Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA AKTIVITI TERAPI MINDA

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


SK SRI SETIA JAYA TAHUN 2017

Tarikh : 01 Mac 2017


Tempat : Heritage Mall, Kota Tinggi

1.0 PENGENALAN
Program pendidikan luar bilik darjah merupakan satu aktiviti bidang Sosial, Riadah
dan Kreativiti dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas. Program ini memberi
peluang kepada murid - murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran (PPKIBP) bagi mengetengahkan budaya dan seni perfileman dalam kalangan
murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Disamping itu, Terapi
Minda bertujuan merealisasikan budaya ilmu dan seni budaya supaya selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh yang demikian, usaha ini dilaksanakan
sebagai wadah dalam akitiviti pemupukan, pengayaan dan pengembangan budaya seni
dalam diri individu murid khas berdasarkan penyertaan murid-murid dalam program terapi
ini. Diharapkan, program terapi ini dapat memberi impak yang positif kepada murid-murid
PKBP sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi prasyarat bagi kelayakan taraf
pendidikan dan tidak disterotaipkan sebagai murid buta huruf dan buta seni budaya bangsa.

2.0 RASIONAL
Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pendidikan
Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan pentas pendidikan atas prinsip kesamarataan juga
menjadi tanggungjawab dan memastikan murid-murid istimewa di seluruh negara mencapai
tahap yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam semua program yang dilaksanakan.
Program Terapi Minda dijalankan kerana program ini merupakan satu landasan ke arah
kecemerlangan kurikulum. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid
istimewa daripada kepelbagaian kategori dan mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah
supaya mereka dapat turut serta dalam suatu komuniti sosial serta dapat bertukar-tukar
fikiran selain menonton wayang bersama rakan-rakan yang lain dan membina budaya seni
bersama.
3.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu
mendengar, bertutur dan menganalisis melalui tayangan wayang;
ii. Menarik penyertaan murid dalam aktiviti seni;
iii. Merangsang minat murid bertutur dan mendalami ilmu pengetahuan tentang seni;
iv. Salah satu cara penggalak kecemerlangan murid pendidikan khas dalam bidang
akademik.

4.0 MATLAMAT
i. Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui pembelajaran tidak
formal;
ii. Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam
mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka;
iii. Mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat;
iv. Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana
sahaja;
v. Melahirkan murid yang serba boleh, bertanggungjawab, berilmu, serta mematuhi
pelbagai bentuk peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Aktiviti terapi minda ini melibatkan semua warga PPKIBP SK Sri Setia Jaya iaitu :
Murid : 14 Orang
Guru : 3 Orang
PPM : 2 Orang

6.0 TENTATIF PROGRAM


08.00 pagi - Bertolak dari sekolah ke Heritage Mall, Kota Tinggi.
09.00 pagi - Dijangka sampai di Heritage Mall, Kota Tinggi.
10.00 pagi - Aktiviti terapi menonton wayang.
12.00 tengah hari - Makan tengah hari.
01.00 petang - Bertolak pulang.
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL. PERKARA ANGGARAN SUMBER
1. Tiket Wayang RM 15 x 14 = RM 210.00
2. Duit Saku RM 10 x 14 = RM 140.00
3. Minyak Kereta RM 30 x 3 = RM 90
JUMLAH BESAR RM 440.00

8.0 JAWATANKUASA

Penyelaras : Encik Ishak Bin Ali


Setiausaha : Puan Syahidah Binti Abd Majid
Bendahari : Encik Ali Mustafa Bin Mohd Yusoff
PPM : Puan Siti Saliza Binti Zaini
: Puan Nor Azlienda Binti Hamdan

9.0 SENARAI NAMA MURID


Rujuk Lampiran

10.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, Program Pendidikan Luar ini penting bagi membolehkan murid-
murid melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari pengalaman yang sangat
berharga. Melalui program ini secara tidak langsung dapat melatih para murid untuk
berdikari, mengurus diri dan bersosial dalam masyarakat. Di samping itu juga diharapkan
program ini dapat memberikan satu inspirasi dan semangat kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran supaya menjadi lebih bersemangat dan bersikap proaktif dalam PdP. Akhir
kata, kami mengharapkan program yang dijalankan ini mendapat kerjasama daripada
semua pihak dan menjadi inspirasi kepada Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Sri
Setia Jaya.
Disediakan Oleh : Disemak oleh :

……………………………………………… ………………………

( ALI MUSTAFA BIN MOHD YUSOFF) (ISHAK BIN ALI)

Penyelaras Penyelaras

Terapi Minda PPKI SK Sri Setia Jaya

PPKI SK Sri Setia Jaya

Disahkan oleh :

………………………………

(YAZID BIN ZAKARIA)

Guru Besar

SK Sri Setia Jaya

Anda mungkin juga menyukai