Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI (KVSEP)

KERTAS KERJA

HARI KAJIAN TINDAKAN :


BENGKEL PENULISAN
KAJIAN TINDAKAN
KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI 2022
19 SEPTEMBER 2022

ANJURAN

JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN KVSEP


KVSEP/KC-BM/2022

KERTAS KERJA
BENGKEL PENULISAN KAJIAN TINDAKAN KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI 2022
19 SEPTEMBER 2022

 TAJUK

 Bengkel Penulisan Kajian Tindakan Kolej Vokasional Seberang Perai 2022

 PENGENALAN

 Jawatankuasa Kajian Tindakan merupakan jawatankuasa yang diselia oleh Timbalan


Pengarah Akademik bertujuan untuk memupuk daya kreativiti dalam kalangan
pensyarah kolej.
 Tujuan sebenar bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada
pensyarah tentang teknik penulisan Kajian Tindakan yang betul.
 Menerusi bengkel ini pensyarah dapat mengaplikasikan kaedah penulisan Kajian
Tindakan dalam bentuk laporan yang lengkap dan tersusun.
 Oleh itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh pensyarah dapat dibukukan dalam
bentuk pelaporan yang boleh menjadi rujukan kepada pensyarah-pensyarah lain
untuk membuat kajian seterusnya.

 MATLAMAT

 Bengkel ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pensyarah dalam


menulis Kajian Tindakan yang betul dan diperakui.

 OBJEKTIF

 Untuk meningkatkan pengetahuan pensyarah tentang penulisan dalam kajian


tindakan.
 Menggalakkan pensyarah berfikir secara kreatif dan inovatif melalui perancangan
dan pelaksanaan intervensi.
 Menambahbaik kaedah penulisan Kajian Tindakan para pensyarah.
 Untuk melahirkan pensyarah yang mahir dalam penghasilan dan penulisan Kajian
Tindakan.

 KUMPULAN SASARAN

 Penyertaan terdiri daripada 20 orang peserta (termasuk penceramah). Bilangan peserta


adalah seperti berikut :
 3 orang peserta Program Teknologi Elektrik
 2 orang peserta Program Teknologi Elektronik
 1 orang peserta Program Teknologi Pembinaan
 1 orang peserta Teknologi Perakaunan
 3 orang peserta Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
 1 orang peserta Unit Bahasa
 1 orang peserta Unit Sains dan Matematik
 1 orang peserta Unit Kemanusiaan
 5 orang Ketua Jabatan
 1 orang Penyelaras Kajian Tindakan
 1 orang penceramah
(Senarai nama lengkap peserta seperti di Lampiran 1)

 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

 Tarikh/Tempat/Masa
6.1.1 Maklumat pelaksanaan Bengkel Penulisan Kajian Tindakan adalah seperti berikut:
- Tarikh: 19 September 2022 (Isnin)
- Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
- Tempat: Bilik Frog

Masa Aktiviti
Semua peserta kajian tindakan berkumpul dan mengambil
09.00 pagi
kehadiran
0 pagi
09.00- 12.00 tengah Sesi pembentangan kajian tindakan (15 minit bagi setiap
hari pembentangan)
12.00 tengah hari –
Sesi penjurian dan kiraan markah
12.30 tengah hari
12.30 tengah hari Ucapan penutup daripada Pengarah KVSEP
12.45 tengah hari Penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pihak juri
1.00 petang Sesi bergambar kenangan
1.00 petang – 01.15
Majlis bersurai dan jamuan makan tengah hari
petang

 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KATEGORI UNIT KOS (ANGGARAN)

1. Tempat Pertama (Plak) 1 x RM50 RM 50


2. Hadiah Tempat Kedua (Plak) 1 xRM 50 RM 50
3. Tempat Ketiga (Plak) 1 x RM50 RM 50
Tempat Pertama, 26 orang
Kedua, Ketiga & Emas,
4. Sijil Perak & Gangsa peserta & RM 5.00
(Peserta) & AJK 7 AJK

5. Cenderahati 3 Juri (Mug + beg) 3 x RM15 RM 45


8. Juri 3 × RM100 RM 300
Makan pagi:
 Bihun goreng 15 x RM 3.00 RM 45
Makanan &  Air Teh 15 x RM 2.00 RM 30
6.
Minuman Makan Tengah Hari:
 Nasi berlauk 40 x RM 7.00 RM 280

 Air Sirap 40 x RM 1.50 RM 60

7. Bunting 2 bunting 2 × RM50 RM100


Jumlah RM 1015

 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

 Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa program ini:


Penaung 1: Tn. Haji Zainol bin Mohd Radzi
Pengarah KV Seberang Perai
Penaung 2: En. Mohd Imran bin Abdullah
Timbalan Pengarah Akademik KV Seberang Perai
Penaung 3: Pn. Rusnani binti Ishak
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Seberang Perai
Penaung 4: Pn. Khalijah binti Sabu
KJK KV Seberang Perai
Ketua Penyelaras: Pn. Halimatul Saadiah binti Mohammad
Penyelaras: Pn. Marlini binti Mansor
Setiausaha: Cik Nur Hidayah binti Mohd Suri
Ahli jawatankuasa: En. Muhammad Azhan bin Mohd Johan
En. Mohd Ayub bin Md Daud Khan
En. Mohd Redzuan bin Abidin
Pn. Rashidah binti Ahmad

 PENUTUP

8.1 Aktiviti ini diharap dapat membudayakan kajian dalam kalangan guru KVSEP sebagai
usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya mampu
memberikan impak yang positif kepada perubahan terancang dan kesannya dapat
memenuhi matlamat pendidikan yang mahukan guru-guru yang kompeten dalam
semua aspek terutamanya dalam strategi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

......................................... ..............................................
(PN. MARLINI BINTI MANSOR) (EN. MOHD IMRAN BIN ABDULLAH)
Penyelaras Timbalan Pengarah Akademik
Jawatankuasa Kajian Tindakan Kolej Vokasional Seberang Perai
Kolej Vokasional Seberang Perai Pulau Pinang
Pulau Pinang
Diluluskan oleh:

...............................................
(TN. HAJI ZAINOL BIN MOHD RADZI)
Pengarah
Kolej Vokasional Seberang Perai
Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai