Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 (F)

72120 BANDAR SERI JEMPOL


( SEKOLAH TRANSFORMASI KPM )

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN
TRANFORMASI JATI DIRI

TARIKH :

21, 22 DAN 23 OKTOBER 2016

TEMPAT :

KEM PUSAKO HASSAN BASIR,


SUNGAI JELUTONG
BATU KIKIR
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan salah satu daripada program pasca UPSR “ Sekolah Transformasi KPM ”
yang bertujuan untuk menggalakkan murid belajar secara aktif serta meningkatkan pemikiran kritis dan
kreatif bagi membentuk jati diri yang kukuh. Selain daripada P&P berbentuk formal yang telah
disampaikan di dalam bilik darjah, para pelajar juga akan didedahkan dengan aktiviti perkhemahan
melalui pengalaman pembelajaran secara tidak formal, melalui komunikasi dan dan aktiviti yang
dijalankan. Pendekatan ini dapat memperkukuhkan pembelajaran (reinforcement learning).
Pengalaman yang diperolehi dengan cara ini akan meluaskan pandangan, pengetahuan dan
kefahaman mereka serta menghasilkan perkembangan dan kematangan jasmani, mental, sosial dan
emosi mereka. Dengan kata lain, aktiviti perkhemahan adalah sumber pendidikan yang bermatlamatkan
kesuburan optimum individu.

2.0 MATLAMAT

Diharapkan para peserta dapat menyerap ilmu-ilmu yang dipelajari melalui aktiviti yang telah
dirancang agar murid terdidik tentang nilai hormat menghormati, merendah diri, keprihatinan dan
bertanggungjawab. Pelajar dapat dipupuk menyayangi dan menghargai alam sekitar melalui aktiviti
‘Kembara Rimba’ dan mensyukuri rahmat yang dilimpahi Allah SWT. Aktiviti lasak yang dijalankan dapat
meningkatkan tahap kecergasan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial peserta.
Menerusi aktiviti malam kebudayaan pula, peserta dapat mengaplikasi nilai kerjasama
berpasukan, keyakinan diri dan kreativiti. Aktiviti penghayatan malam dapat menerapkan nilai keberanian
dan menghargai alam dalam kalangan peserta. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperolehi
pengatahuan dan memperluaskan pengalaman serta kemahiran dalam membentuk jati diri mereka di
peringkat sekolah menengah kelak. Mewujudkan kesedaran-kesedaran dan membina sikap positif
terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pembentukan sahsiah bersepadu di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid belajar secara aktif dan meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif.
2. Menanam dalam diri murid supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
3. Menyediakan murid dengan pengetahuan asas perkhemahan, memasak dan kerjasama dalam
pasukan.
4. Melahirkan semangat bekerjasama dan menyayangi antara satu sama lain.
5. Memberikan kesedaran dan menghargai kepentingan alam sekitar.
4.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 21, 22 dan 23 Oktober 2016


HARI : Jumaat, Sabtu Dan Ahad
TEMPAT : KEM PUSAKO HASSAN BASIR, BATU KIKIR.

5.0 SASARAN

Seramai 58 orang murid ( 34 orang lelaki dan 24 orang perempuan ) dipilih untuk menyertai
program perkhemahan ini. Terdiri daripada tahun 4,5 dan 6.

6.0 PENGANGKUTAN
Dua buah bas akan disewa sebagai pengangkutan ke tempat perkhemahan.

7.0 JAWATAN KUASA INDUK

Penasihat
En. Halue Bin Mat Tahir
( Guru Besar )

Pengerusi
Tn. Hj. Mohd Asif Bin Ahmad
( Gpk Kokurikulum )

Naib Pengerusi 1
Pn. Niti Puspa Binti Mokri
( Gpk Kurikulum )

Naib Pengerusi 2
En. Haminudin Bin Bohari
( Gpk Hem )

Setiausaha
Pn.Norlailawani Bt Bakhari

Bendahari
Puan Syarifah Suhaila Binti Syed Yusoh

Kem Komandan
En.Razali Bin Abu Bakar
En. Mohd Sazazain Bin Abd Aziz
Peralatan / Masakan Makanan / Kebersihan
En Mohd Razali Bin Abu Bakar Tn. Hj. Azhar Bin Wahab
Pn. Niti Puspa Binti Mokri En. Mohd Firdaus Bin Mat Nor
Pn. Sy. Suhaila Binti Sy. Yusoh Noor Shalida Binti Mohd Sharif
Pn. Nadia Shahira Bt Sayadi Pn. Muslaini Binti Zabidin

Penginapan / Kerohanian / Hadiah Warden / Keselamatan Dan Kebajikan

En. Suhaimi Bin Yusoff Pn. Shamsuriah A/P atim


Pn. Sy. Suhaila Binti Sy. Yusoh Pn. Niti Puspa Binti Mokri
Pn. Roslawati Binti Abd. Rahman En. Mohd Razali Bin Abu Bakar
Pn. Khatijah Binti Abdul Rahman En. Suhaimi Bin Yusoff
Buku Program / Dokumentasi / Laporan
En. Mohd Sazazain Bin Abd Aziz
En. Mohd Firdaus Bin Mat Nor
8.0 ATURCARA PROGRAM

Hari Pertama ( 21 Oktober 2016 – Jumaat )


2.30 Petang - Bertolak Dari Sekolah
4.30 Petang - Daftar Masuk Tapak Perkhemahan Hassan Basir.
- Penerangan Adab-Adab dan Peraturan Perkhemahan
6.30 Petang Kemas Diri / Solat / Bacaan Yassin / Makan Malam
9.00 Malam - Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan / Ice Breaking
11.00 Malam - Minum Malam / Tidur
-
Hari Kedua ( 22 Oktober 2016 – Sabtu )
6.00 Pagi - Kemas Diri / Solat / Sarapan
8.30 Pagi - Aktiviti Ikatan
9.30 Pagi - Aktiviti Balutan Kecemasan
12.30 T/Hari - Kemas Diri / Makan Tengahari / Solat
2.30 Petang - Aktiviti Ikhtiar Hidup / Masakan “Ala Rimba “
5.30 Malam - Kemas Diri / Solat / Makan Malam
8.00 Malam - Ceramah Motivasi : Jati Diri
9.45 Malam - Persembahan Kebudayaan
12.00 Malam Minum Malam / Tidur
Hari Ketiga ( 23 Oktoberr 2016 – Ahad )
6.00 Pagi - Kemas Diri / Solat / Sarapan
8.30 Pagi - Jungle Tracking
10.00pagi - Kemas Kawasan Perkhemahan
Bertolak Pulang Ke Sekolah
9.0 KEWANGAN

Pendapatan
1. Peruntukan Sekolah Tranformasi RM4300.00
2. Sumbangan PIBG RM 760.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5060.00

Perbelanjaan
1. Makan / Minum ( Peserta ) RM 50X 60 RM 3000.00
2. Bayaran sewa Bas RM 600 X 2 RM 1200.00
3. Peralatan peserta ( alat tulis) RM 360.00
4. Hadiah RM 500.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 5060.00

10.0 PENUTUP

Aktiviti perkhemahan merupakan rantaian pelbagai pengalaman pengajaran dan pembelajaran


yang berbentuk amali dari ciri-ciri ilmuan dan nilai yang terdapat dalam kokurikulum. Apa yang ingin kita
pupuk kepada murid bukan sahaja ciri-ciri keilmuan dengan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan
sahaja malah sahsiah dan jati diri murid. Diharapkan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
dengan lancar supaya tidak menggangu kelancaran program ini. Guru-guru yang terlibat hendaklah
memberikan kerjasama yang jitu supaya perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. …………………………………
( NORLAILAWANI BT BAKHARI ) ( HAJI MOHD ASIF BIN AHMAD )
Setiausaha Kokurikulum, Pen. Kanan Ko-Kurikulum,
Sek. Keb. Serting Hilir 2 ( F ), Sek. Keb. Serting Hilir 2 ( F ),
72120 Bandar Seri Jempol, 72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Sembilan Darul Khusus.

Diperakui oleh,

…………………………………
( HALUE BIN MAT TAHIR )
Guru Besar,
Sek. Keb. Serting Hilir 2 ( F ),
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
LAMPIRAN 1

MENU MAKANAN

HARI MASA MENU

MINUM PETANG SANDWICH / THE

NASI PUTIH
JUMAAT SARDIN
MAKAN MALAM
AIR KOSONG

MINUM MALAM BISKUT / MILO

NASI GORENG
SARAPAN / TELUR DADAR / TIMUN
MINUM PAGI MILO

SABTU NASI PUTIH


AYAM GORENG SAMBAL
MAKAN TENGAH HARI KOBIS MASAK LEMAK
SIRAP
MINUM PETANG BISKUT / TEH O
NASI PUTIH
IKAN GORENG KICAP
MAKAN MALAM TAUGEH + KUCAI
AIR KOSONG
MINUM MALAM BISKUT / MILO
SARAPAN BIHUN / TELUR MATA / SOSEJ / TEH O
NASI PUTIH
AHAD AYAM GORENG SAMBAL
MAKAN TENGAH HARI
KOBIS MASAK LEMAK
SIRAP

Anda mungkin juga menyukai