Anda di halaman 1dari 88

MODUL PdPR PRASEKOLAH

(TUNJANG KEMANUSIAAN)
ISI KANDUNGAN

Isi kandungan i
Sekapur Sireh ii
Sidang Editor iii
Prakata iv
Panduan Penggunaan Modul v
Tajuk kemahiran vii

KEMAHIRAN 1: MEMAHAMI DIRI DAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA


KM 1.1: Memahami diri dan hubungan dengan keluarga

KEMAHIRAN 2 : MEMAHAMI HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH


KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah

KEMAHIRAN 3 : MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM


KM 2.3 Memahami tanggungjawab dan hubungan diri dengan komuniti.

KEMAHIRAN 4 : MENGETAHUI NEGARA MALAYSIA.


KM 3.1 Mengenal Malaysia

KEMAHIRAN 5 : MENUNJUKKAN SIKAP CINTA AKAN NEGARA.


KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara

KEMAHIRAN 6 : MENGHARGAI WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA


KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN 7 : MENUNJUKKAN SIKAP MENYAYANGI ALAM SEKITAR


KM 5.1 Memahami keindahan alam sekitar
KM 5.2 Memahami perhubungan manusia dan alam sekitar
KM 5.3 Memelihara dan memulihara alam sekitar

Profil Penulis

Penghargaan
SEKAPUR SIREH, SEUNTAI BICARA

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Salam Kuala Kangsar Teratas dan Salam Kuala Kangsar Satu Matlamat.

Ucapan sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan Jawatankuasa Penulisan Modul Prasekolah di bawah Unit
Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar yang terdiri
daripada jurulatih-jurulatih utama, guru-guru serta pegawai-pegawai
yang telah berjaya menghasilkan Modul PdPR Prasekolah berasaskan
Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) bagi tujuan
membantu memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid prasekolah samada di rumah
mahupun di bilik darjah sekaligus membantu dalam pengumpulan data
pentaksiran prasekolah sepanjang tahun.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenanNya, modul ini
akhirnya dapat diterbitkan untuk kegunaan bersama dalam proses memantapkan PdPc antara guru-guru
dan murid-murid serta ibu bapa yang turut membantu dalam penguasaan kemahiran dan perkembangan
anak-anak di rumah.

Modul PdPR Prasekolah dibangunkan sesuai dengan permintaan dan keperluan pendidikan masa kini.
Berlabuhnya tirai 2020 telah menyaksikan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita yang turut
terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 dimana pembelajaran secara bersemuka tidak lagi menjadi
pilihan sebaliknya penekanan lebih kepada penguasaan kemahiran yang perlu diberi perhatian. Justeru
dengan adanya Modul Pengajaran dan Pembelajaran seperti ini, diharapkan dapat membantu guru, ibu
bapa dan murid dari segi penguasaan kemahiran dan perkembangan yang diperlukan oleh murid-murid
prasekolah.

Dalam usaha ke arah transformasi dan pembaharuan sistem pendidikan inilah, barisan Jawatankuasa
Penulisan Modul Prasekolah telah berkolaboratif mencurah idea dan menggembleng tenaga bertungkus
lumus bagi merealisasikan penghasilan naskah modul yang boleh digunakan bersama untuk keperluan
membantu meningkat dan memartabatkan keberhasilan bidang pendidikan di daerah Kuala Kangsar,
khasnya bagi bidang Prasekolah.Diharapkan penggunaan modul ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-
baiknya dan berkesan sebagai bahan bantu pengajaran untuk keperluan bersama.

Akhir kalam, saya mendoakan agar semua warga pendidikan yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dengan projek penghasilan modul ini akan terus berjaya dan sejahtera menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan masyarakat Malaysia yang gemilang dan harmonis selaras dengan
aspirasi negara.

Semoga segala usaha dan kerja buat diberkati. Insha’Allah.

“KUALA KANGSAR TERATAS, KUALA KANGSAR SATU MATLAMAT”

SAFUAN BIN HAJI RABA’AI, PPT


PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR.
SIDANG EDITOR
Modul PdPR Prasekolah
(TUNJANG KEMANUSIAAN)
PPD Kuala Kangsar

Penasihat Tuan Safuan bin Hj. Raba’ai, PPT


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pengerusi En. Roslee bin Abdul Wahab


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Pegawai Penyunting 1. Puan Hjh. Noor Shidah bt Sulaiman


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pemulihan Khas
(Penyelaras Pembelajaran Prasekolah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

2.En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd. Ramli


Pegawai SISC+ (Sains dan Matematik)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.En. Mohd Rassidee bin Mohd Rasid


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
(Prasekolah dan Rendah)
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Ketua Panel Dr. Siti Rohana binti Salleh


Guru Cemerlang Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Panel 1. En. Asrul Nizam bin Mat Nayan (SK Padang Asam)
2. En. Mohd Khiri bin Masbol (SK Raja Muda Musa)

Penulis Modul 1. En. Abdullah bin Hassan (SK Talang)


2. En. Mohd Asrul bin Shafiai (SK Pos Poi)
3. En. Zakuan bin Mohammad (SK Pos Sungai Pelantok)
4. En. Shahril Ridzuan bin Shohoddin (SK Pos Legap)
5. Puan Nur Hidayah binti Othman (SK Pos Perwor)
6. Puan Siti Norshakila binti Mohd Sari (SK Kg Kenang)

Rekabentuk En. Faisal bin Ismail


Guru Prasekolah SK Pos Piah
PRAKATA

Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini dihasilkan khusus untuk membantu guru-guru
prasekolah serta ibu bapa yang terlibat dalam menekankan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Modul ini
diharapkan dapat merealisasikan amanat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar semua
murid dapat menguasai semangat patriotisme dan perpaduan sejak peringkat prasekolah lagi.

Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini telah disusun dan dimurnikan oleh Jurulatih-
jurulatih Utama dengan kerjasama dan bantuan guru-guru Prasekolah PPD Kuala Kangsar.
Modul yang disediakan ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran yang telah ditetapkan dalam
Kuruikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Modul ini mengandungi latihan dan
aktiviti berdasarkan kemahiran bagi memperkasakan sifat kemanusiaan murid. Modul ini juga
turut diselitkan dengan contoh dan model PdPc berbentuk interaktif serta ilustrasi yang pelbagai
dan bersesuaian bagi menjadikan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lebih
menarik dan berkesan agar dapat membantu merangsang minat murid untuk belajar.

Penghasilan Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini diharapkan dapat membentuk


murid dalam memahami diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta alam sekitar di Malaysia.
Selain itu, modul ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada semua guru prasekolah serta
para ibu bapa/penjaga atau sesiapa juga yang melibatkan diri membantu proses pembelajaran
murid untuk menguasai kemahiran dalam Tunjang Kemanusiaan.

Akhir kata, adalah menjadi harapan kami agar Modul PdPR Prasekolah (Kemanusiaan) ini
dapat dijadikan panduan dan digunakan dalam PdPc Prasekolah agar semua murid dapat
membina kemahiran sosial dan menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta
membina keyakinan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekian.

Jurulatih Utama
Tunjang Kemanusiaan
PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan awal
kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan serta pengalaman yang bermakna dan
menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif untuk pembelajaran seterusnya. Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk
melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini direalisasikan
melalui lapan tunjang yang diperkenalkan melalui Modul PdPR Prasekolah yang meliputi
pengetahuan, kemahiran dan pentaksiran yang diperlukan oleh murid prasekolah sebagai
persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia bermula dari tahun 2020 hingga kini
telah menyebabkan aktiviti pembelajaran di kelas prasekolah turut terjejas. Walau bagaimanapun
pembelajaran yang bermakna tetap boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya guru dan ibu
bapa sama berganding bahu serta berkolaborasi bagi menjayakan pembelajaran anak-anak di
rumah melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Pembangunan Modul PdPR Prasekolah
Berasaskan IPPK ini merupakan inisiatif guru prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi
menghasilkan satu bahan pembelajaran yang lengkap yang boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di rumah selain turut membantu guru mengumpul data
pentaksiran untuk Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) yang dijalankan dua
kali setahun.

Modul PdPR Prasekolah Berasaskan IPPK terdiri daripada lapan buah modul yang dibangunkan
mengikut tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu:

i. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Melayu


ii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Bahasa Inggeris
iii. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Matematik Awal
iv. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Sains Awal
v. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan
vi. Modul PdPR Prasekolah Tunjang Kreativiti & Estetika
vii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Keterampilan Diri
viii.Modul PdPR Prasekolah Tunjang Tunjang Kemanusiaan
Modul PdPR Prasekolah ini akan diedarkan kepada semua prasekolah di bawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk digunakan oleh ibu bapa dan guru prasekolah. Modul
ini bukan sahaja sesuai digunakan semasa PdPR sebagai bahan pembelajaran tetapi juga
merupakan bahan mengumpul data pentaksiran prasekolah melalui Instrumen Pentaksiran
Prasekolah kebangsaan (IPPK). Data pentaksiran IPPK ini boleh dikumpulkan melalui bantuan
ibu bapa di rumah dan guru prasekolah serta mana-mana guru yang menguruskan
pembelajaran murid. Secara tidak langsung apabila murid menggunakan bahan dalam modul
ini hasil pembelajaran mereka turut dinilai sebagai data pentaksiran IPPK dan sekaligus
merupakan evidens pentaksiran tersebut.

Kandungan modul ini terdiri daripada (i) Rancangan Pengajaran (ii) Nota Pembelajaran (iii)
Pentaksiran. Sepanjang PdPR setiap murid akan dibekalkan dengan set modul ini ( 8 buah)
samada secara beransur-ansur atau sekaligus dan kaedah pengajaran akan berlangsung
bersama guru setiap hari mengikut jadual waktu pengajaran prasekolah yang dibekalkan
kepada ibu bapa. Kaedah pengajaran guru adalah fleksibel sesuai dengan kesediaan murid
dan ibu bapa dari segi perkakasan, peranti, liputan dan kekangan lain turut diambilkira semasa
guru mengendalikan modul ini. Modul ini merupakan bahan bantu pengajaran sebagai
panduan ibu bapa sekiranya murid tidak dapat mengikuti pembelajaran guru secara online
(contoh: google meet, video call) atau offline ( contoh: aplikasi whatsaps, telegram, DELIMA).
Ibu bapa boleh merujuk kepada Rancangan Pengajaran, nota dan aktiviti yang dibekalkan
dalam modul tersebut seterusnya mengisi penilaian murid pada akhir setiap aktiviti yang
dilaksanakan.

Pada akhir setiap pembelajaran modul ini turut disediakan aktiviti yang juga merupakan
pentaksiran mengikut tiga tahap penguasaan murid iaitu TP1: belum menguasai TP2: sedang
menguasai TP3: telah menguasai. Kaedah pentaksiran ini berpandukan Standard Prestasi
(SPi) yang digunapakai dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sekaligus
turut digunakan dalam pengumpulan data pentaksiran prasekolah (IPPK). Modul ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada semua murid, guru dan ibu bapa melalui pembelajaran secara
bersemuka ataupun pembelajaran di rumah ( PdPR) khususnya di semua kelas prasekolah di
daerah Kuala Kangsar. Sekian

DR SITI ROHANA BINTI SALLEH


KETUA PANEL
PEMBANGUNAN MODUL PdPR PRASEKOLAH
TAJUK KEMAHIRAN

KEMAHIRAN 1: MEMAHAMI DIRI DAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA


KM 1.1: Memahami diri dan hubungan dengan keluarga

KEMAHIRAN 2 : MEMAHAMI HUBUNGAN DENGAN SEKOLAH


KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah

KEMAHIRAN 3 : MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEMUDAHAN


AWAM
KM 2.3 Memahami tanggungjawab dan hubungan diri dengan komuniti.

KEMAHIRAN 4 : MENGETAHUI NEGARA MALAYSIA.


KM 3.1 Mengenal Malaysia

KEMAHIRAN 5 : MENUNJUKKAN SIKAP CINTA AKAN NEGARA.


KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara

KEMAHIRAN 6 : MENGHARGAI WARISAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA


KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia

KEMAHIRAN 7 : MENUNJUKKAN SIKAP MENYAYANGI ALAM SEKITAR


KM 5.1 Memahami keindahan alam sekitar
KM 5.2 Memahami perhubungan manusia dan alam sekitar
KM 5.3 Memelihara dan memulihara alam sekitar
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.


KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.1 Bercerita tentang diri sendiri


PEMBELAJARAN

https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0&t=3s
BAHAN/BBM Lembaran kerja 1, lembaran kerja 2

LANGKAH 1. Murid-murid menyanyi lagu “Bila Rasa Gembira” bersama-sama.


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=-8SnAJYICU0&t=3s

2. Guru menceritakan tentang diri sendiri sebagai contoh


sebelum murid menceritakan tentang diri mereka sendiri.
- Nama, umur, jantina, nama ayah dan nama ibu.

3. Murid menceritakan tentang diri mereka sendiri (berdasar item


di atas)

4. Murid-murid mewarna gambar diri sendiri pada lembaran kerja.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memperihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memperihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri


sendiri dan keluarga.
NOTA
NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3


Murid dapat menyebut nama sendiri
dengan betul.

Murid dapat menyatakan umur dengan


betul

Murid boleh menyatakan jantina sendiri


dengan betul

Murid boleh menyebut nama ayah


dengan betul

Murid boleh menyebut nama emak


dengan betul
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.


KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.3 Menerangkan tentang salasilah keluarga.


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM https://www.youtube.com/watch?v=WIcYiTYyJ3c
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo
Lembaran kerja 1, dan lembaran kerja 2

LANGKAH 1. Murid-murid menyanyi lagu “Keluarga Saya” bersama-sama.


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=WIcYiTYyJ3c

2. Murid menyebut nama anggota keluarga dengan bimbingan


guru/ibubapa berdasarkan carta ahli keluarga saya.
- Datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan adik.

3. Murid mengeja nama gelaran ahli keluarga dengan bimbingan


guru/ibubapa.

4. Murid menonton video keluarga saya.


https://www.youtube.com/watch?v=3SFccNtisJQ

5. Murid dengan bimbingan guru/ibubapa melengkapkan carta


ahli keluarga mereka sendiri.

6. Murid menyanyi lagu “ My Family”.


https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memerihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memerihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri


sendiri dan keluarga.
NOTA
NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3


Murid dapat menyebut nama ayah
dengan betul

Murid dapat menyebut nama emak


dengan betul

Murid dapat menyebut nama datuk


dengan betul

Murid dapat menyebut nama nenek


dengan betul
Murid dapat menyebut nama abang
dengan betul
Murid dapat menyebut nama kakak
dengan betul
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 1 Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.


KANDUNGAN

STANDARD KM 1.1.4 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota keluarga.


PEMBELAJARAN

https://www.youtube.com/watch?v=XqZsoesa55w
BAHAN/BBM https://www.youtube.com/watch?v=9Nlk6beBJqc
https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo
Lembaran aktiviti

LANGKAH 1. Murid-murid/anak-anak menyanyi lagu “Baby Shark” bersama-sama


PENGAJARAN https://www.youtube.com/watch?v=XqZsoesa55w

2. Murid/anak menyebut nama anggota keluarga dengan bimbingan


guru/ibubapa.
- Datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak dan adik.

3. Murid/anak menonton video peranan ahli keluarga.


https://www.youtube.com/watch?v=9Nlk6beBJqc

4. Murid/anak membuat latihan dalam lembaran kerja sebagai aktiviti


peneguhan.

5. Murid/anak menyanyi lagu “ My Family”.


https://www.youtube.com/watch?v=d_WQEw13TCo

PENTAKSIRAN TP1 Boleh memerihal tentang diri sendiri.

TP2 Boleh memerihal tentang diri sendiri dan keluarga.

TP3 Boleh memerihalkan tentang peranan dan tanggungjawab diri


sendiri dan keluarga.
NOTA
NAMA AKTIVITI PENCAPAIAN CATATAN

TP1 TP2 TP3


Murid boleh menyatakan peranan
sebagai seorang ayah

Murid boleh menyatakan peranan


sebagai seorang ibu

Murid boleh menyatakan peranan


sebagai seorang abang

Murid boleh menyatakan peranan


sebagai seorang kakak

Murid boleh menyatakan peranan


sebagai seorang adik
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah


KANDUNGAN

KM 2.2.1 Bercerita tentang kelas


STANDARD
PEMBELAJARAN KM 2.2.2 Mematuhi peraturan sekolah

Lembaran kerja.
BAHAN/BBM Video tema sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=tnHSN3juDVY
Video peraturan sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=DaqeHYVVqYI

LANGKAH 1. Guru menayangkan video dan bersoaljawab tentang kelas.


PENGAJARAN
2. Murid dibimbing menyebut peraturan di sekolah.

3. Murid membuat aktiviti di dalam lembaran kerja.

4. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

TP1 Boleh bercerita tentang kelas.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh bercerita tentang sekolah.

TP3 menunjukkan sikap bangga terhadap sekolah.


NOTA
.

----------------------------------------------------------------------------------------------
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 2.2 Memahami hubungan dengan sekolah


KANDUNGAN

KM 2.2.3 Memerihal tentang sekolah


STANDARD
PEMBELAJARAN KM 2.2.4 Bercerita tentang warga sekolah

Lembaran kerja.
BAHAN/BBM Video lagu ke sekolah
https://www.youtube.com/watch?v=KhXxWp_LKGY

LANGKAH 1. Guru menayangkan video dan bersoal jawab dengan murid tentang
PENGAJARAN video yang di tonton dan bercerita tentang kelas.

2. Murid berkongsi pendapat mengapa seronok ke sekolah.

3. Murid menulis nama kelas.

4. Murid membuat aktiviti kuiz yang dilampirkan.

5. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

TP1 Boleh bercerita tentang kelas.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh bercerita tentang sekolah.

TP3 Menunjukkan sikap bangga terhadap sekolah.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan
TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+
STANDARD KM 2.3 Melaksanakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam.
KANDUNGAN

STANDARD KM 2.3.3 Mengenal simbol kemudahan awam.


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Link video : https://www.youtube.com/watch?v=F6EnVmfNjXk


https://www.youtube.com/watch?v=NY5SqhXabmk
Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.

1. Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.


LANGKAH https://www.youtube.com/watch?v=NY5SqhXabmk (simbol
PENGAJARAN kemudahan awam)
https://www.youtube.com/watch?v=F6EnVmfNjXk (kemudahan
awam)

2. Guru meminta murid menyebut nama-nama simbol kemudahan


awam yang telah dinyatakan dalam video tersebut.

3. Bersoal jawab tentang kemudahan awam.


Apa itu simbol kemudahan awam?
Adakah pernah melihat simbol kemudahan awam?
Pengenalan simbol kemudahan awam.
Guru bersoal jawab dengan murid kepentingan mengenal simbol
kemudahan awam.
Menamakan simbol kemudahan awam yang diketahui.
Menyatakan 1 simbol dan tujuan simbol kemudahan awam
tersebut.

4. Baca,tulis dan warnakan gambar simbol kemudahan awam. (


lembaran kerja ).

TP1 Boleh mengenal simbol kemudahan awam.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh menyatakan cara menggunakan kemudahan awam dengan
betul.

TP3 Boleh menjaga kemudahan awam dengan betul.


AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 2.3 Melaksanakan tanggungjawab menjaga kemudahan awam.


KANDUNGAN

STANDARD KM 2.3.4 Menyatakan cara menjaga kemudahan awam.


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Link video : https://www.youtube.com/watch?v=tqO2qYF1FZY


Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.


LANGKAH https://www.youtube.com/watch?v=tqO2qYF1FZY (adab menjaga
PENGAJARAN kemudahan awam)

2. Guru meminta murid menyatakan cara menjaga kemudahan


awam dengan betul seperti yang ditunjukkan dalam video
tersebut.

3. Bersoal jawab tentang penjagaan kemudahan awam.


 Apa itu harta benda awam?
 Bagaimana caranya menjaga kemudahan awam?
 Kepentingan menjaga kemudahan awam.
 Cara mengatasi kerosakan harta benda awam.

i. Tunjuk teladan yang baik


ii. Melakukan pengawasan terhadap harta benda awam
iii. Memberi nasihat dan teguran
iv. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat

TP1 Boleh mengenal simbol kemudahan awam.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh menyatakan cara menggunakan kemudahan awam
dengan betul.

TP3 Boleh menjaga kemudahan awam dengan betul.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 3.1 Mengenal Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 3.1.1 Bercerita tentang Negara Malaysia


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Peta Asia Tenggara

LANGKAH 1.Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
PENGAJARAN
2.Guru melampirkan peta Asia sebagai panduan murid.

3.Murid mencari dan menanda kedudukan Malaysia dalam peta Asia

4.Murid membuat aktiviti mewarna negara Malaysia dalam peta Asia.

5. Menyebut nama tempat-tempat yang menarik di Malaysia

6. Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.

TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.

TP3 Bercerita tentang negara


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 3.1 Mengenal Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 3.1.1 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Peta Semenanjung Malaysia, peta Negeri Perak

LANGKAH 1. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
PENGAJARAN
2. Guru melampirkan peta semenanjung Malaysia sebagai panduan
murid.

3. Murid mencari dan menanda kedudukan Negeri Perak dalam Peta


Semenanjung Malaysia

4. Murid membuat aktiviti mewarna negeri Perak dalam Peta


Semenanjung Malaysia.

5.Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.

TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.

TP3 Bercerita tentang negara


NOTA
NOTA
: ____________________
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 3.1 Mengenal Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 3.1.1 Bercerita tentang negeri tempat tinggal


PEMBELAJARAN
BAHAN/BBM Gambar tempat-tempat menarik di negeri Perak dan Malaysia

LANGKAH 1.Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.
PENGAJARAN
2.Guru membimbing anak-anak mengenal tempat-tempat menarik
yang terdapat di Negeri Perak

3.Untuk aktiviti pengukuhan, guru perlu membimbing anak-anak untuk


menyalin semula nama tempat yang menarik di Negeri Perak.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.

TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.

TP3 Bercerita tentang negara


NOTA

TEMPAT –TEMPAT YANG MENARIK DI NEGERI PERAK

MASJID UBUDIAH MENARA CONDONG KELLIE’S CASTLE

KOTA BELANDA ISTANA KUNING MUZIUM TAIPING


MASJID UBUDIAH
MENARA CONDONG KELLIE’S CASTLE

KOTA BELANDA ISTANA KUNING MUZIUM TAIPING


AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 3.1 Mengenal Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 3.1.2 Menyatakan nama-nama negeri di Malaysia


PEMBELAJARAN
BAHAN/BBM Peta Malaysia

LANGKAH 1.Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini.
PENGAJARAN
2.Guru melampirkan Peta Semenanjung Malaysia sebagai
panduan murid.

3.Murid mencari dan menanda kedudukan Negeri Negeri yang


terdapat di Malaysia

4.Murid membuat aktiviti menulis dan mewarna negeri-negeri yang


terdapat dalam Peta Semenanjung Malaysia.

5.Tandakan perkembangan mengikut penguasaan murid

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyebut nama negeri.

TP2 Bercerita tentang negeri tempat tinggal.

TP3 Bercerita tentang negara


AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK- t

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

4+ dan 5+
SASARAN
KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara.
STANDARD
KANDUNGAN

KM 3.2.1 Mengenal Jalur Gemilang dan bendera tempat tinggal.


STANDARD
PEMBELAJARAN

Link video Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.


BAHAN/BBM

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.


LANGKAH https://www.youtu.be/z59GJeYcZxg (Jalur Gemilang)
PENGAJARAN https://www.youtu.be/Es-81e4bwp8 (bendera negeri Perak)

2. Guru menunjukkan kepada murid gambar Jalur Gemilang.

3. Bersoal jawab tentang Jalur Gemilang.


 Apakah warna yang terdapat pada Jalur Gemilang?
 Apakah maksud warna pada Jalur Gemilang?
 Pengenalan simbol pada Jalur Gemilang.
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang simbol pada Jalur
Gemilang.
 Contoh: simbol bulan dan bintang melambangkan Agama Islam
sebagai agama persekutuan negara.

4. Baca, tulis dan warnakan gambar Jalur Gemilang(lembaran kerja ).


* Bagi yang tiada akses internet sediakan kad gambar atau
lembaran kerja Jalur Gemilang.

TP1 Boleh mengenal Jalur Gemilang.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh menyatakan warna dan simbol pada Jalur Gemilang.

TP3 Boleh menyatakan maksud warna dan simbol pada Jalur


Gemilang serta cara menghormati Jalur Gemilang.
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 3.2 Memahami lambang atau identiti negara.


KANDUNGAN

KM 3.2.2 Menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu negeri tempat


STANDARD tinggal.
PEMBELAJARAN

Link video : https://www.youtu.be/AQ8w8Tvt_OM


BAHAN/BBM https://www.youtu.be/wgA7TZszRZU
Gambarajah dan nota, lembaran aktiviti.

1.Menonton video pembelajaran melalui link diberikan.


LANGKAH https://www.youtu.be/AQ8w8Tvt_OM (lagu Negaraku)
PENGAJARAN https://www.youtu.be/wgA7TZszRZU (lagu Negeri Perak)

2. Guru memaparkan kepada murid video lagu Negaraku.

3. Bersoal jawab tentang lagu Negaraku serta cara menghormati lagu


tersebut.
Apa itu lagu Negaraku?
Bagaimana caranya menghormati lagu Negaraku?
Guru/ibubapa bersoal jawab dengan murid tentang maksud dalam
lirik lagu Negaraku.
Cara menyanyi lagu Negaraku.

4. Baca, tulis dan warnakan gambar Jalur Gemilang. (lembaran kerja).


* Bagi yang tiada akses internet sediakan kad gambar Jalur Gemilang
dan lirik lagu Negaraku.

TP1 Boleh menyanyikan lagu kebangsaan.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh menyanyikan lagu kebangsaan dengan tertib dan
menghormati Jalur Gemilang.

TP3 Boleh menunjukkan penghormatan terhadap lambang kebesaran


dan identiti negara dalam pelbagai situasi.
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 4.1.1 Menyatakan perayaan utama di Malaysia


PEMBELAJARAN

Video pdpc arahan tugasan dan modul PdPR


BAHAN/BBM
https://www.youtube.com/watch?v=Tc8pc4sGVI0

LANGKAH 1. Guru menerangkan kepada murid mengenai tugasan PdPR pada


PENGAJARAN hari ini.

2. Murid menonton video mengenai perayaan-perayaan di Malaysia.

3. Murid berbincang bersama guru mengenai perayaan di Malaysia.

4. Murid mewarnakan modul lembaran kerja 4 perayaan utama di


Malaysia.

TP1 Boleh menyatakan perayaan yang disambut di Malaysia.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh bercerita mengenai warisan dan budaya kaum di Malaysia.

TP3 Melibatkan diri di dalam aktiviti warisan budaya.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM4.1.3 Bercerita tentang pakaian tradisional


PEMBELAJARAN

Video pdpc arahan tugasan


BAHAN/BBM
https://www.youtube.com/watch?v=EGamNH8Nk2U

LANGKAH 1. Guru menerangkan kepada murid mengenai tugasan PdPR pada


PENGAJARAN hari ini.

2. Murid menonton video pakaian tradisi dan budaya kaum-kaum di


Malaysia.

3. Murid berbincang bersama guru mengenai pakaian tradisional di


Malaysia.

4. Murid menjawab modul yang diberikan oleh guru mengenai pakaian


kaum di Malaysia.

5. Guru menyemak hasil kerja dan membuat pentaksiran.

TP1 Boleh menyatakan perayaan yang disambut di Malaysia.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh bercerita mengenai warisan dan budaya kaum di Malaysia.

TP3 Melibatkan diri di dalam aktiviti warisan budaya.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusiaan

TEMPOH 30 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 4.1 Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia


KANDUNGAN

STANDARD KM 4.1.7 Melibatkan diri dalam warisan budaya.


PEMBELAJARAN

BAHAN/BBM Kad gambar

LANGKAH 1. Guru menerangkan kepada murid mengenai tugasan PdPR pada


PENGAJARAN hari ini.

2. Murid membaca petikan mengenai tiga kaum dengan bantuan guru.

3. Murid merujuk gambar perayaan kaum sebagai pengukuhan untuk


pembelajaran lepas dan menyatakan perayaan yang disambut oleh
kaum-kaum di Malaysia.

4. Murid dengan bantuan ibu bapa merakamkan video mereka


berpakaian tradisi mengikut kaum masing-masing sambil
mengucapkan ucapan Perayaan mengikut kaum berbeza, iaitu :
Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru Cina, Happy Deepavali,
Selamat Hari Gawai dan Merry Christmas.

TP1 Boleh menyatakan perayaan yang disambut di Malaysia.


PENTAKSIRAN
TP2 Boleh bercerita mengenai warisan dan budaya kaum di Malaysia.

TP3 Melibatkan diri di dalam aktiviti warisan budaya.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusian

TEMPOH 40 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 5.2 Memahami perhubungan manusia dan alam sekitar.


KANDUNGAN

STANDARD KM 5.2.1 Memerihalkan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan


PEMBELAJARAN manusia.

BAHAN/BBM Video youtube, nota panduan

LANGKAH 1. Menonton video https://youtu.be/A18HTptS7ZM


PENGAJARAN
2. Murid memberi respons tentang kesan alam sekitar yang dilihat
melalui link video yang diberi.

3. Murid memberi pendapat masing-masing tentang kepentingan


menjaga alam sekitar.

4. Murid membuat aktiviti menggunakan lembaran kerja

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyatakan cara menjaga alam sekitar.

TP2 Boleh bercerita tentang isu dan cara menjaga alam sekitar
dengan ransangan,

TP3 Boleh menjaga alam sekitar.


NOTA
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BERASASKAN IPPK

TUNJANG Kemanusian

TEMPOH 40 minit

SASARAN 4+ dan 5+

STANDARD KM 5.3 Memelihara dan memulihara alam sekitar.


KANDUNGAN

STANDARD KM 5.3.2 Melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam


PEMBELAJARAN sekitar.

BAHAN/BBM Video Youtube, Nota Panduan

1. Menonton video http://youtu.be/mRMWg3CgKXE


LANGKAH
PENGAJARAN 2. Murid memberi respons tentang sisa pepejal yang boleh dikitar
semula dari video yang ditonton.

3. Murid memberi pendapat masing-masing tentang kepentingan kitar


semula sisa pepejal kepada alam sekitar.

4. Murid menghasilkan bahan dari sisa pepejal yang boleh dikitar


semula.

PENTAKSIRAN TP1 Boleh menyatakan cara menjaga alam sekitar.

TP2 Boleh bercerita tentang isu dan cara menjaga alam sekitar
dengan ransangan,

TP3 Boleh menjaga alam sekitar.


NOTA
Projek Alam Sekitar

AKTIVITI 1 AKTIVITI 2
Tonton video kitar semula • Murid kenalpasti sisa pepejal
http://youtu.be/mRMWg3CgKXE yang boleh dikitar semula.
.
• Murid nyatakan kepentingan
menjaga alam sekitar.

Contoh :

AKTIVITI 3
Hasilkan bahan dari
sisa pepejal yang
boleh dikitar semula.
Modul PdPR Prasekolah merupakan
hasil kerjasama
Jurulatih Utama, guru-guru serta Pegawai
PPD Prasekolah Daerah Kuala Kangsar
tahun 2021
K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Cemerlang Prasekolah DG48

Jurulatih Utama
Inovasi & Matematik
Daerah Kuala Kangsar
Ikon Inovasi Guru
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris


DR. SITI ROHANA BINTI SALLEH Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Awal Kanak-kanak) |
Feb 2021
Guru Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala I n s t i t u t P e r g u r u a n Tu a n k u B a i n u n , B k t M e r t a j a m
Diploma Pendidikan( Prasekolah)|
Kangsar
Disember 2007
sirosa77@gmail.com
Universiti Putra Malaysia, Serdang
+60195470852 Master Sains, Bac. Sc. ( Pembangunan Manusia)|
Januari 2005, Februari 2000

K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama Pentaksiran


Prasekolah
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik)
EN. MUHAMAD FAISAL BIN ISMAIL Dengan Kepujian
Tahun 2005

Guru Prasekolah IPBMM (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia)


SK Pos Piah, 31100 Sungai Siput (U) KPLI – LPBS Prasekolah
silverbug81@gmail.com Tahun 2007-2008

+60194452007
K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)
Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

EN. ASRUL NIZAM BIN MAT NAYAN Open Universiti Malaysia


Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan
Guru Prasekolah Kepujian | November 2012
SK. Padang Asam
Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Prasekolah Dan
wcf_25@yahoo.com Pengajian Melayu| Mei 2000

+60125509125

K E PA K A R A N P E D A G O G I

Guru Prasekolah DG44

Jurulatih Utama CIDS,


Daerah Kuala Kangsar

PENDIDIKAN

EN. MOHD KHIRI BIN MASBOL Universiti Perguruan Sultan Idris


Guru Prasekolah Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak
SK Raja Muda Musa, 33000 Kuala Tahun 2013
Kangsar

mkhiri18@gmail.com IPIP (Institut Perguruan Ipoh Perak)


KPLI – LPBS Prasekolah
+60165558011 Tahun 2007-2008

Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial – Seni Kreatif
Tahun 2003-2006
Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua yang
Telah menjayakan Modul PDPR Prasekolah (Kemanusiaan)
Daerah Kuala Kangsar:

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar


Sektor Pembelajaran, PPD Kuala Kangsar
Unit Pemulihan Khas
Semua Jurulatih Utama Prasekolah
Kolej Vokasional Kuala Kangsar
SK Pos Piah
SK Padang Asam
SK Raja Muda Musa
SK Talang
SK Pos Poi
SK Pos Sungai Pelantok
SK Pos Legap
SK Pos Perwor
SK Kampung Kenang

Anda mungkin juga menyukai