Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Program Pembelajaran Luar Kelas dan ‘Kembara Animasi 2’ ini tercetus hasil perkongsian idea guru-guru
bersama barisan pentadbir sebagai satu sokongan kepada filem yang ditayangkan di pawagam. Sehubungan
dengan itu, satu inisiatif telah diambil bagi mengetengahkan budaya dan seni perfileman dalam kalangan
murid-murid pendidikan khas termasuk prasekolah pendidikan khas. Tambahan lagi, program ini juga
bertujuan untuk mendedahkan kepada murid cara penggunaan perkhidmatan awam yang terdapat di bandar
Taiping murid-murid PPKI dan Prasekolah Pendidikan Khas akan diajar menggunakan bas awam - Bas Rapid.
Oleh yang demikian, usaha ini dilaksanakan sebagai satu aktiviti riadah dalam akitiviti pemupukan, pengayaan
dan pengembangan budaya seni dalam diri individu murid secara tidak langsung, program ini dapat
meningkatkan aspek budaya seni dalam diri murid dan diharapkan, Program ‘Kembara Animasi 2’ ini dapat
memberi impak yang positif kepada murid-murid sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang berguna.

2.0 RASIONAL

Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Program
Pembelajaran Luar Kelas dan ‘Kembara Animasi 2’ dijalankan kerana program ini merupakan satu landasan
ke arah kecemerlangan kurikulum dan samping itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid pendidikan
khas termasuk prasekolah pendidikan khas daripada kepelbagaian kategori dan mempertingkatkan potensi
diri dan sahsiah supaya mereka dapat turut serta dalam suatu komuniti sosial serta dapat bertukar-tukar
pemikiran selain menonton wayang bersama-sama rakan-rakan yang lain dan membina budaya seni bersama.

3.0 MATLAMAT

i. Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui Pembelajaran tidak formal.
ii. Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid berkeperluan khas (MBK) dalam
mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.
iii. Mendedahkan MBK dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
iv. Mewujudkan rasa yakin dan mampu berinteraksi dengan sesiapa dan di mana sahaja.
v. Melahirkan MBK yang serba boleh, bertanggungjawab, berilmu, serta mematuhi pelbagai bentuk
peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

4.0 OBJEKTIF

Melalui program ini, murid diharap dapat:


i. Meningkatkan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu, mendengar, bertutur dan
menganalisis melalui tayangan wayang.
ii. Memberi pendedahan kepada MBK cara menggunakan perkhidmatan awam.
iii. Menarik penyertaan MBK dalam aktiviti seni.
iv. Merangsang minat MBK bertutur dan mendalami ilmu pengetahuan tentang seni.
v. Memberi kesedaran kepada MBK bahawa bahasa adalah ilmu yang penting kepada mereka.

5.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi dengan kerjasama SK Kampung Boyan.

1
6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

i. Tarikh : 18 September 2019


ii. Hari : Rabu
iii. Tempat : MBO, Taiping Sentral, Taiping

7.0 TENTATIF

i. 10.00 pagi : Bertolak dari Sekolah ke Taiping Sentral


ii. 10.25 pagi : Jangka Sampai Taiping Sentral
iii. 11.30 pagi : Tontonan Filem “Angry Birds 2”
iv. 01.30 petang : Jangkaan tamat filem
v. 01.45 petang : Makan di Taiping Sentral
vi. 02.30 petang : Jangkaan selesai / Gerak pulang ke sekolah
vii. 03.00 petang : Jangka Tiba di Sekolah

8.0 KUMPULAN SASARAN

i. Kumpulan sasaran Program Menonton Wayang ini mengfokuskan kepada murid-murid MBK SK
Kampung Boyan

9.0 PENYERTAAN

Rujuk Lampiran A - Senarai nama murid


Lampiran B - Senarai nama guru

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Khairil Amir bin Abdul Wahab GURU BESAR

Timbalan Pengerusi : Rozita binti Ariffin PK PPKI

Naib Pengerusi 1 : Rifhan binti Abdul Jabar PK HEM

Naib Pengerusi 2 : Haslina binti Md Hashim PK PENTADBIRAN

Naib Pengerusi 3 : Ahzizul Anuar bin Mohd Nordin PK KOKURIKULUM

Pengurus Program : Azhar bin Ahmad Nasri

Setiausaha : Mohd Faidz bin Ibrahim

Bendahari : Muhammad Asyraf Bin Zubir

2
JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA

DISPLIN FOTOGRAFI
Semua Guru Dan PPM Yang Terlibat Aini Iryani Binti Hj Sapuan

KESELAMATAN DOKUMENTASI
Semua Guru Dan PPM Yang Terlibat Harlinda Binti Mohamad Arshad

PENGANGKUTAN
Nurul Fadhilah Binti Abdul Manaf

11.0 SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN

11.1 Perbelanjaan

BIL PERKARA JUMLAH

1. Tiket Wayang RM8.00 x 73 orang RM 584.00

2. Makan tengah hari RM 10.00 X 73 orang RM 730.00

3. Tambang Bus RM 1.00 X 73 orang RM 73.00

JUMLAH RM 1387.00

12.0 PENUTUP

Pada umumnya filem adalah karya seni. Sementara manusia pula pada umumnya memerlukan
karya seni sebagai makanan jiwa selain makanan zahir untuk mendapatkan tenaga dan kesihatan.
Manusia yang waras memerlukan seni, bukan sebagai makanan tambahan tetapi sebagai makanan
ruji mempertajamkan pemikiran. Filem tidak sekadar ditonton tetapi dibaca. Mereka membaca sistem
tanda atau semiotic. Tanda-tanda yang mempunyai makna yang lebih besar daripada yang terpancar
di layar.

Tambahan lagi, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada murid cara
penggunaan perkhidmatan awam yang terdapat di bandar Taiping. Murid-murid MBK akan diajar
menggunakan bas awam - Bas Rapid. Murid-murid MBK akan dibawa menaiki bas Rapid dari sekolah
ke Taiping Sentral Mall.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sebegini akan mewujudkan kesungguhan dan tumpuan
dalam diri guru-guru bagi melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu inspirasi dan semangat
kepada murid-murid supaya bersemangat dan bersikap proaktif sejajar dengan prinsip-prinsip dalam
bidang pendidikan yang bertepatan dengan prinsip-prinsip Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA).

Akhir kata,kami mengharapkan program dan aktiviti yang dijalankan ini mendapat kerjasama
dari semua pihak dan menjadi inspirasi kepada semua khususnya warga Sekolah Kebangsaan
Kampung Boyan, Taiping, Perak.

3
Disediakan oleh:

.......................................................
(AZHAR BIN AHMAD NASRI)
Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan,
34000, Taiping
Perak

Disemak oleh: Disahkan oleh:

................................................. ...............................................................
(ROZITA BINTI ARIFFIN) (KHAIRIL AMIR BIN ABDUL WAHAB)
Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan,
34000, Taiping 34000, Taiping
Perak Perak

4
5

Anda mungkin juga menyukai