Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur
yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan
tabiat

baik

sepanjang

hidup

mereka

sejak

daripada

awal.

Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menikmati kehidupan ini
sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan nutrisi atau pemakanan seseorang kerana
pemakanan yang sesuai menghasilkan kesihatan yang baik dan sebaliknya pemakanan yang
tidak sesuai menjejaskan kesihatan atau menyebabkan penyakit. Senaman juga mempengaruhi
kesihatan seseorang. Tumbesaran dan perkembangan yang optimum bukan sahaja bergantung
pada nutrisi yang baik, senaman yang mencukupi dan rehat tetapi juga kebersihan. Tabiat kita
dalam pemakanan dan senaman mempengaruhi rupa bentuk atau saiz fizikal serta menentukan
tahap kesihatan kita. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan
nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka
dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal(Lind,1999).
Pembentukan tabiat melibatkan perbuatan yang berulang-ulang merangkumi satu jangka
masa. Masa yang paling sesuai menanamkan tabiat yang baik adalah semasa kanak-kanak,
bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebung. Daripada umur yang muda kanakkanak perlu mengikuti peraturan-peraturan dan membuat keputusan yang logik seperti tidak
bermain dengan pisau demi menjaga keselamatan dan kesihatan. Dalam bab ini, kita
membincangkan beberapa perkara mengenai nutrisi, dan kesihatan. Tajuk nutrisi melibatkan
bekalan tenaga oleh tumbuhan, pemakanan yang sihat, makanan seimbang dan cara
pengendalian makanan yang betul. Kesihatan pula merangkumi cara-cara menjaga kesihatan
gigi, jantung dan badan secara am serta sedikit mengenai penyakit yang berjangkit. Kita juga
membincangkan perkara-perkara di atas bukan sahaja secara teori tetapi dalam bentuk aktiviti
yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak prasekolah. Nutrisi Pemakanan sihat mustahak
bagi kanak-kanak prasekolah sebagai bekalan tenaga bagi pergerakan, bekalan nutrien-nutrien
yang diperlukan bagi mereka membesar dan berkembang (fizikal dan mental) dan menjaga
kesihatan secara am (mencegah daripada penyakit dan memulihkan kesihatan badan selepas
jangkitan penyakit dan kecederaan).

2.0 Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Selain dari pemakanan kebersihan dan penjagaan diri juga adalah penting dalam menjamin
agar kesihatan kanak-kanak dapat dikekalkan. Istilah kebersihan ini merangkumi penjagaan
kesihatan seperti kulit, kuku, rambut, mata, telinga dan sebagainya. Penjagaan kebersihan diri
ini akan menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang kanak-kanak. Kebersihan ini
dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial seseorang kanak-kanak.

Keberishan
rambut

Penjagaan
kuku

Kebersihan
Diri

Kebersihan
badan

kebersihan
gigi

Pada peringkat ini didiklah kanak-kanak cara-cara menjaga kebersihan diri mereka dengan
betul. Sentiasalah mengigatkan mereka betapa pentingnya kebersihan diri bagi menjamin
kesihatan yang berpanjangan. Antara lain perkara yang perlu dititikberatkan ialah:
Sentiasa memakai pakaian yang bersih, kering dan selesa.
Mencuci tangan dengan sabun setelah pergi ke tandas.
Sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Pastikan tangan bersih sebelum
memegang makanan untuk mengelakkan keracunan makanan.
Galakkan kanak-kanak untuk tidur awal dan bangun awal diwaktu pagi. Larang mereka dari
tidur sehingga lewat malam kerana ini boleh menganggu kesihatan kanak-kanak.
Sentiasa pastikan peralatan yang digunakan adalah bersih.
Ajar mereka untuk menyidai tuala yang basah di tempat kering, mengasingkan pakaian
basah dari bilik tidur dan memberus gigi sebelum tidur malam.
Memakai kasut ketika hendak berjalan di kawasan luar rumah untuk mengelakkan kaki
terluka dan sebagainya.
Kuku hendalah dipotong sekurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada kotoran
tersimpan di dalam kuku.

2.1 Penjagaan kulit kanak-kanak

Kanak-kanak perlu dididik dan diajar cara untuk mandi dengan betul. Ajar bagaimana untuk
menggunakan sabun ketika mencuci tubuh badan dan menghilangkan kegatalan yang boleh
menyebabkan penyakit kulit. Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk kebersihan dan
keselesaan. Gunakan kain atau sponge yang lembut ketika menggosok badan supaya daki dan
kuman di badan dapat ditanggalkan. Perhatian seharusnya diberikan dibahagian kaki dan
dicelah-celah jari kaki yang biasanya kurang terdedah kepada udara. Gunakan syampu kepala
yang sesuai untuk merawat kulit kepala dari kegatalan atau masalah kulit lain.

2.2 Penjagaan rambut

Kutu adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan makan sejumlah kecil darah pada
kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal. Kekerapan menggaru kulit kepala yang
gatal boleh melukakan kulit dan mungkin boleh menyebabkan jangkitan. Secara umumnya,
kutu tidak bahaya atau menyebarkan penyakit. Walaupun kutu ini kecil tetapi ia boleh dilihat
jika anda teliti membelai helai rambut anak.

2.3 Penjagaan kuku

Kuku juga merupakan satu lagi elemen yg terlibat dalam kesihatan diri kanak-kanak. Kanakkanak prasekolah yang aktif banyak melakukan pergerakan dan mereka suka meneroka. Kuku
merupakan satu komponen tubuh badan yang terlibat sama dalam pergerakan dan perbuatan
kanak-kanak. Justeru itu penjagaan kuku seharusnya diberi perhatian utama oleh kanakkanak. Mungkin bagi kanak-kanak prasekolah mereka kurang memahami untuk menjaga
kebersihan kuku disebabkan kefahaman mereka yang masih rendah justeru itu peranan guru
prasekolah amat penting bagi menerangkan kepada kanak-kanak tentang pentingnya menjaga
kebersihan kuku.

Amalan rutin kesihatan penjagaan kuku boleh dilakukan oleh guru setiap hari dengan
memeriksa kuku kanak-kanak sebelum memulakan sesi pembelajaran. Guru harus
memastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek dan bersih. Guru boleh mengajar kanak-kanak
untuk memotong kuku dengan betul. Guru juga perlu menerangkan kepada kanak-kanak

kesan-kesan buruk akibat kuku yang panjang dan tidak dibersihkan. Fahamkan kanak-kanak
dengan kesan kesihatan diri akibat tidak menjaga kebersihan kuku tangan

2.4 Kebersihan gigi

Penjagaan gigi juga adalah sebahagian daripada amalan penting bagi kanak-kanak. Setiap
kanak-kanak perlu dan wajib untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan gigi. Penjagaan gigi
perlu dipraktikan dari peringkat awal lagi. Penjagaan gigi perlu diamalkan sebagai suatu rutin
kebersihan peribadi. Kanak-kanak perlu menggosok gigi dengan cara paling berkesan untuk
menghindari plaque. Seeloknya amalan menggosok gigi dimulakan di peringkat gigi susu lagi
iaitu dengan menggunakan tuala lembut pada gigi kanak-kanak. Kerosakan gigi dapat dikawal
dengan menggosok gigi sekurangnya tiga kali sehari. Beritahu kanak-kanak agar tidak
mengambil makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat terlalu banyak untuk
menghindarkan kerosakan gigi.

Galakkan kanak-kanak untuk menggosok gigi selepas makan. Bawalah kanak-kanak


berjumpa doktor gigi untuk mengesan kerosakan gigi pada peringkat awal. Kanak-kanak
berhak mendapatkan penerangan dan nasihat pakar pergigian dari peringkat awal agar mereka
tahu betapa pentingnya penjagaan kebersihan gigi.

Program gaya hidup sihat di sekolah adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru
prasekolah melalui pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan secara langsug atau tidak langsung.
Sebagai contoh program menjaga kesihatan gigi yang sesuai bagi kanak-kanak prasekolah.
Pihak sekolah boleh memanggil doktor pergigian untuk datang memberi ceramah dan
menerangkan kepada kanak-kanak betapa pentingnya menjaga kesihatan gigi pada usia
kanak-kanak. Selain dari itu guru boleh membawa kanak-kanak membuat lawatan ke klinik
pergigian yang berhampiran supaya kanak-kanak boleh menyaksikan sendiri bagaimana cara
menjaga gigi dan pencegahan kerosakan gigi di jalankan di klinik, dengan cara ini kanakkanak bukan sahaja dapat memahami dengan lebih dekat malah cara sebegini dapat
menanamkan sikap bertanggungjawab kanak-kanak di atas kesihatan gigi mereka sendiri dan
rutin penjagaan kesihatan diri dalam kehidupan seharian mereka.

Kebersihan merupakan salah satu nilai murni yang dipelajari oleh kanak-kanaksemasa di
peringkat prasekolah. Melalui pendidikan prasekolah, murid-murid diajarcara-cara untuk
menjaga kebersihan diri mereka seperti menggosok gigi dengan betul,mencuci tangan dengan
betul dan mengenal makanan yang boleh merosakkan gigi.
Selain mempelajari cara untuk menjaga kebersihan diri, murid-murid prasekolah juga diajar
cara-cara untuk menjaga amalan kebersihan persekitaran. Amalan menjaga kebersihan
persekitaran ini termasuklah menjaga kebersihan kawasan di dalam dan di luar kelas
prasekolah. Antara amalan yang diterapkan melalui kebersihan persekitaran ialah menyapu
dan membuang sampah ke dalam tong sampah, menyusun selipar atau kasut ketika sampai ke
kelas, mengemas tempat belajar dan mengemas alat permainan setelah selesai bermain.
Amalan-amalan kebersihan persekitaran ini dapat diterapkan di dalam jiwa kanak-kanak
melalui rutin harian di prasekolah dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlansung.
Melalui pemerhatian sepanjang menjalani praktikum, pengkaji mendapati keadaan kelas
prasekolah dilihat kurang bersih apabila selesai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Sebagai
contoh, apabila selesai sesuatu aktiviti, seperti menggunting kertas dan mengoyak kertas di
dapati sesetengah murid prasekolah tidak mengutip sampah yang terdapat di atas lantai dan
membuangnya ke dalam tong sampah.Selain itu, pengkaji turut mendapati sesetengah murid
prasekolah tidak menyimpan semula permainan yang telah digunakan seperti lego dan
bongkah kayu selepas selesai bermain. Pengkaji mendapati mereka akan membiarkan alat
permainan bersepah di atas lantai dan tidak menyimpannya semula di tempat asal. Walaupun
telah di arahkan oleh guru untuk mengemas dan menyimpan semula permainan yang
digunakan, masih terdapat murid-murid prasekolah yang membiarkan sahaja alat mainan
tersebut bersepah di atas lantai. Ini menyebabkan pengkaji sering memarahi murid-murid
prasekolah kerana tidak mengemas barang dan permainan yang mereka gunakan. Pengkaji
juga pernah menyorokkan alat permainan di dapur prasekolah kerana terlalu marah dengan
sikap murid-murid prasekolah yang tidak menyimpan semula alat mainan yang mereka
gunakan. Oleh itu, pengkaji berpendapat sikap murid-murid prasekolah yang kurang
bertanggungjawab kebersihan kelas mereka perlu diubah dengan segera supaya proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

3.0 Persekitaran Kelas Prasekolah

Menurut Nani Menon dan Rohani Abdullah ( 2004). Persekitaran prasekolah yang kondusif,
menarik dan kemas dapat membantu meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak. Ruang prasekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ruang dalam bangunan dan
ruang luar bangunan.
Ruang dalam bangunan meliputi bilik darjah, penyediaan makanan (dapur) dan bilik air
(tandas). ruang bilik darjah yang akan dibincangkan termasuklah saiz kelas, pusat-pusat
pembelajaran, jenis perabot lantai, warna dinding, jumlah pencahayaan dan bilangan tingkap.
Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kebolehan pembelajaran kanak-kanak ( Dodge dan
Colker, 1988).guru boleh melakukan berbagai-bagai cara untuk menghasilkan persekitaran
bilik darjah yang menarik dan kondusif. Kelas yang di susun dengan selamat, ceria dan ruang
yang praktikal dapat menggalak penglibatan kanak-kanak sepenuhnya diruang-ruang tersebut.
Di antara tips penyusunan ruang dan alatan ialah peralatan yang digunakan adalah mudah
alih agar mudah untuk diubah suai. Bangunan hendaklah dijauhkan dengan bangunan atau
blok yang bising agar pembelajaran tidak terganggu. Pelbagai guna, ruang tersebut boleh
digunakan bagi menjalankan pelbagai aktiviti. Peralatan, perabot dan kemudahan hendaklah
sesuai dengan ketinggian murid agar tidak menimbulkan kesukaran ketika mereka
menggunakannya.
Mudah selia, pastikan kedudukan alatan dan kemudahan mudah untuk dipantau oleh
guru. Bersih dan pengudaraan yang baik, ruang tersebut perlu bersih dan tidak terlalu sempit
oleh pelbagai perabot serta memiliki pengudaraan dan pencahayaan yang baik.
Suasana bilik darjah yang kondusif akan memberikan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada guru dan murid. Suasana bilik darjah yang kondusif membantu dalam
perkembangan murid-murid.

RUANG BILIK DARJAH

Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Manakala Ruang
bilik darjah merupakan ruang utama dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku di sini. Suasana bilik darjah yang tidak kondusif akan mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Sebuah bilik darjah yang kondusif mestilah dilengkapi dengan kemudahankemudahan seperti air, api dan elektrik dan peralatan-peralatan seperti bangku, meja dan
sebagainya. Namun kemudahan-kemudahan ini jika tidak diselenggara dan susun dengan baik
akan menimbulkan masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Justeru,
pentingnya proses susun atur bilik darjah.

Meja Murid disusun secara berkelompok.

Prasekolah merupakan instituisi yang memberikan pendidikan awal kanak-kanak dan


pengalaman pertama mereka dalam alam persekolahan. Oleh itu, susunan meja secara
berkelompok amat sesuai digunakan dalam kelas prasekolah bagi mengembangkan kemahiran
berkomunikasi murid prasekolah. Jenis susun atur bilik darjah adalah Gaya Kluster iaitu
antara 4 hingga 8 orang murid duduk rapat dalam kumpulan kecil. Amat sesuai bagi
perbincangan kumpulan ataupun pembelajaran berkolaborasi di mana kontek antara muridmurid adalah tinggi. Pemilihan meja yang berbentuk bulat adalah bagi tujuan keselamatan
kerana meja yang bersegi mengundang bahaya terhadap kanak-kanak. Kerusi yang digunakan
pula adalah kerusi kayu mengikut ketinggian mereka.

Meja Guru dihadapan murid dan berada di penjuru kelas.

Kedudukan meja guru berada di hadapan dan penjuru bilik darjah adalah bagi memudahkan
guru mengawal kelas. Kedudukan tersebut amat sesuai kerana guru dapat melihat pergerakan
semua murid dari tempat tersebut.

Papan Tulis dan Skrin Projektor di hadapan meja murid.

Papan tulis berada di hadapan meja murid agar murid dapat fokus dihadapan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tiada pelajar yang membelakangi kawasan pengajaran
utama (major instructional area). Jika guru meletakkan pameran di skrin projector, semua
murid boleh menontonnya dengan hanya memusingkan badan sedikit di tempat duduk
masing-masing serta boleh menyalin bahan yang ditunjukkan di skrin.

Pintu di dalam bilik darjah.

Satu pintu adalah sebagai pintu utama dan satu pintu lagi adalah sebagai pintu
Keselamatan atau pintu kecemasan. Pintu-pintu ini adalah untuk memudahkan laluan keluar
masuk. Pintu keselamatan dibina demi keselamatan murid-murid jika berlaku sebarang
kecemasan.

Rak Fail Guru.

Rak fail guru diletakkan berdekatan dengan meja guru dan berada dekat dinding kelas.
Kedudukan ini bagi memudahkan guru mengurus fail. Selain itu. Fail guru tidak disentuh oleh
murid dengan mengwujudkan zon larangan bagi kawasan meja guru.

Rak Fail Murid

Kedudukan rak fail murid diletakkan selari dengan kedudukan rak fail guru yang berada di
sudut dan berhampiran dinding bilih darjah. kedudukan ini amat sesuai agar guru dapat
memantau fail murid dan diharap guru akan selalu memeriksa fail berkenaan kerana berada
berhampiran dengan meja guru.

Rak Beg Murid

Rak ini sesuai sekali diletakkan berhampiran pintu masuk bilik darjah. rak ini disediakan agar
meja belajar kemas. kedudukan rak berhampiran pintu masuk bagi mengelakkan murid
terlupa membawa pulang beg sekolah .

Tingkap di kiri dan kanan Bilik Darjah.

Bagi mengwujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di kelas pengudaraan dan


pencahayaan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, Kedua-dua tingkap dibina di kiri
dan kanan bilik darjah untuk pengaliran udara
dan cahaya di dalam bilik darjah.

Ruangan Circle Time.

Ruangan ini menjadi ruangan wajib bagi setiap bilik darjah prasekolah kerana di
ruangan ini, murid-murid akan berkumpul setiap pagi untuk menjalankan rutin
dan sesi perbualan pagi bersama guru. Di ruangan ini juga sesi pengajaran dan

pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid.


Kebanyakan aktiviti di bilik darjah prasekolah banyak menggunakan ruangan ini
memudahkan guru untuk mengawal bilik darjah. Ruangan ini lebih menarik sekiranya
diletakkan permaidani dan tikar getah. Permaidani digunakan sebagai alas tempat duduk
murid prasekolah. Penggunaan permaidani ini sekaligus dapat mengajar murid mengenai
konsep ruang apabila guru mengarahkan murid duduk tidak keluar dari permaidani tersebut.

4.0 Penyediaan Makanan Prasekolah


Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk
perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani
dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil
dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan
pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan
anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid
makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.
Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem
tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap,
madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan
beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras,
gandum, dan sepertinya.
b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya
boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein
kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat
dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana
merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan
sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga.
Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan
selaput sel.
d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam
tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam
susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu
tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak.
Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan
kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral
tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit.
Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting.
Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk
perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal
dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang
berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada
peringkat remaja.
Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan
pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat
semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid
Makanan Malaysia
Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap
tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien
utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira
sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat
badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat
besi, kalsium, iodin.
Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami
kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering
kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang
paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan
lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.
Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak
makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang
mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa
dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan
berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh
mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan
dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan
akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara
berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin
boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

5.0 Rujukan

Asiah Ismail, Ivan Filmer Jr. & Tan Sun Seng (2001). Biologi Tingkatan 4. Selangor: Mutiara
Cemerlang Sdn. Bhd.
Joe Schwarcz & Fran Berkoff (2004). Foods that Harm Foods that Heal. New York: The
Readers Digest Association
Kasnani Ab Karim,Norbe Md Nor & Nazimah Abdullah (2005). Perkembangan Pendidikan
Prasekolah untuk Kursus Persediaan dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-kanak) Bahagian 1.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohamad bin Aman & Kasim bin Abd Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Saayah Abu, Surayah Zaidon & Siti Saleha Samsuri (2006). Panduan untuk Pengusaha
Tadika. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://nutriweb.org.my
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/makanan_berkhasiat.htm

Anda mungkin juga menyukai