Anda di halaman 1dari 2

RAJAH ISHIKAWA

Huraian Masalah Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah.


Masalah pembelajaran sains di sekolah rendah merupakan faktor penyebab utama mengapa
pelajar di peringkah sekolah rendah kurang meminati mata pelajaran ini. Murid-murid sering
menyuarakan bahawa belajar mata pelajaran sains dan matematik adalah membosankan.
Berdasarkan kefahaman mereka, pembelajaran sains hanyalah bertujuan untuk memastikan
mereka lulus di dalam peperiksaan. Aktiviti pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan,
simulasi, projek, lawatan, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi amat jarang
dipraktikkan oleh guru. Dapat dirangkulkan bahawa faktor-faktor berikut merupakan antara
masalah pembelajaran sains di sekolah rendah.
i.

Pembelajaran Berorientasikan Peperiksaan.

ii.

Kurang Aktiviti Pembelajaran Berkumpulan

iii.

Kaedah Penyoalan Lemah

iv.

Strategi Pengajaran dan Aktiviti Pembelajaran Tidak Dipelbagaikan


Kesemua permasalahan yang dinyatakan ini merupakan penyumbang keapda

kemerosotan jumlah para pelajar yang mengikuti bidang sains di peringkat institusi pengajian
tinggi dan menjadi persepsi negatif para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau
menengah untuk mempelajari sains.
Oleh itu, bagi mengatasi permaslaah ini, kaedah dan teknik pembelajaran yang
dirancang oleh guru perlulah mengikut tahap kecerdasan pelajar. Hal ini amat penting untuk
menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu topik sains dengan mudah dan berkesan. Cara
pengajaran dan teknik pengajaran juga memainkan peranan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pembelajaran secara inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran kontektual dan
konstruktivisme mampu menarik minat murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid lebih cenderung kepada pembelajaran interaktif dan pengajaran
hendaklah berpusat kepada murid manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.
Selain itu, guru juga perlu mahir dalam menghasilkan alat atau bahan bantu mengajar
yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa dan selepas kelas. Pengajaran hendaklah

berasaskan penglibatan murid sepenuhnya dan murid hendaklah menyertai proses pengajaran
dan pembelajaran secara aktif.

Anda mungkin juga menyukai