Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK KELAPA SAWIT


KULAI, JOHOR

KERTAS KERJA
PROGRAM PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
PROGRAM PENIDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK KELAPA SAWIT
“KUNJUNGAN MUHIBAH AIDILFITRI”
TAHUN 2018

1
1. TAJUK
PROGRAM PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK KELAPA SAWIT ”KUNJUNGAN MUHIBAH AIDILFITRI”
TAHUN 2018

2. PENERAPAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)


Anjakan Ke-3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan menghayati nilai.
Aspirasi murid : i) Etika dan kerohanian
ii) Pengetahuan
iii) Identiti Nasional
iv) Kemahiran Memimpin
Aspirasi Sistem : Perpaduan dan Kecekapan

3. MATLAMAT
Program pengukuhan dan pengayaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bagi matapelajaran Pendidikan Agama Islam serta Pendidikan Moral dan Sivik murid-murid
Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit ini adalah satu agenda untuk memberi pengetahuan
kepada murid-murid pendidikan khas tentang kepentingan amalan berziarah di bulan
Syawal di kalangan umat Islam serta pada hari perayaan penganut agama lain di Malaysia
untuk mengukuhkan lagi silaturrahim. Hal ini kerana sebahagian besar murid pendidikan
khas sekolah ini kurang berpeluang ziarah menziarahi antara mereka. Sebahagian besar
warga pendidikan khas sekolah ini juga masih kurang mengenali secara mendalam antara
satu sama lain. Justeru program ini dirancangkan memandangkan secara tidak langsung ia
dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk warganegara yang mempunyai
nilai murni yang tinggi dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa
mengira kaum dan agama.

4. RASIONAL
Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara sistematik bermula dari
penerimaan rangsangan melalui pelbagai deria, pembentukan konsep dalam minda dan
diikuti dengan perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan
tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini
dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan oleh proses pertumbuhan.
Perubahan boleh berlaku secara formal (dalam setting bilik darjah) dan secara tidak formal
melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar
pendidikan formal. Kepelbagaian proses pembelajaran inilah yang mendorong PPKI SMK
Kelapa Sawit merancang PROGRAM PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK KELAPA SAWIT
”KUNJUNGAN MUHIBAH AIDILFITRI” TAHUN 2018. Konsep pendidikan yang
2
menyeluruh kepada semua golongan kanak-kanak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
merupakan titik tolak kepada penglibatan anak-anak istimewa dalam semua bidang
pembelajaran. Program yang dirancangkan ini merupakan salah satu pengisian kurikulum
anak-anak istimewa bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seharian secara
terancang serta turut menikmati alam kehidupan/sosialisasi sepertimana kanak-kanak
normal yang lain.
Program yang dirancangkan ini merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran berbentuk pengalaman yang memberi peluang kepada semua murid
mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari dalam bilik darjah seperti
bersosialisasi dengan komuniti, adab makan, adab bertamu, mendengar dan mematuhi
arahan mudah dan nilai-nilai murni sepanjang program ini dijalankan. Oleh yang demikian,
program ini dirancang khusus untuk anak-anak istimewa yang diharap menjadi pemangkin
kepada pembentukan konsep kendiri yang mantap dan penghayatan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian di samping meningkatkan kecekapan berkomunikasi dan bersosialisasi
dengan masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek dan
emosi. Bagi keberkesanan program dan memberi peluang sama rata kepada seluruh warga
PPKI dan keluarga waris, program ini dirancang dalam jangka masa yang panjang.

5. OBJEKTIF
Melalui perlaksanaan program ini murid-murid diharapkan dapat :
1. Menyediakan ruang pengaplikasian kemahiran dipelajari dalam bilik darjah dalam
kehidupan sebenar.
2. Mengamalkan adab berhari raya, menziarahi dan menghormati orang tua serta
mengamalkan doa tertentu (bagi yang beragama Islam) semasa berhari raya.
3. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza
dan boleh diraikan oleh semua kaum.
4. Menyediakan ruang pembelajaran secara intensif mengenai amalan dan penghayatan
nilai-nilai murni kepada semua murid.
5. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni kepada semua murid
6. Semua murid boleh menjalani kehidupan bermasyarakat dengan lebih bertatasusila.
7. Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan murid-murid terutama untuk
melaksanakan sesuatu program.
8. Menggerakkan tenaga murid berkeperluan khas sebagai pemangkin kepada perubahan
sosial.

6. PENGISIAN PROGRAM
MASA AKTIVITI
1.10 Petang Solat Zohor berjemaah
Taklimat ringkas
Pembahagian kumpulan

 Kunjungan ke rumah-rumah murid di Taman Scientex,


3
Taman Taman Manis dan Perumahan Awam.
 Empat buah rumah terlibat.
 Pertandingan yang dijalankan :
 Lagu Hari Raya
 Menyusun Puzzle Hari Raya
 Teka nama kuih raya
 Bacaan Doa Terbaik
 Ketua Marhaban terbaik

5.30 Petang Bertolak pulang ke sekolah


6.00 Petang Tiba di sekolah
#Nota : Pakaian sekolah

7. SASARAN
Semua murid, guru, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa murid PPKI SMK Kelapa
Sawit yang terlibat.

8. TARIKH, MASA & TEMPAT


Tarikh : 11.07.2018
Masa : 1.10 petang-6.00 petang
Tempat : Rumah murid-murid PPKI SMK Kelapa Sawit di Taman Scientex, Taman
Taman Manis dan Perumahan Awam, Kulai, Johor.

9. JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Rahmat Bin Baharudin (Pengetua)
Naib Pengerusi : Puan Zanariah Binti Mohamad (Pen. Kanan Pend Khas)
Penyelaras & Setiausaha Program : Roziahani Binti A Rahim
Setiausaha Program
Bendahari : Puan Mawar Ayu Binti Jamal

Ahli Jawatankuasa :

Pengangkutan : Encik Fazrul Rizman Bin Bahsri


Cik Marliana Binti Abdullah
Puan Fatin Amira Binti Abdul Rahman
Dokumentasi : Puan Siti Saralina Binti Rosli
Cik Masura Binti Mansor
Tatatertib Makan ; Puan Sitti Nazirah Binti Ramli
Puan Norizan Binti Mohamed
Puan Rosilawati Binti Mustafar
Kawalan Murid : Encik Mohamad Faizal Bin Paimen

4
Puan Low Yen Yong
Puan Siti Rashidah Binti Mandayar

10. SUMBER KEWANGAN


Peruntukan PCG Pendidikan Khas
(Aktiviti Agama/Moral/Sivik dan Kewarganegaraan)

11. ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL. BUTIRAN JUMLAH
1. Pengangkutan :
Sewa Bas (RM200x 2 hari) RM 200.00
2. Hadiah :
i. Hadiah 1(RM4.50x5 acara) RM 22.50
ii. Hadiah 2(RM4.00x5 acara)
RM 20.00
iii. Hadiah kumpulan terbaik
RM 20.00
JUMLAH RM 262.50

12. PENUTUP
Semoga program yang dirancangkan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan
pembentukan sahsiah anak-anak istimewa yang gemilang sebagai generasi pewaris negara
pada masa hadapan. Semoga melalui program ini kelak dapat meningkatkan kemahiran
asas murid ketika bertamu dan ziarah menziarahi, murid boleh memahami dan
melaksanakan arahan mudah yang diberikan, meningkatkan tahap kebolehan kawalan
disiplin dan tingkah laku murid, meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap
kemampuan atau kebolehan terhadap murid berkeperluan khas, meningkatkan
penghargaan diri atau self-esteem murid-murid berkeperluan khas dengan kerjasama dan
sokongan keluarga, guru dan suasana persekitaran yang menggalakkan selain pihak sekolah
(guru dan PPM) berpeluang mengenali ahli keluarga atau waris murid dengan lebih dekat.
Semoga program ini mendapat keredhaan serta keberkatan dari Yang Maha Esa hendaknya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( ) ( )

Disahkan oleh,
5
( )

Anda mungkin juga menyukai