Anda di halaman 1dari 4

±í¸û Å¡ú×õ ±í¸û ÅÇÓõ!

Áí¸¡¾ ¾Á¢ú ±ýÚ ºí§¸ ÓÆíÌ!

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sekali lagi memberikan saya peluang untuk
menulis sebaris dua ayat dalam Buku Panduan Guru dan Takwim Sekolah bagi tahun 2015.

Dewasa ini, kita mendepani realiti baharu dunia yang pantas berubah dan berkembang. Justeru, kita
haruslah memenuhi aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, seperti mana Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak war-warkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Menurut beliau, sistem pendidikan yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang mengalami transformasi dan perubahan ini
perlu terus maju sering dengan dasar transformasi negara.

Kita sebagai warga pendidik, dianggap sebagai penjana utama ke arah melahirkan pelajar cemerlang,
berketerampilan dan berdaya saing dalam menghadapi arus modenisasi dunia. Saya percaya dan yakin bahawa
warga pendidik SJKT Jalan Cheras (SJKTJC) akan membuktikan fakta ini.

Seimbas lalu,

Pada 2014, peratus lulus penuh bagi UPSR telah menurun iaitu dari 68% kepada 62%. Ini menunjukkan penurunan
peratus sebanyak 6% walaupun peratus kelulusan turun tetapi 3 orang murid mendapat 7A. Ini menunjukkan
peningkatan dari tahun lepas. Manakala dari segi GPS 2.59. Sementelahan itu, pada tahun 2015 seluruh warga
sekolah mestilah menunjukkan keazaman dan lebih komited kepada tugas bagi memastikan kecemerlangan dapat
ditingkatkan. Para guru hendaklah bersedia dari segi minda dan fizikal untuk melaksanakan tugas dengan lebih
bertanggungjawab dan berkesan.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pada tahun 2014 juga telah menurun. Hal ini kerana
ketidakhadiran murid dan pencapaian peperiksaan PKSR II 2014 merupakan batu penghalang utama bagi mencapai
kecemerlangan dalam SKPM. Justeru, guru-guru dan murid-murid harus menggembleng tenaga untuk meningkatkan
SKPM bagi tahun-tahun akan datang.

Guru-guru juga diingatkan agar dasar-dasar dan projek terkini menjadi peluang dan cabaran untuk
meningkatkan prestasi diri bagi mencapai visi sekolah. Kepada ibu bapa, masyarakat tempatan dan sektor swasta,
kita semua mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan mutu pendidikan.
Akhir kata, saya yakin bahawa semua warga SJKTJC akan memberikan komitmen sepenuhnya kepada
bidang tugasan masing-masing. Penglibatan menyeluruh semua warga sekolah akan mengukir nama sekolah di
bidang kurikulum mahupun dalam bidang Ko-kurikulum. Kepada semua warga SJKTJC, diucapkan selamat
menjalankan tugas dan jadilah warga sekolah beridentiti dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penghargaan ini juga
diberikan kepada Jawatankuasa penyediaan Buku Panduan Guru dan Takwim Sekolah 2015 yang berjaya
menyediakan buku ini sebagai rujukan seluruh warga SJKTJC. ‘ Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia
Kerana Muafakat ’.

“BERSAMA KITA MEMBUAT PERUBAHAN”

Pn. V.Goviree
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
SJKTJC
2015

TUGAS-TUGAS DAAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN 1


A.MENGAJAR
1.Memahami,menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.

2.Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan .

3.membimbing pelajar memperoleh ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.

4.Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

B.MEMBANTU GURU BESAR DALAM MENGURUSAN KURIKULUM


1.Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf.

2.Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran.

3.Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu tahunan.


4.Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu “sit-in”.

5.Menbantu Guru Besar menyemak dan menandatangani Buku Rekod Persediaan mengajar.

6.Menbantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dan bukan akademik.

C.MEMBANTU GURU BESAR DALAM URUSAN PENTADBIRAN HARIAN


1.Menyemak kehadiran staf .

2.Mengurus data dan maklumat.

3.Mengawal disiplin pelajar.

4.mewakili Guru Besar menghadiri taklimat , mesyuarat dan majlis rasmi

D.MEMBANTU GURU BESAR DALAM PENGURUSAN STAF


1.Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi

2.melaksanakan pembangunan staf

3.menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf

E.MEMBANTU GURU BESAR DALAM PENGURUSAN KEMUDAHAN


DAN SUMBER
1.Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi

2.Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada.

3.Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan .

F.MEMBANTU GURU BESAR TUGAS-TUGAS LAIN


1.Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan tugas-tugas mereka.

2.Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan.

3.Menbantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah.

4.Menbantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

5.Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah.

6.Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti yang diberikan oleh pihak Kementerian
Pendidikan atau pihak atasan lain dari masa kesemasa.

Anda mungkin juga menyukai