Anda di halaman 1dari 21

Bahasa Melayu kini diangkat bahasa kelima terbesar di dunia - Najib

Bernama |Kemas kini:Mei 30, 2014


(Diterbitkan pada: Mei 30, 2014 18:23 MYT)

Najib: Usaha ini telah menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bahasa Melayu kini diangkat
sebagai bahasa kelima terbesar di dunia, dengan lebih 300 juta orang penutur.
(Ia) bermula seawal kurun ke-15, apabila Dinasti Ming di China menubuhkan jabatan bahasa asing
yang turut merangkumi bahasa Melayu.
Bahasa Melayu tersebar luas sehingga dipelajari oleh penutur dan orang asing, dan usaha ini telah
menyemarakkan proses pendidikan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa, katanya semasa
merasmikan persidangan antarabangsa 'Pengajian Melayu 2014 Hubungan Malaysia-China' di Beijing
Foreign Studies University (BFSU), pada Jumaat.
Persidangan itu dijadual berlangsung empat hari hingga 2 Jun.
Najib berkata Profesor Wu Zungyu, tokoh bahasa terkemuka dari BFSU China turut mengakui
bahawa bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar di serata dunia.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah Pengajian Melayu merupakan satu bidang yang semakin
menarik minat orang ramai dan tersebar luas ke seluruh dunia.
"Minat terhadap pengajian Melayu bukan sahaja berada dalam lingkungan dunia Melayu, bahkan
telah menjadi satu agenda pendidikan hampir di serata dunia, katanya.
Pada majlis itu Najib turut melancarkan tiga buah buku - Kamus China-Melayu Dewan, Kajian
Bandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok dan Eksplorasi Pengajian MelayuChina - terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta United Publishing House Sdn. Bhd.
Kamus China-Melayu Dewan mempunyai 20,540 entri dan subentri yang terdiri daripada kosa kata
bahasa Cina kontemporari dan lazim dalam urusan seharian.
Buku Kajian Bandingan Pantun Melayu Dengan Nyanyian Rakyat Tiongkok pula adalah kajian
perbandingan dari segi rima, pembayang dan maksud pantun, penggunaan perkataan, dan pemikiran
yang terkandung dalam pantun serta nyanyian Melayu-Rakyat Tiongkok, Buku Eksplorasi Pengajian
Melayu-China merupakan himpunan pantun mengenai Pengajian Melayu di China.
Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani diApp
StoreatauGoogle Playstore.
Tag:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Bahasa Melayu,Kamus Ch

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahasa-melayu-kini-diangkat-bahasakelima-terbesar-di-dunia-najib-36847?cp

Thursday, August 21, 2014

Memartabat Melayu Jadi Bahasa Dunia


Bahasa

Memartabat Melayu jadi bahasa dunia


Printer-friendly versionSend by email
356 230 2

BILANGAN MENINGKAT: Jumlah penutur bahasa Melayu terus meningkat


sekitar 300 hingga 350 juta kini dengan kian ramai juga meraih
pencapaian cemerlang dalam bidang Pengajian Melayu seperti warga
Singapura, Cik Noraini Mohamed Yusope (kanan), yang mendapat kepujian
kelas pertama dari Universiti Malaya.
1 Jun 2013
Mohd Raman Daud
DAPATKAH bahasa Melayu menjadi bahasa dunia? Persoalan ini bukanlah
baru.
Dalam wawancara akhbar ini baru-baru ini dengan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia, Profesor Dr Haji Awang Sariyan, beliau
mengutarakan erti penting usaha gigih untuk mengantarabangsakan
bahasa Melayu.
Umumnya, beliau mengungkapkan usaha di pihak rumpun Melayu yang
sekitar 350 juta jiwa dan lobi di peringkat antarabangsa.
Bagi rumpun Melayu, hujahnya, perlu ada visi dan tekad politik terutama
di pihak tiga negara Indonesia, Malaysia dan Brunei agar bahasa
Melayu dapat digunakan di forum antarabangsa, termasuk Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia tentulah
menuntut usaha menghasilkan sebanyak mungkin bahan berilmu dalam
bahasa Melayu dan dasar pemerintah yang sentiasa mengutamakannya
sebagai pengantar dalam perhubungan awam dan swasta, di samping
terus merakyat dengan rapi.
Apakah bahasa dunia?
Bahasa dunia ialah bahasa yang dituturkan di peringkat antarabangsa dan
dipelajari ramai orang sebagai bahasa kedua. Bahasa dunia tidak dicirikan
dengan jumlah penuturnya (penutur asli atau penutur bahasa kedua)
sahaja, bahkan juga tebaran menurut kawasan (geografi) dan hubungan
diplomatik.

Dalam banyak hal, kebanyakan bahasa dunia menonjolkan bahasa asal


Eropah, iaitu Inggeris, Perancis dan Sepanyol.
Sebabnya dari segi sejarah, sudah berlaku pengembangan kuasa Eropah
menerusi penaklukan dan penjajahan di banyak bahagian dunia.
BAHASA DUNIA
Bahasa yang terluas digunakan di dunia ialah Inggeris, yang dipercayai
digunakan lebih 1.8 bilion orang, terutama sejak kehadiran Internet dan
media antarabangsa.
Bahasa Arab juga ketara sebagai bahasa dunia kerana sebab sejarah
peluasan Islam yang membawa bersamanya bahasa Arab di seluruh Timur
Tengah, utara Afrika dan negara yang mempunyai penduduk Muslim di
luar Dunia Arab.
Bahasa Arab memang mempunyai pelbagai dialek, seperti Mesir, namun
yang digunakan sebagai standard atau berpiawai ialah fusaha.
Bahasa Cina standard dipanggil Mandarin atau Putonghua (bahasa awam)
yang mengganti bahasa Cina Klasik yang sebelum ini digunakan di Timur
Jauh sehingga awal abad ke-20 Masihi.
Bahasa Mandarin digunakan di kalangan majoriti China keturunan Han
dan bukan Han, juga di diaspora kaum Cina seberang laut, seperti di
Malaysia dan Singapura.
Memandangkan penduduk China terbesar di dunia, 1.32 bilion jiwa, maka
sekali gus ia mencerminkan kekuatan bahasa Mandarin.
Bahasa Russia digunakan secara meluas dalam empayar Russia dan
kemudian di Soviet Union (dikuasai Russia, 1917-1991) dan juga di Eropah
Timur.
Walaupun sesudah kejatuhan Soviet, bahasa Russia masih terus
digunakan terutama di Russia iaitu negara terbesar dari segi saiznya di
dunia (17 juta km persegi).
Bahasa Jerman pula pernah menjadi bahasa pengantar atau lingua
franca di sebahagian besar benua Eropah, terutama Empayar Rom Kudus
dan kemudian Empayar Austro-Hungary. Ia merupakan bahasa kedua
terpenting di bahagian Tengah dan Timur Eropah dan di kalangan
masyarakat saintifik antarabangsa.
Terdapat bahasa utama yang tidak luas digunakan antara benua tetapi
penting daripada bahasa pengantar kerana kaitan sejarah. Ini termasuk
bahasa Greek ketika zaman kekuasaan Hellenistik, seperti penaklukan
Alexander Yang Agung dan di wilayah Empayar Byzantin.
Bahasa Latin kini dianggap mati tetapi pernah menjadi bahasa utama
Empayar Rom, bahasa keagamaan bagi mazhab Katolik.
Bahasa Parsi meluas ketika Empayar Parsi berkembang dalam zaman
silam dari Mediterranean sehingga utara benua India. Bahkan Parsi pernah

digunakan sebagai bahasa pengantar kedua selepas bahasa Arab di


banyak negeri majoriti Muslim.
Sanskrit, atau Sanskerta, luas digunakan dalam zaman silam di Asia
Selatan (Pakistan, India, Sri Lanka), Asia Tenggara, Asia Tengah. Ia
merupakan pengantar bagi agama Hindu dan Buddha. Namun seperti
Latin, Sanskerta dianggap bahasa mati kerana jarang dituturkan.
Banyak bahasa utama di benua kecil India boleh dianggap bahasa penting
kerana dituturkan ratusan juta orang.
Namun bahasa Hindustan dan Tamil lebih menonjol di benua ini, selain
Urdu, yang merupakan bahasa rasmi di Pakistan, yang mempunyai 180
juta penduduk.
Bahasa Bengali (bahasa ibunda Rabrindranath Tagore, orang Asia pertama
menerima Hadiah Nobel bagi Sastera) lebih besar bilangan penutur
berbanding bahasa Perancis. Terdapat 230 juta penutur bahasa Bengali,
iaitu keenam di dunia.
Namun bahasa Perancis sudah lama dianggap bahasa diplomatik
sehingga ditancapkan sebagai bahasa dunia.
Bahasa Sepanyol tersebar luas hasil penjajahan Sepanyol di Amerika
Tengah dan Amerika Selatan dan sedikit sebanyak di Filipina.
Terdapat usaha sedar di peringkat antarabangsa untuk memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa dunia kerana busana, makanan dan
pelbagai aspek budaya Melayu kian diterima di peringkat sejagat.
Memang banyak manfaat apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa
dunia. Antara lain, kian banyak orang bukan Melayu atau bukan penutur
asli yang menggunakannya sebagai bahasa kedua.
Selanjutnya, karya asal Melayu daripada muzik sehingga buku berisi
bahan ilmu dan teknologi akan diterjemah sehingga istilah Melayu turut
digunakan dalam bahasa-bahasa dunia lain.
Sekali gus ini bermakna sumbangan rumpun Melayu daripada adab, ilmu
dan tamadunnya akan turut mencorak jagat.

* Artikel ini pernah diterbitkan di Berita Harian pada 1 Jun 2013.


- See more at: http://beritaharian.sg/gah/sastera/memartabat-melayu-jadi-bahasadunia#sthash.ngsTAjZU.dpuf

BAHASA MELAYU DIPERINGKAT ANTARABANGSA


1.0.

PENGENALAN

Menurut Prof Dr. Awang Sariyan, tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam
membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama di
kediamannya yang terletak di pinggir kota ( 2011 ) bahawa sejak abad ke-7 pada zaman
Srivijaya ( di Sumatera ), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil
peranannya. Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran
bagi Srivijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat
besar pada waktu itu. Dan sebagai kuasa besar, Srivijaya bukan sahaja menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran malah sebagai bahasa perdagangan dan juga
bahasa pengajian agama pada masa itu. Itulah saatnya peranan Bahasa Melayu sebagai
Lingua Franca atau bahasa perhubungan umum dari rantau Alam Melayu telah digunakan
oleh semua bangsa tidak hanya oleh bangsa dalam kalangan Alam Melayu, bahkan oleh
orang dari India dan China. Begitu tingginya kedudukan Bahasa Melayu ketika itu boleh
disimpulkan juga bersaksikan pelbagai dokumen dan penulisan jika digarap dari sudut
sejarah. Antaranya catatan pengembara Cina I-Ching yang juga seorang pendita Buddha
mengenai pusat pengajian agama Buddha di Sumatera yang menggunakan Bahasa Melayu.
I-Ching dalam misi penjajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya pada
sekitar abad ke-7. Ini jelas menunjukkan Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa
ilmu meskipun untuk pengembangan agama Buddha di ibu negeri Sriwijaya kerana pada
waktu itu syiar Islam belum sampai di Alam Melayu. Beliau turut berkongsi pengamatan
yang dibuat oleh Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia
antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamadun
tinggi. Van Linschotten menulis bahawa bahasa Melayu pada masa itu bukan sahaja amat

harum namanya tetapi juga dianggap bahasa paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri
Timur.

Menurut Dr. Awang lagi seorang ahli sejarah Belanda Francois Valentijn yang banyak
menulis mengenai Kepulauan Melayu menulis pada awal abad ke-18 bahawa Bahasa
Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu
seperti bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropah. Kesimpulan menarik yang ditulis
Valentijn ialah orang yang datang ke Alam Melayu mahu tidak mahu perlu mempelajari
Bahasa Melayu, dimana sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
dianggap sebagai golongan yang tidak terpelajar.

1.1.

KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU

Zaman Kesultanan Melayu meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai


sekitar abad 13 hingga 19 sesudahnya kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa
Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu. Peranan
Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun baik dari segi ilmu,
pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik.
Bahasa Melayu pada waktu itu sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan
penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab,
India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok
bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan
dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa
Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undangundang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang
terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang
Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke
Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya,
Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau
bukan orang Melayu.

Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, Sesiapa sahaja yang datang ke Alam
Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu
pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa
Melayu, kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan
Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ).

Oleh itu, Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat
sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi
bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi

rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari
sekitar abad ke 13 hingga abad 19 bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai
bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi,
bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa
ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi ( Awang Sariyan 2002 ). Maka tidaklah
menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan
bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut :

Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi
juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai
suatu bahasa yang difahami di amna-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti
Bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di
Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya
tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi
bahkan lebih jauh dari negara itu dan disebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina. ( Nik
Satiah Karim, el.at, 2004 )

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan


kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa terutama
dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, Lingua Franca, bahasa perdagangan
sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera ( Collins, 1999 dan
Awang Sariyan, 2000 ).

2.0.

KELUNTURAN MARTABAT BAHASA MELAYU

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah ( Belanda di Indonesia dan


Inggeris di Malaysia ) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan
bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang
disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk
lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu
disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa masuk oleh Inggeris untuk kepentingan
ekonomi iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar
di sekolah vernakular Melayu sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina
dan bahasa Tamil di sekoah vernakular India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan
dasar pecah-belah dan perintahnya dan pada waktu yang sama telah membenamkan
bahasa Melayu. Sistem pentadbiran dan undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu
didasarkan pada asas kemelayuan ( dan Islam sebagai tunjangnya ) telah dirobah oleh
Inggeris dengan menggunakan sistem sekularnya. Jawatankuasa Barnes ( 1951 )
memperlihatkan perubahan pandangan sedikit tentang Bahasa Melayu, apabila mengakui
betapa pentingnya bahasa Melayu dalam membentuk sistem pendidikan yang bersifat

kebangsaan tetapi masih tetap mengutamakan pendidikan dalam bahasa Inggeris kerana
bahasa Melayu tetap setakat menjadi bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah sahaja.
Usulnya agar sistem pendidikan hanya berlandaskan dua bahasa penghantar iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu ditentang kuat oleh masyarakat Cina dan India.

Menjelang kemerdekaan, usaha memartabatkan semula bahasa Melayu telah


diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang menetapkan dasar
pendidikan kebangsaan dengan berteraskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar utama. Usul Jawatankuasa tersebut yang dikenal sebagai Penyata Razak dan
kemudian diperkuat oleh usul Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib
1960 yang dikenal sebagai Penyata Rahman Talib telah dijadikan asas penggubalan Akta
Pelajaran 1961 yang selama 35 tahun menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan
sebelum diluluskan Akta Pendidikan 1996. Malah akta pendidikan yang baharu itu pun,
khususnya dalam Seksyen 17 masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Setahun menjelang kemerdekaan
juga peristiwa penting yang berkaitan dengan usaha memartabatkan semula bahasa Melayu
ialah Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai hasil desakan rakyat melalui
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu, khususnya Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga ( 1956 ). Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat
merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara,
khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata ( umum dan
khusus ), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.
Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah
menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi utama iaitu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas


terbentuknya konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi faktor pemersatuan rakyat
yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan kebangsaan. Sebagai bahasa rasmi pula,
bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang menggerakkan jentera
pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pelbagai sektor. Sektor utama
negeri seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman serta media massa
telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang membanggakan melalui bahasa
Melayu sebagai wahana utamanya. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah
memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar
generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa kekangan faktor
taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keekslusifan bahasa penghantar ilmu yang
dahulunya didominasikan oleh bahasa Inggeris. Meskipun pada tahap pengajian tinggi,
khususnya yang melanjutkan pengajian di luar negara, memperoleh ilmu dalam bahasa
asing, kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah
atas sekurang-kurangnya iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada
pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Namun apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain
sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang
pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan
peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan
Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu
tunggak pembinaan Negara.

Walau bagaimanapun dengan tentangan-tentangan semasa, bahasa Melayu


mengalami kemerosotan dalam beberapa aspek iaitu kemerosotan dalam aspek taraf
bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah
ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara
152, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang,
penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi kian mengecil.
Apabila subjek-subjek yang berteraskan Sains dan Matematik diputuskan diajarkan dalam
bahasa Inggeris ( sehingga unjurannya menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Inggeris
sehingga akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan negara), misalnya pasti tidak dapat
memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem
pendidikan.

Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya
sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam
bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran,
penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan ( yang ditandai oleh
fenomena bahasa rojak atau isltilah linguistiknya peralihan kod, bahasa sms, bahasa
sembang di internet dan sebagainya ) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi
menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena
penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat
pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing ( misalnya
precint, parcel dan boulevard ).

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang


terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya
dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada
beberapa perkara berikut :

Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan


Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak
urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak

mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam
Perlembagaan.

Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan bahasa dalam sektor tertentu
seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam
( melibatkan pihak berkuasa tempatan ), penyiaran ( melibatkan Kementerian Penerangan
dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ).

Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan


pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris
sebagai bahasa penghantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS
dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib.

Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya


bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadang kala berlebihan dalam kalangan
pelbagai lapisan masyarakat ( pemimpin, profesional dan orang awam ) untuk
mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada
penggunaan bahasa Melayu.

Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia,


termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya
anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan
serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap
menjadi kayu ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi,
misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar
jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya
pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan
perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai
contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa
kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan ( menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004 ) membuat kenyataan bahawa
penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan
iklan. Seorang menteri kanan pula, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan
pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar digiatkan usaha
meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan, dan dengan tidak
segan-silu atau berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa
kebangsaan, mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya
dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.

3.0.

CABARAN DAN MASA HADAPAN BAHASA MELAYU ABAD KE 21

Cabaran ialah sesuatu iaitu unsur atau faktor yang mencabar, menguji kemampuan
dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus Dewan Edisi ke-4, 2005 ). Oleh
itu cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa
Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih
dikenai sebagai era globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran
terutama kedudukan bahasa Melayu di negara ini. Permulaan abad ke-20 merupakan era
penjajah Barat ke atas Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah
Melayu dan Utara Borneo, Belanda bagi Kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo,
Sulawesi, Maluku, Madura dan Bali dan Sepanyol bagi Kepulauan Filipina ( Prof. Dr. Hashim
Haji Musa, 2009 ). Keadaan yang sedemikian telah meyebabkan bahasa Melayu telah
menghadapi cabaran iaitu bermulanya kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai
lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan
bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar pendidikan terhadap jajahan
takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah bahasa Melayu telah
dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di
rantau ini. Pada masa ini juga bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit
terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara
152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad
ke-21, bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa
menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global.
Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara ini ialah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Menurut Prof. Dato Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji
Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda
kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah
memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua bidang.
Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa Kebangsaan tetap berjalan
lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan
telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah,
khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Pada peringkat yang
terkemudian, apabila kedudukan Bahasa kebangsaan ini sudah cukup matang dan stabil,
barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan memupuk
keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.
Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh bahasa Inggeris itu
sendiri. Fenomena ini memperlihatkan berlakunya imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan
dengan imperialisme bahasa ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia
melalui diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan tanah jajahan
( Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay, 2000). Definisi imperialisme yang

dimaksudkan ini harus diperluaskan lagi. Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu
bentuk imperialisme.
Penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya menggunakan
bahasa Inggeris. Kesan daripada penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi
bukan sahaja akan menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri.
Jelasnya imperialisme bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu faktor
penyebab kepada kemerosotan nilai bahasa Melayu.

3.1

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIK

Syed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya fenomena
peminggiran bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik seperti
berikut :

Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan mereka


menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap go
global lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga terhadap bahasa.

Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh yang besar
dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi
golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa
Inggeris memang serius.

Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik lebih
terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar ekonomi, budaya serta
bahasa yang liberal adalah popular dan dapat memperluas pengaruh politik mereka.
Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar pendidikan dengan
mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Alasannya agar rakyat
Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi moden dewasa ini.
Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di dalam perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini menegaskan
bahasa Melayu digunakan di semua peringkat rasmi, khasnya di dalam pemerintahan dan
pentadbiran bagi semua negeri di dalam Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran
komunikasi serta penyiaran rasmi kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua
rangkaian yang sehubungan dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran dan
pengumuman rasmi oleh semua peringkat kepimpinan eksekutif dan birokrasi mestilah di
dalam bahasa Melayu.
Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32, Akta Bahasa
Kebangsaan 1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali Akta A554, Akta Bahasa
Kebangsaan ( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang mengandungi undang-undang terpinda
sebagaimana berkuat-kuasa pada 15 Julai 1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan
digunakan bagi maksud rasmi. Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa
kebangsaan adalah tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi. Melalui
pindaan dan perluasan 1983, segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah

Tinggi atau mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris.
Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa dasar
pendidikan kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
utama. Akta yang sama di dalam Perkara 17 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan
sebagai bahasa-bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah
Seksyen 18 atau mana-mana institusi pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada
subseksyen ini.
Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh bercanggah dengan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, setelah 52 tahun Malaysia
merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila
Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu
cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua
matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu
tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub
dalam Perlembagaan negara, perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa
Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.
Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat
persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada tahun 2010, Tan Sri
Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012,
mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah
menjadikan bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa.
Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap
bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati,
negara Jepun, Korea Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda
dalam semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka telah menjadikan negara
mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. Selain itu, masyarakat sudah mula
menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa
pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan mahir
menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ), Dasar Bahasa
Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif
penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan dan dalam beberapa
domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan
kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk
penggemblengan usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan
( mengekalkan atau menetapkan ) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang
digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa
Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu
sama ada dalam sistem pendidikan atau pentadbiran.

3.2

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT (ICT).
Pada masa ini bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah
mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat.
Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan
ini sudah tentu memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya
perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi,
bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita harus berfikiran positif dan
memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa
kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea Selatan dan Jepun merupakan sebuah negara
yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap mempertahankan
bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani
( 2007;50 ) bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat
tadika sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa
Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah.
Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugi, Rusia, Mandarin dan
lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lainlain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat
dan maruahnya.
Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) adalah diasaskan oleh perkembangan
dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai
kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi media dan
sebagainya. Seterusnya, kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan
jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media
komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Permasalahan ini secara
langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di
rantau Nusantara ini. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di negara ini. Negara Jepun maju dalam teknologi maklumat namun
bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT
pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi
semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah
menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet dunia di Amerika
Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti
Microsoft, Dell, Hewlett-Pachard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa
tinggi.
Oleh itu, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk
menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing,
khususnya bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya
akan terlaksana jika masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai

oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini kita percaya perkembangan bahasa
Melayu dan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains
dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam
bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. Secara langsung bahasa Melayu dalam sains dan
teknologi maklumat akan terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr.
Hashim Hj. Musa dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan. ( 2009;61 ) bahawa bahasa
penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas
dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama dalam pembangunan sumber Daya Tenaga
Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada
pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan
sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah
dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat itu sendiri.
Oleh itu, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu
perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan pelbagai
maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus
terdapat dalam bahasa Melayu, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan
bahasa Melayu dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting,
canggih, pantas serta cekap. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan
teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadu dengan jayanya. Dengan cara ini bahasa
Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai
bidang dalam dunia serba teknikal ini. Untuk melaksanakannya lebih banyak buku dan
pengarang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam
bidang Informasi Teknologi (IT). Sehubungan itu, portal www. malaycivilization.com yang
dibina khas di ATMA itu cumalah satu tapak kecil dalam langkah besar kita untuk
menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang siber. Pendek kata, pintu untuk
memperkembangkan bahasa Melayu sudah bertambah baik dan semakin menjadi lebih
menarik.
3.3

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA.

Pada abad ke-21 terdapat beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan
penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan
bahasa Melayu dari segi pertuturan ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Tidak
dinafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang
diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama
rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman
Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu
terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan maka tidak hairan bahasa
rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Kerosakan
penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan remaja. Pada abad
ke-21 sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam penggunaan
bahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen dan
radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk
mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau
rancangan pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya
berlaku
dalam
pertengahan
program
hingga
akhir,
kemudian
pengacara
mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun
programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan penonton majoritinya berbahasa Melayu.

Memang tidak dinafikan bahawa rakyat di negara kita mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris maka terdapat pelbagai bentuk dan cara dalam pertuturan
mereka. Menurut Nik Safiah Karim ( 2004 ), ada kalanya dua bahasa ini berselang-seli iaitu
satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Contohnya ialah Saya
mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my father. Keadaan ini
sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen pada abad ke-21.
Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi cabaran yang besar
kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka amat
membimbangkan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan
kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk
menghantar sms kepada rakan-rakan mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakunya
kerancuan bahasa. Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa kerancuan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa
kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi
pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini terdapat
beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. Misalnya
perkataan-perkataan seperti kang ( nanti ), akum ( assalamualaikum ),
wlam
( waalaikumussalam), dowang ( mereka ), tipon ( telefon ).
Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer ( saya ), dier ( dia )
dan nko ( engkau ). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler ( bila ).
Keracunan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan
keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu kerana menjejas sistem dan
peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan
merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan
disisihkan oleh pengguna bahasanya.

3.4

CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT.

Dalam abad ke-21 sikap masyarakat atau penutur amat penting dalam penggunaan
bahasa Melayu. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal
kerana menggunakan bahasa Melayu, maka sudah pasti bahasa Melayu akan terkubur
pada suatu hari nanti. Oleh itu, sikap masyarakat atau penutur merupakan cabaran yang
sebenarnya bagi bahasa Melayu. Jadi pada abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan
terhadap sikap penutur yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka.
Hal ini disebabkan mereka sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bertutur
dalam bahasa Inggeris. Akibatnya mereka tidak mahu menggunakannya dan tidak kisah
terhadap bahasa sendiri. Peristilahan dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti
perkembangan bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih
suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu juga apabila seminar atau pembentangan di
dalam dewan walaupun hanya seorang bukan rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur
dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu
cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 supaya bahasa Melayu
tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku Sumbangsih,

Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa bahasa Melayu, cabaran
yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya itu sendiri.
Hakikatnya dalam abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu
dari segi saingan dengan bahasa Inggeris tetapi diharap senario ini tidak menjadi satu
cabaran besar hingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Kita seharusnya berasa
bangga dengan bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap
bahasa kebangsaan sebagai bahasa.
3.5

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN.

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas.
Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung dan tidak secara
langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan berlaku
membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam
usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.
Masyarakat bandar kini semakin mementingkan bahasa Inggeris telah menyebabkan
pembelajaran bahasa Melayu kini semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam
memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas
pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan
terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan
mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama
guru perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang
telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.
Cabaran yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara ini ialah penerapan dasar baru ( meskipun menyalahi akta Dasar
Pelajaran Kebangsaan ) menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik pada tahun 2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki
kelemahan atau meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Langkah itu bukan
sahaja tidak dapat membantu mengatasi masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris
pelajar malah dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata
pelajaran itu. Dengan masalah kurangnya guru yang berupaya mengajarkan mata-mata
pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan
sewaktu megikuti kursus pendidikan dan pada waktu yang sama pelajar sendiri menghadapi
masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris. Dalam hubungan dengan nasib dan masa
hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan
dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa
banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya. Apabila fungsi suatu
bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu
menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang
ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sejarah bahasa
Melayu sejak berabad-abad lalu menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja
berasaskan peranannya sebagai lingua franca tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai
bidang.

Munculnya abad ke-21 telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat saingan
sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32
tahun pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta
Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam
membicarakan kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama
( Jun;2011 ), Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta masih tetap tertakluk
kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Menurut beliau
lagi Universiti Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya sehingga tesis
peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bukti
kemampuan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi. Ketetapan mengajarkan tiga mata
kuliah teras IPTS iaitu Bahasa Melayu, Kenegaraan Malaysia dan Agama atau Moral
tampaknya menjadi dokumen tersurat sahaja kerana kebanyakan IPTS mengabaikan
ketetapan itu kecuali IPTS milik kerajaan seperti Universiti Multimedia, Universiti Tenaga
Nasional dan Universiti Petronas.
Berdasarkan perkara-perkara di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan
panjang ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan institusi pengajian
tinggi malah jangka panjangnya boleh memberi kesan kepada dasar pendidikan zaman
penjajah sebenarnya mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika
dulu iaitu Pengalaman 13 Mei.
4.0

KESIMPULAN.

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
tamadun dan juga dalam hubungan politik, diplomatik dan perniagaan antara negara dan
kumpulan di dunia. Dalam konteks ini kita lihat bahawa bahasa merupakan faktor yang
penting dalam persaingan kuasa antarabangsa pada peringkat negara dan komuniti atau
kumpulan. Penaklukan sesuatu bangsa terhadap bangsa lain turut melibatkan penggunaan
bahasa penakluk dalam komuniti yang ditakluknya, baik secara penguatkuasaan undangundang atau secara resapan sosial. Walau apa pun juga caranya, kemasukan bahasa asing
terutama Bahasa Inggeris yang berkuasa itu menimbulkan keadaan persaingan antara
bahasa. Keadaan yang seperti inilah yang menimbulkan kesedaran kepada tanah-tanah
jajahan atau taklukan bahawa sebahagian daripada identiti mereka yakni yang diwujudkan
melalui bahasa mereka mulai terpendam. Dari itu timbullah perjuangan menegakkan
kembali bahasa sebagai satu ideologi kerana dalam bahasa terdapat pemaujudan kuasa
dan juga ideologi [ Fairclough 1989:12 ]. Persaingan bahasa paling hebat dalam sejarah
bangsa manusia terdapat dalam alaf kedua Masihi, khususnya abad ke-20 kerana pada
abad inilah munculnya perjuangan kebangsaan yang menyeluruh dengan terbentuknya
negara-negara yang merdeka dari kuasa penjajahan. Tetapi dalam abad inilah juga
terdapatnya kecenderungan negara-negara dunia untuk menjadi sepakat dalam pemilihan
bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Sebagai warganegara Malaysia kita perlu mempunyai wawasan yang sama untuk
membina dan membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya
sebagai satu bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmiyakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya
hubungan budaya komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas
ketentuan PerlembagaanNegara, kita sudah memilih satu Dasar Bahasa Negara. Kita
perlu memahami kebebasan buat mana-mana kaum dan suku bangsa kita menggunakan
bahasa sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa
Negara dan bahasa rasmi yang satu.

Di samping itu, telah banyak langkah diambil untuk memartabatkan dan memperkasa
bahasa Melayu terbukti dengan ucapan Mantan Perdana Menteri yang ke-5 iaitu Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Seminar Persahabatan Malaysia-China di
Beijing Foreign Studies University ( BFSU ), China pada 29 Mei 2009. ( Sumber:Berita
Harian (14.06.2009 ) mengejutkan pihak tertentu di Negara ini kerana menyampaikan
ucapannya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Pada abad ke-21 ini patut dijadikan abad untuk mengembalikan kegemilangan
bahasa Melayu seperti yang pernah dialami oleh bahasa itu pada abad ke-15. Untuk
memastikan bahasa Melayu kembali gemilang sebagai bahasa dunia dan setanding dengan
bahasa-bahasa utama yang lain, beberapa tindakan yang positif dan sedang diambil,
khususnya oleh pihak Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak, ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka. DBP yang ditubuhkan pada 1956, melalui Ordinan No. 25, 1959, dikenali Akta 213,
Akta 930, Akta DBP ( Pindaan dan Perluasan 1995 ). DBP ditubuhkan dengan tujuan untuk
membangun bahasa kebangsaan dan kesusasteraan kebangsaan serta penerbitan di dalam
bahasa kebangsaan. Bukan sahaja DBP bertujuan memperjuangkan tujuan berkenaan,
Lembaga Pengelola DBP juga mempunyai tugas atau tujuan yang sama; seperti yang
dicatat di dalam perkara 5,

Untuk memperkembang, memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang


termasuk sains dan teknologi

Untuk memperkembangkan bakat sastera khasnya dalam bahasa kebangsaan

Untuk mencetak dan menerbit buku-buku, majalah-majalah, dalam bahasa kebangsaan

Menstandardisasikan ejaan dan sebutan

Membentuk istilah-istilah akademik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan


Di samping DBP, terdapat satu lagi agensi kerajaan yang melaksanakan dasar
kebangsaan iaitu Pihak Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ). Bidang
kuasa PBT tertakluk kepada Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang mengandungi
segala pindaan hingga Januari 2006. Perlaksanaan Akta ini berhubung bahasa kebangsaan
tidak boleh bercanggah dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Bahasa Kebangsaan. Perlaksanaan bahasa kebangsaan meliputi nama jalan, bangunan
dan tamah perumahan serta lain-lain premis dan papan tanda iklan.

Sebelum itu, sebuah dana penyelidikan tamadun Melayu-China yang diletakkan di


bawah dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) telah dilancarkan pada 24 Mei lalu di Kuala
Lumpur. Selain BFSU , DBP juga telah menjalinkan hubungan dengan institusi lain seperti
Radio Antarabangsa China ( CRI ), Universiti Peking dan Institut Penyiaran Beijing. Pusat
Bahasa Melayu ( PBM ) juga telah dirasmikan pada 20 Jun 1997 di Beijing.

Di Malaysia pula, Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Malaysia-China dan


Seminar Karya Agung Melayu-China telah diadakan. Pameran dan seminar tersebut telah
dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di DBP pada 20 Mei
lalu. Sempena majlis itu, buku Tamadun China dan Kamus Pelajar Bahasa Melayu-Bahasa
Cina-Bahasa Inggeris telah dilancarkan. Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya MelaysiaChina diadakan pada 18-31 Mei lalu di Galeri Keris Mas, DBP. Perkembangan yang
menakjubkan ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu berupaya menjadi salah satu
bahasa yang penting di dunia, apalagi semakin ramai pelajar antarabangsa seperti Amerika
Syarikat dan rantau Oceania berminat mengikuti pengajian bahasa itu. Bahasa Melayu
diajarkan di universiti Perancis, Britain, Belanda dan Australia. Berdasarkan perangkaan
Jabatan Pendidikan Victoria State, Australia terdapat lebih 100,000 orang pelajar yang
mengikuti pengajian bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, malahan bahasa Melayu dituturkan oleh lebih daripada 250 juta
orang penutur, yang menjadikannya bahasa keempat terbesar di dunia, selepas bahasa
Inggeris, Cina dan Hindi. Bahasa Melayu digunakan bukan sahaja di Malaysia, Indonesia
dan Brunei Darussalam, bahkan di selatan Thailand, selatan Kemboja, selatan Filipina, Laos
dan Vietnam. Di Sri Lanka misalnya, kira-kira 60,000 penduduknya menggunakan bahasa
Melayu. Pengarah The English Company ( UK ) Ltd, David Graddol meramalkan bahasa
Melayu merupakan salah satu bahasa yang peling pesat berkembang, selain bahasa
Mandarin, Inggeris, Hindi dan Arab menjelang 2050.

Di samping itu, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ( MABM ) yang ditunjangi oleh
DBP sejak empat tahun lalu turut dianggotai 30 buah negara dari Eropah, Amerika Utara,
Asia Timur dan Oceania. MABM menggerakkan empat bidang utama iaitu penerbitan,
kegiatan kebahasaan, pengajaran bahasa serta anugerah dan pengiktirafan. MABM juga
sedang membangunkan sebuah gerbang web antarabangsa mengenai pengajian Melayu
yang dijangka siap setahun lagi. Semua negara anggota Majlis Bahasa Brunei DarussalamIndonesia-Malaysia ( MABBIM ) dalam sidang ke-43 baru-baru ini pula bersetuju mendesak
kerajaan negara-negara ASEAN menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN.
Pada masa ini kira-kira 80 peratus penduduk ASEAN boleh bertutur bahasa Melayu.

Sesungguhnya Malaysia dan warga antarabangsa berkongsi pendirian dalam hal


globalisasi dan orde baru dunia yang harus diperkukuh melalui kerjasama erat dalam bidang
kebudayaan dan kebahasaan. Sokongan dan iltizam daripada kerajaan mampu menjayakan
usaha tersebut sekali gus mencapai wawasan DBP untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai salah satu bahasa utama dunia menjelang tahun 2020.

Anda mungkin juga menyukai