Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM “KAMI HERO”

ANJURAN:
AKADEMI QURAN ANTARABANGSA ( iQRA )

DENGAN KERJASAMA

MADRASAH AL – ISLAH &


BRAVO EVENT & CONSULTANCY VENTURES

TEMPAT:
MADRASAH AL – ISLAH, BANDAR BARU SENTUL

TARIKH:
30-31 MEI 2023
KERTAS CADANGAN “KAMI HERO”

1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Akademi Quran Antarabangsa
( iQRA ). Program ini melibatkan peserta berumur 8-17 tahun di sekitar kawasan Bandar Baru
Sentul ini. Tujuan utama penganjuran program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada
anak- anak bagi menambah ilmu pengetahuan anak - anak yang tiada dalam silibus sekolah. Oleh
yang demikian, program ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, ilmu
pengetahuan dan menambah pengalaman serta mengisi masa lapang pada musim cuti sekolah.
Semoga program ini dapat memberi manfaat dan impak yang baik dari segi rohani, jasmani dan
intelektual anak - anak.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang anak, seseorang anak itu perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar dan seorang masyarakat dalam menjadi
insan yang soleh dan solehah. Melalui kem cuti sekolah ini, anak – anak dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan baik sekali gus dapat membantu ibu bapa dalam perlbagai aspek dari segi
jasmani dan rohani.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan anak – anak yang terlibat mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan dengan
rohani serta menambahbaikkan dari segi komunikasi, bakat dan kebolehan anak - anak termasuk
dapat mengisi masa lapang mereka pada musim cuti sekolah.
4.0 OBJEKTIF

Program ini dianjurkan dengan objektif seperti berikut :-

 Usaha untuk mengisi masa anak - anak pada musim cuti sekolah dengan aktiviti yang
lebih bermanafaat.
 Membantu ibu bapa yang sibuk dan terlepas pandang untuk memberi bimbingan santapan
rohani kepada anak mereka.
 Untuk memupuk semangat kepimpinan kerana semakin anak – anak membesar, semakin
banyak tanggungjawab dan amanah yang akan dipikul dan perlu dilunaskan dengan baik.
 Memperbaiki kemahiran komunikasi dan menambahbaik keyakinan diri yang merupakan
aspek penting dalam mencapai sesuatu kejayaan dan cita-cita diri.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Umur 8-12 Tahun : 40


Umur 13-17 Tahun : 40
Jumlah : 80

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 30 dan 31 Mei 2022


Hari : Selasa & Rabu
Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
Tempat : Madrasah Al – Islah, Bandar Baru Sentul,KL

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Rujuk Senarai

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Jadual 2
9.0 ANGGARAN KEWANGAN

RM
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
(SEUNIT)
FI KONSULTAN ( 2 HARI )
- 1 JURULATIH
1 - 4 FASILITATOR RM75 80 RM6000
- MODUL AKTIVITI
- PERALATAN AKTIVITI
MAKAN PESERTA
- SARAPAN – RM3.50 X 2
2 RM30 85 RM2550
- TENGAHARI – RM8 X 2
- MINUM PETANG – RM3.50 X 2
FAIL PESERTA
- 1 JURULATIH
3 - 4 FASILITATOR RM10 80 RM800
- MODUL AKTIVITI
- PERALATAN AKTIVITI
4 SAGUHATI TEMPAT AKTIVITI RM500 1 RM500
5 BANNER RM150 1 RM150
JUMLAH KESELURUHAN RM10,000

10.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, anak –anak akan dapat pengalaman yang tidak pernah mereka lakukan
semasa cuti sekolah yang sebelumnya. Tambahan lagi, anak – anak juga dapat membantu ibu
bapa dalam meringankan beban serta dapat meningkatkan daya pemikiran yang kreatif malahan
juga dapat melaksanakan tugas dan peranan sebagai seorang anak, pelajar dan masyarat. Akhir
sekali, semoga anak – anak menjadi insan yang soleh dan solehah buat para ibu bapa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… …..………………………
(MUHD HANIFF HAIQAL BIN SARUDIN) (MOHAMAD ANAS BIN
MOHAMAD NAEM)
Penyelaras, Pengerusi,
Program Kami Hero. Akademi Quran Antarabangsa (iQRA).
JADUAL 2

30 MEI 2023 – SELASA

MASA PERKARA CATATAN


7.30 pagi Pendaftaran
8.00 pagi Sarapan
9.00 pagi Taklimat
9.30 pagi Ice Breaking
10.30 pagi Lubang Ajaib
11.00 pagi Lelabah / Garisan Hati
1.00 petang Makan tengari / Solat Zohor
2.00 petang Debat Parlimen
3.30 petang Aktiviti Memanah
5.30 petang Solat Asar /Minum Petang / Bersurai

31 MEI 2023 – RABU

MASA PERKARA CATATAN


8.00 pagi Sarapan
9.00 pagi Motivasi Hero
11.00 pagi Kursus Jenazah
1.00 petang Makan tengahari / Solat Zohor
2.00 petang Wasiat / Muhasabah Diri
3.00 petang Rumusan
3.30 petang Majlis Penutup
4.30 petang Minum Petang / Solat Asar
5.00petang Bersurai

Anda mungkin juga menyukai