Anda di halaman 1dari 3

PEMILIHAN BAHAN DAN KELENGKAPAN

Keperluan kelengkapan bengkel perlu di ambil kira seperti alatan dan mesin. Ianya perlulah
bersesuaian dengan kandungan program pengajaran. Kemudahan peralatan yang dikendalikan
mestilah di jaga supaya ianya tidak menganggu pengajaran apabila diperlukan dalam
pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran bercorak amali khususnya bergantung secara
langsung kepada perkakasan dan peralatan yang digunakan dalam sesi pengajaran.
Kemudahan bengkel seperti peralatan tangan, mesin-mesin, bahan mentah, ruang kerja, alat
bantu mengajar, pengudaraan dan pencahayaan adalah merupakan aspek yang penting dalam
merealisasikan pengajaran amali Rekaan dan Jahitan Pakaian di bengkel. Seandainya,
kemudahan bengkel yang sedia ada di sekolah masih belum mencukupi, ini akan
mendatangkan masalah kepada pelajar untuk menjalankan kerja amali. Sekolahsekolah yang
tidak mempunyai kemudahan bengkel untuk menjalankan kerja-kerja amali akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar terpaksa berkongsi
peralatan untuk menjalankan aktiviti amali. Ini akan menimbulkanpermasalahan dikalangan
pelajar-pelajar untuk menyiapkan sesuatu projek.( Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah
Disun, 2011). Ini menunjukkan bahawa kelengkapan dan kemudahan di dalam bengkel perlu
mencukupi supaya pelajar dapat menjalankan kerja-kerja amali dengan baik tanpa ada
perasaan ketidakselesaan.
Penyediaan kelengkapan sebelum melakukan kerja amali perlu dilakukan agar kerja yang
akan dilakukan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Kemalangan yang berlaku
berpunca daripada keadaan alatan tangan yang tumpul, mesin yang tidak selamat dan tempat
kerja tidak dikemaskan setelah digunakan.(Atiqah, April 2008)
Kelengkapan seperti peralatan dan bahan di dalam bengkel banyak menyumbangkan kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apabila penggunaan dan penyelenggaraannya
dilakukan dengan baik serta penyediaan alatan yang mencukupi untuk satu sesi amali yang
dijalankan.
Pemilihan alatan atau kelengkapan untuk kerja di bengkel terbahagi kepada beberapa
kategori. Iaitu pertama pilih saiz dan jenis yang bersesuaian dengan kerja. Alat tangan
merupakan satu kelengkapan yang ada di dalam bengkel dan merupakan satu perkara penting
yang mesti lengkap dan sedia digunakan bila diperlukan. Alat tangan yang tidak lengkap
boleh mengganggu perjalanan kerja. Alat tangan perlulah sesuai untuk sesuatu kerja itu untuk
mengelakkan berlakunya kerosakan dan kemungkinan hasil mutu yang tidak sempurna.
Sebagai contoh pelajar tidak boleh menggunakan pen penguji untuk membuka skru kerana ia
berkemungkinan akan merosakkan pen penguji itu sendiri tetapi pelajar boleh menggunakan
pemutar skru yang sesuai dengan tujuan membuka skru. Pemilihan dan teknik menggunakan
alat tangan yang betul boleh membantu mempercepatkan kerja dan menjaminkan
keselamatan alat tangan tersebut.

Kedua gunakan alatan yang berkeadaan baik. Pelajar tidak boleh menggunakan alatan tangan
yang telah pecah , sumbing atau rosak kerana ianya boleh mendatangkan bahaya. Pelajar
perlu memilih kelengkapan yang berkeadaan baik untuk mengelakkan kemalangan dan
melancarkan kerja amali. Sebahagian daripada peralatan seperti mata gerudi, playar dan mata
gergaji perlu diminyakkan agar berada dalam keadaan baik dan tidak berkarat.
Ketiga ialah membaiki bahagian yang rosak sebelum menggunakan alatan. Pelajar perlu
menggunakan bahan dan kelengkapan yang telah diperbaiki untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan semasa melakukan amali dibengkel. Alatan yang telah dibaiki hendaklah diuji
fungsinya terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pelajar. Alatan yang rosak boleh
mengundang bahaya kepada pelajar.
Pemilihan alat-alat yang betul untuk mencantumkan dan membuka semua komponenkomponen adalah penting. Terdapat dua factor untuk pemilihan bahan dan kelengkapan yang
betul iaitu pertama kerosakan bahagian-bahagian komponen terjadi apabila jenis dan ukuran
alat yang digunakan untuk pencantuman tidak tepat. Ini boleh mengakibatkan penggantian
alatan menjadi mahal dan mendapat kerugian. Faktor yang kedua ialah keselamatan dimana
ianya berlaku apabila alat yang digunakan tidak tepat yang mengakibatkannya terlepas
daripada cengkaman.

Bibliografi
Pengurusan dan Penyelenggaraan bengkel ekonomi rumah tangga
http://www.docstoc.com/docs/68805418/PPB_-bilik-ERT
Peraturan Dan Keselamatan Bengkel, http://www.sksenai.com/blogs/index.php?
blog=20&title=peraturan-dan-keselamatan-bengkel&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011), Faktor-Faktor Yang

Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor.
Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Vol 4, Page 58-76

Siti Atiqah Sharudin (2008), Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di
Negeri Sembilan, http://eprints.utm.my/5899/1/PSM_JILID-TQAH.pdf

Anda mungkin juga menyukai