Anda di halaman 1dari 10

PENGHASILAN BAHASA

PERINGKAT PERANCANGAN BAHASA


A127 SEMESTER 2 2017/2018
PSIKOLINGUISTIK (BML 3033)

NAMA : FARASYAKILLA BINTI SIMAN


NO MATRIKS :D20171077841
KUMPULAN : C (2 PETANG – 4 PETANG)

PENSYARAH : DR. ZURAINI BINTI RAMLI


PENGHASILAN BAHASA

PELAKSANAAN

WACANA

AYAT

KONSTITUEN
PERANCANGAN PENGHASILAN
WACANA
• WACANA UMUMNYA DIBAHAGI MENJADI DUA JENIS :
a) DIALOG
• Paling tidak terdapat dua pelakunya atau lebih.
• H.Clark menganggap dialog sebagai aktiviti bersama yang mempunyai 4
unsur yang terlibat iaitu :
• (1) personal - ada dua peserta iaitu pembicara dan orang yang diajak
berbicara atau pendengar.
• (2) latar bersama - kedua-duanya mempunyai pengetahuan yang sama.
• (3) perbuatan bersama – kedua-duanya pada dasarnya mempunyai aturan
yand diketahui bersama dan mempunyai perkaitan makna.
• (4) kontribusi – umumnya mempunyai dua tahap iaitu
i)Tahap presentasi di mana pembicara menyampaikan sesuatu yang
difahami interkulatornya.
ii) Tahap penerimaan di mana interkulator telah
memahami apa yang disampaikan oleh pembicara.
• Struktur percakapan
• - sesuatu percakapan adalah spontan. Percakapan juga mempunyai struktur
dan ada aturannya.
- selain itu, pembicara juga harus mementingkan giliran bercakap dan
tidak boleh memberi respon yang terlalu cepat kepada lawan yang
bercakap. Aturannya juga harus dipatuhi.
b) MONOLOG
• Hanya seorang sahaja yang berbicara atau menulis iaitu diri sendiri.
• Aturannya tidak sama dengan aturan dialog. dan umumnya
mengikuti pola narasi tertentu.
• Dari segi informasi yang diberikan, pembicara memisahkan antara
informasi yang layak dimasukkan atau tidak.
• Selain itu, faktor urutan penyajian. Tidak boleh melompat urutan
sesuatu perjalanan wacana. Contohnya, perjalanan A, B, C dan D
tidak boleh A melompat ke C lalu ke B kemudian ke C lagi.
• Faktor seterusnya, hubungan antara unsur dengan unsur lain.
Sesuatu wacana haruslah mempuyai hubungan antara satu sama
lain.
• Faktor terakhir ialah mewujudkan wacana yang koheren iaitu
bermaksud wacana serasi dari segi maknanya supaya cara
menyampaikan sesuatu wacana itu sistematik dan relevan.
PERANCANGAN PENGHASILAN AYAT

MUATAN MUATAN
PROPOSISIONAL ILOKUSIONER

STRUKTUR
TEMATIK
MUATAN PROPOSISIONAL
• Pembicara menentukan proposisi apa yang
hendak dia nyatakan.
• Dalam proses ini, hal yang perlu diperhatikan
ialah – pemilihan peristiwa dan keadaan.
Suatu wacana yang akan terujar dalam bentuk
ayat-ayat akan memisahkan peristiwa atau
keadaan menjadi ehwal yang seolah-olah
terpisah.
MUATAN ILOKUSIONER
• Pembicara menentukan muatan ilokusioner
iaitu dengan makna yang akan disampaikan
itu akan diwujudkan dalam ayat yang seperti
apa.
• Selepas itu, peranan pertuturan muncul.
Suatu maksud dapat dinyatakan dengan ayat
representatif atau ayat direktif.
STRUKTUR TEMATIK
• Struktur tematik berkaitan dengan penentuan
berbagai unsur dalam kaitannya dengan fungsi
gramatikal atau semantik dalam ayat.
• Pembicara menentukan subjek mana yang
akan dijadikan objek. Pemilihan ini
menentukan ayat aktif dan ayat pasif.
• Pemilihan subjek dan ayat aktif dan ayat pasif
dapat mempengaruhi makna.
PERANCANGAN PENGHASILAN
KONSTITUEN
• Setelah perancangan ayat selesai dibuat,
kemudian diteruskan kepada penghasilan
konstituen.
• Konstituen ialah satu unsur yang lebih kecil
yang jika disusun akan menjadi satu unsur
yang lebih besar.
• Contohnya : fonem-fonem disusun akan
membentuk morfem.
• Penghasilan konstituen dalam pembentukan
ayat hendaklah memilih perkataan yang
maknanya tepat seperti yang dikehendaki.
• Kebiasannya rujukan mempunyai makna yang
lebih dari satu dan pembicara akan memilih
perkataan melalui makna yang ingin
disampaikan.
• Sebagai contoh, perkataan meninggal,
mempunyai sinonim yang banyak iaitu wafat,
gugur, tewas,mati, mampus dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai