Anda di halaman 1dari 8

SULIT

.
..v.NIVE�ITI
�,,�---=-!,�T�' SDfDIDIKtN
�;[��l���
----------

SULTAN tDRIS EDUCATION UNtVE!l�tTY

UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN lORIS

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

KOD : KAQ1043 KURSUS : BIMBINGAN TINGKAH LAKU AWAL


KANAK-KANAK

8 MAR 2016
TARIKH o MASA : 1 JAM

ARAHAN

1. Kertas soalan ini mengandungi SATU (1) bahagian: Bahagian A

2. Jawab SEMUA soalan dalam borang OMR yang disediakan.


3. Kertas soalan ini akan dikutip semula pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan

PROGRAM: ---------------------

TAHUN : ----
KUMPULAN KULIAH : ----

NO. PENDAFTARAN :
I I I I I I I
NO. KAD PENGENALAN :

I I I I I I I I I I I I I
NAMA PENSYARAH :

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT

•••• -< •. �- ••..•...• -.�-.-.-- •.• -,-.-.,

_.".
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 2

SAHAGIAN A: (40 Markah)


Arahan: Jawab SEMUA soalan.

1. Tingkah laku ialah _

A. sesuatu yang hanya boleh diu bah sekiranya ada masa yang diberikan.
S. sesuatu yang tidak boleh dilihat tetapi boleh diketahui dengan cara berfikir.
c. sesuatu yang hanya berubah sekiranya dipelajari dan tidak memerlukan
bimbingan.
D. sesuatu yang boleh diniali secara langsung atau tidak namun tidak boleh
dinilai separa sedar.

2. Pernyataan manakah yang menunjukkan perbuatan seseorang kanak-kanak itu


mempunyai tingkah laku memahami perasaan orang lain?

A. Berkongsi permainan.
B. Meluahkan perasaan marah.
C. Menunggu giliran masing-masing.
D. Mengalah dalam perselisihan faham.

3. Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri-ciri kanak-kanak mempunyai


masalah tingkah laku yang merosakkan diri sendiri dan orang lain termasuk
persekitaran mereka?

A. Kanak-kanak menghargai orang lain dan mementingkan diri.


B. Kanak-kanak kurang asertif dan tidak tahu meluahkan perasaan.
C. Kanak-kanak kurang empati tetapi masih sensitif dengan orang lain.
D. Kanak-kanak mendominasikan kawan-kawan untuk kepentingan bersarna.

4. Pernyataan manakah yang kurang tepat tentang langkah mengatasi masalah


menjerit kanak-kanak.

A. Elakkan guna 'time-out' sekiranya tidak berubah.


B. Latih kanak-kanak bercakap menggunakan nada suara yang sepatutnya.
C. Nyatakan kepada kanak-kanak bahawa tingkah laku itu tidak boleh diberi
tolak ansur.

D. Elakkan memberi respon sehingga kanak-kanak bercakap dalam nada


suara yang sepatutnya.

5. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dikawal oleh faktor kematangan


kanak-kanak itu sendiri dan guru harus memahaminya dengan baik. Pernyataan
ini tepat dengan teori yang telah dikemukakan oleh _

A. Jean Piaget
B. Arnold Gesell
C. Sigmund Frued
D. Robert Havighurst

[Lihat Sebelah
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 3

6. Beliau percaya bahawa faktor persekitaran lebih penting dalam perkembangan


individu. Beliau yang dimaksudkan ialah _

A. Jean Piaget
B. Arnold Gesell
C. Sigmund Frued
D. Robert Havighurst

7. Jika individu meneapai tug as perkembangan dia akan berasa berjaya dan
gembira dan sebaliknya sekiranya tidak berjaya. Tokoh yang menyatakan hal ini
ialah ---------------------

A. Jean Piaget
B. Eric Erikson
C. Arnold Gesell
D. Robert Havighurst

8. Tokoh menyatakan bahawa perilaku manusia diasaskan kepada hasrat


ini
seksual pada awalnya (eros) yang pada awalnya dirasakan oleh manusia
semenjak keeil lagi. Tokoh yang dimaksudkan ialah _

A. Eric Erikson
B. Arnold Gesell
C. Sigmund Frued
D. Robert Havighurst

9. Beliau sang at terkenal dalam pembentukan personaliti seseorang itu. Beliau


yang dimaksudkan ialah _

A. Eric Erikson
B. Arnold Gesell
C. Sigmund Frued
D. Robert Havighurst

10. Dalam tahap ini kanak-kanak begitu teruja dan seronok dalam meneroka alat
jantinanya sendiri. Tahap yang dimaksudkan ialah _

A. Anal
B. Falik
C. Latensi
D. Genital

11. Kanak-kanak pada tahap ini sangat kedekut, degil dan sangat mementingkan
diri. Kanak-kanak sedang dalam tahap _

A. Anal
B. Falik
C. Latensi
D. Genital

[Lihat Sebelah
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 4

12. Apakah yang dimaksudkan dengan Libido?

A. Hasrat seksual yang sememangnya ada dalam diri kanak-kanak semenjak


keci!.
B. Khayalan dan fantasi kanak-kanak tentang alam perkahwinan berlawanan
jenis.
c. Tenaga seks yang mendorong individu mendapatkan kawan yang
berlainan jenis.
D. Rasa kebinatangan yang sememangnya semulajadi pada setiap kanak­
kanak yang lahir.

13. Prinsip asas perkembangan tingkah laku kanak-kanak adalah seperti berikut
kecuaJi

A. Naluri.
B. Motivasi.
c. Desakan.
D. Kematangan.

14. Biasanya sifat ini merupakan fungsi fisiologi bergerak balas terhadap
ketidakseimbangan atau kekurangan keperluan asas dalam badan. Sifat yang
dimaksudkan ialah ------------------------------

A. Naluri.
B. Motivasi.
C. Desakan.
D. Kematangan.

15. Pernyataan manakah yang tidak tepat tentang masalah pergantungan lebihan
kanak-kanak.

A. Tidak yakin diri.


B. Tidak boleh berdikari.
c. Terlalu manja dan lemah.
D. Terlalu mengharapkan pertolongan.

16. Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pengasingan


diri kecuali

A. Malu menunjukkan kebolehannya.


B. Perasaan malu pada kawan-kawan.
c. Sikap rendah diri yang terlalu tinggi.
D. Tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan.

[Lihat Sebelah
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 5

17. Apakah yang dimaksudkan dengan guru yang asertif?

A. Guru yang rajin dan berdedikasi dalam tugasnya.


B. Guru yang pasif tetapi adakalanya sangat agresif.
C. Guru yang konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan.
D. Guru yang agresif, konsisten dan tegar dalam mengambil tindakan.

18. Kepeluan yang dimaksudkan oleh Glasser dalam model pengurusan tingkah
lakunya ialah _

A. kuasa, kebebasan dan kehendak


B. kuasa, keseronokan dan kehendak
C. kuasa, kebebasan dan keseronokan
D. kuasa, kebebasan, kehendak dan keseronokan

19. Berikut merupakan enam konsep dalam model tingkah laku Ginot kecuali

A. Berkomunikasidengan murid.
B. Menggalakkan disiplin kendiri.
C. Tidak menilai murid terlalu awal.
D. Memberi arahan mudah dan jelas.

20. Murid akan berusaha untuk belajar daripada kesilapan jika guru memahami
situasi murid. Pernyataan ini bertepatan dengan _

A. Model Ginot
B. Model Bandura
C. Model Asertif Center
D. Model Terapi Glasser

21. Model pengurusan tingkah laku ini menekan sekiranya keperluan kanak-kanak
dipenuhi, kanak-kanak tidak akan melanggar peraturan. Model yang
dimaksudkan ialah _

A. Model Ginot
B. Model Bandura
C. Model Asertif Center
D. Model Terapi Glasser

22. Pernyataan manakah yang paling tepat tentang strategi time out.

A. 3 minit untuk kanak-kanak 4 tahun.


B. 4 minit untuk kanak-kanak 5 tahun.
C. 5 minit untuk kanak-kanak 6 tahun.
D. 10 minit untuk kanak-kanak 7 tahun.

[Lihat SebeJah
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 6

23. Strategi modifikasi tingkah laku yang manakah yang berbahaya dalam
perkembangan emosi dan fizikal kanak-kanak?

A. Time out.
B. Satiation.
C. Hukuman.
D. Token Ekonomi.

24. In Loco Parentis ialah ----------------------------------------

A. Guru bertanggungjawab sepenuhnya


B. Ibubapa berperanan besar di sekolah dan kepada kanak-kanak
C. Guru bertanggungjawab umpama ibu bapa kepada kanak-kanak
D. Guru dan ibu bapa bergabung tanggungjawab terhadap kanak-kanak

Soalan 25 sehingga 40 adalah penyataan Betul atau Salah. Sila tandakan B sekiranya
jawapan ada Betul dan tandakan D sekiranya jawapan anda Salah.

25. Superego adalah bahagian personaliti yang menggunakan pemikiran realistik


dan logik yg tersusun.

B. Betul
D. Salah

26. Menurut Eric Erikson pada tahap 2 peringkat perkembangan sosioemosi kanak­
kanak mereka mula mencuba kerja-kerja yang dilakukan oleh orang dewasa.

B. Betul
D. Salah

27. Pada tahap prakonvensional teori moral Kohlberg kanak-kanak menterjemah


sesuatu tingkah laku secara objektif.

B. Betul
D. Salah

28. Gesell menyatakan bahawa pembelajaran hanya boleh berlaku apabila aspek
fizikal, kognitif, dan saraf kanak-kanak telah mencapai kematangan.

B. Betul
D. Salah

29. Berkongsi minat anda yang sebenar dengan kanak-kanak akan


mempercepatkan kanak-kanak memberi respon dengan bercakap.

B. Betul
D. Salah

[Lihat Sebelah
KAQ1043 : Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak 7

30. Sistem token berkesan kerana menekankan unsur persaingan dengan menu

ganjaran yang menarik.

B. Betuf
D. Salah

31. Bagi kanak-kanak yang hiperaktif masa yang kurang daripada 3 minit sudah
memadai semasa menjafankan teknik pemisahan.

B. Betul
D. Safah

32. Persekitaran yang emosional yang selamat apabila kanak-kanak berasa yang
mereka mampu buat apa sahaja mengikut kemahuan mereka dan apa yang
mereka buat itu dihargai.

B. Betul
D. Salah

33. Kawasan yang luas akan menyediakan peluang aktiviti motor yang sangat
banyak, permainan yang aktif dan mewujudkan kebisingan yang tinggi tetapi
mengurangkan keseronokan guru.

B. Betul
D. Salah

34. Membuat susunan gam bar untuk program harian membuat kanak-kanak
mengetahui jalan cerita sepanjang hari mereka di tadika/taska atau membuat
bunyi-bunyi tertentu sebagai cue transisi.

B. Betuf
D. Salah

35. Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan


individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul,

B. Betul
D. Salah

36. Tingkah laku kanak-kanak yang suka mengasingkan diri dan tidak terlibat dalam
aktiviti yang diadakan merupakan ciri-ciri kepada masalah tingkah laku yang
bergantung.

B. Betul
D. Salah

[Lihat Sebelah
KAQ1043: Bimbingan Tingkah Laku Awa/ Kanak-kanak 8

37. Salah satutujuan rutin dijalankan di pusat pendidikan dan asuhan kanak-kanak
adalah kerana
konsep rutin memberikan kesinambungan dan pengalaman
bermakna kepada kanak-kanak.

B. Betul
D. Salah

38. Pemikiran prasedar menjadikan Sigmund Frued tokoh yang terkenal dalam
bidang psikologi.

B. Betul
D. Salah

39. Teknik shaping merupakan satu teknik dalam bimbingan tingkah laku yang
dibentuk berasaskan teori konstruktivisme.

B. Betul
D. Salah

40. Gesell percaya bahawa pembelajaran boleh dilaksanakan dengan kanak-kanak


apabila mereka telah mencapai kematangan dari segi kogitif dan saraf.

B. Betul
.

D. Salah

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai