Anda di halaman 1dari 21

1

MODUL 1 Kesantunan Berbahasa Dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal

Objektif Pengajaran/Pembelajaran: Mendedahkan kepada pelajar tentang konsep kesantunan dan kepentingan aplikasinya dalam komunikasi dan perhubungan. Mendedahkan aspek sistem sapaan dan rujukan hormat untuk memberi kefahaman dalam penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan konteks budaya dan kedudukan individu dalam masyarakat. Kandungan Modul 1. Konsep kesantunan 2. Kesantunan berbahasa dalam konteks sosial dan lingkungan penggunaannya 3. Sistem sapaan dan rujukan hormat

Pengenalan Tingkah laku berkomunikasi berkait rapat dengan martabat kehidupan manusia. Ketiadaan kemahiran berkomunikasi merupakan satu kecacatan sosial yang boleh merencatkan perhubungan sesama manusia. Kemahiran perhubungan interpersonal amat penting dikuasai kerana kita sentiasa berdepan dengan manusia yang terdiri daripada individu yang berbeza; mempunyai keunikan peribadi; mempunyai keegoan dan harga diri yang pelbagai; serta prinsip hidup dan world view yang tersendiri. Lazimnya proses berkomunikasi boleh mewujudkan kesan seperti berikut: a. b. c. d. e. membebaskan/mengongkong kegiatan manusia merapatkan/merenggangkan perhubungan manusia mencipta/memusnahkan keharmonian dan kemanusiaan sejagat mencipta/melenyapkan mutu kehidupan insan mengangkat/merosakkan martabat hidup serta ketamadunan manusia

Sebaliknya, komunikasi berkesan boleh dimanfaatkan untuk mengurus diri peribadi dan sebagai asas untuk berkerjasama serta mewujudkan keselarasan sosial sejagat. Konsep Kesantunan Bahasa Kata santun merujuk kepada halus (budi bahasa dan budi pekerti), beradab dan sopan, maka kesantunan berkait rapat dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti atau kesopanan. Kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya (Awang Sariyan, 2007).

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

2 Peraturan Asas Berbahasa Kesantunan berbahasa dan kemahiran perhubungan interpersonal mempunyai objektif bagi mengurangkan sikap saling tidak mengenali dan tidak mempercayai antara sesama manusia. Ketika berkomunikasi, beberapa peraturan berbahasa perlu dipatuhi supaya tidak menyebabkan sesiapa berasa tersinggung dan seterusnya merencat suasana perhubungan. Antara peraturan asas yang perlu diketahui dan diamalkan adalah seperti berikut: 1. Bahasa yang Baik, Sopan dan Beradab untuk mencerminkan peribadi yang mulia dan menunjukkan rasa hormat kepada teman berinteraksi atau berbicara mencirikan perlakuan manusia yang bertamadun merupakan norma berbahasa dalam sesuatu masyarakat 2. Komunikasi Mata i. digunakan untuk membantu mendapatkan persepsi dan fahaman yang lebih tepat mengenai mesej yang cuba disampaikan oleh teman berbicara. ii. boleh membantu mengekalkan ritma perbualan. iii. boleh mengesan minat atau daya tumpuan teman berbicara. iv. komunikasi yang tidak membabitkan pertembungan mata biasanya ditafsirkan sama ada kurangnya rasa keyakinan diri atau tiada rasa hormat kepada teman berbicara. Misalnya: mata bergerak ke sana ke mari dan pandangan tidak menumpu kepada teman berbicara, tandanya penutur itu tidak berminat untuk berbicara dengan kita atau tentang topik yang dibicarakan mendengar dengan penuh minat, tetapi mata disempitkan dan dahi berkerut, tandanya dia berminat, tetapi tidak menaruh kepercayaan ketika berbicara mata berkelip-kelip lebih pantas daripada biasa, kemungkinan besar dia sedang berdusta ketika berbicara mata memandang ke arah lain, atau melihat dagu, hidung, bibir, dahi atau leher, tandanya seseorang itu berminat, tetapi malu atau berasa tidak tenteram 3. Kedudukan Tubuh dan Pergerakan Badan Kedudukan tubuh dan pergerakan badan biasanya membayangkan tanggapan terhadap diri. Bagi menggambarkan keyakinan diri, sebaik-baiknya kita berdiri atau duduk dalam posisi positif (tegak), bersedia, bertenaga serta bergerak secara natural. Contoh berpeluk tubuh menggambarkan ketegasan atau tidak mahu mengubah pendirian/keputusan, serta tidak bersedia menerima pandangan/pendapat orang lain badan condong ke hadapan dalam keadaan santai sambil tersenyum, menandakan sifat mesra, bersikap terbuka, bersedia mendengar atau menerima pendapat orang lain berpeluk tubuh dan bersilang kaki, menggambarkan sifat agresif, defensif dan tidak berminat untuk bertolak ansur berdiri sambil mencekak pinggang dan sering menarik seluar ke atas, kaki terbuka luas, dan ketika duduk tangan diletakkan di atas paha dengan badan
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

3 condong ke hadapan, menandakan keadaan siap sedia/tidak sabar untuk bertindak berdiri sambil mencekak pinggang, lambat menjawab dengan tangan bertaut di hadapan dan sering menyuarakan mm..mm.,oh ya!,aaaa , dan sebagainya, bermakna seseorang itu berasa dirinya lebih berkuasa dan berkedudukan lebih tinggi daripada teman berbicara menutup mulut dengan tanggan sambil berkata-kata, menggambarkan rasa tidak berkeyakinan, mungkin berdusta, ragu-ragu dan berkecenderungan untuk memutar belit kenyataan/fakta 4. Mimik Muka/Ekspresi Muka Mimik muka atau ekspresi muka sememangnya menggambarkan perasaan seseorang ketika berkomunikasi. Senyuman amat besar peranannya dalam hubungan interpersonal, khususnya ketika menghampiri atau dihampiri orang lain. Umumnya manusia terdiri daripada 3 golongan, iaitu: i. golongan yang selalu senyum dikurniakan dengan wajah manis dan sentiasa senyum walaupun dalam keadaan biasa ii. golongan yang seimbang antara senyum dan serius berkemahiran mengendalikan emosinya, walaupun dalam keadaan tertekan iii.golongan yang sentiasa kelihatan serius dikurniakan dengan air muka yang serius, sentiasa berfikiran serius atau mungkin kurang mahir mengendalikan emosinya. Senyuman atau sentiasa kelihatan tersenyum menandakan sifat seseorang manusia yang berfikiran terbuka dan mesra serta berupaya mewujudkan suasana perhubungan interpersonal yang positif dan berkesan. Di samping itu, mimik muka seperti berikut amat penting untuk menjaga keharmonian semasa berkomunikasi; tunjukkan rasa ceria/seronok pada raut wajah anda elakkan pancaran wajah letih, tidak tenang dan tergesa-gesa pandang wajah teman bicara buat seketika sebelum memulakan atau menamatkan bicara bicara 5. Sifat Suara Sifat suara yang menarik boleh membantu meneruskan minat atau keinginan orang lain untuk berinteraksi dengan anda. Sifat suara juga dapat menggambarkan kesungguhan, kegembiraan dan kesedihan dan seterusnya mempengaruhi penghantaran dan penerimaan mesej. Anda harus belajar mengawal nada, sebutan dan lenggok suara (intonasi). Menggunakan pelbagai nada suara merupakan asas bagi menarik minat dan mewujudkan keselesaan perasaan orang lain. Lontaran suara yang jelas dan berbaur dengan perasaan yang ikhlas akan memberi impak kepada percakapan anda. Dengan lontaran suara dan vokal yang jelas, bertenaga dan nada yang sesuai serta diiringi dengan perasaan bersahaja, keyakinan anda akan tergambar dengan jelas dan menjadi asas kepercayaan orang lain terhadap anda.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

4 Perkara berikut boleh dijadikan panduan ketika kita melontarkan suara: intonasi harus berubah-ubah mengikut tujuan dan perkara yang diperkatakan intonasi yang mendatar boleh menimbulkan rasa bosan mutu suara harus diselang-seli kenyaringannya vokaliser sepert ok, ya, umm, eer, aee dan sebagainya yang terlalu kerap boleh mengganggu kelancaran pertuturan anda dan boleh mengganggu kejelasan mesej anda 6. Menimbulkan Minat Orang Lain Minat seseorang terhadap kita atau perkara yang dibicara perlu diwujudkan jika ingin terus berkomunikasi secara aktif dan berkesan. Antara petua yang boleh diaplikasikan termasuklah: melibatkan pendengaran aktif gaya dan isi perbualan boleh menghibur mengenal pasti keistimewaan orang lain untuk merapatkan hubungan membicarakan topik perbualan yang anda mahir 7. Memberi Perhatian Perhatian yang wajar sejak bermulanya perbualan dapat memberi dorongan kepada teman bicara untuk terus berkomunikasi. Amalkan petua-petua berikut: wujudkan pertembungan mata betulkan kedudukan badan berikan maklum balas yang wajar bertanya untuk mendapatkan penjelasan 8. Menggarap Soalan Tepat dengan Situasi Perbualan Soalan yang tepat boleh mewujudkan pengetahuan dan persefahaman dengan teman bicara. Ada 3 jenis soalan/gaya mengemukakan soalan; Soalan tertutup/ringkas Soalan terpimpin untuk mempengaruhi pendapat/perasaan Soalan terbuka 9. Memberi Maklum Balas yang Jelas dan Eksplisit Maklum balas yang dilakukan oleh kedua-dua teman bicara dapat membaiki dan mewujudkan ketepatan mesej yang diterima. Antara petua memberi maklum balas yang berkesan termasuklah; jelas dan tepat tidak terlalu abstrak dan meleret-leret tidak menghentam/menyentuh peribadi tidak menghukum (bersifat judgemental) positif dan terbuka berbincang/bukan mencapai keputusan secara meluru

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

5 10. Memahami Tabu/Larangan dalam Berbahasa Kebanyakan masyarakat masih mengenakan tabu/larang terhadap penggunaan beberapa bentuk bahasa/perkataan yang berkaitan dengan; anggota badan manusia fungsi anggota badan khususnya yang berkaitan dengan seks dan perkumuhan kepercayaan tradisional yang berkaitan dengan konsep ketuhanan, dewadewi, kuasa magis/ghaib pada haiwan dan orang yang berwibawa Pengetahuan dalam perkara ini merupakan refleksi kesopanan seseorang yang berkait rapat dengan sistem nilai/norma masyarakat yang terterap dalam sesuatu bahasa. Ada dua cara/bentuk bahasa yang dianggap sopan untuk menyebut perkara-perkara yang menjadi tabu dalam berbahasa; i. Eufemisme/Kiasan Halus Eufemisme merupakan bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar/kesat. Eufemisme juga digunakan sebagai pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang mendengar/teman bicara. Berikut merupakan contoh penggunaan eufemisme dalam masyarakat Melayu: Buang air besar (berak) Buang angin (kentut) Panjang tangan (pencuri) Anak itik (anak angkat) Bulan kesiangan (anak dara tua) Tempat keras (ada puaka/penunggu) Anak gajah (terlalu gemuk) Menurut kepercayaan tradisional golongan tertentu, nama haiwan berbisa, ganas dan perosak tanaman khususnya, tidak boleh disebut dengan nama asal untuk mengelak kesan buruk atau keaiban yang boleh didatangkan oleh haiwan-haiwan berkenaan. Misalnya: Nama Haiwan Buaya Harimau Singa Tikus Ular Empangau (serangga perosak batang padi) Gelaran dalam bentuk bahasa tabu Sang bedal, bujang senang Pak belang/sang belang Raja Rimba Cek Ti, permaisuri, suri, seri dewi Akar/pak belit Tokngo, Pakngo, sang api

Bentuk bahasa berikut pula digunakan agar tidak menambah berat lagi suasana sedih, sakit, marah dan sebagainya. Contoh: Ayah sudah pergi mendahului kita. Ibu sedang uzur. Abas naik angin mendengar sindiran ibu mertuanya.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

6 Kami mengalas perut dengan biskut selama seminggu. Saya berat hati untuk meninggal ayah seorang di kampung. Isteri Cok Mat enggan bersalin di hospital, walaupun keadaannya lemah. Bentuk bahasa ini juga digunakan untuk mengungkapkan tentang kematian dengan perkataan yang berbeza dan khusus. Kata-kata sopan tentang kematian Wafat Mangkat Berlindung Meninggal Dunia Mati Kembali ke Rahmatullah Khusus untuk status orang meninggal dunia Nabi-nabi dan para Rasul Raja-Raja Melayu Kerabat Diraja Negara Brunei Darusalam Manusia/orang biasa Haiwan dan tumbuhan sahaja Orang Islam sahaja

Orang yang sudah meninggal dunia diberi perkataan khusus mengikut status/golongan dalam masyarakat. Misalnya; Panggilan sopan/hormat Al-marhum Al-marhumah Allahyarham Allahyarhamah Arwah Mendiang Khusus untuk status/golongan tertentu Kerabat Diraja lelaki Kerabat Diraja perempuan Lelaki beragama Islam Perempuan beragama Islam Secara umum untuk lelaki dan perempuan beragama Islam Lelaki dan perempuan bagi orang bukan Islam

ii. Sirkumlokusi (berbelit dan berkias) Sirkumlokusi merupakan perbahsaan yang panjang, berbelit-belit dan berkias untuk melembutkan suasana dan perasaan orang yang mendengar atau dibawa berbicara. Bentuk bahasa ini lazimnya digunakan untuk menyembunyikan kekerasan atau perasaan sebenar sebalik perkataan/ungkapan yang digunakan. Contoh: Lelakiapabila kita sudah dianu-anu, sila-silap badan kita pula yang menjadi anu-anu, apabila sudah jadi anu-anu, malu kita sekeluarga, berdosa besar pula tu! (Ibu berbahasa dengan anak yang mengandung anak luar nikah) Iya!...inilah pohon kehidupan sejati, pasti tumbuh di pinggir kota, kejujuran tidak akan tergugat tercela, pasti seribu tahun tumbuhnya berbunga.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

7 Larangan berbahasa dalam bentuk mulut celupar/jahat/sombong/cabul masih dipatuhi dalam masyarakat tertentu. Dipercayai bahawa orang yang melanggar tabu ini akan ditimpa malang/sesuatu yang tidak diingini. Contoh: Berhati-hati masuk ke hutan tu. Pak Belang (harimau) tengah mengganas sekarang! Benih padi di tapak semaian Pak Uda habis dimakan cek ti (tikus). 11. Mempunyai Empati Terhadap Orang Lain Kita perlu ada kebolehan dan kemahuan untuk memahami pandangan, kelakuan, sikap dan perasaan seseorang dari sudut pandangannya. Untuk memiliki empati, kita terlebih dahulu perlu; menghapuskan pemikiran (prejudis), perasaan dan keunggulan diri memupuk keyakinan orang tentang keikhlasan kita memupuk kepercayaan orang terhadap kemahiran dan ketrampilan kita yang diharapkan oleh rakan berbicara memupuk kemesraan atau rapport semasa berinteraksi 12. Bijak Memilih Perlakuan/Tindakan yang Sesuai dengan Matlamat Kita seharusnya berupaya menyatakan perasaan, pandangan serta hak dengan jelas dan tegas tanpa mengganggu perasaan atau hak orang lain. Dalam komunikasi terdapat tiga perlakuan/tindakan yang wajar diperlihatkan kepada teman bicara, iaitu; Agresif - kelakuan dan tindakan yang berupaya mencapai matlamat dengan cepat. Perlakuan dan tindakan ini perlu dimanfaatkan sekiranya matlamat lebih penting daripada perhubungan dengan orang lain. Pasif - kelakuan dan tindakan yang tidak bertujuan untuk menegakkan hak dan pandangan kita. Kelakuan dan tindakan ini dilakukan demi menjaga dan memelihara perhubungan kita dengan orang, walaupun kita mungkin diperalatkan. Asertif - kelakuan dan tindakan orang yang yakin pada diri dan haknya sebagai seorang indidvidu. Orang begini percaya kepada kesaksamaan dan hak asasi setiap individu, dan berupaya membuat keputusan sendiri berasaakan pandangan dan pendiriannya. Dia berani menyuarakan pandangannya dengan baik dan tegas tanpa menjejaskan hak dan perasaan orang lain. Sikap terbuka menyebabkan orang begini berani menghadapi cabaran dan isu dengan yakin dan positif. Matlamatnya ialah Win-Win Situation. 13. Mewujudkan Komunikasi Berkesan Komunikasi berkesan memerlukan teknik berbahasa dan perlakuan bahasa yang sesuai dengan konteks situasi, dengan tujuan berkomunikasi, dan dengan apa-apa yang hendak diperkatakan. Komunikasi berkesan boleh dicapai sekiranya kategori berbahasa yang berikut ditekankan semasa berinteraksi.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

8 Kesesuaian bentuk penggunaaan bahasa yang sesuai dari segi skop yang diperkatakan, persekitaran, tahap pengetahuan, penerimaan dan bentuk hubungan antara penutur berkenaan. Nilai sikap terhadap sesuatu bentuk penggunaan bahasa i. Positif - santun dan sempurna ii. Negatif - kasar/menyinggung kewibawaan orang lain iii Neutral - pada tahap biasa/tidak menggugat perasaan orang lain Pertautan (koheren) penggunaan bahasa yang yang mewujudkan pemahaman yang baik dan rapi serta mudah difahami oleh penerima (wujud kesinambungan antara idea/ayat). Kesantunan Berbahasa Dalam Urusan Rasmi/Pejabat 1. Ketika Melayan Tetamu Kita sebagai pegawai yang bertugas di kaunter harus bertanya dan melayan tetamu dalam bahasa sopan, serta tidak berdiam diri dan membiarkan tetamu terpingga-pingga sendirian. Misalnya: Maafkan saya Encik. Encik nak jumpa siapa? Boleh saya tolong? Cik Surianisaudari perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum membuat pembayaran di kaunter nanti. 2. Sebagai Tetamu Yang Berkunjung ke Sesebuah Organisasi Sebagai tetamu kita juga perlu menggunakan bahasa sopan apabila berurusan dengan pihak-pihak yang bertugas di organisasi tersebut. Misalnya: Maafkan saya puan/cik/saudara/saudariboleh saya berjumpa dengan Puan Adeline? Enciksaya nak tumpang tanya. Pukul berapa kami dikehendaki berkumpul di Padang Merdeka esok? 3. Ketika Menjawab Panggilan Telefon HelloPusat Pengajian Bahasa di sini. Boleh saya bantu? Baiklahsaudari tunggu sebentar ya. Jangan letakkan telefon. Maaf Encikpegawai berkenaan masih sibuk. Boleh tak Encik telefon sekali lagi dalam masa 15 minit lagi?

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

9 Sistem Sapaan: Kata Ganti Nama Diri Setiap bahasa mempunyai sistem sapaan, yakni merangkumi kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Bentuk panggilan atau sapaan yang tidak sesuai digunakan dalam sesuatu suasana komunikasi boleh menimbulkan masalah dan gejala-gejala negatif. Amat Juhari Moain (1985) telah membahagikan sistem sapaan kepada empat bentuk yang utama, iaitu; 1. Sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap. 2. Sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan pangkat dengan atau tanpa nama peribadi. 3. Sebutan senarai orang yang disapa dari pangkat yang paling kanan hingga pangkat paling bawah. 4. Penggunaan kata ganti nama diri. Dalam bahasa Melayu, beberapa angkubah sosial harus dipertimbangkan ketika hendak menggunakan kata ganti nama diri untuk menyapa seseorang. Antara angkubah tersebut ialah umur/generasi, pangkat/darjat (panggilan hormat), status dan jarak sosial. Berikut disenaraikan beberapa kata ganti nama diri yang sering kita gunakan. a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND I) KGND I ialah kata yang digunakan oleh orang yang bertutur atau menulis sebagai ganti namanya. KGND ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu tunggal dan jamak. Bentuk tunggal digunakan untuk merujuk dirinya, sementara bentuk jamak digunakan untuk merujuk dirinya dan pihak lain juga. Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor suasana dan hubungan antara penutur, misalnya saya untuk situasi rasmi, manakala aku untuk situasi tidak rasmi. KGND I tunggal Saya Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara Formal, Hormat atau Bersahaja
kata ganti nama diri pertama yang digunakan untuk merujuk diri secara halus dan hormat/formal semasa berbicara dengan semua golongan/status/usia manusia (kecuali dalam komunikasi dengan raja/sultan, gunakan patik) boleh digunakan dalam konteks penulisan seperti surat, memo, laporan, pengakuan, dan perakuan/pengesahan. kata ganti nama diri pertama yang digunakan dalam situasi tidak formal dan bersahaja terhadap rakan karib digunakan terhadap orang lebih rendah kedudukan daripada si penutur dalam masyarakat Sarawak, aku digantikan dengan kamek/mek untuk menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara biasanya digunakan sewaktu berdoa kepada tuhan

Aku

KGND I jamak Kami

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara Formal, Hormat atau Bersahaja
kata ganti nama pertama (jamak) khusus untuk merujuk dan

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

10
merangkumkan sebilangan golongan pertama, termasuk penutur sendiri, tetapi tidak merangkumi teman berbicara yang lain

Kita

kata ganti nama pertama (jamak) untuk merujuk dan merangkumkan semua manusia yang hadir dalam sesuatu interaksi, termasuk penutur sendiri digunakan juga untuk menyatakan adanya unsur persamaan keanggotaan atau kekerabatan menurut jurai etnik/kaum/bangsa

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND II) Dalam komunikasi rasmi, KGND II tunggal yang umum digunakan bagi orang yang tidak mempunyai gelar ialah tuan, encik, puan, cik, saudara , dan saudari. KGND tuan dan puan khusus digunakan dalam laras surat atau memorandum. Untuk menyapa orang yang bergelar pula KGND yang digunakan perlu diselaraskan dengan gelar yang dimiliki oleh orang berkenaan. Contohnya tuanku, Tun, Tengku dsb. KGND II seperti awak, engkau dan kamu pula sering digunakan dalam konteks biasa, yang bukan rasmi atau formal. Penggunaan ini perlu dilihat kepada kesesuaian faktor suasana dan hubungan antara penutur. KGND II tunggal Tuan Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara Formal, Hormat atau Bersahaja
panggilan halus bagi kaum lelaki yang berwibawa sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih berumur, sebaya, baru/belum dikenali sapaan hormat untuk pemilik harta yang ada kaitan dengan penutur sapaan hormat terhadap lelaki yang lebih tinggi statusnya daripada penutur sapaan untuk lelaki yang sebaya dengan penutur tidak digunakan untuk merujuk diri penutur seelok-eloknya sebut nama diri sahaja panggilan khas untuk perempuan yang sudah berkahwin sapaan hormat terhadap wanita yang lebih berumur, sebaya atau belum dikenali sapaan hormat untuk ketua jabatan/organisasi rujukan hormat kepada golongan wanita yang belum/tidak berkahwin panggilan hormat kepada wanita yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur lazimnya digunakan dalam bentuk lisan atau tulisan terhadap golongan wanita yang belum dikenali panggilan yang bersifat rasmi untuk lelaki sebaya atau lebih muda sapaan untuk lelaki yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur sapaan untuk lelaki yang masih muda dan dimuliakan panggilan yang bersifat rasmi/formal untuk wanita yang sebaya atau lebih muda

Encik

Puan

Cik

Saudara

Saudari
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

11
sapaan untuk wanita yang baru dikenali, kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur sapaan untuk wanita yang masih muda dan dimuliakan

Tuanku

panggilan kepada raja/sultan dan raja permaisuri/raja perempuan

Tun, Toh, Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Dato, Dato Seri Tengku

panggilan kepada orang yang mempunyai gelar yang dianugerahkan oleh ketua negara (Yang di-Pertuan Agong) dan ketua negeri (Raja, Sultan dan Yang Dipertua Negeri)

panggilan kepada orang yang mempunyai gelar disebabkan keturunannya (khususnya keturunan raja yang bergelar tengku)

Awak

kata ganti nama diri kedua yang digunakan dalam kalangan penutur yang sama status/kedudukan digunakan dalam perhubungan yang akrab/rapat dalam masyarakat Sarawak, awak digantikan dengan kitak untuk menunjukkan rasa hormat kepada teman berbicara kata ganti nama diri kedua yang boleh digunakan terhadap seseorang yang lebih rendah umur/status daripada penutur sendiri sapaan pemesra terhadap rakan karib digunakan dalam situasi bersahaja kata ganti nama kedua (jamak) khusus untuk merujuk sebilangan manusia yang hadir semasa berinteraksi digunakan oleh golongan yang berada pada status/kedudukan/usia yang lebih tinggi untuk menyapa teman berbicara tidak sesuai untuk menyapa seseorang secara individu, walaupun dia berada pada status/kedudukan/usia yang lebih rendah

Engkau

Kamu

KGND II jamak pula merujuk kepada pihak yang menjadi fokus komunikasi yang jumlahnya lebih daripada seorang. Bentuk-bentuknya ialah: KGND II jamak Tuan-tuan, Puan-puan, Hadirin, Hadirat Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Cara Sapaan Terhadap Diri dan Orang-Orang yang Disapa Secara Formal, Hormat atau Bersahaja
panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

panggilan yang sesuai untuk khalayak dalam konteks rasmi

12 Kalian

panggilan untuk khalayak dalam konteks tidak rasmi

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND III) i. KGND III Tunggal Kata umum yang digunakan seperti dia tidak terikat oleh sifat jantina, status atau usia orang yang disapa. Bentuk singkatan -nya boleh digunakan di hujung kata lain, contoh: ...bukunya. Sapaan beliau digunakan secara khusus untuk merujuk kepada orang yang berumur dan berwibawa seperti pemimpin, guru, ketua masyarakat, pegawai, ibu bapa, dan warga tua yang dihormati dalam masyarakat. Harus difahami bahawa sapaan beliau tidak digunakan untuk menyapa golongan pesalah, penjenayah atau musuh masyarakat/negara. Sapaan beliau tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan golongan remaja kerana mereka masih berada pada tahap yang rendah dalam masyarakat. Sapaan baginda digunakan secara khusus untuk merujuk golongan seperti raja, sultan, permaisuri raja serta pemangku raja. ii. KGND III Jamak Kata sapaan mereka digunakan secara umum untuk merujuk sekumpulan manusia tanpa terikat oleh sifat jantina, status atau usia pihak yang dirujuk. Sistem Sapaan: Panggilan Hormat Gelaran atau darjat merupakan unsur budaya warisan yang masih dipentingkan dalam pembentukan keperibadian bangsa. Setiap gelaran/darjat diberi panggilan hormat mengikut Sistem Protokol Negara. Berikut disenaraikan beberapa kata ganti nama yang digunakan sebagai panggilan hormat yang sesuai dengan gelaran/darjat/jawatan, khususnya dalam urusan rasmi/formal. Sistem Protokol (Panggilan Hormat) Gelaran/Pangkat/Darjat Yang di-Pertuan Agong Rujukan/Panggilan Hormat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku

Raja Permaisuri Agong

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

13

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Teramat Mulia Tuanku

Balu Raja Raja Muda, Tengku Mahkota, Raja Di-Hilir Perak 1. Yang Dipertua Negeri (Melaka, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang) 2. Duta Besar, Duta, Pesuruhjaya Tinggi & Perwakilan Negara-negara Asing Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)

Tuan Yang Terutama

Yang Amat Berhormat (Rakyat biasa) Yang Amat Berhormat Mulia (Kerabat Diraja)

Yang Berhormat (Rakyat Biasa) Yang Berhormat Mulia (Kerabat Diraja)

Bekas Perdana Menteri, Isteri Perdana Menteri, Tun, Toh (tidak menjadi wakil rakyat/senator) Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri: 1. Setiausaha Kerajaan Negeri 2. Pegawai Kewangan Negeri 3. Penasihat Undang-undang Negeri Gelaran Kurniaan Kerajaan: Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Patinggi, Datin Patinggi, Datuk Amar, Datin Paduka, Datuk, Datin (tidak menjadi wakil rakyat/senator) Ketua Hakim Negara
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Yang Amat Berbahagia

Yang Berhormat

Yang Berbahagia

Yang Amat Arif

14

Hakim Besar atau Hakim

Yang Arif

Ketua Polis Negara

Yang Amat Setia Yang Berbahagia Ketua Polis Negara Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibul Samahah Yang Arif Tuan Kadi Sahibul Fadilah Tuan Kadi

Mufti

Kadi

Ketua-ketua Jabatan, Pengarah, Ketua Pengarah, Setiausaha, Pengurus Besar, Pengurus, Pegawai Daerah, Prof., Prof Madya, Dekan, Pemangku Ketua, Penghulu Ustaz, Ustazaf, Imam

Yang Berbahagia Yang Berusaha

Yang Berbahagia Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia Tuan Imam Yang Mulia Tuan/Puan/Saudara/Saudari Pengerusi Majlis Yang Mulia Tuan Haji/Puan Hajah

1. Pengerusi Majlis 2. Haji, Hajah

Peraturan Berbahasa Asmah Hj. Omar (2007) merumuskan bahawa terdapat 3 peraturan berbahasa, iaitu: i. Peraturan Linguistik - menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa - bentuk dan binaan tersebut termasuklah sebutan, intonasi dan tatabahasa - kepatuhan terhadap peraturan-peraturan bahasa bertujuan untuk menjaga kejelasan dan kesempurnaan mesej atau maklumat yang disampaikan, demi mencapai persefahaman pada tahap paling tinggi (terutamanya dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi) ii. Peraturan Sosiolinguistik - menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (konteks lisan), dan antara penulis dengan pembaca (konteks tulisan) - contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, yakni kata ganti diri atau kata panggilan hormat menurut sistem dalam masyarakat

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

15 dalam peraturan ini, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan faktor hubungan (antara pembicara dengan khalayak), faktor suasana (rasmi atau tidak rasmi), faktor bidang dan faktor media (lisan atau bukan lisan).

iii Peraturan Pragmatik - menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi - peraturan ini berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan - dalam penggunaan bahasa, misalnya konteks perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan lain-lain memerlukan peraturan pragmatik agar tujuan atau matmalat komunikasi tercapai dan pada masa yang sama kesopanan berbahasa terjaga. Penutur juga tidak menyakiti perasaan orang lain dalam berbicara. - Dalam bidang ilmiah, ilmu yang berkait dengan peraturan pragmatik disebut retorik. Gaya bahasa retorik biasanya ditemui dalam wacana politik dan perniagaan. Kesantunan Berbahasa dari Perspektif Agama Manusia dikaitkan dengan ciri insan yang berakal dan berbahasa, yang memungkinkan tindakan berkomunikasi untuk mewujudkan persefahaman, perpaduan dan bekerjasama ke arah kebaikan sejagat. Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan ketamadunan manusia dapat diringkaskan sebagai: media pemerolehan dan pengembangan ilmu alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) pengikat persefahaman dan perpaduan Kesantunan Berbahasa menjadi prasyarat yang amat penting difahami dan diamalkan demi membolehkan pelaksanaan dua peranan utama manusia di muka bumi, iaitu menyeru ke arah kebaikan (amar maruf) mencegah kemungkaran (nahi mungkar)

Lingkungan Penggunaan Kesantunan Berbahasa a. Suasana dan Urusan Rasmi (majlis dan urusan rasmi) Majlis perasmian (pembukaan/penutupan) Majlis pelancaran Majlis menandatangani perjanjian Majlis pengisytiharan Majlis konvokesyen Surat-menyurat rasmi Pemakluman dan taklimat Seminar dan persidangan Ceramah/dialog Mesyuarat Kuliah/pengajaran

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

16 Dalam situasi ini bahasa standard (High Culture Language) digunakan dengan ragam bahasa yang memaksimumkan pematuhan kepada peraturan-peraturan bahasa dari sudut linguistik, sosiolinguistik dan pragmatik. b. Suasana dan Urusan Tidak Rasmi Perbincangan biasa dalam keluarga/sesama rakan sekerja Perbualan (bersemuka/melalui telefon) Majlis pertunangan dan perkahwinan Promosi produk Jual beli biasa Gurau senda Catatan peribadi Dalam situasi ini dialek/bahasa daerah (Low Culture Language) digunakan kerana mudah difahami dan lazimnya boleh menimbulkan suasana mesra dan intim. Aktiviti perbahasaan lebih bersifat persendirian, peribadi/persahabatan. Justeru, situasi ini tidak tertakluk kepada peraturan linguistik. Walau bagaimanapun, peraturan sosiolinguistik dan pragmatik masih perlu dipatuhi. Konsep Budi Bahasa Dalam Kesantunan Berbahasa Terdapat pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat, khususnya semasa berbicara. Antaranya ialah; Budi Bahasa - adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara Adab Tertib - merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji Budi Pekerti - merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang dipandang mulia oleh masyarakat Sopan santun - membawa makna halus atau refined dari segi tingkah laku Etika - berkaitan dengan kepatuhan terhadap prinsip moral atau akhlak dalam hubungan interpersonal Etiket - menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam hubungan interpersonal

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

17 Rujukan Amat Juhari Moain. (1985). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Hj. Omar. (2007). Kesantunan Berbahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif. Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd. Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Abd. Rahim Abd. Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesan dan Pengucapan Umum. Selangor: Siri Pendidikan Longman. Abdul Halim A. Karim. (1992). Pengucapan Awam. Sungai Petani: Institut Tadbiran Awam Negara.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

18 Latihan Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Perhubungan Interpersonal Latihan 1 Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Pilih satu pernyataan yang kurang tepat tentang pengertian Kesantunan Berbahasa. A B C D Kehalusan budi bahasa ketika berkomunikasi dengan individu lain atau khalayak. Tatacara sapaan lisan atau bertulis dengan sopan santun bagi majlis-majlis istiadat dalam kalangan aristokrat Melayu. Kehalusan berbahasa yang terserlah melalui penggunaan penanda-penanda sopan santun, berbudi bahasa dan beradab ketika berkomunikasi. Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung pada kedua-dua belah pihak yang berinteraksi.

2.

Dalam pengertian bahasa dan budaya Melayu, Kesantunan Berbahasa membawa maksud I II III IV Ketertiban berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat. Bahasa yang diguna dan diamalkan oleh individu atau sesuatu bangsa akan memancarkan kekuatan atau kelemahan individu atau bangsanya. Kesantunan Berbahasa merupakan wahana dan korpus berkomunikasi dengan sopan santun supaya tidak dianggap biadab dan tidak pandai berbudi bahasa. Kesantunan Berbahasa tidak mempunyai kaitan dengan konsep Komunikasi Berkesan yang memerlukan teknik dan perlakuan bahasa yang sesuai dengan konteks situasi, dengan siapa kita berkomunikasi, dengan tujuan dan bidang yang hendak diparkatakan. I, II dan III I, II dan IV I, II dan IV II, III dan IV

A B C D 3.

Gaya bahasa yang digunakan dalam suasana intim bisasanya mempunyai unsur-unsur senda gurau yang boleh mewujudkan rasa hormat dan kemesraan, seperti A B C D Encik, tumpang Tanya. Pukul berapa bas ini bertolak? Maafkan saya Encik. Boleh saya tolong? Encik nak jumpa siapa? Adik tak payah ikut abang. Nanti abang balik, abang belikan makanan kesukaan adik, nak tak? Adik baik kan..!! Saya ingan mendapat tandatangan dan pengesahan daripada Prof sebagai menyokong permohonan saya.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

19 4. Salah satu pernyataan yang berikut tidak benar tentang penggunaan Kata Ganti Nama (KGN) Diri dalam sistem sapaan dan panggilan hormat dalam bahasa dan budaya Melayu. A Tujuan penggunaan KGN yang bersesuaian dengan konteksnya adalah untuk menunjukkan tanda hormat dan sopan santun kita kepada pihak yang diajak bercakap. Penggunaan KGN yang tidak bersesuaian dengan konteksnya boleh menimbulkan salah faham dan perasaan kecil hati kepada pihak yang menerima panggilan tersebut. Sistem panggilan dalam bahasa Melayu berbeza dengan situasi di negara barat kerana dalam budaya mereka, penggunaan nama sahaja ketika berkomunikasi dengan orang lain tidak dianggap biadab. Masyarakat Melayu menganggap KGN aku, awak, dan engkau sebagai bentuk panggilan biasa dan sopan jika digunakan dalam interaksi dengan orang yang lebih berumur, berstatus atau orang yang baru dikenali.

C D

5.

Penyataan-penyataan yang boleh diterima sebagai sopan dan tanda hormat semasa melaksanakan urusan rasmi di pejabat adalah seperti Maafkan saya Puan/Encik, boleh saya berjumpa dengan Dr. Siti? Encik Ahmad, saudara perlu isikan borang ini dengan lengkap sebelum membuat bayaran di kaunt er. III Encik, siapa boleh saya jumpa? Saya mahu baharui lesen memandu saya. sudah lama saya duduk dan menunggu di sini! IV Kamu boleh datang jumpa saya esok. Sekarang sudah lambat. Kamu mesti datang awal. Sebelum datang kamu mesti telefon saya duhulu I II A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja I dan IV sahaja II dan IV sahaja

6.

Pilih satu pernyataan yang benar mengenai peraturaturan-peraturan berbahasa A B C D Tidak semua masyarakat mempunyai peraturan bahasa dalam komunikasi. Peraturan linguistik menekankan pengguna bahasa agar menitik beratkan kepada ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Peraturan sosiolinguistik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan pemilihan kata, ungkapan dan wacana dengan tujuan bicara. Peraturan pragmatik berkait rapat dengan peraturan dan norma sesuatu masyarakat yang melibatkan penggunaan kata sapaan dan panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem masyarakat.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

20 Latihan 2 Arahan: Tuliskan rujukan hormat yang sesuai digunakan untuk setiap gelaran/jawatan yang berikut. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Perdana Menteri (rakyat biasa) Bekas/Mantan Perdana Menteri Pesuruhjaya Tinggi Timbalan Menteri (kerabat Diraja) Mufti Hakim Besar atau Hakim Pengerusi Majlis Setiausaha Kerajaan Negeri Ketua Pengarah Raja Muda : : : : : _______________________ : : : : : ____________ ____________ ____________ ____________

Latihan 3 1. Berikan tiga contoh penggunaan eufemisme dalam penggunaan tabu bahasa. (Anda boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda sendiri) a. b. c. d. e. f. g. 2. __________________ Berikan dua contoh penggunaan Sirkumlokusi dalam tabu bahasa. Sila tulis dalam ayat lengkap.(Anda boleh merujuk kepada tabu bahasa dalam masyarakat anda sendiri). a. b. c. d. e.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

21

3. a. b. c. d. e. f. g.

Nyatakan tiga kesan komunikasi/perhubungan interpersonal.

Latihan 4 (Pilihan - jika sesuai dengan konteks kelas) Arahan: Bentukkan kumpulan seramai 3-4 orang dan pilih salah satu daripada situasi-situasi berikut. Lakonkan watak-watak yang terdapat dalam situasi yang anda pilih dalam masa lebih kurang 10 minit. Rakan-rakan anda perlu memberi ulasan/komen tentang bentuk bahasa yang digunakan oleh watak-watak berkenaan selepas lakonan tersebut diadakan. Situasi 1 Anda bersama rakan anda berada di Pusat Pengajian Bahasa, UNIMAS. Anda ingin bertemu dengan pensyarah kursus untuk memohon menukar slot kelas generik kerana terdapat pertindihan jadual dengan kursus teras yang anda tidak sengajakan. Situasi 2 Anda dan dua orang rakan anda berada di pejabat kolej kediaman. Anda dan rakan anda ingin berjumpa dengan pengetua kolej untuk membincangkan beberapa masalah penempatan pelajar di kolej yang anda duduki. Situasi 3 Anda berada di kampus Barat. Anda ketinggalan bas kerana terlewat bangun dan sedang berjalan tergesa-gesa menuju ke depo bas. Anda ingin segera ke kampus Timur untuk menghadiri kelas pada pagi tersebut. Terdapat 2 orang pemandu bas yang berada di situ. Bagaimanakah cara anda untuk menangani situasi ini?

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Anda mungkin juga menyukai