Anda di halaman 1dari 4

Ciri-ciri menjadi murid cemerlang

Setiap murid mempunyai impian


untuk menjadi murid cemerlang.
Murid cemerlang akan menjadi
idola kepada murid-murid lain.
Terdapat beberapa ciri murid
cemerlang.
Antara ciri menjadi murid cemerlang ialah
murid cemerlang akan menumpukan perhatian
semasa guru mengajar di kelas. Dia tidak akan
berbual-bual dengan kawan-kawan semasa guru
mengajar di kelas. Dengan ini, kita akan
memahami semua mata pelajaran dengan mudah.
Ini akan membantu kita mendapat markah yang
tinggi dalam peperiksaan.
Selain itu, murid cemerlang akan aktif
dalam bidang kokurikulum. Murid cemerlang
akan menyertai semua pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Dengan ini,
dia akan mewakili sekolah dalam
pertandingan peringkat daerah, negeri dan
negara. Kesannya, murid cemerlang akan
mengharumkan nama sekolah.
  Di samping itu, murid cemerlang akan
menguruskan masa secara bijak. Dia akan
menyediakan jadual tugas harian untuk
menjalankan aktiviti harian. Dia juga akan
menyiapkan semua tugasan yang diberikan
oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai