Anda di halaman 1dari 21

1

MODUL 1
Kesantunan Berbahasa Dan
Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Objektif Pengajaran/Pembelajaran:
Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kesantunan dan kepentingan aplikasinya
dalam komunikasi dan perhubungan.
Mendedahkan aspek sistem sapaan dan rujukan hormat untuk memberi kefahaman
dalam penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan konteks budaya dan kedudukan
individu dalam masyarakat.
Kandungan Modul
1. Konsep kesantunan
2. Kesantunan berbahasa dalam konteks sosial dan lingkungan penggunaannya
3. Sistem sapaan dan rujukan hormat

Pengenalan
Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan manusia. Ketiadaan
kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan sosial yang boleh merencatkan
perhubungan sesama manusia. Kemahiran perhubungan interpersonal amat penting dikuasai
kerana kita sentiasa berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang berbeza;
mempunyai keunikan peribadi; mempunyai keegoan dan harga diri yang pelbagai; serta
prinsip hidup dan world view yang tersendiri. Lazimnya proses berkomunikasi boleh
mewujudkan kesan seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.

membebaskan/mengongkong kegiatan manusia


merapatkan/merenggangkan perhubungan manusia
mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan sejagat
mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan
mengangkat/merosakkan martabat hidup serta ketamadunan manusia

Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri peribadi dan
sebagai asas untuk berkerjasama serta mewujudkan keselarasan sosial sejagat.
Konsep Kesantunan Bahasa
Kata santun merujuk kepada halus (budi bahasa dan budi pekerti), beradab dan sopan, maka
kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau
kesopanan. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya (Awang Sariyan, 2007).

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

2
Peraturan Asas Berbahasa
Kesantunan berbahasa dan kemahiran perhubungan interpersonal mempunyai objektif bagi
mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara sesama manusia.
Ketika berkomunikasi, beberapa peraturan berbahasa perlu dipatuhi supaya tidak
menyebabkan sesiapa berasa tersinggung dan seterusnya merencat suasana perhubungan.
Antara peraturan asas yang perlu diketahui dan diamalkan adalah seperti berikut:
1. Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab
untuk mencerminkan peribadi yang mulia dan menunjukkan rasa hormat kepada
teman berinteraksi atau berbicara
mencirikan perlakuan manusia yang bertamadun
merupakan norma berbahasa dalam sesuatu masyarakat
2. Komunikasi Mata
i. digunakan untuk membantu mendapatkan persepsi dan fahaman yang lebih tepat
mengenai mesej yang cuba disampaikan oleh teman berbicara.
ii. boleh membantu mengekalkan ritma perbualan.
iii. boleh mengesan minat atau daya tumpuan teman berbicara.
iv. komunikasi yang tidak membabitkan pertembungan mata biasanya ditafsirkan sama
ada kurangnya rasa keyakinan diri atau tiada rasa hormat kepada teman berbicara.
Misalnya:
mata bergerak ke sana ke mari dan pandangan tidak menumpu kepada teman
berbicara, tandanya penutur itu tidak berminat untuk berbicara dengan kita
atau tentang topik yang dibicarakan
mendengar dengan penuh minat, tetapi mata disempitkan dan dahi berkerut,
tandanya dia berminat, tetapi tidak menaruh kepercayaan
ketika berbicara mata berkelip-kelip lebih pantas daripada biasa, kemungkinan
besar dia sedang berdusta
ketika berbicara mata memandang ke arah lain, atau melihat dagu, hidung,
bibir, dahi atau leher, tandanya seseorang itu berminat, tetapi malu atau berasa
tidak tenteram
3. Kedudukan Tubuh dan Pergerakan Badan
Kedudukan tubuh dan pergerakan badan biasanya membayangkan tanggapan terhadap
diri. Bagi menggambarkan keyakinan diri, sebaik-baiknya kita berdiri atau duduk dalam
posisi positif (tegak), bersedia, bertenaga serta bergerak secara natural.
Contoh
berpeluk tubuh menggambarkan ketegasan atau tidak mahu mengubah
pendirian/keputusan, serta tidak bersedia menerima pandangan/pendapat
orang lain
badan condong ke hadapan dalam keadaan santai sambil tersenyum,
menandakan sifat mesra, bersikap terbuka, bersedia mendengar atau
menerima pendapat orang lain
berpeluk tubuh dan bersilang kaki, menggambarkan sifat agresif, defensif dan
tidak berminat untuk bertolak ansur
berdiri sambil mencekak pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kaki
terbuka luas, dan ketika duduk tangan diletakkan di atas paha dengan badan
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

3
condong ke hadapan, menandakan keadaan siap sedia/tidak sabar untuk
bertindak
berdiri sambil mencekak pinggang, lambat menjawab dengan tangan bertaut
di hadapan dan sering menyuarakan mm..mm.,oh ya!,aaaa, dan
sebagainya, bermakna seseorang itu berasa dirinya lebih berkuasa dan
berkedudukan lebih tinggi daripada teman berbicara
menutup mulut dengan tanggan sambil berkata-kata, menggambarkan rasa
tidak berkeyakinan, mungkin berdusta, ragu-ragu dan berkecenderungan
untuk memutar belit kenyataan/fakta
4. Mimik Muka/Ekspresi Muka
Mimik muka atau ekspresi muka sememangnya menggambarkan perasaan seseorang
ketika berkomunikasi. Senyuman amat besar peranannya dalam hubungan interpersonal,
khususnya ketika menghampiri atau dihampiri orang lain. Umumnya manusia terdiri
daripada 3 golongan, iaitu:
i. golongan yang selalu senyum
dikurniakan dengan wajah manis dan sentiasa senyum walaupun dalam keadaan
biasa
ii. golongan yang seimbang antara senyum dan serius
berkemahiran mengendalikan emosinya, walaupun dalam keadaan tertekan
iii.golongan yang sentiasa kelihatan serius
dikurniakan dengan air muka yang serius, sentiasa berfikiran serius atau mungkin
kurang mahir mengendalikan emosinya.
Senyuman atau sentiasa kelihatan tersenyum menandakan sifat seseorang manusia yang
berfikiran terbuka dan mesra serta berupaya mewujudkan suasana perhubungan interpersonal
yang positif dan berkesan. Di samping itu, mimik muka seperti berikut amat penting untuk
menjaga keharmonian semasa berkomunikasi;
tunjukkan rasa ceria/seronok pada raut wajah anda
elakkan pancaran wajah letih, tidak tenang dan tergesa-gesa
pandang wajah teman bicara buat seketika sebelum memulakan atau
menamatkan bicara bicara
5. Sifat Suara
Sifat suara yang menarik boleh membantu meneruskan minat atau keinginan orang lain
untuk berinteraksi dengan anda. Sifat suara juga dapat menggambarkan kesungguhan,
kegembiraan dan kesedihan dan seterusnya mempengaruhi penghantaran dan penerimaan
mesej.
Anda harus belajar mengawal nada, sebutan dan lenggok suara (intonasi). Menggunakan
pelbagai nada suara merupakan asas bagi menarik minat dan mewujudkan keselesaan
perasaan orang lain. Lontaran suara yang jelas dan berbaur dengan perasaan yang ikhlas
akan memberi impak kepada percakapan anda. Dengan lontaran suara dan vokal yang
jelas, bertenaga dan nada yang sesuai serta diiringi dengan perasaan bersahaja, keyakinan
anda akan tergambar dengan jelas dan menjadi asas kepercayaan orang lain terhadap anda.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

4
Perkara berikut boleh dijadikan panduan ketika kita melontarkan suara:
intonasi harus berubah-ubah mengikut tujuan dan perkara yang diperkatakan
intonasi yang mendatar boleh menimbulkan rasa bosan
mutu suara harus diselang-seli kenyaringannya
vokaliser sepert ok, ya, umm, eer, aee dan sebagainya yang terlalu
kerap boleh mengganggu kelancaran pertuturan anda dan boleh mengganggu
kejelasan mesej anda
6. Menimbulkan Minat Orang Lain
Minat seseorang terhadap kita atau perkara yang dibicara perlu diwujudkan jika ingin
terus berkomunikasi secara aktif dan berkesan. Antara petua yang boleh diaplikasikan
termasuklah:
melibatkan pendengaran aktif
gaya dan isi perbualan boleh menghibur
mengenal pasti keistimewaan orang lain untuk merapatkan hubungan
membicarakan topik perbualan yang anda mahir
7. Memberi Perhatian
Perhatian yang wajar sejak bermulanya perbualan dapat memberi dorongan kepada teman
bicara untuk terus berkomunikasi. Amalkan petua-petua berikut:
wujudkan pertembungan mata
betulkan kedudukan badan
berikan maklum balas yang wajar
bertanya untuk mendapatkan penjelasan
8. Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan
Soalan yang tepat boleh mewujudkan pengetahuan dan persefahaman dengan teman
bicara. Ada 3 jenis soalan/gaya mengemukakan soalan;
Soalan tertutup/ringkas
Soalan terpimpin untuk mempengaruhi pendapat/perasaan
Soalan terbuka
9. Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit
Maklum balas yang dilakukan oleh kedua-dua teman bicara dapat membaiki dan
mewujudkan ketepatan mesej yang diterima. Antara petua memberi maklum balas yang
berkesan termasuklah;
jelas dan tepat
tidak terlalu abstrak dan meleret-leret
tidak menghentam/menyentuh peribadi
tidak menghukum (bersifat judgemental)
positif dan terbuka
berbincang/bukan mencapai keputusan secara meluru

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

5
10. Memahami Tabu/Larangan dalam Berbahasa
Kebanyakan masyarakat masih mengenakan tabu/larang terhadap penggunaan beberapa
bentuk bahasa/perkataan yang berkaitan dengan;
anggota badan manusia
fungsi anggota badan khususnya yang berkaitan dengan seks dan perkumuhan
kepercayaan tradisional yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, dewadewi, kuasa magis/ghaib pada haiwan dan orang yang berwibawa
Pengetahuan dalam perkara ini merupakan refleksi kesopanan seseorang yang berkait
rapat dengan sistem nilai/norma masyarakat yang terterap dalam sesuatu bahasa. Ada
dua cara/bentuk bahasa yang dianggap sopan untuk menyebut perkara-perkara yang
menjadi tabu dalam berbahasa;
i. Eufemisme/Kiasan Halus
Eufemisme merupakan bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk
menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar/kesat. Eufemisme juga digunakan
sebagai pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang
mendengar/teman bicara. Berikut merupakan contoh penggunaan eufemisme dalam
masyarakat Melayu:
Buang air besar (berak)
Buang angin (kentut)
Panjang tangan (pencuri)
Anak itik (anak angkat)
Bulan kesiangan (anak dara tua)
Tempat keras (ada puaka/penunggu)
Anak gajah (terlalu gemuk)
Menurut kepercayaan tradisional golongan tertentu, nama haiwan berbisa, ganas dan
perosak tanaman khususnya, tidak boleh disebut dengan nama asal untuk mengelak
kesan buruk atau keaiban yang boleh didatangkan oleh haiwan-haiwan berkenaan.
Misalnya:
Nama Haiwan
Buaya
Harimau
Singa
Tikus
Ular
Empangau (serangga perosak
batang padi)

Gelaran dalam bentuk bahasa tabu


Sang bedal, bujang senang
Pak belang/sang belang
Raja Rimba
Cek Ti, permaisuri, suri, seri dewi
Akar/pak belit
Tokngo, Pakngo, sang api

Bentuk bahasa berikut pula digunakan agar tidak menambah berat lagi suasana sedih,
sakit, marah dan sebagainya.
Contoh:
Ayah sudah pergi mendahului kita.
Ibu sedang uzur.
Abas naik angin mendengar sindiran ibu mertuanya.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

6
Kami mengalas perut dengan biskut selama seminggu.
Saya berat hati untuk meninggal ayah seorang di kampung.
Isteri Cok Mat enggan bersalin di hospital, walaupun keadaannya lemah.
Bentuk bahasa ini juga digunakan untuk mengungkapkan tentang kematian dengan
perkataan yang berbeza dan khusus.
Kata-kata sopan tentang
kematian
Wafat
Mangkat
Berlindung
Meninggal Dunia
Mati
Kembali ke Rahmatullah

Khusus untuk status orang meninggal


dunia
Nabi-nabi dan para Rasul
Raja-Raja Melayu
Kerabat Diraja Negara Brunei Darusalam
Manusia/orang biasa
Haiwan dan tumbuhan sahaja
Orang Islam sahaja

Orang yang sudah meninggal dunia diberi perkataan khusus mengikut status/golongan
dalam masyarakat. Misalnya;
Panggilan
sopan/hormat
Al-marhum
Al-marhumah
Allahyarham
Allahyarhamah
Arwah
Mendiang

Khusus untuk status/golongan tertentu


Kerabat Diraja lelaki
Kerabat Diraja perempuan
Lelaki beragama Islam
Perempuan beragama Islam
Secara umum untuk lelaki dan perempuan beragama
Islam
Lelaki dan perempuan bagi orang bukan Islam

ii. Sirkumlokusi (berbelit dan berkias)


Sirkumlokusi merupakan perbahsaan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk
melembutkan suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara.
Bentuk bahasa ini lazimnya digunakan untuk menyembunyikan kekerasan atau
perasaan sebenar sebalik perkataan/ungkapan yang digunakan.
Contoh:
Lelakiapabila kita sudah dianu-anu, sila-silap badan kita pula yang
menjadi anu-anu, apabila sudah jadi anu-anu, malu kita sekeluarga, berdosa
besar pula tu! (Ibu berbahasa dengan anak yang mengandung anak luar
nikah)
Iya!...inilah pohon kehidupan sejati, pasti tumbuh di pinggir kota, kejujuran
tidak akan tergugat tercela, pasti seribu tahun tumbuhnya berbunga.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

7
Larangan berbahasa dalam bentuk mulut celupar/jahat/sombong/cabul masih dipatuhi
dalam masyarakat tertentu. Dipercayai bahawa orang yang melanggar tabu ini akan
ditimpa malang/sesuatu yang tidak diingini.
Contoh:
Berhati-hati masuk ke hutan tu. Pak Belang (harimau) tengah mengganas
sekarang!
Benih padi di tapak semaian Pak Uda habis dimakan cek ti (tikus).
11. Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain
Kita perlu ada kebolehan dan kemahuan untuk memahami pandangan, kelakuan, sikap
dan perasaan seseorang dari sudut pandangannya. Untuk memiliki empati, kita terlebih
dahulu perlu;
menghapuskan pemikiran (prejudis), perasaan dan keunggulan diri
memupuk keyakinan orang tentang keikhlasan kita
memupuk kepercayaan orang terhadap kemahiran dan ketrampilan kita yang
diharapkan oleh rakan berbicara
memupuk kemesraan atau rapport semasa berinteraksi
12. Bijak Memilih Perlakuan/Tindakan yang Sesuai dengan Matlamat
Kita seharusnya berupaya menyatakan perasaan, pandangan serta hak dengan jelas dan
tegas tanpa mengganggu perasaan atau hak orang lain. Dalam komunikasi terdapat tiga
perlakuan/tindakan yang wajar diperlihatkan kepada teman bicara, iaitu;
Agresif - kelakuan dan tindakan yang berupaya mencapai matlamat dengan
cepat. Perlakuan dan tindakan ini perlu dimanfaatkan sekiranya matlamat lebih
penting daripada perhubungan dengan orang lain.
Pasif - kelakuan dan tindakan yang tidak bertujuan untuk menegakkan hak
dan pandangan kita. Kelakuan dan tindakan ini dilakukan demi menjaga dan
memelihara perhubungan kita dengan orang, walaupun kita mungkin
diperalatkan.
Asertif - kelakuan dan tindakan orang yang yakin pada diri dan haknya
sebagai seorang indidvidu. Orang begini percaya kepada kesaksamaan dan hak
asasi setiap individu, dan berupaya membuat keputusan sendiri berasaakan
pandangan dan pendiriannya. Dia berani menyuarakan pandangannya dengan
baik dan tegas tanpa menjejaskan hak dan perasaan orang lain. Sikap terbuka
menyebabkan orang begini berani menghadapi cabaran dan isu dengan yakin
dan positif. Matlamatnya ialah Win-Win Situation.
13. Mewujudkan Komunikasi Berkesan
Komunikasi berkesan memerlukan teknik berbahasa dan perlakuan bahasa yang sesuai
dengan konteks situasi, dengan tujuan berkomunikasi, dan dengan apa-apa yang
hendak diperkatakan. Komunikasi berkesan boleh dicapai sekiranya kategori berbahasa
yang berikut ditekankan semasa berinteraksi.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

8
Kesesuaian
bentuk penggunaaan bahasa yang sesuai dari segi skop yang diperkatakan,
persekitaran, tahap pengetahuan, penerimaan dan bentuk hubungan antara
penutur berkenaan.
Nilai
sikap terhadap sesuatu bentuk penggunaan bahasa
i. Positif - santun dan sempurna
ii. Negatif - kasar/menyinggung kewibawaan orang lain
iii Neutral - pada tahap biasa/tidak menggugat perasaan orang lain
Pertautan (koheren)
penggunaan bahasa yang yang mewujudkan pemahaman yang baik dan rapi serta
mudah difahami oleh penerima (wujud kesinambungan antara idea/ayat).
Kesantunan Berbahasa Dalam Urusan Rasmi/Pejabat
1. Ketika Melayan Tetamu
Kita sebagai pegawai yang bertugas di kaunter harus bertanya dan melayan tetamu dalam
bahasa sopan, serta tidak berdiam diri dan membiarkan tetamu terpingga-pingga
sendirian.
Misalnya:
Maafkan saya Encik. Encik nak jumpa siapa? Boleh saya tolong?
Cik Surianisaudari perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum
membuat pembayaran di kaunter nanti.
2. Sebagai Tetamu Yang Berkunjung ke Sesebuah Organisasi
Sebagai tetamu kita juga perlu menggunakan bahasa sopan apabila berurusan dengan
pihak-pihak yang bertugas di organisasi tersebut.
Misalnya:
Maafkan saya puan/cik/saudara/saudariboleh saya berjumpa dengan Puan
Adeline?
Enciksaya nak tumpang tanya. Pukul berapa kami dikehendaki berkumpul
di Padang Merdeka esok?
3. Ketika Menjawab Panggilan Telefon
HelloPusat Pengajian Bahasa di sini. Boleh saya bantu?
Baiklahsaudari tunggu sebentar ya. Jangan letakkan telefon.
Maaf Encikpegawai berkenaan masih sibuk. Boleh tak Encik telefon sekali
lagi dalam masa 15 minit lagi?

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

9
Sistem Sapaan: Kata Ganti Nama Diri
Setiap bahasa mempunyai sistem sapaan, yakni merangkumi kata ganti nama diri pertama, kedua
dan ketiga. Bentuk panggilan atau sapaan yang tidak sesuai digunakan dalam sesuatu suasana
komunikasi boleh menimbulkan masalah dan gejala-gejala negatif.
Amat Juhari Moain (1985) telah membahagikan sistem sapaan kepada empat bentuk yang
utama, iaitu;
1. Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang
disandang dan nama peribadi yang lengkap.
2. Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa
nama peribadi.
3. Sebutan senarai orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga
pangkat paling bawah.
4. Penggunaan kata ganti nama diri.
Dalam bahasa Melayu, beberapa angkubah sosial harus dipertimbangkan ketika hendak
menggunakan kata ganti nama diri untuk menyapa seseorang. Antara angkubah tersebut ialah
umur/generasi, pangkat/darjat (panggilan hormat), status dan jarak sosial. Berikut disenaraikan
beberapa kata ganti nama diri yang sering kita gunakan.
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND I)
KGND I ialah kata yang digunakan oleh orang yang bertutur atau menulis sebagai ganti
namanya. KGND ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu tunggal dan jamak. Bentuk
tunggal digunakan untuk merujuk dirinya, sementara bentuk jamak digunakan untuk
merujuk dirinya dan pihak lain juga.
Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor suasana dan hubungan antara
penutur, misalnya saya untuk situasi rasmi, manakala aku untuk situasi tidak rasmi.
KGND I
tunggal

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara


Formal, Hormat atau Bersahaja

Saya

kata ganti nama diri pertama yang digunakan untuk merujuk diri secara
halus dan hormat/formal semasa berbicara dengan semua
golongan/status/usia manusia (kecuali dalam komunikasi dengan
raja/sultan, gunakan patik)
boleh digunakan dalam konteks penulisan seperti surat, memo, laporan,
pengakuan, dan perakuan/pengesahan.

Aku

kata ganti nama diri pertama yang digunakan dalam situasi tidak formal
dan bersahaja terhadap rakan karib
digunakan terhadap orang lebih rendah kedudukan daripada si penutur
dalam masyarakat Sarawak, aku digantikan dengan kamek/mek untuk
menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara
biasanya digunakan sewaktu berdoa kepada tuhan

KGND I
jamak

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara


Formal, Hormat atau Bersahaja

Kami
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

kata ganti nama pertama

(jamak) khusus untuk merujuk dan

10
merangkumkan sebilangan golongan pertama, termasuk penutur sendiri,
tetapi tidak merangkumi teman berbicara yang lain

Kita

kata ganti nama pertama (jamak) untuk merujuk dan merangkumkan


semua manusia yang hadir dalam sesuatu interaksi, termasuk penutur
sendiri
digunakan juga untuk menyatakan adanya unsur persamaan keanggotaan
atau kekerabatan menurut jurai etnik/kaum/bangsa

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND II)


Dalam komunikasi rasmi, KGND II tunggal yang umum digunakan bagi orang yang
tidak mempunyai gelar ialah tuan, encik, puan, cik, saudara, dan saudari. KGND tuan
dan puan khusus digunakan dalam laras surat atau memorandum.
Untuk menyapa orang yang bergelar pula KGND yang digunakan perlu diselaraskan
dengan gelar yang dimiliki oleh orang berkenaan. Contohnya tuanku, Tun, Tengku dsb.
KGND II seperti awak, engkau dan kamu pula sering digunakan dalam konteks biasa,
yang bukan rasmi atau formal. Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor
suasana dan hubungan antara penutur.
KGND II
tunggal

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara


Formal, Hormat atau Bersahaja

Tuan

panggilan halus bagi kaum lelaki yang berwibawa


sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih berumur, sebaya, baru/belum
dikenali
sapaan hormat untuk pemilik harta yang ada kaitan dengan penutur

Encik

sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih tinggi statusnya daripada penutur
sapaan untuk lelaki yang sebaya dengan penutur
tidak digunakan untuk merujuk diri penutur
seelok-eloknya sebut nama diri sahaja

Puan

panggilan khas untuk perempuan yang sudah berkahwin


sapaan hormat terhadap wanita yang lebih berumur, sebaya atau belum
dikenali
sapaan hormat untuk ketua jabatan/organisasi
rujukan hormat kepada golongan wanita yang belum/tidak berkahwin
panggilan hormat kepada wanita yang berjawatan lebih tinggi daripada
penutur
lazimnya digunakan dalam bentuk lisan atau tulisan terhadap golongan
wanita yang belum dikenali

Cik

Saudara

panggilan yang bersifat rasmi untuk lelaki sebaya atau lebih muda
sapaan untuk lelaki yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf
dengan penutur
sapaan untuk lelaki yang masih muda dan dimuliakan

Saudari

panggilan yang bersifat rasmi/formal untuk wanita yang sebaya atau lebih
muda

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

11
sapaan untuk wanita yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf
dengan penutur
sapaan untuk wanita yang masih muda dan dimuliakan

Tuanku

panggilan kepada raja/sultan dan raja permaisuri/raja perempuan

Tun, Toh,
Tan Sri,
Puan Sri,
Datuk, Dato,
Dato Seri

panggilan kepada orang yang mempunyai gelar yang dianugerahkan oleh


ketua negara (Yang di-Pertuan Agong) dan ketua negeri (Raja, Sultan dan
Yang Dipertua Negeri)

Tengku

panggilan kepada orang yang mempunyai gelar disebabkan keturunannya


(khususnya keturunan raja yang bergelar tengku)

Awak

kata ganti nama diri kedua yang digunakan dalam kalangan penutur yang
sama status/kedudukan
digunakan dalam perhubungan yang akrab/rapat
dalam masyarakat Sarawak, awak digantikan dengan kitak untuk
menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara

Engkau

kata ganti nama diri kedua yang boleh digunakan terhadap seseorang yang
lebih rendah umur/status daripada penutur sendiri
sapaan pemesra terhadap rakan karib
digunakan dalam situasi bersahaja

Kamu

kata ganti nama kedua (jamak) khusus untuk merujuk sebilangan manusia
yang hadir semasa berinteraksi
digunakan oleh golongan yang berada pada status/kedudukan/usia yang
lebih tinggi untuk menyapa teman berbicara
tidak sesuai untuk menyapa seseorang secara individu, walaupun dia
berada pada status/kedudukan/usia yang lebih rendah

KGND II jamak pula merujuk kepada pihak yang menjadi fokus komunikasi yang
jumlahnya lebih daripada seorang. Bentuk-bentuknya ialah:
KGND II
jamak

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara


Formal, Hormat atau Bersahaja

Tuan-tuan,
Puan-puan,
Hadirin,
Hadirat

panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

Dato-Dato,
Tan Sri-Tan
Sri

panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

12
Kalian

panggilan untuk khalayak dalam konteks tidak rasmi

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND III)


i. KGND III Tunggal
Kata umum yang digunakan seperti dia tidak terikat oleh sifat jantina, status atau
usia orang yang disapa.
Bentuk singkatan -nya boleh digunakan di hujung kata lain, contoh: ...bukunya.
Sapaan beliau digunakan secara khusus untuk merujuk kepada orang yang berumur
dan berwibawa seperti pemimpin, guru, ketua masyarakat, pegawai, ibu bapa, dan
warga tua yang dihormati dalam masyarakat.
Harus difahami bahawa sapaan beliau tidak digunakan untuk menyapa golongan
pesalah, penjenayah atau musuh masyarakat/negara. Sapaan beliau tidak sesuai
digunakan untuk kanak-kanak dan golongan remaja kerana mereka masih berada
pada tahap yang rendah dalam masyarakat.
Sapaan baginda digunakan secara khusus untuk merujuk golongan seperti raja,
sultan, permaisuri raja serta pemangku raja.
ii. KGND III Jamak
Kata sapaan mereka digunakan secara umum untuk merujuk sekumpulan
manusia tanpa terikat oleh sifat jantina, status atau usia pihak yang dirujuk.
Sistem Sapaan: Panggilan Hormat
Gelaran atau darjat merupakan unsur budaya warisan yang masih dipentingkan dalam
pembentukan keperibadian bangsa. Setiap gelaran/darjat diberi panggilan hormat mengikut
Sistem Protokol Negara. Berikut disenaraikan beberapa kata ganti nama yang digunakan
sebagai panggilan hormat yang sesuai dengan gelaran/darjat/jawatan, khususnya dalam
urusan rasmi/formal.
Sistem Protokol (Panggilan Hormat)
Gelaran/Pangkat/Darjat

Rujukan/Panggilan Hormat

Yang di-Pertuan Agong

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong
Tuanku

Raja Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri


Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong
Tuanku

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

13

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku


Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia


Tuanku

Balu Raja

Yang Maha Mulia

Raja Muda, Tengku Mahkota, Raja


Di-Hilir Perak

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku


Yang Teramat Mulia Tuanku

1. Yang Dipertua Negeri


(Melaka, Sabah, Sarawak,
Pulau Pinang)
2. Duta Besar, Duta,
Pesuruhjaya Tinggi &
Perwakilan Negara-negara
Asing
Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Besar, Ketua

Tuan Yang Terutama

Yang Amat Berhormat (Rakyat biasa)


Yang Amat Berhormat Mulia (Kerabat
Diraja)

Menteri
Menteri, Timbalan Menteri, Ahli
Parlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri (wakil rakyat)

Yang Berhormat (Rakyat Biasa)


Yang Berhormat Mulia (Kerabat
Diraja)

Bekas Perdana Menteri, Isteri


Perdana Menteri, Tun, Toh (tidak
menjadi wakil rakyat/senator)

Yang Amat Berbahagia

Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan


Negeri:
1. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Pegawai Kewangan Negeri
3. Penasihat Undang-undang
Negeri

Yang Berhormat

Gelaran Kurniaan Kerajaan:


Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin
Seri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi,
Datuk Amar, Datin Paduka, Datuk,
Datin (tidak menjadi wakil
rakyat/senator)
Ketua Hakim Negara
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Yang Berbahagia

Yang Amat Arif

14

Hakim Besar atau Hakim

Yang Arif

Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia


Yang Berbahagia Ketua Polis Negara

Mufti

Yang Berbahagia Tuan Mufti


Sahibul Samahah

Kadi

Yang Arif Tuan Kadi


Sahibul Fadilah Tuan Kadi

Ketua-ketua Jabatan, Pengarah,


Ketua Pengarah, Setiausaha,
Pengurus Besar, Pengurus, Pegawai
Daerah, Prof., Prof Madya, Dekan,
Pemangku Ketua, Penghulu
Ustaz, Ustazaf, Imam

1. Pengerusi Majlis
2. Haji, Hajah

Yang Berbahagia
Yang Berusaha

Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah


Yang Berbahagia Tuan Imam
Yang Mulia
Tuan/Puan/Saudara/Saudari Pengerusi
Majlis
Yang Mulia Tuan Haji/Puan Hajah

Peraturan Berbahasa
Asmah Hj. Omar (2007) merumuskan bahawa terdapat 3 peraturan berbahasa, iaitu:
i. Peraturan Linguistik
- menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa
- bentuk dan binaan tersebut termasuklah sebutan, intonasi dan tatabahasa
- kepatuhan terhadap peraturan-peraturan bahasa bertujuan untuk menjaga kejelasan dan
kesempurnaan mesej atau maklumat yang disampaikan, demi mencapai persefahaman
pada tahap paling tinggi (terutamanya dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan
urusan dan majlis rasmi)
ii. Peraturan Sosiolinguistik
- menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (konteks lisan),
dan antara penulis dengan pembaca (konteks tulisan)
- contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, yakni kata ganti diri atau kata
panggilan hormat menurut sistem dalam masyarakat

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

15
-

dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan faktor hubungan
(antara pembicara dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak rasmi), faktor
bidang dan faktor media (lisan atau bukan lisan).

iii Peraturan Pragmatik


- menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
- peraturan ini berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan
- dalam penggunaan bahasa, misalnya konteks perundingan, jual beli, ceramah, dialog
dan lain-lain memerlukan peraturan pragmatik agar tujuan atau matmalat komunikasi
tercapai dan pada masa yang sama kesopanan berbahasa terjaga. Penutur juga tidak
menyakiti perasaan orang lain dalam berbicara.
- Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkait dengan peraturan pragmatik disebut retorik.
Gaya bahasa retorik biasanya ditemui dalam wacana politik dan perniagaan.
Kesantunan Berbahasa dari Perspektif Agama
Manusia dikaitkan dengan ciri insan yang berakal dan berbahasa, yang memungkinkan tindakan
berkomunikasi untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan bekerjasama ke arah kebaikan
sejagat.
Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan ketamadunan manusia dapat diringkaskan
sebagai:
media pemerolehan dan pengembangan ilmu
alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi)
pengikat persefahaman dan perpaduan
Kesantunan Berbahasa menjadi prasyarat yang amat penting difahami dan diamalkan demi
membolehkan pelaksanaan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu
menyeru ke arah kebaikan (amar maruf)
mencegah kemungkaran (nahi mungkar)

Lingkungan Penggunaan Kesantunan Berbahasa


a. Suasana dan Urusan Rasmi (majlis dan urusan rasmi)
Majlis perasmian (pembukaan/penutupan)
Majlis pelancaran
Majlis menandatangani perjanjian
Majlis pengisytiharan
Majlis konvokesyen
Surat-menyurat rasmi
Pemakluman dan taklimat
Seminar dan persidangan
Ceramah/dialog
Mesyuarat
Kuliah/pengajaran

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

16
Dalam situasi ini bahasa standard (High Culture Language) digunakan dengan ragam
bahasa yang memaksimumkan pematuhan kepada peraturan-peraturan bahasa dari sudut
linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik.
b. Suasana dan Urusan Tidak Rasmi
Perbincangan biasa dalam keluarga/sesama rakan sekerja
Perbualan (bersemuka/melalui telefon)
Majlis pertunangan dan perkahwinan
Promosi produk
Jual beli biasa
Gurau senda
Catatan peribadi
Dalam situasi ini dialek/bahasa daerah (Low Culture Language) digunakan kerana
mudah difahami dan lazimnya boleh menimbulkan suasana mesra dan intim. Aktiviti
perbahasaan lebih bersifat persendirian, peribadi/persahabatan. Justeru, situasi ini
tidak tertakluk kepada peraturan linguistik. Walau bagaimanapun, peraturan
sosiolinguistik dan pragmatik masih perlu dipatuhi.
Konsep Budi Bahasa Dalam Kesantunan Berbahasa
Terdapat pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang
diingini oleh masyarakat, khususnya semasa berbicara. Antaranya ialah;
Budi Bahasa
- adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan
bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara
Adab Tertib
- merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji
Budi Pekerti
- merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang
dipandang mulia oleh masyarakat
Sopan santun
- membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku
Etika
- berkaitan dengan kepatuhan terhadap prinsip moral atau akhlak dalam hubungan
interpersonal
Etiket
- menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam
hubungan interpersonal

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

17
Rujukan
Amat Juhari Moain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis
Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (2007). Kesantunan Berbahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.
Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara.
Abd. Rahim Abd. Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan
dan Pengucapan Umum. Selangor: Siri Pendidikan Longman.
Abdul Halim A. Karim. (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani: Institut Tadbiran Awam
Negara.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

18
Latihan Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal
Latihan 1
Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat.
1.

Pilih satu pernyataan yang kurang tepat tentang pengertian Kesantunan


Berbahasa.
A
B
C
D

2.

Dalam pengertian bahasa dan budaya Melayu, Kesantunan Berbahasa membawa


maksud
I
II
III
IV

A
B
C
D
3.

Kehalusan budi bahasa ketika berkomunikasi dengan individu lain atau


khalayak.
Tatacara sapaan lisan atau bertulis dengan sopan santun bagi majlis-majlis
istiadat dalam kalangan aristokrat Melayu.
Kehalusan berbahasa yang terserlah melalui penggunaan penanda-penanda
sopan santun, berbudi bahasa dan beradab ketika berkomunikasi.
Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan, dan rasa tersinggung pada kedua-dua belah pihak yang
berinteraksi.

Ketertiban berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu


masyarakat.
Bahasa yang diguna dan diamalkan oleh individu atau sesuatu bangsa akan
memancarkan kekuatan atau kelemahan individu atau bangsanya.
Kesantunan Berbahasa merupakan wahana dan korpus berkomunikasi dengan
sopan santun supaya tidak dianggap biadab dan tidak pandai berbudi bahasa.
Kesantunan Berbahasa tidak mempunyai kaitan dengan konsep Komunikasi
Berkesan yang memerlukan teknik dan perlakuan bahasa yang sesuai dengan
konteks situasi, dengan siapa kita berkomunikasi, dengan tujuan dan bidang
yang hendak diparkatakan.
I, II dan III
I, II dan IV
I, II dan IV
II, III dan IV

Gaya bahasa yang digunakan dalam suasana intim bisasanya mempunyai unsur-unsur
senda gurau yang boleh mewujudkan rasa hormat dan kemesraan, seperti
A
B
C
D

Encik, tumpang Tanya. Pukul berapa bas ini bertolak?


Maafkan saya Encik. Boleh saya tolong? Encik nak jumpa siapa?
Adik tak payah ikut abang. Nanti abang balik, abang belikan makanan
kesukaan adik, nak tak? Adik baik kan..!!
Saya ingan mendapat tandatangan dan pengesahan daripada Prof sebagai
menyokong permohonan saya.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

19
4.

Salah satu pernyataan yang berikut tidak benar tentang penggunaan Kata Ganti
Nama (KGN) Diri dalam sistem sapaan dan panggilan hormat dalam bahasa dan
budaya Melayu.
A

C
D

5.

Tujuan penggunaan KGN yang bersesuaian dengan konteksnya adalah untuk


menunjukkan tanda hormat dan sopan santun kita kepada pihak yang diajak
bercakap.
Penggunaan KGN yang tidak bersesuaian dengan konteksnya boleh
menimbulkan salah faham dan perasaan kecil hati kepada pihak yang
menerima panggilan tersebut.
Sistem panggilan dalam bahasa Melayu berbeza dengan situasi di negara barat
kerana dalam budaya mereka, penggunaan nama sahaja ketika berkomunikasi
dengan orang lain tidak dianggap biadab.
Masyarakat Melayu menganggap KGN aku, awak, dan engkau sebagai
bentuk panggilan biasa dan sopan jika digunakan dalam interaksi dengan
orang yang lebih berumur, berstatus atau orang yang baru dikenali.

Penyataan-penyataan yang boleh diterima sebagai sopan dan tanda hormat


semasa melaksanakan urusan rasmi di pejabat adalah seperti
Maafkan saya Puan/Encik, boleh saya berjumpa dengan Dr. Siti?
Encik Ahmad, saudara perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum
membuat bayaran di kaunter.
III Encik, siapa boleh saya jumpa? Saya mahu baharui lesen memandu saya.
sudah lama saya duduk dan menunggu di sini!
IV Kamu boleh datang jumpa saya esok. Sekarang sudah lambat. Kamu mesti
datang awal. Sebelum datang kamu mesti telefon saya duhulu
I
II

A
B
C
D
6.

I dan II sahaja
I dan III sahaja
I dan IV sahaja
II dan IV sahaja

Pilih satu pernyataan yang benar mengenai peraturaturan-peraturan berbahasa


A
B
C
D

Tidak semua masyarakat mempunyai peraturan bahasa dalam komunikasi.


Peraturan linguistik menekankan pengguna bahasa agar menitik beratkan
kepada ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
Peraturan sosiolinguistik menekankan penggunaan bahasa yang perlu
disesuaikan pemilihan kata, ungkapan dan wacana dengan tujuan bicara.
Peraturan pragmatik berkait rapat dengan peraturan dan norma sesuatu
masyarakat yang melibatkan penggunaan kata sapaan dan panggilan hormat
yang ditentukan menurut sistem masyarakat.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

20
Latihan 2
Arahan: Tuliskan rujukan hormat yang sesuai digunakan untuk setiap gelaran/jawatan yang
berikut.
a.

Perdana Menteri (rakyat biasa)

b.

Bekas/Mantan Perdana Menteri

c.

Pesuruhjaya Tinggi

d.

Timbalan Menteri (kerabat Diraja)

e.

Mufti

: _______________________

f.

Hakim Besar atau Hakim

g.

Pengerusi Majlis

____________

h.

Setiausaha Kerajaan Negeri

____________

i.

Ketua Pengarah

____________

j.

Raja Muda

____________

Latihan 3
Berikan tiga contoh penggunaan eufemisme dalam penggunaan tabu bahasa. (Anda
boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda sendiri)

1.

a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

__________________
Berikan dua contoh penggunaan Sirkumlokusi dalam tabu bahasa. Sila tulis dalam
ayat lengkap.(Anda boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda
sendiri).

2.

a.
b.
c.
d.
e.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

21

Nyatakan tiga kesan komunikasi/perhubungan interpersonal.

3.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Latihan 4 (Pilihan - jika sesuai dengan konteks kelas)


Arahan: Bentukkan kumpulan seramai 3-4 orang dan pilih salah satu daripada situasi-situasi
berikut. Lakonkan watak-watak yang terdapat dalam situasi yang anda pilih dalam masa lebih
kurang 10 minit. Rakan-rakan anda perlu memberi ulasan/komen tentang bentuk bahasa yang
digunakan oleh watak-watak berkenaan selepas lakonan tersebut diadakan.
Situasi 1
Anda bersama rakan anda berada di Pusat Pengajian Bahasa, UNIMAS. Anda ingin
bertemu dengan pensyarah kursus untuk memohon menukar slot kelas generik kerana
terdapat pertindihan jadual dengan kursus teras yang anda tidak sengajakan.
Situasi 2
Anda dan dua orang rakan anda berada di pejabat kolej kediaman. Anda dan rakan anda
ingin berjumpa dengan pengetua kolej untuk membincangkan beberapa masalah
penempatan pelajar di kolej yang anda duduki.
Situasi 3
Anda berada di kampus Barat. Anda ketinggalan bas kerana terlewat bangun dan sedang
berjalan tergesa-gesa menuju ke depo bas. Anda ingin segera ke kampus Timur untuk
menghadiri kelas pada pagi tersebut. Terdapat 2 orang pemandu bas yang berada di situ.
Bagaimanakah cara anda untuk menangani situasi ini?

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Anda mungkin juga menyukai