Anda di halaman 1dari 22

TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

1

BAHAGIAN A: Pemerhatian melalui klip video yang disertakan.
1.0 Durasi video yang diperhatikan : 7 minit 35 saat
2.0 Bilangan kanak-kanak : 2 orang
3.0 Anggaran umur : 3 hingga 4 tahun
4.0 Lokasi video dirakam : Di sudut permainan di dalam sebuah
pusat taman asuhan kanak-kanak.
5.0 Catatan pemerhatian:
Terdapat dua orang kanak-kanak dalam klip video ini. Salah seorang daripadanya
berambut perang, berkulit cerah, memakai baju berlengan panjang berwarna hijau,
berseluar panjang berwarna biru, bertali pinggang berwarna hitam, memakai stokin dan
masih lagi menggunakan lampin pakai buang. Seluar kanak-kanak ini juga agak besar
dan hujungnya pula dilipat untuk memberi keselesaan semasa bergerak. Saya
melabelkan kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak A.
Manakala yang seorang lagi berambut hitam, berkulit agak gelap, memakai baju
lengan pendek berwarna biru muda, berseluar panjang berwarna biru, berstokin dan
memakai kasut berwarna putih. Kanak-kanak ini pula saya labelkan sebagai kanak-
kanak B.
Kanak-kanak B duduk di atas kerusi sambil asyik bermain dengan tangan kirinya
memegang sudu, manakala tangan kanannya meletakkan sesuatu ke dalam sudu
tersebut. Dia langsung tidak menghiraukan kanak-kanak A yang berjalan menuju ke rak
untuk mengambil set permainan. Kanak-kanak A memegang kotak permainan tersebut
menggunakan kedua-dua belah tangannya kemudian meletakkannya di atas meja
tempat kanak-kanak B bermain. Mereka duduk bertentangan, bermain sendiri
menggunakan set permainan yang berlainan dan tidak menghiraukan antara satu sama
lain.
Selepas meletakkan kotak permainan di atas meja, kanak-kanak A naik ke atas
kerusi sambil menoleh ke arah kanak-kanak B. Ia kemudian menangis apabila
mendapati yang kotak permainannya tidak diletakkan dengan betul. Ia menoleh ke arah
jurugambar lalu membetulkan sendiri kotak permainan tersebut. Kanak-kanak B
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

2

memerhatikan sahaja gelagat kanak-kanak A tanpa menghulurkan sebarang bantuan.
Kanak-kanak A juga menoleh sebentar ke arah kanak-kanak B sebelum mula bermain.
Kanak-kanak A memegang rod kayu menggunakan tangan kiri kemudia
memasukkan kiub berwarna oren ke dalam rod kayu tersebut menggunakan tangan
kanannya. Namun ia mengeluarkan semula kiub berwarna oren tersebut lalu
menggantikannya dengan kiub berbentuk bujur yang berwarna kuning. Kemudian ia
memasukkan pula kiub berwarna biru menggunakan tangan kiri sementara tangan
kanannya memegang rod kayu. Selepas itu, kanak-kanak A ini cuba memasukkan kiub
berwarna oren pula tetapi menggunakan teknik lain iaitu dengan mencucuknya
menggunakan tangan kanan. Teknik ini berjaya tetapi ia mengeluarkan semula kiub
oren tersebut. Ketika hendak mencucuk kiub yang lain, kiub biru pula terkeluar. Ia
melepaskan seketika rod kayu di tangan kanannya untuk mengambil kiub lain. Ketika
hendak mengambil rod kayu semula menggunakan tangan kirinya, rod kayu tersebut
terjatuh ke lantai sebelah kanannya. Ia meletakkan semula kiub di tangan kanannya lalu
tunduk untuk mengambil rod kayu yang terjatuh tadi sebelum mengeluarkan kiub kuning
daripada rod kayu tersebut. Sekali lagi rod kayu itu terjatuh dan kali ini disebelah kirinya
pula. Kanak-kanak A mengambil semula rod kayu yang jatuh itu dengan
menjangkaunya menggunakan tangan kiri. Ia mencuba beberapa kali untuk
memasukkan kiub yang lebih kecil saiznya ke dalam rod tersebut namun tidak berjaya
lalu mencuba kiub berwarna oren. Ia mencucuk-cucuk kiub oren tersebut untuk
memasukkannya kemudian menukar teknik iaitu dengan menggunakan tangan. Tetapi
ia mengeluarkan semula kiub oren tadi lalu menggantikannya dengan kiub biru. Kiub
biru juga dikeluarkan dan rod kayu pun disimpan ke dalam kotak permainan tersebut.
Kanak-kanak A menoleh ke arah kanak-kanak B sebelum menyimpan set
permainannya pada rak yang disediakan. Sepanjang bermain, kanak-kanak A langsung
tidak bercakap melainkan sesekali menoleh kearah kanak-kanak B.
Dalam masa yang sama, kanak-kanak B juga leka dengan permainannya sendiri
tanpa kanak-kanak A di hadapannya. Ia bermain permainan sudu, mangkuk dan bijirin
atau manik kecil.
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

3

Setelah memerhatikan kanak-kanak A menangis kerana kotak permainannya
tidak diletakkan dengan betul, kanak-kanak B meneruskan permainannya. Ia mengutip
bijirin ke dalam mangkuk kemudian menuangkannya ke dalam mangkuk yang satu lagi
menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya asyik memegang sudu.
Kemudian ia mengauk bijirin daripada mangkuk yang penuh menggunakan mangkuk
kosong. Apabila beberapa biji bijirin jatuh bertaburan, kanak-kanak B tersebut
menyebut o....o.... sebanyak dua kali sebelum mengumpulnya semula. Apabila
mendapati bahawa masih ada lagi bijirin yang belum dikutip kanak-kanak tersebut
menyebut you...... kemudian mengutipnya, mengalih-alihkan mangkuk dan menoleh
ke arah kanak-kanak A. Ia kemudian mencari kalau-kalau ada bijirin yang masih
terjatuh di bawah meja. Ia mengutip sebiji bijirin lagi lalu meletakkannya ke dalam
mangkuk, kemudian menyebut 0...0.... sekali lagi. Sambil tangan kirinya terus
memegang sudu, kanak-kank B itu memunggah bijirin ke dalam mangkuk kosong
menggunakan tangan kanan. Sebaik sahaja meletakkan bijirin ke dalam mangkuk ia
akan menggerak-gerakan jarinya untuk memastikan tiada lagi bijirin yang terlekat
dicelah-celah jarinya itu. Jika ada yang terjatuh, ia akan mengutip bijirin tersebut dan
meletakkannya semula ke dalam mangkuk. Ia memindahkan bijirin dari satu mangkuk
ke mangkuk yang satu lagi, mula-mula menggunakan tangan kanan dan apabila sedikit
sahaja bijirin yang tinggal ia akan menuangkan terus mangkuk tersebut. Apabila
mangkuk sudah kosong, ia mengauk pula bijirin dari mangkuk yang penuh dan
memindahkannya ke dalam mangkuk yang kosong tadi menggunakan tangan.
Setelah kanak-kanak A menyimpan permainannya, ia pergi kepada kanak-kanak
B lalu memerhatikannya bermain dan kemudian cuba mengambil permainan kanak-
kanak B tersebut. Jurugambar mengarahkan kanak-kanak B mengemaskan
permainannya juga serta memberitahu supaya mereka bertukar alat permainan. Kanak-
kanak B mengucapkan change...change.... kepada kanak-kanak A lalu menyimpan
permainannya. Ia kemudian mengambil set permainan kanak-kanak A manakala kanak-
kanak A pula mengambil set permainannya. Sekali lagi kanak-kanak A menangis
apabila tidak pandai meletakkan kotak permainan dengan betul di atas meja. Kanak-
kanak B yang memerhatikan gelagat kanak-kanak A kemudian membantu
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

4

membetulkan kedudukan kotak permainan rakannya itu setelah diarahkan oleh
jurugambar. Kedua-dua mereka pun meneruskan permainan masing-masing.
Kanak-kanak B bermain dengan memasukkan kiub berwarna biru diikuti kiub
berwarna kuning ke dalam rod kayu. Kemudian ia memasukkan pula kiub berwarna
oren dan seterusnya kiub kuning dengan mudah sekali. Ia cuba memasukkan kiub yang
paling kecil tetapi mengalami kesukaran dan terpaksa bertanyakan jurugambar cara
memasukkannya. Ia lalu mengeluarkan kesemua kiub dan mengemaskan
permainannya apabila melihat kanak-kanak A menyimpan permainannya dan menukar
dengan yang lain lagi.
Semasa kanak-kanak A bermain permainan sudu, mangkuk dan bijirin, ia juga
melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak B tadi iaitu memindahkan bijirin dari
satu mangkuk ke mangkuk yang lain tetapi kanak-kanak ini menggunakan sudu untuk
mengauk bijirin tersebut. Namun ia masih juga tidak bercakap ketika bermain.
Kanak-kanak B mengambil permainannya yang mula-mula tadi manakala kanak-
kanak A mengambil permainan yang baru. Kanak-kanak A menangis lagi sebab tidak
pandai meletakkan kotak permainannya dengan betul. Sekali lagi kanak-kanak B
membantu membetulkannya dan mereka pun meneruskan permainan masing-masing
tanpa menghiraukan satu sama lain.
Klip video ini tamat setakat itu dengan tempoh masa selama tujuh minit tiga
puluh lima saat.

6.0 Kesimpulan
Menurut Wong Keat Wah et. al. (2013), proses perkembangan antara seorang individu
dengan individu yang lain adalah tidak sama kerana tidak semua kanak-kanak akan
mencapai titik perkembangan yang sama walaupun mempunyai peringkat umur yang
sama. Pendapat tersebut telah pun dibuktikan melalui klip video ini di mana terdapat
dua orang kanak-kanak yang kelihatannya berada pada peringkat umur yang sama
tertapi jelas berbeza dari segi tahap perkembangan masing-masing.
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

5

Jika dilihat dari aspek perkembangan fizikal, kedua-dua kanak-kanak ini
mempunyai saiz badan yang agak sama namun berbeza dari segi baka berdasarkan
kepada warna rambut serta kulit yang tidak serupa. Kemahiran motor halus kanak-
kanak B adalah lebih baik berbanding kanak-kanak A jika dilihat dari segi cara mereka
bermain. Contohnya, kanak-kanak B lebih cekap memasukkan kiub ke dalam rod kayu
manakala kanak-kanak B mengalami kesukaran untuk melakukan perkara yang sama.
Selain itu, perbezaan perkembangan fizikal di antara kedua-dua kanak-kanak ini dapat
dilihat melalui cara mereka berjalan, duduk dan mengangkat alat permainan.
Aspek mental juga menunjukkan bahawa kanak-kanak B lebih matang daripada
kanak-kanak A. Kanak-kanak A tidak boleh meletakkan kotak permainan pada
kedudukan yang betul dan terpaksa dibantu oleh kanak-kanak B untuk
membetulkannya. Kanak-kanak B juga tidak mencucuk kiub sembarangan tetapi
menyusunnya mengikut pola warna dan bentuk yang jelas. Kemahiran berbahasa
kanak-kanak B juga adalah lebih baih kerana ia sering bersuara berbanding kanak-
kanak A yang tidak bercakap walau sepatah pun kecuali merengek dan menangis.
Kanak-kanak A mempunyai keupayaan untuk berinteraksi. Apabila ia melihat
sesuatu yang tidak kena terhadap rakannya (kanak-kanak B) seperti menangis, ia akan
menunjukkan keperihatinan dengan memberikan pertolongan. Ia juga mengajak kanak-
kanak A bertukar permainan apabila diarahkan oleh jurugambar untuk berbuat
demikian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak B mempunyai tahap perkembangan
sosial yang baik.
Dari segi emosi pula, kedua-dua kanak-kanak ini nampaknya berkeupayaan
meluahkan, menguasai dan mengawal perasaan. Apabila mengalami kesukaran seperti
kotak permainan tidak diletakkan dengan betul, kanak-kanak A akan menangis untuk
menunjukkan ia berasa sedih. Kanak-kanak B pula meluahkan perasaan dengan
menyebut o....o...... apabila mendapati bijirin yang dimainkannya terjatuh dan
menunjukkan aksi gembira apabila berjaya memasukkan kiub ke dalam rod kayu.
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

6

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak B adalah lebih baik berbanding
kanak-kanak A. Kanak-kanak A perlu dibantu atau dibimbing untuk mencapai tahap
perkembangan yang lebih tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai.

7.0 Cadangan Untuk Membantu Perkembangan Kanak-Kanak
Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,
perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa.
Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain.
Kawalan motor kasar dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas,
melompat, memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini
memberi kesedaran kepada kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan
arah tujuan. Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat
mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran
manipulatif dapat dibina melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik,
jigsaw puzzles, mengikat reben, kraftangan dan membentuk menggunakan doh.
Main juga memberi peluang kepada kanak-kanak membentuk konsep kendiri
yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. Aktiviti
main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olok-
olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari
persekitaran serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi.
Aktiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-
teki, nyanyian dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik
dan sains serta berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan
seronok.
Dengan ini, saya berpendapat bahawa aktiviti bermain adalah yang paling sesuai
dan berkesan untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek.
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

7

BAHAGIAN B: Bincangkan amalan sesetengah sekolah yang menggunakan ujian
LINUS untuk menguji murid-murid prasekolah. Anda dikehendaki berhujah secara kritis
terhadap amalan ini.
1.0 Pengenalan
LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program
pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran
untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard
penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan.
Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah
program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Ia telah
memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah yang agak
ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Mulai sesi 2013, program LINUS yang pada asalnya hanya untuk penguasaan
kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan numerasi (mengira) telah
diperkembangkan lagi kepada Literasi Bahasa Inggeris pula iaitu melalui program
LINUS 2.0 di mana saringan asas telah dilaksanakan di kalangan pelajar Tahun Satu
pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam Bahasa Inggeris supaya
murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti. Ini berikutan pencapaian
memberangsangkan program LINUS sejak diperkenalkan pada 2010 dengan 99.84
peratus pelajar Tahun Tiga yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai
literasi manakala 99.92 peratus pelajar berjaya menguasai asas numerasi. Daripada
jumlah itu, hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan
literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi
(Shamsuri Sujak, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran dalam Berita Harian, 24 November 2012).
Manakala di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), murid
prasekolah diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran asas dalam literasi dan
numerasi sebagai persediaan untuk masuk ke Tahun Satu. Murid akan belajar huruf,
perkataan mudah, ayat tunggal yang mudah, pratulis, pranombor, nombor dan operasi
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

8

matematik yang mudah. Antara kemahiran utama yang difokuskan adalah kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membilang.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang kesesuaian
menggunakan ujian LINUS untuk menguji murid-murid prasekolah.

2.0 Konsep, Matlamat dan Objektif LINUS
Penilaian keupayaan penguasaan literasi dan numerasi murid ialah melalui tiga ujian
saringan yang dilaksanakan dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September.
Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi atau tidak
melepasi konstruk yang ditetapkan dalam ujian saringan kedua akan dimasukkan ke
dalam kelas pemulihan di mana mereka akan diasingkan kelas bagi matapelajaran
berkenaan bagi memastikan perhatian istimewa dapat diberikan oleh guru-guru LINUS
dan guru pemulihan berdasarkan kemampuan mereka.
Terdapat dua belas konstruk kemahiran murid LINUS biasa akan diajar oleh guru
bahasa mereka manakala murid LINUS tegar akan diajar oleh guru pemulihan di kelas
pemulihan. Selepas saringan kedua, pelaksanaan pengajaran akan menggunakan
modul LINUS yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Di antara
prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah ansur maju, didik hibur,
pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar
sambil bermain. Ini adalah selari dengan pendapat Mahzan Arshad, 2008 yang
menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya
menumpukan kepada kemahiran atau teknik semata-mata.
Matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan
kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid ini tidak ketinggalan dalam
menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Mohd Zainal Dirin, Timbalan Pengarah
Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17 pada 19 Oktober 2011
menegaskan bahawa guru sebagai penggerak utama program ini harus mempunyai
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

9

sikap dan aspirasi yang cermerlang, bersemangat dan kredebiliti yang tinggi sepanjang
pengajaran dan pembelajaran.
Strategi perlaksanaan program LINUS yang telah ditetapkan oleh Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia adalah membuat penyaringan murid (Tahun
1, 2 dan 3), perkembangan bahan, meningkatkan kemahiran pedagogi untuk guru,
program kesedaran tentang LINUS untuk sekolah dan komuniti, pemantauan,
penyeliaan dan penilaian serta pengukuhan fasiLINUS (Pemilihan fasilitator yang
berpengalaman.
FasiLINUS berperanan untuk memberi nasihat kepada guru pemulihan sedia
ada, membimbing dan mengetuai guru-guru, memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor
dalam melaksanakan program LINUS. Di samping itu, fasiLINUS juga berperanan untuk
membina kapasiti guru pemulihan, guru lain dan pentadbir selain membantu sekolah
menyediakan pelan tindakan pembetulan program tersebut.

3.0 Konsep, Matlamat dan Objektif Prasekolah
Menurut Shahril @ Charil Marzuki (dalam Shahril @ Charil Marzuki et. al, 1993),
pendidikan prasekolah merupakan pendidikan asas bagi kanak-kanak dalam
lingkungan umur empat hingga enam tahun iaitu sebelum mereka masuk ke sekolah
rendah. Pendidikan prasekolah diakui memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak
kerana pada peringkat ini mereka telah mempunyai keupayaan untuk menerima
sebarang pengetahuan yang diajarkan. Tujuan pendidikan pada peringkat ini ialah
untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh melalui program-program yang dirancang sesuai dengan peringkat yang
mereka lalui.
Proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah sebahagian
besarnya berlaku tanpa disedari oleh guru itu sendiri. Ini disebabkan kanak-kanak pada
peringkat ini belajar melalui deria rasa iaitu dari apa yang mereka dengar, lihat dan
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

10

pegang. Oleh itu, pendidikan pada peringkat ini haruslah memberi penekanan kepada
konsep belajar sambil bermain dan belajar melalui pengalaman.
Aktiviti prasekolah perlu dirancang dan dilaksanakan selaras dengan
perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam
pengalaman pembelajarannya. Aktiviti-aktiviti tersebut juga perlu dihubungkaitkan di
antara satu komponen dengan komponen yang lain supaya murid mendapat
pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Prinsip fleksibiliti dan mudah ubah perlu
ditekankan dalam semua aktiviti.
Melalui pendidikan di prasekolah, kanak-kanak akan mampu menyediakan diri
dengan asas-asas kepercayaan kepada Tuhan dan pengetahuan asas mengenai Islam
sebagai agama yang mereka anuti (untuk Prasekolah Islam). Ini akan membina peribadi
mulia kanak-kanak dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Kanak-kanak juga akan menanam perasaan tanggungjawab, bekerjasama, timbang
rasa dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Prasekolah juga berperanan untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak mempertingkatkan kebolehan psikomotor,
intelek dan kemahiran-kemahiran yang lain. Selain itu, pendidikan peringkat ini juga
dapat melatih kanak-kanak menggunakan bahasa komunikasi yang baik dan berkesan
dalam kehidupan harian mereka.
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), penekanan
haruslah diberikan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran
asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap
dan Nilai, Kemanusiaan, Sains dan Teknologi, Perkembangan Fizikal dan Estetika serta
Perkembangan Keterampilan Diri. Untuk kesinambungan, tunjang-tunjang ini adalah
sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
Pentaksiran dan penilaian prasekolah pula merupakan satu proses yang
sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid. Ini akan
membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

11

tindakan susulan yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat yang diperoleh.
Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan untuk melabel dan
membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan
pembelajaran murid berkenaan. Dengan kata lain, pentaksiran murid di prasekolah
lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan serta perkembangan dan
bukan pencapaian semata-mata. Oleh itu, semasa merancang proses pentaksiran guru
harus memberi pertimbangan ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak,
psikologi kanak-kanak dan teori perkembangan kanak-kanak.

4.0 Kesesuaian Ujian LINUS Untuk Menguji Murid-Murid Prasekolah
Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang isu di atas, saya ingin mengajak
pembaca untuk membanding beza maklumat yang terkandung di dalam Jadual 1 dan
Jadual 2 iaitu berkenaan dengan senarai konstruk untuk pentaksiran di prasekolah dan
konstruk-konstruk yang di nilai dalam ujian LINUS.
Tunjang Konstruk
Komunikasi
- Kemahiran Mendengar
- Kemahiran Bertutur
- Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan
Konsonan
- Kemahiran Membaca Perkataan
- Kemahiran Membaca Ayat
- Kemahiran Mencerita Semula
- Kemahiran Menulis
Sains dan Teknologi
(Awal Matematik)
- Pengetahuan Tentang Nombor 1 20
- Pengetahuan Tentang 20, 30, 40 dan 50
- Kemahiran Menyelesai Operasi Tambah Dalam
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

12

Lingkungan 10
- Kemahiran Menyelesai Operasi Tolak Dalam
Lingkungan 10
- Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai
- Pengetahuan tentang Konsep Masa

Jadual 1: Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah
Sumber: Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah, BPK, KPM (2010)


Berikut pula adalah dua belas konstruk dalam setiap Literasi, Numerasi dan
LINUS 2.0 (Literasi Bahasa Inggeris) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh masa tiga tahun persekolahan.








Literasi
1. Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan
konsonan.
2. Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
3. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
terbuka.
4. Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
5. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
tertutup.
6. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup ng
7. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong.
8. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mempunyai vokal berganding.
9. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi digraph dan konsonan bergabung.
10. Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

13

berimbuhan awalan dan akhiran.
11. Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
12. Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat
berdasarkan bahan rangsangan.






Numerasi
1. Keupayaan pranombor dan mengenal angka.
2. Keupayaan membilang.
3. Keupayaan memahami nilai nombor.
4. Keupayaan membuat seriasi.
5. Keupayaan mengenal mata wang Malaysia.
6. Keupayaan menyatakan waktu.
7. Keupayaan mengendalikan operasi asas.
8. Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata
wang Malaysia.
9. Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan
isipadu.
10. Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat
matematik dan sebaliknya.
11. Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat.
12. Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan
ukuran panjang.





LINUS 2.0 (Literasi
Bahasa Inggeris)
1. Able to identify and distinguish the shapes of the alphabet.
2. Able to associate sounds with the letter of the alphabet.
3. Able to blend phonemes into recognisable words.
4. Able to segment words into phonemes.
5. Able to understand and use the language at word level.
6. Able to participate in daily conversations using appropriate
phrases.
7. Able to understand and use the language at phrase level in
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

14

linear texts.
8. Able to understand and use the language at phrase level in
non-linear texts.
9. Able to read and understand sentences with guidance.
10. Able to understand and use the language at sentence level
in non-linear texts.
11. Able to understand and use the language of paragraph
level in linear texts.
12. Able to contruct sentences with guidance.

Jadual 2: Senarai Konstruk yang dinilai dalam ujian LINUS.
Sumber: FasiLINUS Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.

Merujuk kepada kedua-dua jadual di atas, secara keseluruhannya saya bersetuju
jika Ujian LINUS diguna pakai untuk menguji tahap pencapaian murid-murid di
prasekolah. Ini adalah kerana konstruk-konstruk yang dinilai dalam LINUS terutamanya
Konstruk 1 hingga Konstruk 6 sangat berkaitan dengan konstruk-konstruk untuk
pentaksiran di prasekolah. Umpamanya konstruk BM3 dalam Jadual 1 iaitu Kemahiran
Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan serta konstruk 1 pada Tunjang
Komunikasi dalam Jadual 2 iaitu Keupayaan Membaca dan Menulis Huruf Vokal dan
Konsonan, jelas sekali terdapat kesinambungan dan persamaan kerana kedua-duanya
menilai keupayaan murid membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk-konstruk dalam Numerasi pula mempunyai persamaan dengan
konstruk-konstruk yang dinilai dalam Tunjang Sains dan Teknologi (Perkembangan
Kognitif) iaitu bagi Perkembangan Awal Matematik. Konstruk 1 hingga Konstruk 7
dalam numerasi sangat berkaitan dengan standard kandungan dan standard
pembelajaran dalam Awal Matematik di mana ianya sama-sama menekankan tentang
kemahiran mengenal nombor, membilang, mengenal mata wang Malaysia, menyatakan
waktu dan mengendalikan operasi asas (tambah dan tolak).
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

15

Merujuk kepada dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
2010, konstruk-konstruk dalam LINUS 2.0 (Literasi Bahasa Inggeris) juga mempunyai
kesinambungan dengan standard pembelajaran bagi Tunjang Komunikasi (Bahasa
Inggeris). Seperti mana konstruk dalam Literasi Bahasa Malaysia, LINUS 2.0 juga
memfokuskan kepada empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Selain daripada itu, objektif prasekolah juga mempunyai persamaan dengan
objektif LINUS. Ini jelas dinyatakan dalam KSPK (muka surat 1) yang menyebut
bahawa objektifnya yang ke-14 adalah untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam
konteks kehidupan harian. Objektif ke-16 pula menyatakan bahawa kanak-kanak
prasekolah akan mampu menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan
tugasan harian dan menyelesaikan masalah. Oleh kerana kedua-dua objektif ini adalah
bertepatan dengan objektif LINUS, maka saya berpendapat wajarlah murid-murid
prasekolah dinilai dengan menggunakan ujian LINUS terutamanya melalui konstruk 1
hingga konstruk 6 dalam kedua-dua bidang literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris) dan numerasi tersebut.
Walaubagaimana pun, jika melihat kepada konsep pentaksiran dengan konsep
serta tujuan LINUS terdapat beberapa percangahan di antara keduanya. Pentaksiran
prasekolah bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi
membantu guru membuat penilaian seterusnya mengenalpasti tindakan susulan yang
sesuai untuk membantu murid mencapai standard pembelajaran yang telah ditetapkan
dalam KSPK. Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat
laporan kepada ibu bapa. Melalui penilaian dan pentaksiran ini, murid juga dapat
menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui
aktiviti yang disediakan. Ini berbeza dengan konsep LINUS di mana ia lebih
menekankan kepada tahap pencapaian penguasaan murid berbanding
penambahbaikan kaedah pengajaran guru berkenaan. Rekod-rekod keputusan ujian
LINUS hanyalah tentang pencapaian pelajar dan tidak memberi penekanan tentang
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

16

apakah tindakan susulan guru untuk membantu pelajar yang belum menguasai
konstruk yang ditetapkan.
Menurut Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), pentaksiran dan
penilaian di prasekolah hendaklah dilaksanakan secara tidak formal. Pentaksiran ini
boleh dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti secara lisan, pemerhatian, hasil kerja,
rakaman, senarai semak, rekod anekdot, rekot berterusan dan sebagainya. Ianya boleh
berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa tertentu. Pentaksiran juga
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya
seperti sebuah lakonan. Jadi penilaian ini dilakukan secara telus.
Perlaksanaan ujian LINUS pula hanya dijalankan di dalam kelas oleh guru-guru
matapelajaran berkenaan. Ini bermakna masa untuk menjawab soalan ujian tersebut
juga telah ditetapkan. Ujian LINUS juga hanya menggunakan kaedah pensel dan
kertas. Dalam erti kata lain, ujian LINUS ini dijalankan dalam suasana formal. Maka, ini
amatlah bercanggah dan tidak selari dengan konsep pentaksiran yang diamalkan di
prasekolah.
Standard Pentaksiran keenam dalam Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di
Prasekolah, 2010 menggariskan bahawa pentaksiran harus dijalankan dengan penuh
beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi. Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan
untuk melabelkan kanak-kanak kerana ini boleh memberikan impak negatif dalam
perkembangan kanak-kanak tersebut. Guru perlu memberikan banyak motivasi dan
mengelak daripada melabelkan murid sebagai mendapat A atau B dan sebagainya.
Ini amat berbeza dengan ujian LINUS di mana murid-murid yang tidak melepasi
konstruk yang ditetapkan akan dilabelkan sebagai Pelajar LINUS atau LINUS Tegar.
Maka, jika melihat pula kepada fakta-fakta yang menyatakan tentang
ketidaksamaan konsep ujian LINUS dengan konsep pentaksiran di prasekolah di atas,
adalah sangat tidak sesuai untuk menggunakan ujian LINUS ini sebagai medium untuk
menguji atau menilai murid-murid prasekolah. Konsep LINUS tidak sama dengan
matlamat prasekolah yang pada asasnya bertujuan untuk mengembangkan potensi
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

17

kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk
meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang
positif pada diri kanak-kanak sebagai persediaan untuk menghadapi situasi
persekolahan yang sebenar di Tahun Satu nanti. Murid-murid di prasekolah hanyalah
perlu diberi pendedahan asas tentang kemahiran literasi dan numerasi berbanding
pelajar sekolah rendah yang mesti menguasai kemahiran-kemahiran tersebut untuk
memudahkan mereka mempelajari topik yang seterusnya.

5.0 Kesimpulan
Dalam usaha mempertingkat kemahiran literasi dan numerasi murid-murid, guru
mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa dan
mengira merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana
kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi
membolehkan hasrat tercapai.
LINUS merupakan sebuah program pendidikan di dalam Bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA). Ini bermakna, program ini adalah salah satu dasar yang
sangat penting dan diambil berat oleh kerajaan untuk memastikan semua murid
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira seawal tiga tahun persekolahan
mereka.
Untuk memastikan matlamat program LINUS ini tercapai, guru harus
menanamkan prinsip seperti guru yang baik adalah guru yang boleh membawa
perbezaan, perubahan yang ketara kepada seseorang tidak kira di tahap mana dan
kepada siapa yang diberi pengajaran dan didikan.
Sebagai seorang guru yang menggalas tanggungjawab pelaksana dasar serta
kemahuan kerajaan, kita seharusnya memikirkan secara positif tentang apa juga yang
diamanahkan dan seharusnya memberikan komitmen yang jitu untuk memastikan
kejayaan dasar tersebut. Justeru walau apapun percanggahan atau ketidaksamaan
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

18

antara program LINUS dengan prasekolah, jika itu yang disarankan oleh kerajaan,
maka saya tidak seharusnya mengkritik apa lagi mengatakan untuk menolak
perlaksanaan program tersebut di prasekolah. Apa yang ditulis di atas hanyalah
sekadar luahan pendapat peribadi saya untuk menunjukkan sejauh mana saya
memahami konsep pendidikan prasekolah dan program LINUS.

Refleksi Keseluruhan
Setelah menyempurnakan tugasan ini saya berasa sangat lega kerana dapat
menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walaupun berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan halangan seperti kekangan masa dan kesukaran mendapatkan
bahan, namun berkat kesabaran, ketekunan serta tidak mudah berputus asa akhirnya
saya berjaya juga melaksanakannya.
Cabaran yang paling rumit sekali bagi saya ialah kekangan masa. Sebagai
seorang guru, semestinya kita dibebani dengan pelbagai tugas di sekolah seperti
menyiapkan persediaan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, menyemak
latihan murid, menyediakan penilaian serta pentaksiran untuk murid, hal-hal berkaitan
pengurusan kelas dan banyak lagi. Sebagai seorang pelajar (Program Pensiswazahan
Guru) pula, saya terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah
berkenaan. Dalam semester ini terdapat empat subjek, dalam setiap subjek pula
terdapat sekurang-kurangnya satu tugasan kerja kursus malahan sesetengahnya lebih
daripada satu. Ditambah pula dengan porfolio, amali, latihan dan sebagainya yang
mesti disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semua ini terpaksa dilakukan
dalam satu masa dan ia adalah merupakan cabaran yang paling besar bagi saya.
Cabaran yang kedua ialah kesukaran mendapatkan bahan untuk porfolio seperti
nota ISL, kesukaran berkolaborasi dengan rakan-rakan yang lain dan sebagainya.
Masalah liputan rangkaian internet yang kurang memuaskan pula mengakibatkan atau
melambatkan proses menerima atau memuat turun emel-emel yang dihantar oleh
rakan-rakan tersebut. Di samping itu, masalah ini juga telah menyukarkan proses
memuat turun nota-nota yang berkaitan.
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

19

Sesungguhnya terlalu banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi dalam
menyiapkan tugasan ini. Namun seperti yang dinyatakan di atas tadi, saya tetap
bersyukur kerana berkat ketekunan, kesabaran dan tidak mudah berputus asa akhirnya
saya berjaya juga menyempurnakannya mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Walaupun hasilnya mungkin tidak seberapa, namun saya tetap berbangga kerana
melakukannya dengan daya usaha sendiri.
Selaras dengan usaha yang dilakukan, saya telah mendapat banyak faedah
dalam menyiapkan tugasan ini. Semasa membuat pemerhatian ke atas kli video yang
disertakan, saya telah sedaya upaya untuk memerhati serta merekod setiap gerak-geri
kedua-dua kanak-kanak tersebut. Rakaman video berkenaan saya ulang berkali-kali
supaya setiap perlakuan dapat dicatat dengan terperinci. Daripada itu saya mempelajari
bahawa setiap peri laku yang ditunjukkan adalah menggambarkan sejauh mana tahap
perkembangan dan setiap insan tidak mempunyai aras perkembangan yang sama
walaupun pada peringkat umur yang sama. Bermain merupakan salah satu cara yang
sangat efektif dalam membantu perkembangan kanak-kanak kerana ia sesuai dengan
naluri mereka yang sememangnya suka akan permainan.
Sebelum ini, tidak dapat dinafikan sememangnya saya mempunyai sedikit sahaja
pengetahuan tentang LINUS. Namun setelah membuat rujukan dan pembacaan
tentangnya untuk menyiapkan tugasan ini, saya sangat memahami dan mengetahui
apakah konsep, matlamat dan objektif LINUS.
Begitu juga dengan definisi, konsep, matlamat dan prinsip-prinsip pentaksiran di
prasekolah. Kefahaman saya tentangnya juga semakin bertambah setelah membaca
dan mengkaji secara mendalam untuk menyempurnakan tugasan ini.
Saya telah memikirkan beberapa cadangan bagaimana untuk menangani
masalah serta bagaimanan untuk menghasilkan tugasan yang lebih sempurna pada
masa akan datang. Antaranya adalah kita perlu mempunyai kemahiran pengurusan
masa yang baik. Walau pun terlalu banyak yang perlu dilakukan pada satu-satu masa,
namun saya percaya ianya boleh diatasi jika kita membuat jadual perlaksanaan
TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

20

tugasan. Utamakan tugasan yang perlu dihantar segera dan catatan tentang senarai
tugasan mesti dibuat serta dipamerkan.
Ketekunan dan ketabahan juga sangat perlu di dalam melaksanakan sesuatu
tugasan. Kita hendaklah mempunyai disiplin kendiri yang tinggi, sedetik masa amat
berharga dan kita tidak sepatutnya membazirkannya. Setiap jadual yang dirancang
mesti dilaksanakan dan dipatuhi.
Jangan sesekali merasa jemu membuat rujukan samada daripada buku, jurnal
ataupun internet. Kita juga hendaklah sering berkolaborasi dengan pensyarah
pembimbing, rakan sebaya atau pun sesiapa sahaja untuk bertukar pendapat serta
bertanyakan sesuatu. Semua ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kita
dalam bidang berkenaan seterusnya akan membantu kita untuk menghasilkan tugasan
yang berkualiti.
Kesimpulannya, saya sangat berbangga dan bersyukur kerana telah berjaya
menyempurnakan tugasan projek yang banyak memberi manfaat ini. Mohon maaf
seandainya tidak memuaskan hati penyemak kerana inilah yang termampu saya
lakukan.









TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

21

Rujukan
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan
Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma
Shahril @ Charil Marzuki et. al, ( 1995 ), Pendidikan Di Malaysia, Pengajian Dan
Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wong Keat Wah et. al. (2013), Perkembangan Kanak-kanak, Siri Pendidikan Guru,
Shah Alam: Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Akta Pendidikan 1996
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( 2010 ), Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah (2010), Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Maalaysia.
Mohd Zainal Dirin, The Star (Halaman 17, 19 Oktober 2011)
Shamsuri Sujak, Berita Harian (Halaman 2, 24 November 2012)
En. Wan Sakeran bin Razak, FasiLINUS, Pejabat Pendidikan Daerah, Daerah Lundu.
www.myjurnal.linus.my (dilayari pada 3 Mac 2014).
www.nkrapendidikan.moe.gov.my (dilayari pada 5 Mac 2014).
http://ms.shvoong.com/social-sciences/1896014-kaedah-pengumpulan-data-primer
(dilayari pada 5 Mac 2014).
http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-
aspek.html (dilayari pada 6 Mac 2014)

TUGASAN PROJEK PRA 3111: Pentaksiran Autentik Dalam Kelas Prasekolah

22










LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai