Anda di halaman 1dari 6

PK19 – LAMPIRAN 2

KERTAS KERJA
PROGRAM JEJAK LIPUR DI
OUTBAC BROGA

KELOLAAN
PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS KE-37,
ZON PUDU
SK TAMAN MALURI
WP KUALA LUMPUR

1
PK19 – LAMPIRAN 2

1.0 PENDAHULUAN

Program Jejak Lipur adalah salah satu program yang ditawarkan dan dijalankan
oleh Unit Beruniform Sk Taman Maluri secara bergilir. Program ini adalah diantara
aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini
unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secaralatih tubi dengan
para pelajar selaku peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang
membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi,
tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama
daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti program juga mendedahkan para peserta
kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping
memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi
dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya program yang
dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak,
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti
program yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut
menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

2.0 MATLAMAT

Program ini dilaksanakan kerana memberikan pengalaman ilmiah semasa berada di


Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom. Disamping membina sahsiah diri dan
meningkatkan semangat patriotisme di kalangan peserta.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

Program ini akan dijalankan pada

Tarikh : 12.11.2016 – 13.11.2016


Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Outbac Broga

4.0 SASARAN

Murid tahap 2 yang menganggotai pasukan unit beruniform dan guru pemimpin
Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

2
PK19 – LAMPIRAN 2

5.0 OBJEKTIF

Dengan adanya program ini ianya dapat :


1. Meningkatkan semangat berkerja dalam kumpulan – ‘Team Building’.
2. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan
seharian secara teratur dan berdisiplin.
3. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam
suasana semula jadi yang kondusif.
4. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-
masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
5. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-
rukun beragama dan kehidupun bermoral.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT Memberikan pengalaman baru kepada peserta dengan


aktiviti-aktiviti berkumpulan
OUTCOME - Murid akan dapat menghayati keindahan alam
semulajadi.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan
semasa aktiviti dijalankan.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA PENDAPATAN JUMLAH (RM)


RM120 x 40 orang
- RM 85 untuk bayaran kepada
1. Yuran murid Pihak Outbac Broga 3,400.00
- RM35 (t-shirt+ tambang bas +
sijil + minuman) 1,400.00

JUMLAH RM4800.00

PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


BIL PERKARA
Kuantiti Harga perunit
1 Yuran penyertaan 40 murid RM85.00 3400.00

2 Bas 1 bas RM1000.00 1000.00

3 T-Shirt Acara 40 helai RM400 400.00

3 Sijil (murid + guru pengiring) 40 murid + 10 guru (DIPEROLEHI DARI SEKOLAH)

JUMLAH RM4800.00

3
PK19 – LAMPIRAN 2

8.0
JAWATANKUASA PROGRAM

AJK INDUK
Penasihat : Zunnurin bin Abdul Aziz (Guru Besar)
Pengerusi : Ahmad Hazarudin bin Ahmad Azzudin (GPK Ko-Ko)
Naib Pengerusi : Sabaryah @ Sabariah binti Shafiee (GPK T&K)
Mohd Suhairi bin Hussin (GPK HEM)
Solehan bin Nazan (GPK PK)
Penyelaras : Sharmini a/p Manokaren (Pandu Puteri Tunas)
Setiausaha : Riza Azwani Binti Baharin
Bendahari : Fauziah Binti Mad Dalip

AJK PELAKSANA
Kem Komanden : Wan Nor Lela Binti Wan Ishak (Pandu Puteri Tunas)
Muhammad Fadzil Bin abdul Razak (Pengakap)

Pendaftaran : Norlin binti Amran

Makanan : Noratulasiah Binti Abdul Malek

Pengangkutan : Zubaidah Binti Mohamed Razali

Sijil : Maureen A/P Ramadas


Sharifah Wahida Binti Syed Omar

Jurugambar : Norzila Binti Abd Rahman

Dokumentasi : Fauziah Binti Mad Dalip

4
PK19 – LAMPIRAN 2

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI
12 November 2016 (Sabtu)
11.00 pagi Berkumpul di sekolah
12.00 tengahari Bertolak ke Outbac Broga
1.00 petang Ketibaan, taklimat, Pendaftaran & Makan tengahari
2.00 petang Aktiviti Bina Semangat / Aktiviti Uji Kendiri /
Aktiviti OUTBAC –X
7.00 petang Urus Diri & Makan Malam
8.30 malam Malm Unggun Api
11.00 malam Urus diri & Tidur
13 November 2016 (Ahad)
5.00 pagi Bangun pagi & Urus diri
5.30 pagi Mendaki Bukit Broga
8.30 pagi Sarapan
Aktiviti Bina Semangat / Aktiviti Uji Kendiri /
9.00 pagi Aktiviti OUTBAC –X
11.00 pagi Bersurai
12.30 tengahari Tiba di sekolah

5
PK19 – LAMPIRAN 2

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN

Rekod Penyerahan Dokumen

Disediakan oleh,

(SHARMINI MANOKERAN)
Kakak setia
Pandu Puteri Tunas
SK Taman Maluri

Tarikh : 05.10.2016

Ulasan :-

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

(ZUNNURIN BIN ABDUL AZIZ)


Guru Besar
SK Taman Maluri.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai