merujuk kepada objektif yang telah ditetapkan dalam RPH, sama ada tercapai atau
tidak. Tindakan susulan guru boleh dibuat untuk membimbing murid-murid yang tidak
dapat mencapai objektif tersebut.

3. ULASAN PENGETUA

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

4. TINDAKAN SETERUSNYA

_______________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________

Sekian, terima kasih.

Laporan oleh: Disahkan oleh:

…………………… …………………
(Nama PK Petang) (Pengetua)

Anda mungkin juga menyukai