Anda di halaman 1dari 4

1.

Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di


samping membentuk sikap. Sehubungan itu, seseorang pelajar yang ingin
berjaya perlu memiliki sikap ingin belajar dan menguasai kaedah belajar agar
pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi melalui pembelajaran regulasi
kendiri.

a.Huraikan secara ringkas konsep kemahiran belajar

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu


dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan
merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup.Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi
berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna
dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu yang
menimbulkan perubahan.

b.Bincangkan dengan jelas bagaimana pengurusan pembelajaran yang berkesan dapat


membantu proses pembelajaran seseorang pelajar.(kena cakap ttng teknik sprt buat
nota,nota ringkas,dan sbg.)

Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan pembelajaran tetapi,juga


mengajar untuk membuat segala kerja secara sistematik. Pengurusan
pembelajaran melibatkan pengurusan masa yang mengandungi beberapa
langkah :
 Tetapkan matlamat - Pastikan maklumat adalah dalam jangka masa yang betul
 Fokus matlamat - Buat kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan
perkara utama perlu diselesaikan
 Buat jadual masa - Menetapkan tempoh masa untuk menyelesaikan kerja
 Utamakan matlamat asal - Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum
menyelesaikan tugas kita yang sedang dilakukan.
2.Kemahiran membaca merupakan elemen penting bagi pelajar untuk
memperolehi sesuatu maklumat, pengetahuan dan fakta. Selain daripada itu
pelajar juga perlu memiliki kemahiran memproses maklumat agar
penghasilan tugasan bertugas dapat dilakukan dengan baik.

a. Jelaskan bagaimana teknik kemahiran membaca secara skimming dapat


membantu pembelajaran seseorang pelajar.

Skimming ialah membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami
idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan.Dalam membaca sesuatu petikan,
kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk
mendapatkan fahaman umum.Skimming dapat membantu pembelajaran seseorang
pelajar dengan Pelajar boleh membaca tajuk, sub-tajuk atau melihat gambar rajah
atau carta. Pelajar boleh membaca perenggan pendahuluan dan penutup seuatu
teks. Selain itu, baca juga hanya ayat pertama setiap perenggan. Biasanya ayat
pertama ini memberi idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis. 
Cara bacaan ini adalah lebih sesuai sekiranya pelajar ingin mencari maklumat
tertentu bukannya untuk pemahaman teks. Paling sesuai sekiranya pelajar ingin
mengetahui tentang sesuatu tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat yang
spesifik seperti data atau fakta ringkas. Malah skimming boleh digunakan untuk
melihat graf, jadual atau carta.

b.Bincangkan kesan positif yang diperolehi oleh pelajar hasil dari


keberkesanan penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat dalam
menghasilkan tugasan bertulis.
 Mendapatkan maklumat,pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara.
 Mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan.
 Menggunakan masa terhad dengan lebih produktif,menjimatkan masa dan
memperoleh maklumat tambahan.
3. Sistem pengurusan pembelajaran atau Learning Management System
(LMS) merupakan satu projek hasil kerjsama antara MAMPU dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). MAMPU telah merintis LMS di
bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).

a. Kemukakan kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning


Management System).

1. Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana


sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan
sendiri masanya dengan lebih efektif.
2. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.
3. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar
meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman
web.
4. Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang
dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.
5. Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk
pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

b. Tunjukkan impak perkongsian maklumat maya kepada siswa pendidik


Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai