Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LALANG

86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA PERTANDINGAN DALAM TALIAN


MASAKAN RIMBA - SANDWIC
(MAKANAN YANG TIDAK MENGGUNAKAN API)

TARIKH:
3-7 OKTOBER 2021

MASA:
SELEPAS WAKTU PDPR ( PUKUL 1 PETANG KE ATAS

TEMPAT:
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN:
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH,
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LALANG
1.0 TAJUK
Pertandingan Masakan Rimba- Sandwic

2.0 PENDAHULUAN
Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai program
dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Lalang sepanjang proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) . Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah
dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan murid dapat mengikuti aktiviti kokurikulum secara
berterusan dalam keadaan yang selamat walaupun dalam menghadapi keadaan pandemik COVID-19
sekaligus memastikan bahawa tiada murid yang ketinggalan dalam pengisian markah PAJSK.
Pertandingan Masakan Sandwic, anjuran Tunas Kadet Remaja Sekolah SK Seri
Lalang ini adalah satu lagi program Kokurikulum yang bertujuan untuk membantu
memperkembangkan lagi potensi dan bakat murid dalam kemahiran teknologi maklumat di
samping mempamerkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid dalam
membuat sandwic. Pemilihan sandwic ini adalah kerana ia merupakan masakan yang tidak
menggunakan api yang mana terdiri dalam aspek masakan rimba yang terkandung dalam
kurikulum TKRS.

3.0 MATLAMAT
3.1 Memastikan bilangan 12 kali perjumpaan tahunan murid dalam aktiviti Unit Pakaian
Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan dapat dicapai.
3.2 Memastikan kehadiran murid mencapai 40% dalam PAJSK
3.3 Menyediakan platform untuk murid hadir dan tidak ketinggalan dalam menyertai aktiviti
kokurikulum

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendedahkan para peserta kepada kemahiran masakan rimba
4.2 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta mempraktikkan kemahiran
pembelajaran teknologi maklumat
4.3 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21 dalam aktiviti kokurikulum.
4.4 Mengukuhkan semangat jati diri, berkeyakinan dan berketrampilan diri murid.
5.0 BUTIRAN AKTIVITI
5.1 TARIKH AKTIVITI
3 – 7 Oktober 2021 (Ahad – Khamis)

5.2 TEMPAT AKTIVITI


Kediaman masing-masing

5.3 MASA
Selepas waktu PdPR (pukul 1.00 petang ke atas)

5.4 SASARAN
Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 SK Seri Lalang

5.5 PERATURAN PERTANDINGAN:


i. Sandwic bebas ( sandwic telur/ sardin/ sebagainya).
ii. Murid perlu menghasilkan sandwic dan menghiasnya mengikut kreativiti murid.
iii. Murid perlu mengambil 2 keping gambar iaitu sekeping gambar sandwic yang
telah siap dalam jarak dekat dan sekeping gambar bersama sandwic
(memegang pinggan sandwic yang telah siap).
iv. Penyertaan dikira setelah murid melengkapkan maklumat diri dan memuat naik
2 keping gambar yang dinyatakan di atas pada google form yang disediakan.
v. Setiap murid yang menyertai akan menerima sijil penyertaan dan pemenang
nombor 1- 3 akan menerima hadiah iringan.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : EN. KAHAR BIN ABDULLAH


(GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI I : PN. JUWIN BIN SALIM
(GPK KO KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI II : PN. NORASHIKIN BINTI ISMAIL
(GPK KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI III : PN. FATIMATUZZAHRAH BINTI ROSLAN
(GPK HAL EHWAL MURID)
PENYELARAS : PN. NOR RISAH BINTI MOHD NOOR

(PENYELARAS UNIT BERUNIFORM)


SETIAUSAHA : LILI FARHANA BINTI MD YASIN
AJK : PN RUZILA BINTI SULAIMAN
: PN AZMAH BINTI TUKIRAN
: PN SITI NORLIZA BINTI SAMSUDDIN
: EN. MUHD FAREEZ FARHAN BIN CHE ROSLI

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


HARGA/UNIT (RM)

1. Sijil Penyertaan - -

2. Hadiah:
Pertama 1 unit RM 10.00
RM 22.00
Kedua 1 unit RM 7.00

Ketiga 1 unit RM 5.00

RM 22.00
JUMLAH

8.0 PENUTUP
Diharapkan Pertandingan Masakan Sandwic ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-akedemik. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-
murid khususnya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


……………………………..........…..... ………………………………….........

(LILI FARHANA BINTI MD YASIN) (PN. JUWIN BINTI SALIM)


Penyelaras, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tunas Kadet Remaja Sekolah, Sekolah Kebangsaan Seri Lalang.
Sekolah Kebangsaan Seri Lalang. 86000, Kluang, Johor

Disahkan oleh,

…………………………………...

(EN. KAHAR BIN ABDULLAH)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Lalang
KM 9, Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai