Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

KERTAS KERJA

KURSUS PEMANTAPAN PENGAWAS DISIPLIN

ANJURAN:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA

UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU


Pengenalan

Kursus pemantapan pengawas ini adalah merupakan salah satu program yang
diadakan setiap tahun. Program ini dirancang untuk membina semangat jatidiri yang tingi
dalam diri seorang pengawas di samping meningkatkan motivasi dan pembangunan diri
dalam kehidupan individu. Ini adalah kerana diri individu sentiasa memerlukan bimbingan,
pengetahuan dan penerokaan yang berterusan selagi hidup.

Objektif

 Para pengawas lebih memahami peranan dan tugas mereka sebagai pemimpin
pelajar.
 Dapat membina etika yang cemerlang dan minda yang positif di dalam setiap
pelajar.
 Para pelajar dapat mempelajari tips-tips komunikasi yang cemerlang, penampilan
diri yang gemilang dan sifat bertoleransi di dalam kumpulan dalam menjayakan
sesuatu perkara.
 Menghormati ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat tidak kira bangsa
dan warna kulit sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan nama
baik keluarga dan maruah agama, bangsa dan Negara.

Tema
Kepimpinan Pelajar Cemerlang Nadi Kegemilangan Sekolah

Kumpulan Sasaran
93 orang pelajar yang merupakan pemimpin sekolah yang terdiri daripada pelajar tahun 4
hingga 6.

Tarikh
26 September 2023 – 27 September 2023

Hari / Masa
SELASA / 7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
RABU / 7.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI

Tempat
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUA BAHARU

Konsultan
EFCS MOTIVATION & CONSULTANCY
Jawatankuasa

Penasihat : En. Mohd Khir bin Shafiee

Pengerusi : Puan Wan Rohana binti Wan Abd Aziz


Naib Pengerusi : En. Abdullah Radzi bin Bahari
Puan Rozita binti Abu Bakar
Puan Zuzaily binti Zakaria

Setiausaha : Puan Khairuzzah binti Baharom

Penyelaras Program : En.Najib Asri bin Nordin


Tuan Hj Mohd Ridzuan bin Mohd Noor

Pendaftaran : Puan Melati binti Hamzah (Tahun 6)


Puan Nur Fazlina bt Mohamad Saleh (Tahun 5)
Puan Yusnida binti Yusof (Tahun 4)

Kawalan murid :

Siaraya : En. Mohd Faiz bin Khir

Makanan : Puan Siti Nor Sarrah binti Ramly

Dokumentasi : Puan Nabila Huda bt Mohd Murad


Aturcara program

Tarikh Masa Aktiviti


26 September 7.30 pagi Pendaftaran dan sarapan
2023 (Selasa)
8.00 pagi -Taklimat Program
-Tatacara Kursus

- Pendaftaran
- Team Up
- Ice Breaking

9.00 pagi - Asas Kepimpinan


- Keterampilan Diri Pemimpin

10.30 pagi - REHAT

11.00 pagi - Tugas dan tanggungjawab (teori & praktikal)

12.30 tengah hari - Bersurai

Tarikh Masa Aktiviti


27 September 7.30 pagi Pendaftaran
2023 (Rabu)
8.00 pagi - Communicate with confidence

9.00 pagi - Team Qualities

10.30 pagi - REHAT

11.00 pagi - Leadership Qualities

12.30 tengah hari - Majlis Penutup


- Bersurai
Kewangan

Perbelanjaan

Yuran peserta

RM 25.00 x 93 peserta = RM 2,325.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM 2,325.00

 Yuran peserta menggunakan sepenuhnya PCG Kaunseling mengikut jumlah


yang ditetapkan.

PENUTUP
Diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan
mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi menjadikan murid-murid yang
berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................. ..................................................................
(NAJIB ASRI BIN NORIDN) (PN WAN ROHANA BT WAN ABD AZIZ)
Guru Bimbingan & Kaunseling GPK HEM
Sk Sungai Tua Baharu SK Sungai Tua Baharu
Tarikh: SEPTEMBER 2023 Tarikh: SEPTEMBER 2023
KERTAS KERJA PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Program Kursus Kepimpinan Pengawas

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Program Kursus Kepimpinan Pengawas

Ulasan:
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

..............................................
(MOHD KHIR BIN SHAFIEE)
Guru Besar
SK Sungai Tua Baharu
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai