Anda di halaman 1dari 45

LAPORAN FCE3804 PENGALAMAN AWAL DI SEKOLAH

Nama : Nur Natasha binti Mohd Hamzuri


Program: Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian) No. Matrik : 210546
Kohort : 2022/2023
Tarikh PALS : 8 Ogos-19 ogos 2022
penyelaras program: PROF. MADYA DR. Mohd Mustafa Awang Kechik
penyelia: DR. Nor Azni Abdul Azi
No. Tel. : 03-6250 6791
Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda
Alamat Sekolah : Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur
RINGKASAN

Pengalaman Awal di Sekolah (PALS) ialah program pra-latihan mengajar yang


dilaksanakan oleh setiap pelajar jurusan Pendidikan di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) sebagai pendedahan awal terhadap keadaan serta realiti sebenar kehidupan sebagai
seorang guru di sekolah. Pada tahun ini, PALS dijalankan secara bersemuka walaupun
Covid-19 masih wujud, namun segala langkah-langkah keselamatan dan penjarakan sosial
tidak dilupakan.

Laporan ini menganduni tentang penglibatan saya dalam menjalani kursus FCE3804
PALS selama 10 hari di SMK Batu Muda. PALS mempunyai matlamat untuk memberi
peluang dan ruang kepada pelajar supaya bersiap bersedia untuk menghadapi Latihan
Mengajar dan Internship (LMI) pada tahun akhir serta dapat menyesuaikan diri dalam
komuniti sekolah. Laporan ini juga menerangkan secara terperinci mengenai latar belakang,
struktur organisasi, budaya sekolah dan budaya kerja, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
dan alumni sekolah serta refleksi terhadap persekitaran, pemerhatian terhadap proses
Pengajaran dan Pembelajaran, refleksi terhadap aktiviti kokurikulum serta refleksi terhadap
budaya sekolah dan budaya kerja. Laporan ini juga menerangkan secara terperinci
mengenai kekuatan dan kelemahan terhadap setiap aspek tersebut serta cadangan
membina pihak SMK Batu Muda.

Laporan PALS ini diharapkan mampu untuk dijadikan sebagai panduan dalam
peningkatan kualiti profession perguruan pada masa akan datang. Bersyukur ke hadrat ilahi
kerana diberi peluang untuk mencari matlumat dan dapat menyiapkan laporan dan tugasan
Pengalaman Awal di Sekolah (PALS) di SMK Batu Muda dengan jayanya.

3
DEDIKASI

Untuk ayah, bonda tercinta serta keluarga yang disayangi, warga SMK Batu Muda
serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi dukungan dan dorongan sepenuhnya
sepanjang melengkapkan laporan PALS ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang merupakan bakal pendidik yang telah membantu saya sepanjang
menyiapkan laporan ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan terima
kasih kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Universiti Putra
Malaysia yang telah membantu dalam penulisan laporan dan di atas segala ilmu yang telah
dikongsi Bersama. Diharapkan dengan adanya laporan ini dapat memberi sedikit panduan
dan ilmu yang berkaitan pada masa akan datang.

4
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi, diatas limpah kurnianya saya dapat melengkapkan kursus
Pengalaman Awal ke Sekolah (PALS) dengan jayanya. Penghargaan dan setinggi-tinggi terima
kasih diucapkan kepada Puan Azzah Zakiah binti Md Salleh selaku guru pendamping yang
banyak memberikan tunjuk ajar serta bantuan sepanjang menjalani kursus ini. Ucapan terima
kasih juga buat Puan Zaiton binti Mohd Noh selaku penolong kanan pentadbiran, seluruh warga
sekolah dan pihak penyelaras kursus Pengalaman awal ke sekolah FCE3804 serta Fakulti
Pengajian Pendidikan atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjalankan
tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
membantu sepanjang menjalani kursus ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelaras program bagi Bacelor Sains
dengan Pendidikan, atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan demi menjayakan
kursus ini dengan sebaik mungkin. Tanpa tunjuk-ajar, dorongan serta teguran yang diberikan,
sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sebaiknya. Tidak lupa juga, ucapan
terima kasih kepada cikgu-cikgu SMK Batu Muda yang banyak membantu saya sepanjang saya
menjalan kursus ini selama dua minggu di SMK Batu Muda.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa saya mendapatkan maklumat dan
menyiapkan laporan ini. Semoga laporan ini mampu membantu warga pendidik yang lain
tidak kira kepada bakal mahupun yang sudah menjadi pendidik. Sekian, terima kasih.

5
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
JUDUL 1 1
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Latar belakang sekolah 1
1.1.2 Lencana sekolah 3
1.1.3 Visi dan Misi sekolah 3
1.1.4 Takwim sekolah 4
1.1.5 Komposisi Pelajar dan Guru… 5
1.2 Struktur Organisasi dan Pengurusan Sekolah 7
1.2.1 Carta Organisasi Sekolah 7
1.2.2 Budaya Sekolah dan Budaya Kerja 8
1.2.3 Entiti dan Tugasan Barisan Guru Penolong Kanan 14
1.2.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)… 17
1.3 Laporan Refleksi 20
1.3.1 Refleksi terhadap Proses PdPR Secara Atas Talian 20
1.3.2 Refleksi terhadap Persekitaran, Pengalaman dan Pengurusan Bilik Darjah dengan Standard
of Procedure (SOP) 23
1.3.3 Refleksi terhadap Aktiviti Kokurikulum 26
1.3.4 Refleksi terhadap Budaya Sekolah dan Budaya kerja 29
1.4 Kesimpulan 32
Rujukan 34
Lampiran

6
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Latar belakang sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda merupakan sebuah sekolah menengah harian
biasa dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai sejarah, budaya serta
persekitaran yang amat menarik. Sekolah dibawah klasifikasi dalam bandar ini terletak di
Kampung Batu Muda. Lokasi sekolah ini dikelilingi dengan Kawasan perumahan dan bangunan
membangun .( Rujuk gambar rajah 1.1). Oleh itu, suasana pagi hari di sekolah ini terasa amat
sibuk Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda ini mula ditubuhkan pada tahun 2000 dengan
keluasan 2.1 hektar. SMK Batu Muda ini merupakan sekolah kerajaan gred B dan mempunyai 4
bangunan utama. Pada awal pembukaan, sekolah ini hanya mengandungi 360 orang bilangan
pelajar iaitu pelajar tingkatan satu seramai 240 orang (6 kelas) dan tingkatan dua 120 orang (3
kelas). Seramai 4 orang pentadbir, 17 orang guru dan 4 orang staf bekerja di sekolah ini pada
masa itu. SMK Batu Muda telah berjaya membentuk imej yang cemerlang dan kini mempunyai
1400 orang pelajar
Semenjak 2008 SMK Batu Muda di jalankan pada 2 sesi persekolahan kerana bilangan
pelajar yang ramai tidak dapat ditampung oleh sekolah dengan hanya mempunyai satu sesi
persekolahan. Sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3-5 dan sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan
2. Sesi pagi berlangsung seawal 7.20 pagi sehingga 1.10 petang manakala sesi petang bermula
dari pukul 1 petang sehingga 6.30 petang. SMK Batu Muda turut mempunyai pelbagai prasarana
yang membenarkan pelajar menjalankan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah dengan selesa. Di sekolah ini setiap pelajar mempunyai akses yang sama terhadap
prasarana sekolah. Lebih menarik lagi SMK Batu Muda mempunyai program pendidikan Khas
integrasi (PPKI) untuk pelajar- pelajar kurang upaya seperti pelajar autism. Bagi pelajar yang
kurang bernasib baik dari segi kewangan mereka boleh menyertai program Darul Kifayah(DK)
yang membantu menyediakan asrama dan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang
terlibat. Melalui pemerhatian saya, SMK Batu Muda merupakan sekolah yang rajin berusaha keras
untuk mencapai visi dan misi sekolah.
SMK Batu Muda merupakan sekolah di bawah program Transformasi sekolah TS25,
program TS25 merupakan usaha dari kementerian pendidikan Malaysia untuk meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui program TS25 sekolah yang terlibat diharapkan
dapat mengaplikasikan amalan yang terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pengajaran(PdP) berselari dengan hasrat yang
terkandung dalam pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Untuk
menjayakan program TS25 yang dapat melahirkan modal insan unggul ini, persekitaran
pembelajaran mestilah menyeronokkan, disokong dengan kepimpinan yang berkualiti, guru yang
kompeten dan komitmen komuniti yang padu. Antara objektif program TS25 ini ialah dapat
mengaplikasikan amalan PdP yang terbaik, dapat membangunkan kepakaran dalaman melalui
latihan komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
dan membangunkan persekitaran yang berkesan yang mengutamakan kemenjadian murid. KPM

7
telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh sekolah-sekolah yang terlibat pada
tahun 2025 iaitu memantapkan kepimpinan sekolah,memaksimumkan potensi guru dan murid
menerusi peningkatan kualiti PdP, mengukuhkan penglibatan ibubapa, komuniti dan pihak
berkepentingan demi kejayaan murid.

1.1.2 Lokasi SMK Batu Muda

Rajah 1.1 Lokasi SMK Batu Muda berdasarkan daripada google


Rajah di atas menunjukkan lokasi SMK batu Muda yang terletak di daerah Batu Muda di
Kuala Lumpur dengan poskod 51100. Kawasan SMK batu Muda terletak di kawasan tengah
bandar yang sibuk dengan kawasan apartment perumahan dan bangunan yang baru ingin
membangun menjadikan kawasan ini sesak dengan kenderaan terutamanya pada waktu genting
seperti Pagi semasa ingin ke sekolah serta tengahari semasa pelajar pulang dari sekolah serta
waktu makan tengahari orang bekerja.

8
1.1.3 Pelan, prasarana dan infrastruktur SMK Batu Muda
Infrastruktur sekolah merupakan elemen yang penting untuk memastikan keadaan terkawal
dan teratur dengan suasana yang kondusif bagi warga sekolah untuk menjalankan tanggungjawab
masing masing. Pelbagai prasarana telah disediakan di SMK Batu Muda bagi memastikan pelajar
dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Puan Azzah yang merupakan guru pendamping saya
telah menemani saya untuk mengambil beberapa contoh gambar infrastruktur di SMK Batu Muda.

Rajah 1.2 di atas menunjukkan pelan SMK Batu Muda

9
1.1.3.1 Contoh prasarana yang terdapat di SMK Batu Muda

Rajah 1.2 Seni bina bentuk infrastruktur SMK Batu Muda


Berdasarkan rajah 1.2 seni bina SMK Batu Muda yang unik di mana dataran terbuka iaitu
tapak perhimpunan yang terletak di tengah-tengah yang dikelilingi oleh bangunan bilik darjah dan
bangunan bilik-bilik khas serta bilik guru dan pejabat. JUga gelanggang bola jaring yang berada di
hadapan kantin sekolah.

Rajah 1.3 Dataran terbuka yang dikenali sebagai tapak perhimpunan


Berdasarkan rajah di atas dataran terbuka terletak bersebelahan dengan kantin dan
gelanggang sekolah yang berdekatan dengan bilik PA sistem bagi memudahkan pengurusan
perhimpunan setiap pagi.

10
Rajah 1.4 Speedfarm yang terletak bersebelahan dengan dewan terbuka
Rajah di atas menunjukkan speedfarm SMK Batu Muda yang disediakan oleh pelajar PPKI
SMK Batu Muda.

Rajah 1.5 Padang SMK Batu Muda


Rajah di atas menunjukkan padang SMK Batu Muda yang terletak dibahagian belakang
dewan terbuka, padang ini seringkali digunakan oleh pelajar bagi aktiviti Kokurikulum dan
pendidikan jasmani dan kesihatan

11
Rajah 1.5 Kawasan meletakkan Basikal pelajar
Berdasarkan rajah di atas, SMK Batu Muda juga menyediakan kawasan untuk pelajar
meletakkan basikal kerana terdapat sebahagian pelajar yang menggunakan basikal untuk ke
sekolah.

Rajah 1.5 Bilik darjah SMK Batu Muda


Rajah di atas menunjukkan bilik darjah SMK batu muda yang dilengkapi oleh meja, kerusi,
papan kenyataan dan papan putih. Juga kipas dan lampu yang berfungsi dengan baik. Pelajar
dibenarkan untuk duduk dalam keadaan berpasangan mengikuti fasa endemik.

12
Rajah 1.6 Makmal biologi SMK Batu Muda

Rajah 1.7 Kelengkapan aktiviti amali di makmal biologi SMK Batu Muda
Rajah 1.6 dan 1.7 di atas menunjukkan makmal biologi yang dikhususkan untuk pelajar
biologi bagi menjalankan aktiviti amali yang dilengkapi oleh alat keperluan menjalankan aktiviti
amali seperti meja, kerusi, kebuk wasap, peralatan amali dan Kot makmal untuk pelajar bagi tujuan
keselamatan.

13
Rajah 1.8 Makmal siber 1 SMK Batu Muda
Rajah di atas menunjukkan makmal siber SMK Batu Muda yang dilengkapi oleh kemudahan
kerusi, meja, kipas ,lampu , Komputer , papan kekunci dan kemudahan internet bagi kegunaan
pelajar.

Rajah 1.9 Bilik Guru SMK Batu Muda


Rajah di atas menunjukkan keadaan bilik guru SMK Batu Muda yang kondusif yang
dilengkapi dengan keperluan guru-guru bagi membolehkan guru menjalankan tugas dengan baik.

14
1.1.3.2 Senarai prasarana yang dimiliki oleh SMK Batu Muda
Bil. Kemudahan Bilangan

1 Padang 1

2 Gelanggang 1

3 Tandas 22

4 Setor (am, suis, makmal, perabot, pejabat) 20

5 Tapak perhimpunan 1

6 Bilik Guru 1

7 Pejabat 1

8 Bilik Kaunseling 1

9 Bilik Peperiksaan 1

10 Kantin 1

11 Bilik disiplin 1

12 Bilik Ketua Bidang 1

13 Dewan Peperiksaan 1

14 Dewan Terbuka 1

15 Pusat Sumber Sekolah 1

16 Bilik Media 1

17 Bilik Kebudayaan 1

18 Bilik Kecil 3

19 Tempat Meletak Kenderaan 5

20 Surau 4

21 Bilik Pendidikan Khas 1

22 Bilik Kesihatan 1

23 Bilik Baiduri 1

15
24 Bilik Fail 1

25 Bilik Sidang Redaksi 1

27 Bilik PA 1

28 Pentas 1

29 Bilik Nilam 1

30 Makmal Komputer 2

31 Koperasi 1

32 Bilik Darjah 32

33 Makmal Fizik 2

34 Makmal Kimia 2

35 Makmal Biologi 2

36 Bilik Kokurikulum 1

37 Bilik Kayu 1

38 Bilik BOSS 1

39 Bengkel MVP RJP 1

40 Bilik Raudah 1

41 Bilik Jahitan 1

42 Bilik Peng. Diri 1

43 Bilik Masakan 1

44 Bengkel ERT 1

45 Bengkel MPV Motor 2

46 Bilik Pendidikan Seni 1

47 Bengkel Elektrik & Elektronik 1

48 Rumah Sampah 1

49 Pondok Pengawal 1

16
1.1.4 Lencana sekolah dan nilai setiap unsur

Lencana sekolah merupakan perkara utama yang membentuk karakter dan nilai yang
dibawa oleh setiap sekolah ianya merupakan satu gubahan ringkas yang mempunyai
makna-makna yang tersirat. Berdasarkan sesi temu bual saya bersama Pn. Zaitun beliau telah
menerangkan kepada saya setiap maksud bagi karakter karakter yang terkandung dalam logo
sekolah tersebut, warna oren melambangkan keharmonian sekolah, warna kuning melambangkan
harapan pelajar, warna hitam melambangkan perjuangan berterusan. Manakala karakter seperti
atom melambangkan menuju ke era dunia sains dan teknologi, buku melambangkan membina
ilmu secara berterusan, gelung melambangkan kemajuan sukan dan mewakili 4 rumah sukan dan
moto sekolah juga diletakkan di logo sekolah yang tertulis ceria, cergas dan cemerlang.

1.1.5 Visi dan misi sekolah

Visi: Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera


Misi: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untul membangunkan potensi individu bagi
memenuhi aspirasi negara

17
1.1.6 Takwim sekolah
Perkara Mula Akhir Jumlah hari Jumlah minggu

Cuti awal tahun 26.02.2022 10.03.2022 23 3

Hari 21.02.2022 31.03.2022 49 11


persekolahan
01.04.2022 30.04.2022

01.05.2022 31.05.2022

01.06.2022 03.06.2022

Cuti penggal 1 04.06.2022 12.06.2022 9 1

Hari 13.06.2022 30.06.2022 58 12


persekolahan
01.07.2022 31.07.2022

01.08.2022 31.08.2022

01.09.2022 02.09.2022

Cuti penggal 2 03.09.2022 11.09.2022 9 1

Hari 12.09.2022 30.09.2022 60 13


persekolahan
01.10.2022 31.10.2022

01.11.2022 30.11.2022

01.12.2022 09.12.2022

Cuti penggal 3 10.12.2022 31.12.2022 22 3

Hari 01.01.2023 31.01.2023 31 7


persekolahan
01.02.2023 17.02.2023

Cuti akhir tahun 18.02.2021 12.03.2021 23 3

18
1.1.6 Carta organisasi SMK Batu Muda tahun 2022

19
Carta di atas menunjukkan carta organisasi ringkas SMK Batu Muda bagi tahun 2022 , SMK
Batu Muda diketuai oleh Encik Muhammad Solahuddin b. Harun diikuti oleh penolong kanan
pentadbiran Puan Zaiton bt Mohd Noh, Encik Saifulddin Badli Shah b Abdullah sebagai penolong
kanan hal ehwal murid (PK HEM), Puan Hafsah bt Yusof sebagai Penolong kanan kokurikulum,
Puan Fatin Zuhrah bt Mustafa sebagai penolong kanan petang. Organisasi sekolah juga
dilancarkan oleh Puan Norhayati bt Ariffin sebagai guru kanan bahasa, Puan Azzah Zakiah bt Md
Salleh sebagai guru kanan sains dan matematik, Puan Zurainie binti Md Salleh sebagai guru kanan
teknik dan vokasional dan ketua-ketua panitia pelajaran.

20
1.1.7 Budaya sekolah dan budaya kerja
Budaya Sekolah

a.Budaya sekolah yang hormat menghormati: Budaya 3s( senyum, sapa, salam)
Pelajar SMK Batu Muda mengamalkan budaya senyum sapa salam antara warga sekolah
untuk memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terhormat dan ceria.

b.Budaya sekolah yang mementingkan kekemasan: Pakaian uniform sekolah adalah wajib
Semasa sesi persekolahan, pelajar sentiasa memakai pakaian kemas iaitu berkemaja dan
bertali leher bagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita. Manakala pada hari Rabu pelajar
memakai pakaian unit beruniform mereka dan pada hari jumaat memakai baju melayu bagi lelaki
dan berbaju kurung bagi yang Islam. Kebanyakan pelajar tidak mempunyai masalah untuk
menuruti etika pemakaian dan melaksanakannya dengan baik

C. Budaya sekolah yang mementingkan disiplin pelajar


Semasa sesi pembelajaran dan pengajaran PdP(Pengajaran dan pembelajaran)
berlangsung, pelajar SMK Batu Muda tidak dibenarkan berkeliaran sekiranya mereka didapati
berkeliaran mereka akan dipanggil semasa perhimpuanan rasmi hari isnin.

D. Budaya sekolah yang mementingkan nilai kerohanian:bacaan al-quran Non material


SMK Batu Muda turut memfokuskan ke arah perkembangan keagamaan dalam diri pelajar
terdapat beberapa rutin yang dilakukan bagi memupuk jiwa kerohanian para pelajar antaranya
adalah seperti solat zohor berjemaah, solat dhuha berjemaah, ceramah kerohanian dan bacaan
yasin pada hari jumaat.

E.Budaya sekolah yang mementingkan kebersihan Anugerah bintang hijau( Material)


Setiap minggu tahap kebersihan sekolah dan kelas akan dinilai oleh guru bertugas,
anugerah akan diberikan kepada kelas-kelas yang berjaya menjaga kebersihan kelas dengan baik.

21
Budaya Kerja
a.Budaya kerja yang produktif :mesyuarat guru
Semasa saya berada di SMK Batu Muda pada hari pertama saya berpeluang menyertai
mesyuarat guru pada 8 ogos 2022 pada 2-4.30 petang, mesyuarat ini melibatkan semua guru sesi
pagi dan pada 16/8/2022 pada pukul 2-4 petang, mesyuarat ini merupakan mesyuarat kokurikulum.
Mesyuarat ini diketuai oleh Puan Hafsah memangku penolong kanan hal ehwal murid dan
merupakan penolong kanan kokurikulum. Mesyuarat akan dilakukan pada setiap awal bulan.

b.Budaya kerja yang sistematik :pembahagian Relief


Guru relief diberi untuk guru yang tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut. Ini bertujuan
untuk memastikan kelas dan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal

c. Budaya kerja sistematik dan teratur :rancangan pengajaran harian


Semua guru diminta untuk menyediakan rancangan pengajaran harian sebelum sesi pengajaran
bermula agar guru lebih bersedia untuk mengajar.

d. Budaya kerja yang proaktif: mendokumentasi setiap program yang dilaksanakan


Guru-guru diminta untuk mendokumentasi setiap program sekolah yang dilaksanakan dalam bentuk
grid gambar atau poster gambar.

22
1.1.8 Entiti sekolah dan peranan

Pengetua dan barisan guru pentadbir merupakan entiti yang menjadi peneraju kepada
sesebuah organisasi di sekolah. Mereka diamanahkan tugas dan tanggungjawab yang besar yang
memimpin sekolah mencapai aspirasi kebangsaan.

A. Pengetua
Pengetua SMK Batu Muda iaitu En.Muhamad solahudin b Harun merupakan ketua jabatan
atau ketua organisasi kepada sekolah. Pengetua bertanggunjawab sepenuhnya keatas setiap
perkara yang berlaku dikawasan sekolah. Pengetua menguasai 9 aspek bagi mencapai satu
sistem pentadbiran yang cemerlang. Oleh itu, semua pengetua di Malaysia perlu menghadiri
kursus kepengetuaan yang dianjurkan oleh Institusi Aminudin Baki bagi melayakkan seseorang
menjawat jawatan pengetua sekolah. 9 kerangka gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh
pengetua sekolah terutamanya bidang pentadbiran serta pengurusan kepimpinan organisasi,
pengurusan kokurikulum, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kewangan sekolah,
pengurusan persekitaran dan kemudahan, pengurusan pembangunan sumber manusia dan akhir
sekali pengurusan perhubungan-luar.

B. Guru Penolong Kanan Pentadbiran


Guru penolong kanan pentadbiran merupakan satu entiti yang membantu pengetua sekolah
menguruskan pentadbiran, pengurusan, kurikulum, hubungan sosial serta keselamatan sekolah.
Guru penolong kanan pentadbiran bertanggungjawab menggalas tugasan pengetua semasa
ketiadaanya. Puan Zaiton Mohd Noh merupakan guru penolong kanan pentadbiran di SMK Batu
Muda. Secara umumnya, walaupun menjawat jawatan sebagai guru penolong kanan pentadbiran
sekolah beliau masih diberikan beberapa waktu mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan
kesihatan di dalam kelas. Beliau mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan kesihatan bagi
tingkatan menengah rendah seperti kelas 3 gemilang dan 3 Efisien. Selain itu, PK Pentadbiran
juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan melakukan pemerhatian proses pembelajaran
dan pengajaran (PdP) yang dilakukan oleh guru, guru pelatih, guru baru mengajar dan guru
sandaran di kelas-kelas. Senarai aspek bidang tugasan PK Pentadbiran juga turut meliputi aspek
kurikulum, pengurusan, pembangunan diri pelajar, pembangunan organisasi dan pembangunan
kendiri. Dalam aspek kurikulum, PK pentadbiran bertanggungjawab untuk Menyelaraskan segala
jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan
Kementerian Pendidikan.

Selain itu, PK Pentadbiran juga perlu melaksanakan tugasan dalam bidang penguruan
seperti guru biasa misalnya menyediakan rancangan pembelajaran harian, mingguan dan
penggal. Selain itu, dalam aspek pengurusan pula, PK Pentadbiran bertanggungjawab untuk
membantu kerja menyelia pengkeranian seperti merangka takwim sekolah, mengemaskini rekod
data pelajar dan mengemaskini rekod data inventori peralatan dan kemudahan sekolah.
Disamping itu, bidang tugas PK Pentadbiran juga turut meliputi aspek pembangunan diri pelajar
dan organisasi misalnya menganjurkan program kursus pengurusan bagi staf sokongan dan para
guru serta membantu merancang aktiviti melibatkan keselamatan, kebersihan dan keceriaan kelas
bagi kemudahan para pelajar. Seterusnya, pembangunan kendiri pula mewajibkan GPK

23
Pentadbiran untuk meningkatkan penglibatan dalam kursus atau seminar pengurusan dan
pembangunan kerjaya serta menggalakkan amalan membaca bagi meluaskan pengetahuan sedia
ada.

Rajah 2.0: Saya (Nur Natasha) bersama Puan Zaiton iaitu PK pentadbiran SMK Batu Muda
semasa sesi temu bual.

C. Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Hafsah merupakan guru penolong kanan kokurikulum di SMK Batu Muda. Beliau
mengajar subjek Pendidikan jasmani dan kesihatani bagi tingkatan menengah atas. Bidang tugas
PK Kokurikulum terbahagi kepada 4 aspek utama seperti pengurusan, pentadbiran, hal ehwal
kokurikulum sekolah dan skop tugas penguruan. Umumnya, PK kokurikulum bertangungjawab
untuk mengantikan tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua dan guru kanan pentadbiran.
Dalam aspek pentadbiran pula, PK Kokurikulum bertanggungjawab untuk menyelaraskan semua
kegiatan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Antaranya, beliau perlu menyediakan
laporan belanjawan melibatkan pengurusan kokurikulum, merangka modul atau pelan
keselamatan aktiviti kokurikulum, Menyusun jadual perjumpaan kokurikulum, memastikan
peralatan kokurikulum diselenggara dengan baik, memantau penglibatan pelajar dan guru dalam
aktiviti kokurikulum serta mengenalpasti potensi pelajar dan guru dalam aktiviti kokurikulum
tertentu untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, PK Kokurikulum juga
perlu mengelola beberapa aktiviti atau sambutan perayaan peringkat daerah di sekolah bagi
mencapai KPI sekolah

24
.
Rajah 2.1: Saya (Nur Natasha) bersama Puan Hafsah iaitu PK kokurikulum SMK Batu Muda
semasa sesi temu bual

D.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

Bidang tugas seorang guru penolong kanan hal ehwal pelajar atau PK Hem meliputi
pembangunan pelajar , displin, pengawas, urusan buku teks,soal keselamatan murid di sekolah,
kaunseling, kelas dan urusan kantin. Encik saifulddin merupakan PK Hep di SMK Batu Muda dan
beliau juga mengajar subjek Bahasa melayu bagi tingkatan menengah atas. Bidang tugas seorang
PK Hem juga bertanggungjawab untuk membantu menguruskan hal berkaitan pentadbiran dan
pengurusan sekolah selain dari PK pentadbiran. Secara amnya, PK Hep bertangungjawab dalam
memantau soal displin pelajar seperti memastikan setiap peraturan sekolah dipatuhi oleh semua
pelajar, dan tindakan sewajarnya mestilah diambil sekiranya mereka mengingkari peraturan
sekolah dan memantau semua rekod displin pelajar. Oleh itu , PK Hep merupakan ketua bagi
badan displin dan pengawas sekolah.

Dalam aspek unit kaunseling pula, PK Hep perlu penyelarasan dan penyediaan rekod dan
kaunseling pelajar seperti markah ujian psikometrik dan kecenderungan minat kerjaya pelajar
dibantu oleh guru kaunseling, Disamping itu, PK hem juga perlu mengetuai program dan orientasi
bagi pelajar tingkatan 1, pelajar peralihan dan tingkatan 4. PK Hep juga bertanggungjawab
memastikan bahawa soal kebersihan, keselamatan dan kesihatan semua warga sekolah terjamin
terutamanya pelajar. Beliau perlu memastikan pengoperasian kantin sekolah menepati standard
yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai contoh semua petugas kantin
wajib mendapatkan suntikan typhoid bagi mengelakkan pencemaran makanan dan keracunan
makanan kepada pelajar. Selain itu, keselamatan sekolah meliputi pondok pengawal juga turut
dalam tanggungjawab PK Hep. Unit Hep juga bertanggungjawab mengaturkan soal pergerakan
pulang pelajar mengikut laluan yang betul dan selamat untuk mengelakkan sebarang kemalangan

25
yang tidak diingini berlaku. Dari aspek kesihatan pula, PK Hep perlu pastikan program-program
kesihatan murid dijalankan dengan sempurna dan menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas
serta aktiviti kesihatan seperti rutin pemeriksaan gigi diadakan pada setiap tahun. Selain itu, tugas
PK Hep turut meliputi aspek kebajikan dan kewangan murid. Data para pelajar mestilah sentiasa
dikemas kini bagi mengetahui kedudukan kewangan pelajar untuk menentukan taraf hidup pelajar
sekiranya ada bantuan yang boleh diberikan seperti zakat. Oleh itu, PK Hep terlibat secara
langsung dalam, urusan pendaftaran dan berhenti sekolah pelajar. PK Hep juga perlu memantau
peratusan kehadiran pelajar ke sekolah untuk menjaga purata sekolah. walau bidang tugas PK
Hep merupakan bidang yang luas namun terdapat beberapa aplikasi dan sistem yang
dibangunkan oleh KPM sebagai pemudahcara. Antaranya, Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid
(APDM), Sistem SSDM atau Modul Pengurusan Murid diguna pakai untuk mengemaskini segala
merit, dimerit, markah sasiah dan displin pelajar.

E.Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Alumni SMK Batu Muda

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu organisasi ahli jawatankuasa secara
sukarela yang bertanggungjawab untuk membantu sekolah dalam melaksanakan sebarang aktiviti-
aktiviti yang melibatkan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Anggota PIBG terdiri daripada
kalangan ibu bapa, penjaga dan guru-guru di sekolah. PIBG juga merupakan satu organisasi yang
menyokong memberikan sekolah bantuan dana, prasarana dan tenaga kerja. Secara amnya
perjumpaan mesyuarat agong PIBG dilaksanakan sebanyak 5 kali setahun. Bagi SMK Batu Muda,
ahli jawatankuasa PIBG yang dipilih adalah sangat proaktif,tolong-menolong, produktif dan
bersikap cakna terhadap aktiviti pelajar. Struktur organisasi ini terdiri daripada Yang Dipertuan
(YDP), Naib Yang Dipertua (NYDP), Setiausaha, Bendahari PIBG dan juga ahli jawatankuasa
(AJK) kecil.

Secara amnya, mesyuarat Agong PIBG merupakan aktiviti utama yang dilakukan bagi
membolehkan semua ibu bapa pelajar menyertai perbincangan dan dan memberi pelbagai usul dan
cadangan untuk menambahbaik setiap prasarana atau prestasi pelajar sekolah. Antara objektif
utama mesyuarat PIBG adalah untuk melantik ahli jawatankuasa baru pada setiap penggal pertama
mesyuarat diadakan. Kerana pembubaran Ahli Jawatankuasa adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemampanan penubuhan. Selain itu, mesyuarat agong PIBG turut membincangkan
tentang anggaran pembelanjaan daripada peruntukan semasa hasil daripada kutipan yuran PIBG
daripada setiap pelajar. Antara peranan yang penting dipikul oleh PIBG dalah mengenai
pencapaian akademik pelajar di sekolah dengan membantu dan menambah dana di sekolah bagi
tujuan menambah baik pulih dan meningkatkan kualiti keselesaan kemudahan di sekolah seperti
penubuhan tabung pendidikan yang bertujuan untuk kebajikan dan manfaat kepada sekolah dan
para pelajar. PIBG juga perlu membantu dan menambah usaha sekolah untuk memenuhi kehendak
dan keperluan pelajaran para pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka seperti aktiviti kelas
tambahan buat pelajar tingkatan 5 dengan memberi sumbangan kewangan untuk tujuan pembelian
buku latihan atau modul bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan.
PIBG juga sering terlibat dalam setiap program komuniti yang dijalankan oleh pihak sekolah. PIBG
juga berfungsi sebagai penganjurkanaktiviti yang dapat menambahkan minat para pelajar untuk
menimba ilmu dan motivasi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dengan mengadakan

26
program motivasi,seminar dan bengkel.program ini akan memberi kesedaran dan semangat
kepada para pelajar untuk belajar dan berjaya.

PIBG juga berperanan membantu pihak sekolah mencari solusi kepada masalah dengan
disiplin pelajar dengan mengadakan program pemulihan rohani ,kem motivasi dan kaunseling
untuk membantu prlajar dengan memberi kesedaran, keinsafan dan semangat untuk belajar dan
berjaya dalam hidup mereka .Bukan sahaja dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah serta
dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar. Di samping itu, PIBG juga berperanan
sebagai medium utama untuk ibu bapa dan guru saling bertukar cadangan serta cara
meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Juga memberi peluang kepada ibu
bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka. Melalui usul
yang diberikan, pihak sekolah dapat membuat pemikiran yang bernas serta seimbang bagi
memenuhi keperluan dan kehendak kedua-dua pihak. Contohnya, adakalanya ibu bapa memberi
usul seperti cadangan untuk membaiki tandas yang rosak dan tidak selesa digunakan oleh pelajar.
Namun, dana untuk membaiki tandas tidak mencukup jadi usul ini akan dibincang dan dibahaskan
demi mencapai kesepakatan kedua-dua pihak.

27
2.0 LAPORAN REFLEKSI TERHADAP PERSEKITARAN, PENGALAMAN DAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH

2.1. Refleksi terhadap persekitaran, pengalaman dan pengurusan bilik darjah

Saya telah menjalani kursus FCE3804 pengalaman awal di sekolah di SMK Batu Muda
bermula dari 8 ogos 2022 sehingga 19 ogos 2022 selama 10 hari. Banyak pengalaman yang telah
saya dapati semasa menjalani kursus ini, lebih menarik lagi kini kursus ini boleh dijalankan secara
bersemuka setelah negara menuju ke fasa endemik, apa yang saya dapat perhatikan persekitaran
SMK Batu Muda merupakan sekolah yang amat ceria, papan kenyataan dipenuhi dengan maklumat
yang memudahkan pelajar dan guru. Setiap hari isnin semua pelajar mesti menyertai perhimpunan
rasmi, dimana semasa perhimpunan rasmi guru yang bertugas pada minggu yang lalu akan
memberi laporan tentang masalah yang dihadapi sepanjang mereka bertugas, mereka juga akan
melaporkan rumusan tahap kebersihan kelas semua pelajar dan mengumumkan pelajar dengan
kelas yang bersih kemudian diberikan anugerah yang dikenali sebagai “Anugerah bintang hijau”
seperti yang dilampirkan pada rajah 3.0.

Selain itu pelajar juga akan menyanyikan lagu negaraku, lagu wilayah persekutuan dan lagu
sekolah, seterusnya mereka akan berikrar dengan ikrar negara dan juga ikrar murid. Diteruskan
dengan ucapan penolong kanan yang telah ditetapkan di dalam tentatif(rujuk rajah) pada minggu
saya menjalani kursus ini ucapan diberikan oleh Puan Norhayati dan Puan Hafsah, ucapan yang
diberikan berbentuk nasihat dan peringatan kepada para pelajar antaranya peringatan tentang isu
vandalism dan adab semasa di sekolah. Semasa saya menjalani kursus ini saya juga
berkesempatan menyertai kempen anti buli yang dilancarkan pada 8 ogos 2022, banyak input yang
dapat para pelajar terima oleh ceramah yang diberikan oleh Inspektor Noor Aliaa yang merupakan
pegawai polis yang ditugaskan untuk memantau SMK Batu Muda. Para pelajar dapat menumpukan
perhatian dengan baik kerana ceramah yang diberikan adalah dalam keadaan yang agak santai
juga cara inspektor tersebut menyampaikan maklumat tersebut adalah amat jelas dan mudah
untuk fahami seolah olah nasihat oleh seorang kakak dan adiknya.

28
Rajah 2.3: Ceramah kempen Anti Buli oleh inspektor Noor Aliaa pada 8 ogos 2022

Rajah 2.4: Slaid PowerPoint Ceramah kempen Anti Buli oleh inspektor Noor Aliaa pada 8
ogos 2022

29
Selepas itu sesi PdPc akan bermula seawal 8 pagi. Saya telah berpeluang menyertai
beberapa sesi PdPc oleh cikgu-cikgu yang berbeza cadangan ini telah diberikan oleh Puan Azzah
iaitu guru pembimbing saya yang telah banyak membantu saya sepanjang saya menjalani kursus
ini. Beliau merasakan bahawa sekiranya saya menyertai sesi pembelajaran oleh cikgu yang
berbeza maka saya akan dapat lebih banyak pengalaman melihat teknik mengajar yang berbeza
antaranya ialah kelas Puan Wani .

Semasa saya menyertai kelas Puan Noor Wani yang merupakan guru biologi di SMK Batu
Muda saya telah menyertai PdPc kelas 5 sains, Puan Wani mengajar dengan menggunakan buku
teks Sebagai alat bantu mengajar, kelas diadakan di dalam makmal biologi kerana menurut puan
Wani, pelajar kelas 5 sains yang meminta untuk mengadakan kelas di situ kerana menurut mereka
kelas di makmal lebih sejuk dan selesa berbanding kelas mereka dari ini saya dapati bahawa
keadaan yang selesa amat penting dalam proses pembelajaran. Topik yang diajar oleh puan wani
adalah topik 5 iaitu mengenai enzim, bagaimana enzim berfungsi dan mekanismanya, PdPc
dijalankan dari pukul 12-1.30 petang. Cara puan wani mengajar adalah para pelajar di minta untuk
membaca dahulu pengenalan tentang topik tersebut menurut puan wani teknik ini dilakukan agar
pelajar dapat lebih bersedia untuk mempelajari topik tersebut, puan Wani akan memberikan mereka
15 minit untuk membaca kesuluruhan topik tersebut secara kasar, kemudian puan Wani akan ajar
dengan lebih lanjut, tetapi apa yang saya dapati pelajar mudah hilang fokus dan fokus kepada
persekitaran mereka seperti pelajar yang lalu di luar kelas dan sebagainya untuk mengelakkan
mereka mudah hilang fokus puan Wani akan memberikan mereka rehat selama 5 minit selepas 45
minit sesi pengajaran berlangsung.

Rajah 2.5: Pelajar 5 sains diberikan masa 15 minit sebelum sesi pengajaran bermula untuk
membaca topik yang akan diajar

30
Selain itu Puan Wani juga mengajar dengan cara bertanyakan soalan kepada pelajar bagi
membenarkan pelajar berfikir teknik ini dilakukan untuk membantu merangsang minda pelajar
Kemudian selepas berehat selama 5 minit puan wani akan menyuruh pelajarnya menjawab soalan
daripada latihan yang diberikan, pelajar diberikan 10 minit untuk menjawab soalan berkenaan topik
yang mereka pelajari kemudian mereka akan berbincang bersama-sama dimana pelajar akan
dipanggil secara rawak untuk memberikan jawapan mereka, sekiranya jawapan mereka betul,
penerangan harus diberikan kepada rakan yang lain, sekiranya jawapan mereka salah mereka
akan dibantu oleh rakan lain dan berbincang.

Soalan latihan yang diberikan oleh puan Wani kepada muridnya merupakan contoh soalan
berformatkan kertas soalan SPM, menurut puan Wani dengan ini para pelajar akan terbiasa dengan
soalan format SPM dan dapat membantu mereka lebih bersedia untuk menjalani peperiksaan
kelak. Selain menggunakan buku teks, puan wani juga menggunakan slaid Powerpoint kemudian
beliau menyelitkan beberapa video mengenai topik tersebut antara tentang mekanisma enzim teori
‘mangga dan kunci’, bahasa yang digunakan oleh puan Wani adalah bahasa inggeris kerana
pelajar kelas 5 sains merupakan pelajar Dual Language Programme(DLP) iaitu program yang
memberikan peluang kepada sekolah untuk mengajar dalam bahasa inggeris, pada pendapat saya
lebih baik sekiranya pelajar mempelajari biologi dalam bahasa inggeris kerana di peringkat
pengajian tinggi kelak mereka akan menggunakan bahasa inggeris, sekiranya mereka telah biasa
menggunakan bahasa inggeris maka mereka tidak akan mengalami masalah jurang bahasa di
universiti nanti. Menurut puan Wani tujuan beliau menggunakan alat bahan bantu mengajar selain
dari buku teks adalah kerana beliau ingin menyelitkan pembelajaran yang lebih mendalam bagi
membantu pelajar untuk terbiasa dengan soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) yang
akan ada di dalam SPM kelak, slaid yang disediakan oleh puan Wani kemudian akan dicetak dan
diedarkan kepada para pelajar , slaid puan Wani merupakan slaid berbentuk nota ringkan yang
mengandungi contoh soalan KBAT yang boleh pelajar rujuk untuk tujuan ulangkaji bagi menyiapkan
diri sebelum mereka menghadapi peperiksaan, menurut puan Wani pelajarnya masih tidak pandai
untuk mencari sumber pelajaran selain dari buku teks jadi beliau menyediakan slaid sebagai satu
inisiatif untuk membantu pelajar beliau, namun begitu puan Wani sering menasihati pelajar beliau
untuk tidak hanya bergantung pada buku teks dan slaid yang diberikan, mereka mestilah berusaha
untuk mencari sumber rujukan yang lain seperti kertas peperikasaan percubaan dari sekolah
sekolah berprestij seperti MRSM, SBP dan sekolah sains. Beliau juga seringkali bertanyakan
keadaan pelajar beliau sama ada mereka masih boleh terima apa yang di ajar atau mereka ingin
berehat seketika bagi memberikan pelajar ruang untuk memproses apa yang baru dipelajari di
dalam minda mereka.

Seterusnya terdapat beberapa amalan pedagogi yang digunakan oleh puan Wani antaranya
ialah amalan pengajaran secara langsung dimana beliau mengajar secara terus menggunakan
buku teks dan nota slaid, pengajaran yang dilakukan adalah sedikit demi sedikit mengikut turutan di
dalan buku teks kaedah ini kebiasaanya dilakukan selama 45 minit sahaja agar pelajar tidak mudah
hilang fokus di dalam kelas, teknik pengajaran ini agak mudah membuatkan pelajar hilang fokus
kerana mereka hanya mendengar apa yang disampaikan, tidak ada komunikasi berbentuk dua hala
yang berlaku di sini, Selain itu puan Wani juga menggunakan teknik pembelajaran sendirian yang
dilakukan sebelum sesi pengajaran bermula bagi sebagai persediaan kepada mereka. Seterusnya

31
puan Wani juga menggunakan cara lama iaitu mengajar menggunakan papan putih, menurut beliau
cara ini akan beri lebih impak kepada pelajar berbanding hanya mengajar tanpa membuat sebarang
penulisan.

Rajah 2.5: Pelajar 5 sains Semasa berada di dalam sesi pengajaran

Puan wani juga telah menunjukkan saya rekod rancangan pengajaran harian(RPH) yang
ditulis bagi membantu beliau mengajar dengan lebih lancar (rajah….). Di dalam RPH ini tertulis
segala topik dan sub topik yang ingin beliau ajarkan kepada murid beliau, tujuan RPH ini adalah
untuk memberi guru lebih bersedia semasa mengajar dan tahu aliran pengajaran tersebut,
Rancangan pengajaran harian mengandungi maklumat seperti objektif, cara untuk mencapai
objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai, RPH biasanya mengandungi tiga peringkat
utama iautu peringkat sebelum pengajaran, peringkat pengajaran dan peringkat penilaian
pengajaran, peringkat pengajaran guru mestilah mengenalpasti konsep-konsep yang perlu mereka
ajar, mereka mestilah mengetahui cara untuk memperkenalkan topik tersebut kepada para pelajar
agar setiap pelajar dapat menerima dengan baik seterusnya guru mestilah merancang cara
penyampaian pengajaran yang sesuai kepada pelajar agar objektif pembelajaran tercapai,
rancangan pengajaran mestilah dirancang dengan teratur dan sistematik.

Berdasarkan pengalaman saya dalam menyertai PdPc , saya dapati bahawa guru
mempunyai persediaan fizikal dan mental yang lengkap, agar mereka sentiasa bersedia dengan
setiap soalan yang diajukan oleh pelajar kepada mereka dan dapat menjawab soalan pelajar
dengan baik. Guru yang bagus mestilah menguasai silibus yang ingin mereka ajari sebelum mereka
mengajar agar proses pengajaran lebih lancar, puan Wani menasihati saya untuk sentiasa bersedia
dari segi mental dan fizikal dan mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana mengikut
beliau menjadi pendidik bukanlah tugas yang mudah, kita mestilah sampaikan pengajaran yang
tepat dan benar kerana apa yang dipelajari mereka merupakan pemulaan asas ilmu yang akan
mereka bawa ke institut pengajian tinggi kelak.Puan Wani juga menasihati untuk saya sentiasa
mempunyai belas kasihan kepada pelajar kerana tidak semua pelajar mempunyai tahap
kebijsanaan yang sama, beliau menasihati saya supaya terus bersabar semasa mengajar, dan
menahan dir dari memarahi pelajar kerana kemarahan akan menyebabkan aura negatif di dalam
kelas, jadi ilmu akan susah untuk diterima oleh pelajar, guru mestilah sentiasa berada dalam
keadaan ceria semasa mengajar murid mereka.

32
Akhir sekali , seorang guru mestilah sentiasa berfikiran kreatif semasa mengajar agar dapat
memudahkan pelajar menerima ilmu yang diajar oleh kita. Guru juga mestilah sentiasa bersedia
dengan perubahan teknologi terkini agar kita tidak ketinggalan dengan murid kita. Saya juga
merasakan bahawa guru mestilah berusaha sehabis baik untuk menyampaikan ilmu kepada murid
agar para pelajar dapat memahami apa yang diajar dengan baik dan dapat mengaplikasikan ilmu
yang diajar dalam kehidupan mereka. Guru juga mestilah menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi kepada pelajar agar generasi muda akan datang dapat berfikiran jauh dan lebih maju dalam
semua bidang.

33
2.2 Refleksi terhadap aktiviti kokurikulum SMK Batu Muda

Semasa saya menemu ramah Puan Hafsah yang merupakan penolong kanan
kokurikulum(rujuk rajah 2.6 dan 2.7) saya dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah ini
dilakukan pada setiap hari selasa 7.20-8.50 pagi untuk kelab dan sukan manakala rabu 1.30
-3.00petang untuk unit beruniform..pada hari selasa para pelajar akan pulang lebih lewat kerana
waktu pembelajaran pagi telah digantikan dengan aktiviti kokurikulum, manakala pada hari rabu
pelajar akan pulang setelah selesai aktiviti unit beruniform.

Beliau juga memaklumkan pada saya bahawa aktiviti kokurikulum hari selasa akan bergilir
dilakukan setiap minggu antara sukan dan kelab. Pada hari selasa aktiviti kokurikulum dilakukan
pada waktu pagi bagi mengelakkan isu pelajar ponteng aktiviti kokurikulum, membuka peluang
lebih tinggi untuk pelajar menyertai aktiviti kokurikulum kerana beliau memaklumkan pada saya
bahawa pelajar mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana pelajar yang baik mesti seimbang
akademik dan kokurikulum. Aktiviti dalam persatuan kokurikulum adalah bebas terbuka mengikut
guru ingin melakukan aktiviti apa pada hari tersebut mengikut kreativiti masing masing.

Saya telah berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum pada tanggal 10 ogos 2022, saya
dapat menyertai beberapa aktiviti seperti survival oleh unit beruniform pengakap dan persatuan
bulan sabit merah. Semua pelajar dlam persatuan wajib mengambil bahagian dalam pertandingan
tersebut. (Rujuk rajah). Semasa saya menyertai aktiviti kokurikulum ini saya dapati bahawa pelajar
SMK Batu Muda amatlah bersikap proaktif, mereka sentiasa bersedia melakukan apa jua aktiviti
yang dirancang oleh guru mereka, antara aktiviti yang dilakukan semasa aktiviti survival adalah,
membuat doh menggunakan bahan yang mudah didapati di dalam hutan, menyalakan unggun api
dalam keadaan terdesak, simpulan tali yang penting.Setelah selesai menyertai aktiviti kokurikulum
mereka saya menyedari bahawa guru merupakan tulang belakang kepada aktiviti kokurikulum, guru
mestilah melakukan aktiviti yang bermanfaat agar pelajar dapat menggunakan skil tersebut dalam
kehidupan seharian mereka, maklumat yang disampaikan oleh para guru semasa aktiviti beruniform
mestilah berinformasi dan menarik agar para pelajar tertarik untuk menyertai aktiviti kokurikulum
sekaligus dapat memenuhi diri dengan maklumat-maklumat yang berguna.

34
Rajah 2.6: Persatuan bulan sabit merah dalam aktiviti nyalaan unggun api

Rajah 2.7: Persatuan pengakap dalam aktiviti membuat doh

Terdapat beberapa masalah berulang yang berlaku setiap kali aktiviti kokurikulum
dijalankan, antaranya ialah ada pelajar yang tidak memakai pakaian beruniform yang lengkap, ada
yang hanya memakai baju sukan ada juga yang hanya memakai separuh lengkap, masalah
pakaian uniform ini menurut Puan Hafsah, ianya merupakan masalah yang berulang dan seringkali
berlaku, ada segelintir pelajar yang tidak mampu untuk membeli baju unit beruniform ada juga
pelajar yang tidak memakai baju unit beruniform dengan sengaja, di SMK Batu Muda setiap pagi
Rabu mereka akan melakukan spotcheck dimana para pelajar yang tidak memakai baju unit
beruniform lengkap diminta untuk bangun dan tunggu sebentar, kemudian guru disiplin akan

35
mengenakan denda kepada mereka antara denda yang dikenakan kepada mereka adalah seperti
lari keliling padang sebanyak 2 pusingan, sedikit sebanyak denda seperti ini dapat bantu
mencergaskan minda mereka dan juga menyihatkan.

Selain itu ada juga para pelajar yang tidak bertanggungjawab bertindak untuk memonteng
aktiviti kokurikulum pada waktu petang, mereka akan memanjat pagar belakang dan keluar dari
sekolah kerana pagar depan diawasi oleh pegawai keselamatan, bagi mengelakkan perkara ini
berlaku pengawas akan dimita untuk mengawasi pintu belakang agar tiada pelajar yang akan cuba
untuk ponteng kokurikulum, saya juga perhatikan bahawa tidak semua pelajar dapat memberikan
komitmen dan penglibatan yang baik semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, ada di antara mereka
yang bertindan untuk melepak di kanti, di kelas kerana mereka merasakan bahawa aktiviti
kokurikulum ini kurang menarik. Semasa saya menyertai program ini setiap unit beruniform diminta
menghantar wakil untuk menyertai pertandingan nyanyian lagu patriotik secara berkumpulan, ramai
para pelajar yang tidak mahu menyertai pertandingan tersebut kerana berasa segan untuk
menyanyi dikhalayak ramai mungkin juga mereka merasakan bahawa penyertaan tersebut tidak
berbaloi, mungkin bagi menggalakkan penyertai murid guru -guru bolehlah menyediakan hadiah
yang lumayan kepada para pemenang agar para pelajar lebih bersemangat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sekolah.

36
2.3 Refleksi budaya sekolah dan budaya kerja SMK Batu Muda
2.3.1Refleksi budaya sekolah SMK Batu Muda
Budaya sekolah merupakan sesuatu perkara yang menjadi rutin harian di sekolah. SMK
Batu Muda menerapkan budaya sekolah yang baik dan mendisiplinkan kepada para pelajar dalam
membentuk sahsiah diri pelajar yang baik. Antara budaya sekolah ialah Pelajar SMK Batu Muda
mengamalkan budaya senyum sapa salam dimana, setiap kali pelajar dan guru bertembung,
mereka mestilah menyapa guru mereka dengan nada yang sopan sebagai contoh,”
Assalamualaikum cikgu” atau “salam sejahtera cikgu” selepas itu pelajar tersebut boleh menunduk
hormat kepada cikgu untuk menunjukkan rasa hormat kepada pendidik mereka. Sapaan juga boleh
di buat oleh guru terdahulu sebelum murid seperti memberi salam kepada murid. Kumpulan
sasaran budaya 3s ini adalah kepada seluruh warga sekolah seperti pihak pengurusan, guru,
pelajar, kakitangan sekolah, pengawal keselamatan dan tetamu yang hadir ke sekolah. Tujuan
amalan ini dilakukan adalah untuk menjadikan amalan yang mulia ini sebagai satu budaya yang
dapat dipraktikkan di sekolah, seterusnya untuk mengurangkan salah laku pelajar, meningkatkan
kehadiran pelajar dengan mewujudkan sekolah yang lebih harmoni juga merapatkan kerjasama
sekolah dengan masyarakat.

Seterusnya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran PdP(Pengajaran dan pembelajaran)


berlangsung, pelajar SMK Batu Muda tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah tanpa
sebarang tujuan. Pelajar perlulah meminta izin daripada guru sebelum keluar kelas. Sekiranya
pelajar ditangkap merayau-rayau di kawasan sekolah,nama mereka akan dicatatkan didalam buku
kawalan kelas dan mereka akan dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin. Guru akan
menandatangani buku kawalan kelas sebagai salah satu langkah kawalan kelas yang dibuat di
sekolah. Jika guru tidak hadir atau mempunyai urusan lain seperti mesyuarat, kelas tersebut akan
diberi guru ganti. Ini bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan terkawal, denda yang berikan
kepada pelajar yang didapati bersalah juga bersifat mendisiplin dan melatih diri untuk sentiasa
mematuhi peraturan.

Selain itu,SMK Batu Muda turut memfokuskan ke arah perkembangan keagamaan dalam
diri pelajar. Pada setiap pagi, para pelajar dan guru-guru beragama islam akan membaca al-Quran
secara berjemaah di Dataran. Para pelajar dikehendaki membawa al-Quran daripada rumah.
Setelah selesai bacaan al-Quran dan doa, sesi pembelajaran dan pengajaran bermula. Tujuan
program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan keberkatan dalam menuntut ilmu serta memupuk
spiritual keagamaan dalam diri pelajar. Sebelum tamat sesi persekolahan, para pelajar dikehendaki
mengerjakan solat Zohor secara berjemaah di dewan sekolah. Bagi pelajar yang uzur, mereka
ditempatkan dalam satu bilik darjah bagi membolehkan mereka mendengar tazkirah atau pesanan
bagi santapan jiwa. Pelajar yang bukan beragama islam pula akan menghadiri program Mother
Tongue yang dipimpin oleh guru bertugas. Perkara ini jelas membuktikan bahawa pihak sekolah
sedaya upaya menerapkan keagamaan dalam diri pelajar.

37
Rajah 2.8: solat berjemaah bersama di dewan terbuka

Rajah 2.9: Bacaan yasin di dataran perhimpunan setiap hari jumaat

38
Seterusnya, Setiap minggu tahap kebersihan sekolah akan dinilai oleh guru bertugas
kemudian bagi kelas kelas yang lepas tahap kebersihan mereka akan diberikan Anugerah yang
dikenali sebagai anugerah bintang hijau dimana setiap kelas yang memenangi anugerah tersebut
akan mendapat kad berbentuk bintang yang berwarna hijau dan diletakkan di papan di dalam kelas
menunjukkan bahawa kelas mereka merupakan kelas yang bersih. Tujuan anugerah ini adalah
untuk menggalakkan murid murid mengamalkan tahap kebersihan diri dan persekitaran yang baik
selain itu anugerah ini juga dapat menunjukkan bahawa sekolah menghargai usaha murid dalam
mengekalkan persekitaran yang bersih juga memberi semangat kepada murid murid yang tidak
memenangi anugerah ini untuk lebih bersemangat menjaga kebersihan diri.

Rajah 3.0: Penyampaian anugerah bintang hijau yang diberikan semasa perhimpunan rasmi
hari isnin

39
2.3.2 Budaya kerja SMK Batu Muda

Semasa saya berada di SMK Batu Muda pada hari pertama saya berpeluang menyertai
mesyuarat guru pada 8 ogos 2022 pada 2-4.30 petang, mesyuarat ini melibatkan semua guru sesi
pagi. Mesyuarat tersebut diketuai oleh Puan zaiton sebagai pemangku pengetua kerana pengetua
SMK Batu Muda telah bersara dan masih tiada pengganti. Di dalam minit mesyuarat ini, antara
perkara yang dibincangkan adalah Gred Purata sekolah(GPS) DI mana untuk sekolah ini GPS
mereka adalah 5.06 dimana mereka berada di kelas intan. Berdasarkan apa yang dimaklumkan
oleh puan Zaiton sekolah ini mempunyai target untuk ke arah kelas berlian iaitu dimana GPS merka
mestilah <5, untuk sekolah mencapai target mereka, ianya bukanlah perkara yang mustahil. Selain
itu di dalam mesyuarat tersebut mereka turut membincangkan tentang program sekolahku
sejahtera yang merupakan konsep yang dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai
kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa PdP

Rajah 3.1: Mesyuarat Guru pada 8 ogos 2022

Selain itu semasa mesyuarat Puan Zaiton juga mengingatkan guru guru untuk sentiasa
mengemaskini sistem e-keberadaan dan e-operasi dimana aplikasi ini diperkenalkan oleh
kementerian pendidikan Malaysia untuk membantu dalam mengesan sama ada guru tersebut
berada di sekolah atau tidak bagi menguruskan hal-hal guru ganti bagi kelas yang gurunya tidak
hadir atau tidak dapat memasuki kelas tersebut. Seterusnya saya juga berjaya menyertai
mesyuarat pada 16/8/2022 pada pukul 2-4 petang, mesyuarat ini merupakan mesyuarat
kokurikulum. Mesyuarat ini diketuai oleh Puan Hafsah memangku penolong kanan hal ehwal murid
dan merupakan penolong kanan kokurikulum.

40
Rajah 3.1: Mesyuarat Kokurikulum pada 16 ogos 2022

Seterusnya, sepanjang saya berada di sini, guru relief diberi untuk guru yang tidak dapat
hadir ke sekolah pada hari tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan kelas dan sekolah sentiasa
berada dalam keadaan yang terkawal, berdasarkan apa yang saya perhatikan, guru guru akan
dimaklumkan tentang jadual relief seawal 7.30 pagi, maklumat guru ganti diberikan di telegram
rasmi sekolah. Dengan ini guru-guru yang perlu mengganti kelas dapat lebih bersedia dan dapat
memaklumkan kepada guru lain sekiranya mereka mempunyai masalah yang menyebabkan
mereka tidak dapat relief kelas tersebut budaya kerja ini amat bagus menunjukkan bahawa kita
sama prihatin sesama rakan sekerja.

Rajah 3.1: Tangkapan skrin jadual relief pada 6 ogos 2022 melalui telegram seawal 7 pagi

41
Semasa saya menjalani kursus ini saya berpeluang memasuki kelas semasa proses PdP
sedang berlaku, di mana saya dapat menyertai kelas 4 sains semasa mereka menjalani amali dan
perbincangan amali, dari sini saya mengetahui tentang sesuatu yang dikenali sebagai Rancangan
Pengajaran Harian(RPH) Semasa di kelas tersebut saya dibimbing oleh Puan Noor Wani binti
Subakin yang merupakan guru mata pelajaran biologi di SMK Batu Muda.RPH merupakan rekod
khas yang disediakan oleh guru sebelum mereka memulakan sesi pengajaran,RPH juga
merupakan panduan kepada guru yang digunakan sebagai persediaan mengajar supaya guru
dapat melaksanakan semua perkara yang dirancang juga dapat membantu melancarkan proses
penyampaian

Rajah 3.1: Tangkapan skrin E-RPH puan Noor Wani

42
Sepanjang saya menjalani kursus di SMK Batu Muda saya telah menyertai beberapa
program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah antaranya ialah, ceramah kempen buli, program
pengurusan jenazah, sesi suai kenal, mesyuarat guru, saya telah diminta oleh guru pendamping
saya untuk mendokumentasikan setiap program yang saya terlibat dengan cara membuat photo
grid atau membuat poster program mengikut guru pendamping saya Puan Azzah Zakiah membuat
grid gambar program merupakan salah satu budaya kerja guru di sekolah ini, budaya kerja ini
menunjukkan bahawa guru -guru di sekolah ini menghargai setiap program yang dilakukan.

Rajah 3.2: Poster yang disediakan oleh saya selepas menyertai program di SMK Batu Muda

43
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan
kursus FCE 3804 Pengalaman awal di sekolah(PALS). Saya juga berasa amat bersyukur kerana
telah diberi peluang dan ruang untuk saya mengecapi pengalaman dan ilmu berkaitan dengan
dunia pendidikan di SMK Batu Muda. Saya percaya bahawa kursus ini merupakan salah satu
langkah awal untuk saya menjadi seorang pendidik yang berwibawa sekiranya diberi peluang,
pendedahan awal yang diberikan kepada saya merupakan satu impak yang besar dalam diri saya.

Kursus ini juga telah memberikan saya pandangan awal tentang pengurusan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya. Daripada perhatian saya, amalan
pedagogi amatlah penting bagi memastikan apa yang diajar kepada murid sampai kepadanya
dengan baik. Seterusnya saya merasakan bahawa guru-guru mestilah sentiasa berada dalam
keadaan yang bersedia tidak kira apa jua halangan dan kekangan yang dihadapi seperti perubahan
pengajaran di dalam talian di atas sebab seperti wabak yang berbahaya seperti wabak Covid-19
dan pandemik yang telah melanda seluruh dunia selama 2 tahun lamanya, pelbagai perubahan dan
langkah keselamatan yang dilakukan oleh kerajaan dan sekolah merupakan antara institusi yang
terkesan dimana sekolah-sekolah terpaksa ditutup menyebabkan pelajar terpaksa duduk di rumah
dengan kelengkapan pembelajaran yang serba-serbi tidak mencukupi, syukur kini sekolah telah
kembali beroperasi seperti biasa, semasa saya di SMK Batu Muda para pelajar dan guru guru
masih mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko
jangkitan virus Covid-19. Setiap guru mestilah sentiasa mengingatkan murid tentang langkah-
langkah yang harus diambil bagi mengurangkan penularan wabak covid-19 selain itu guru juga
perlu sentiasa mahir dengan teknologi terkini untuk membantu membentuk pelajar yang cemerlang.

Selepas pandemik covid-19 para guru telah menjadi semakin kreatif dalam
mempelbagaikan teknik mengajar antaranya adalah seperti menggunakan slaid powerpoint,
tayangan video dan penggunaan nota nota ringkas dan bukan hanya membaca maklumat daripada
buku teks sahaja. Ini berpunca daripada perubahan teknologi yang mendadak lebih-lebih lagi
sewaktu covid-19, Hal ini sedikit sebanyak dapat memupuk budaya pemikiran yang kreatif dan jauh
dalam diri pelajar dan guru. Melalui kursus pals ini saya juga dapat memperoleh pelbagai input
seperti latar belakang sekolah, tugas-tugas pihak pentadbiran sekolah, peranan PIBG, aktiviti
kokurikulum pengurusan bilik darjah, budaya sekolah, budaya kerja dan infrastruktur sekolah.
Secara keseluruhannya, infrastruktur di SMK Batu Muda amat memuaskan dan berada dalam
keadaan yang baik. Saya juga dapati bahawa persekitaran sekolah yang ceria amatlah penting
agar pelajar sentiasa berasa gembira untuk hadir ke sekolah, apabila gur cakna dengan keadaan
murid di sekolah pelajar akan rasa dihargai dan disayangi kerana mungkin ada sesetengah pelajar
yang tidak mendapat kasih sayang yang cukup di rumah maka sekolah la yang menjadi tempat
mereka mendapatkan kasih sayang.

44
Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang peranan PIBG sekolah, kepentingan
organisasi tersebut dalam membantu mengekalkan prestasi sekolah yang baik. Seterusnya saya
juga dapat menyedari tentang kepentingan aktiviti kokurikulum dalam membentuk sahsiah pelajar
yang terpuji hal ini kerana aktiviti yag dilakukan semasa kokurikulum tidak dapat di dalam kelas,
ianya merupakan perkongsian daripada guru-guru yang mempunyai sikap terpuji, aktiviti
kokurikulum juga dapat membantu guru -guru memahami dengan lebih dalam lagi bagaimana
pengurusan aktiviti kokurikulum yang berkesan dapat dilakukan,selain itu saya juga dapat
mempelajari cara untuk menguruskan aktiviti di sekolah, da akan saya gunakan sekiranya saya
berpeluang untuk menjadi seorang pendidik satu hari nanti.

Kesimpulannya, dunia pengajaran zaman kini telah banyak berubah berbanding pada
zaman persekolahan dahulu. Guru-guru perlu menjadi seorang individu yang fleksibel dan sentiasa
bersedia untuk menepati permintaan dan cabaran pendidikan alaf 2l. Guru-guru juga perlu
menerapkan aspek KBAT dalam kelas supaya pembelajaran tidak membosankan sejurus dapat
menambah pengetahuan para pelajar serta dapat memupuk semangat berkomuniti dalam diri
pelajar. Untuk itu, guru perlu perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang bersesuaian
dalam membentuk diri untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan berkualiti.

45
RUJUKAN
Levindran I. (2020). (PDF) beirne: Budaya Kerja Dalam membentuk Etika Kerja.
Diakses pada Oktober 10, 2021, 1-2.
https://www.researchgate.net/publication/341979496_BEIRNE_BUDAYA_KERJA_DALAM_
MEMBENTUK_ETIKA_KERJA.

Siti Khatijah. (2011). Nota Budaya Sekolah. Universiti Utara Malaysia. Diakses pada
Oktober 18, 2022,1-2.
https://www.academia.edu/3783912/NOTA_BUDAYA_SEKOLAH.

SMK Batu Muda. (2022). Buku Panduan Pengurusan Sekolah 2022.

Suhara Fadzil. & Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan
di Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada Oktober 10, 2021,
63.
http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_1/KEPENTINGAN_KOKUR
IKULUM_DALAM_PENDIDIKAN_DI_SEKOLAH_MENENGAH.pdf

Zaini Abdullah. Akta Pendidikan 1996 Dan Peraturan Pendidikan Malaysia. Diakses
pada Oktober 16, 2022,
https://www.academia.edu/18787118/20150507100501Akta_Pendidikan_1996_dan_Peratu
ran_Pendidikan_Malaysia.

46

Anda mungkin juga menyukai