Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Kanak-kanak berkembang menerusi beberapa aspek yang saling berhubung


kait antara satu sama lain iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi, rohani dan
sosial. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal
didefinasikan sebagai suatu proses yang dialami dalam setiap individu yang
melibatkan perubahan daripada segi perkembangan kemahiran psikomotor dan
kemahiran tersebut memerlukan penglibatan penggunaan anggota badan individu
terbabit.

Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal adalah perubahan-


perubahanyang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan
secara tidak langsung. Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu,
contohnya dalam permainan dan aktiviti luar.

Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz,


fizikal atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa melalui proses pertumbuhan
kanak-kanak akan mengalami perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan
dapat diukur, pertumbuhan ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan
fizikal kanak-kanak. Dalam proses perkembangan fizikal ianya agak berbeza dengan
aspek perkembangan yang lain yang tidak akan terhenti, perkembangan fizikal ianya
akan berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan.

Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi


pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta
mengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk
& Margetts (2007) yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada
perubahan saiz fizikal,kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota
badan dan perawatakan manusia.
2.0 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Dalam teori perkembangan fizikal ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan


individu dimana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu
faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan
dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Faktor baka atau dikenali sebagai gen ini
akan diwarisi oleh kanak-kanak sejak pembentukan mereka di dalam rahim. Mereka
akan mewarisi segala sifat, perwatakan, kebolehan dan kematangan yang dimiliki oleh
ibu dan bapanya semenjak lahir hingga dewasa. Bagi melengkapkan lagi proses
kematangan ini, ia juga dipengaruhi oleh persekitaran yang memainkan peranan
untuk membantu proses kematangan bayi itu.

Menurut beliau, proses kematangan ini tidak boleh dipaksa kerana beliau
berpendapat bahawa kematangan ini akan berlaku apabila kebolehan kanak-kanak
itu sampai kepada kematangan tertentu iaitu mengikut pola dan urutan yang tersendiri.
Ini bermaksud selagi sistem saraf dan kematangan fizikal bayi belum bersedia maka
ibu bapa tidak boleh memaksa bayi untuk melakukan sesuatu kemahiran tertentu.

Menurut teori kematangan yang dibuat oleh Arnorld Gesell, beliau telah
membahagikan kepada 5 peringkat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Peringkat pertama , dari lahir sehingga 1 tahun iaitu 1 bulan menghasilkan


tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti lapar dan juga
lampinnya basah, 4 bulan koordinasi fizikal berlaku seperti mata mengikut objek yang
bergerak, 6 bulan bayi mula menggenggam objek, 7 bulan bayi boleh duduk dan
merangkak dan 12 bulan bayi mampu berdiri dengan berpaut pada perabot. Peringkat
kedua, 1 - 2 tahun iaitu kemantangan fizikal dan mental mula meningkat, mula
memahami makna ‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu untuk berjalan tetapi
dengan bantuan. Peringkat ketiga, 2 - 3 tahun iaitu koordinasi mata, tangan dan kaki
mula terbentuk, boleh bercakap menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan
diri seperti makan dan memakai kasut. Peringkat keempat, 3 – 4 tahun iaitu koordinasi
dan kematangan fizikal semakin kukuh dan boleh menuruti arahan mudah daripada
ibu bapa. Peringkat kelima, 4 – 5 tahun iaitu proses berinteraksi terbentuk, mula
bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat dan bersedia untuk ke
kelas prasekolah.
3.0 MOTOR HALUS

Pada peringkat kanak-kanak pertengahan dan akhir, perubahan sistem saraf


meningkat dan memberi kesan kepada perkembangan kemahiran otot halus. Kanak-
kanak yang mula masuk ke alam persekolahan menjadikan otot mata dan tangan
mencapai koordinasi yang lebih baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca,
mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama


di bahagian jari tanagn dan jari kaki. Keadaan ini menjadikan segala aktiviti dan
pergerakan kanak-kanak tersebut seperti menggenggam dan menjahit dapat dikawal
dengan lebih baik dan sempurna. Kanak-kanak lebih mahir dan cekap menggunakan
tangan mereka. Kanak-kanak lima tahun boleh memukul, menampal, mengikat tali
kasut, dan membutan baju.

Pada umur tujuh tahun, kanak-kanak lebih suka menggunakan pensel berbanding
dengan kapur untuk menulis. Saiz perkataan yang ditulis akan menjadi semakin kecil
dengan peningkatan umur kanak-kanak.Pada umur 10 hingga 12, kanak-kanak mula
menunjukkan kemahiran mengendalikan sesuatu yang serupa dengan cara orang
dewasa
4.0 MOTOR KASAR

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan
anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Kemahiran motor
kasar adalah satu kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di
sekelilingnya. Contohnya merangkak, berdiri dan berjalan.

Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin kurang berat


atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang berbanding bahagian seluruh
badan. Dengan perubahan ini, pusat graviti mereka akan beralih dari bahagian kepala
ke bawah, menuju ke tubuh badan. Perubahan tersebut membuatkan mereka semakin
seimbang.

Menurut Gretchell & Robertson (1989), pada usia satu hingga dua tahun,
pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin terkawal, seterusnya membolehkan
mereka melakukan aktiviti seperti berlari. Kematangan ini menyediakan mereka untuk
mengembangkan kemahiran motor baru yang melibatkan otot besar badan seperti
memanjat dan melompat.
5.0 MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT PRA OPERASI

(2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN)

Nama subjek : Muhammad Fatih Rayyan Bin Syafiz Amar

Tinggi : 106cm

Berat : 17kg

Umur : 5 tahun

Mula tumbuh gigi : 6 bulan

Mula berjalan : 10 bulan

Warna rambut : Hitam

Jenis rambut : Kerinting

Bil. Adik beradik : 3 orang

Anak ke- : 1 daripada 3 orang

Amalan pemakanan : Tidak suka makan sayur dan makan buah anggur sahaja.

Status kesihatan : Sihat dan normal.

Status penjagaan : Tinggal bersama ibu bapa.


6.0 LAPORAN AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan perkembangan fizikal kanak-kanak yang


saya pilih iaitu Muhammad Fatih Rayyan Bin Syafiz Amar dari aspek perkembangan
motor beliau. Oleh itu aktiviti pertama yang dijalankan adalah aktiviti memanjat dan
bergayut di taman permainan (Lampiran). Menurut teori yang diberikan oleh Arnorld
Gesell, Fatih sudah mencapai tahap yang mencukupi dalam aspek perkembangan
motor kasar. Hal ini berseuaian dengan aktiviti pertama yang telah dijalankan yang
menunjukkan bahawa perkembangan motor kasar pada bahagian kaki dan tangan
Fatih berada pada tahap yang diterangkan oleh teori tersebut.

Aktiviti seterusnya adalah menulis dengan baik (Lampiran). Fatih dapat melakukan
aktiviti ini dengan baik dan kemas. Hal ini menunjukkan motor halus pada tangan
beliau sudah berkembang. Aktiviti ini menunjukkan bahawa teori yang diberikan oleh
Arnorld Gesell adalah tepat dimana pada usia 5 tahun , motor halus kanak-kanak akan
semakin terurus dan meningkat lebih maju. Seiring dengan penyelarasan antara mata
dan jari kanak-kanak pada usia ini mampu untuk mengimbangi kawalan tangan,
lengan dan badan dengan pergerakan mata. Pada umur 5 tahun, penguasaan
kawalan jari serta penyelarasan tangan dan mata menyebabkan Fatih dapat mencapai
kebolehan seperti membutang baju dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.
7.0 RUMUSAN

Kajian yang dijalankan hanya tertumpu pengaruh di rumah dan taman permainan
sahaja dan tidak mengambil kira pengaruh di tadika atau latar belakang ibu bapa.
Didapati bahawa ibu bapa sibuk berkerja sehingga kurang memberi pendedahan yang
lain seperti aktiviti berenang yang dapat membentu aktiviti motor kasar kanak-kanak
tersebut. Oleh itu , ibu bapa harus menguruskan masa dengan baik bagi memberi
pendedahan kepada anak mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti yang sesuai
dengan umur mereka. Selain itu, kajian ini melibatkan kanak-kanak yang terdiri
daripadad seorang kanak-kanak dari lingkungan umur 5 tahun. Oleh itu, keputusan
kajian yang diperolehi adalah terhad kepada kanak-kanak yang dipilih sahaja dan
tidak dapat mewakili populasi yang lain. Kajian yang dijalankan ini agak terhad dari
segi masa kerana masa yangdiperuntukkan untuk kajian ini adalah selama 4 minggu
sahaja. Hal ini menyebabkan saya menghadapi kesukaran dalam mengumpul
maklumat yang lebih terperinci dan mendalam mengenai tahap penguasaan kanak-
kanak dalam kemahiran motor halus dan kasar.

Walaubagaimanapun , aktiviti yang telah dijalankan ke atas subjek


menunjukkan bahawa perkembangan fizikal subjek berkembang secara normal dan
sihat. Hal ini demikian kerana subjek berjaya mencapai objektif setiap aktiviti yang
dijalankan dengan cemerlang sama ada dari segi aktiviti motor kasar mahupun motor
halus. Oleh itu, saya berharap agar subjek dapat melalui perkembangan fizikalnya
dengan normal dan sihat. Dapat disimpulkan bahawa kajian yang telah dilaksanakan
memberikan hasil yang bertepatan dengan teori yang diberi oleh Arnorld Gesell.

(1370 patah perkataan)


RUJUKAN

Arnold Gesell. (2007). Studies in Child Development. Read Books.

Dr Faridah Nazir. (2015). Perkembangan Kanak-Kanak. Sasbadi Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (1942). Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn


Bhd.

Wah, W. K. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxdord Fajar Sdn Bhd.

Yusina. (2013, March 4). BAB 2 TESIS Perkembangan Kemahiran Motor Halus
Kanak-kanak. Didapatkan dari Scribd:
https://www.scribd.com/doc/128425185/BAB-2-TESIS-Perkembangan-
Kemahiran-Motor-Halus-Kanak-kanak-Tadika-Dalam-Menggunting-Dan-
Faktor-Yang-Mempengaruhinya

Frances Degen Horowitz. (2014). Exploring Developmental Theories: Toward A


Structural/Behavioral Model of Development. New York: Psycology Press.

Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-Kanak: Cara mudah memahami


psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS PROFESSIONAL Publishing
Sdn. Bhd.
Lampiran

Lampiran 1 : Penulis (kiri) bersama Muhammad Fatih Rayyan Bin Syafiz Amar (kanan)
Lampiran 2 : Fatih dapat menggunakan jarinya untuk menulis.

Lampiran 3 : Fatih dapat bergayut menggunakan motor kasar pada tangannya.

Anda mungkin juga menyukai