Anda di halaman 1dari 25

6.

1 PEMERHATIAN

Guru pembimbing saya telah menjalankan pemerhatian terhadap cara pengajaran

saya bagi topik kajian ini. Sebelumnya, beliau telah membuat pemerhatian terhadap

amalan pengajaran saya bagi subtopik tersebut menggunakan teknik bentuk lazim

sebanyak satu kali. Berdasarkan perbanding antara borang bimbingan, PR 1 (Rujuk

Lampiran) dan borang senarai semak yang dibina (Rujuk Lampiran) yang telah diberi

melalui penggunaan teknik bentuk lazim dan intevensi yang telah dilaksanakan, saya

telah menambahbaik amalan pengajaran saya dengan melaksanakan intervensi

menggunakan teknik JCA bagi subtopik yang sama. Bagi melihat keberkesanan

amalan pengajaran saya bagi subtopik tambah dua nombor dengan pengumpulan

semula bagi murid Tahun Dua guru pembimbing saya telah membuat pemerhatian

sebanyak tiga kali bagi melihat sejauh mana amalan pengajaran saya telah ditambah

baik. Saya telah menyediakan tujuh belas item dalam borang senarai semak yang

mengandungi aspek atau bertemakan perancangan pengajaran, komunikasi,

pengurusan tingkah laku dan tingkah laku serta penglibatan murid-murid dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Jadual, Jadual dan Jadual menunjukkan borang senarai semak yang

membandingkan amalan pengajaran saya bagi subtopik tambah dengan pengumpulan

semula mengunakan bentuk lazim sebanyak satu kali dan teknik JCA sebanyak tiga

kali.
6.1.1 Strategi Pengajaran

STRATEGI
SEBELUM SELEPAS
BIL. ITEM
TINDAKAN TINDAKAN
1. Guru merancang pengajaran dengan
X /
baik dan sistematik.
2. Guru membina pengetahuan murid
X /
secara berperingkat
3. Perkembangan pengajaran
X /
dilaksanakan dengan baik
4. Guru bijak mengawal bilik darjah
X /
dengan baik.
5. Guru memantau gerak kerja/aktiviti
/ /
yang murid laksanakan.
6. Masa untuk melaksanakan pengajaran
/ /
adalah seperti yang dirancang.
Item 1 menunjukkan bahawa saya tidak melaksanakan perancangan pengajaran yang

baik dan sistematik semasa kali pertama saya mengajar subtopik tambah dengan

pengumpulan semula. Manakala untuk tiga sesi seterusnya pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik dan sistematik. Guru

pembimbing sangat bersetuju dan menyokong terhadap rancangan pengajaran yang

telah saya sediakan dari segi pelaksanaan set induksi, aktiviti penerokaan murid,

perkembangan murid dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

serta penilaian yang dilakukan. Perkara ini dibuktikan melalui borang senarai semak

yang telah disediakan untuk tujuan pemerhatian kerana guru pembimbing telah

menanda pada ruangan ‘Ya’ untuk ketiga-tiga sesi pengajaran dan pembelajaran

yang telah dijalankan. Sesi pengajaran yang dirancang secara sistematik akan

menghasilkan pembelajaran yang bermakna terhadap murid-murid. Oleh itu,

perancangan bagi sesi pengajaran yang telah saya lakukan telah berjaya membuatkan

semua murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang

dengan sepenuhnya secara tersusun dan bermakna.


Bagi item 2 pula, saya gagal untuk membina pengetahuan murid secara

berperingkat semasa mengajar kemahiran tambah dua nombor dengan pengumpulan

semula pada kali pertama. Hal ini kerana, saya beranggapan bahawa murid telah

mahir dalam melaksanakan penambahan dengan pengumpulan semula kerana

mereka telah mempelajari serba sedikit mengenai kemahiran ini semasa berada di

tahun Satu. Selain itu, guru pembimbing juga ada menyatakan bahawa saya tidak

membantu murid dalam membina kefahaman mereka dan memberi makna kepada

proses pengumpulan semula. Saya hanya memberikan penekanan kepada algoritma

pengiraan dalam bentuk lazim. Hal ini menyebabkan isi pengajaran yang cuba

disampaikan tidak dapat difahami dan dikuasai oleh murid. Hal ini telah

membuatkan murid sewenang-wenangnya menyelesaikan sesuatu soalan algoritma

darab menggunakan teknik bentuk lazim mengikut kefahaman mereka yang salah

dan tersendiri. Melalui tiga sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan

dengan menggunakan intervensi JCA saya berjaya mengatasi masalah yang berlaku

apabila guru pembimbing memberikan komen bahawa pemerhatian dan bimbingan

diberikan kepada murid secara terus. penggunaan kaedah JCA bagi menyelesaikan

soalan operasi tambah nombor dua nombor dengan pengumpulan semula adalah

sangat relevan dan tepat kerana setiap ruang yang terdapat pada teknik tersebut

menerangkan peranan yang berbeza dan mempunyai fungsi yang tersendiri. Murid-

murid juga akan mengetahui tentang langkah-langkah penyelesaian dengan betul

secara semula jadi kerana penggunaan teknik tersebut memberi makna kepada proses

pengiraan dan membina pemahaman mereka daripada pengetahuan sedia ada

mereka.

Item 3 secara jelas menunjukkan bahawa bagi ketiga-tiga sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan dengan mengunakan kaedah JCA, saya telah


menyusun dan mengembangkan isi pengajaran saya dengan baik. Saya telah

memulakan sesi pertama dengan memberikan peluang kepada murid untuk meneroka

sendiri maksud pengumpulan semula mengunakan BBB JATAK yang seterusnya

dikaitkan dengan kaedah Cross A dan bentuk lazim konvensional. Pada setiap fasa

pengajaran, contoh dan latihan diberikan bagi membolehkan murid meneroka dan

memperolehi kefahaman mengenai proses pengiraan operasi tambah dua nombor

dengan pengumpulan semula. Oleh itu, berdasarkan respon dan komen guru

pembimbing terhadap item 3 bermula dari sebelum kajian di jalankan sehingga sesi

ketiga pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan penambah baik amalan

pengajaran dari segi perkembangan pengajaran telah dilakukan dengan berkesan.

Selain itu, Item 4 telah menyatakan tentang kebijaksanaan guru dalam

mengawal bilik darjah dan murid-murid dalam keadaan yang baik semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa saya mengajar subtopik darab

nombor dua digit dan satu digit dengan pengumpulan semula menggunakan teknik

bentuk lazim, saya telah gagal menguruskan fizikal bilik darjah dalam keadaan yang

baik dan selesa seperti yang diharapkan oleh murid-murid. Pada masa itu, bilik

darjah berada dalam keadaan yang tidak tersusun dari segi kedudukan meja murid,

kerusi murid dan juga kedudukan sampah yang merata-rata di atas lantai bilik darjah.

Implikasi yang berlaku hasil daripada kelemahan ini ialah murid-murid tidak

memberi tumpuan semasa saya sedang mengajar akibat daripada ketidakselesaan

yang dialami oleh mereka. Di samping itu, terdapat juga sebilangan murid yang

mengganggu rakan-rakan yang lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang

dijalankan. Kesilapan yang telah saya lakukan pada masa itu ialah saya langsung

tidak mengambil sebarang tindakan terhadap murid yang mengganggu rakan-rakan

mereka semasa sedang mengikuti proses pembelajaran. Bagi menambahbaik amalan


pengajaran saya semasa melaksanakan intervensi pada semua sesi pengajaran dan

pembelajaran, saya telah berjaya mengatasi kelemahan yang telah dilakukan dengan

memastikan bahawa murid-murid berada dalam suasana pembelajaran yang lebih

kondusif dan selesa. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya

telah meminta murid-murid untuk menyusun kerusi dan meja mereka dalam

kedudukan yang betul dan mengutip sampah yang berada di atas lantai bilik darjah.

Bagi memberi galakan dan dorongan terhadap usaha yang mereka tunjukkan ini, saya

sentiasa memberi peneguhan yang positif supaya mereka sentiasa bersemangat untuk

memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Guru

pembimbing juga telah memberikan ulasan bahawa saya telah berjaya menarik

perhatian murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan hasil daripada usaha yang dilakukan dalam menguruskan bilik darjah dan

tingkah laku murid secara berkesan.

Manakala, item 5 dan item 6 pula menunjukkan bahawa dalam saya berusaha

menambaik amalan pengajaran, saya tidak masih mengekalkan amalan yang baik

iaitu memantau gerak kerja atau aktiviti yang dilaksanakan oleh murid serta

mengunakan masa yang diperuntukan secara optimum. Hal ini kerana, berdasarkan

respon dan komen guru pembimbing pada borang senarai semak yang diberikan,

saya telah menyemak setiap hasil kerja dan perlakuan murid sepanjang sesi

pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah melengkapkan isi pengajaran

mengikut peruntukan masa yang diberikan.


6.1.2 Komunikasi

KOMUNIKASI
SEBELUM SELEPAS
BIL. ITEM
TINDAKAN TINDAKANN
1. Guru memberikan penerangan dengan
jelas dan terperinci secara X /
menyeluruh.
2. Nada suara dan intonasi jelas.
/ /
3. Penerangan terhadap teknik yang
digunakan jelas, terperinci dan X /
tersusun.
4. Arahan yang diberikan oleh guru
X /
mudah difahami oleh murid.
5. Guru berjaya menggalakkan murid-
murid untuk terlibat dalam aktiviti X /
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Mohd Yusop Ab Hadi, Jamaluddin

Hashim dan Sarebah Warman (2009) dalam kajian mereka, penggunaan bahasa yang

betul memudahkan proses komunikasi murid dengan bahasa Matematik di samping

boleh membetulkan salah faham konsep murid terhadap istilah Matematik yang

digunakan dalam bilik darjah. Bagi item 1, item 3 dan item 4, saya telah gagal dalam

memberikan penerangan dengan jelas dan terperinci secara menyeluruh terhadap

penggunaan teknik bentuk lazim untuk menyelesaikan soalan tambah dua nombor

dengan pengumpulan semula. Guru pembimbing telah menyatakan bahawa saya

hanya memberikan penerangan sepintas lalu sahaja tanpa menghiraukan langkah-

langkah penyelesaian yang sepatutnya difahami oleh murid-murid. Beliau juga

memberi teguran tentang penyampaian pengajaran saya yang terlalu laju sehingga

menyebabkan murid-murid hilang fokus untuk mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Oleh itu, saya telah berjaya mengatasi masalah yang berlaku
semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan intervensi

JCA untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama dan kedua dengan lebih

memberi keutamaan terhadap langkah penyelesaian yang lebih jelas dan terperinci

serta mengikut langkah-langkah penyelesaian yang betul. Hal ini adalah sangat

penting bagi membantu dalam mengatasi kekeliruan dan salah konsep yang dihadapi

oleh murid-murid untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dua nombor dengan

pengumpulan semula. Hasil yang diperolehi daripada perubahan positif yang telah

saya lakukan ialah murid-murid mampu mengingati setiap langkah penyelesaian

secara teratur dan mengetahui fungsi-fungsi bagi setiap langkah dalam pengiraan

mereka.

Item 2 pula telah menjelaskan tentang nada suara dan intonasi yang

digunakan sepanjang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah

mendapat pujian daripada guru pembimbing kerana nada suara dan intonasi yang

telah saya gunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah

sangat jelas dan lantang. Tidak dinafikan bahawa sejak dari praktikum fasa pertama

lagi, pensyarah dan guru pembimbing pada masa itu turut memberi pujian terhadap

kelantangan suara dan intonasi yang saya gunakan semasa melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah menyebabkan saya berjaya menarik fokus

murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut secara aktif

dan berkesan. Guru pembimbing juga telah menanda pada ruangan ‘Ya’ untuk

keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Kesimpulannya, saya tidak mempunyai masalah dari segi penggunaan nada suara dan

intonasi yang jelas dalam menyampaikan sesuatu pengajaran bagi topik yang tertentu

serta semasa memberi arahan bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang telah dirancang. Hal ini juga telah membuatkan murid-murid jelas

terhadap penerangan yang diberikan tanpa perlu mengulanginya semula.

6.1.3 Kaedah

KAEDAH
Sesi Sesi Sesi
BIL. ITEM Sebelum Tindakan Tindakan Tindakan
1 2 3
1. BBB yang digunakan sesuai
dalam membina pengetahuan
/ /
murid mengenai konsep yang
diajar
2. Murid menunjukkan kesungguhan
/ /
semasa mengunakan BBB
3. Murid dapat mengunakan BBB
/ /
dengan baik
4 Murid menunjukkan keseronokan
/ /
semasa mengunakan BBB
5. Kaedah pengiraan yang diajar
mampu membantu murid
/ /
memahami kaedah bentuk lazim
konvensional.
6. Mampu membuat perkaitan antara
kaedah Cross A dan kaedah /
bentuk lazim konvensional
7. Proses pengiraan bentuk lazim
konvensional ditunjukkan dengan X /
baik

Mengikut Rosini Abu dan Ramlah Hamzah, 1998, pengajaran memerlukan sesuatu

untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan

untuk memudahkan murid menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar

ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang

demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat

rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan

pengalaman yang berkesan.


Item-item di atas telah disusun mengikut sesi tindakan yang dilakukan. Oleh

kerana tindakan yang dilaksanakan adalah berlainan bagi setiap sesi, terdapat item

yang relevan untuk satu sesi tetapi tidak pada sesi yang lain.

Kaedah JCA mengunakan dua jenis intervensi dan matlamat pengunaan yang

berbeza bagi mengoptimumkan kefahaman dan kemahiran murid terhadap proses

pengiraan operasi tambah dengan pengumpulan semula. BBB JATAK bermatlamat

untuk memberikan pemahaman terhadap makna pengumpulan semula yang

dilaksanakan dalam pengiraan bentuk lazim konvensional. Manakala kaedah Cross A

pula bermatlamat untuk membina kemahiran murid terhadap proses pengiraan

bermula daripada langkah yang bermakna dan sesuai dengan pengetahuan sedia ada

mereka. Oleh itu, item yang dibina dibawah tema intervensi ini telah dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu yang pertama terhadap BBB JATAK dan kedua terhadap

kaedah Cross A yang digunakan.

Bagi item 1, item 2, item 3 dan item 5, menunjukkan kesesuaian BBB

JATAK terhadap pembinaan kefahaman murid dan penerimaan murid terhadap BBB

tersebut. Melalui item 1, guru pembimbing telah memberikan respon ‘YA’ yang

menunjukkan bahawa BBB JATAK yang dihasilkan mampu membina pengetahuan

murid mengenai proses pengumpulan semula yang mereka lakukan. Ini menunjukkan

penambah baikan telah dilakukan terhadap amalan pengajaran saya sebelum ini yang

tidak mengunakan sebarang bahan bantu belajar dalam membantu murid memahami

isi pengajaran yang cuba disampaikan.

Selain itu, item 2 dan item 5 pula menunjukkan kesungguhan dan

keseronokan murid semasa mengunakan BBB JATAK. Kesungguhan murid ini

merupakan implikasi terhadap pemahaman mereka mengenai pengunaan BBB


JATAK dengan baik (item 3). Ketiga-tiga item ini merumuskan bahawa pengunaan

BBB JATAK adalah bersesuai dengan tahap kemahiran dan pemahaman murid serta

menunjukkan bahawa saya telah berjaya mengunakan BBB yang dihasilkan dengan

baik dan optimum. Penghasilan BBB merupakan langkah satu dalam meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik, akan tetapi langkah dua iaitu

bagaimana guru memanipulasikan BBB tersebut merupakan langkah yang penting

bagi memastikan bahan bantu belajar yang dihasilkan dapat membantu murid dalam

meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka (Rosini Abu dan Ramlah Hamzah,

1998). Berdasarkan ketiga-tiga item yang dinyatakan di atas, saya mendapati bahawa

cara saya memanipulasikan BBB JATAK berkesan dalam meningkatkan keinginan

murid untuk terus memberikan penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

6.1.4 Penglibatan Murid

Pemerhatian juga dilakukan terhadap murid dibawah kumpulan sasaran saya bagi

memastikan tingkahlaku mereka mengalami perubahan yang positif berbanding

sebelum saya menjalankan kajian. Jadual menunjukkan pemerhatian yang dilakukan

terhadap penglibatan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Murid Murid Murid


Penglibatan Murid
A B C

1. Murid menunjukan minat dan motivasi


SB SB SB
yang baik terhadap BBB

2. Murid melaksanakan aktiviti yang


SB SB SB
dirancang dengan baik

SB SB SB
3. Murid melibatkan diri dalam setiap
aktiviti

4. Murid menunjukkan keyakinan semasa SB SB SB


melakukan aktiviti yang telah dirancang
SB : Sangat Baik

Bagi ketiga-tiga orang murid yang menjadi kumpulan sasaran, mereka telah

menunjukkan reaksi yang positif terhadap BBB JATAK, kaedah, aktiviti dan proses

pengajaran yang telah dilaksanakan. Item 1 menunjukkan bahawa murid

menunjukkan minat dan motivasi yang baik terhadap BBB JATAK yang digunakan.

Perkara ini dilihat melalui respon dan tingkah laku mereka semasa mereka

mengunakan BBB ini. Selain itu, pengunaan JATAK juga dapat mengalakkan

amalan penerokaan dan perbincangan antara murid.

Item 2 pula merupakan respon saya terhadap sejauh mana murid mampu

melaksanaan aktiviti yang telah dirancang. Berdasarkan pemerhatian saya, murid

mampu melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang dengan sangat baik (SB). Hal

ini menunjukkan bahawa murid memberikan komitmen terhadap pembelajaran

mereka dan cara saya menyampaikan pengajaran dapat membantu mengekalkan

komitmen mereka sehingga objektif pengajaran dapat dicapai dengan baik.

Tambahan pula, item 3 menunjukkan bahawa setiap murid dapat melibatkan

diri dalam setiap aktiviti yang telah dilaksanakan dengan sangat baik (SB). Hal ini

dilihat berbeza dengan amalan pengajaran saya sebelum ini dimana penglibatan

murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan adalah tidak menyeluruh. Ini juga telah

menunjukkan murid mudah memahami peringkat perkembangan aktiviti yang

dilaksanakan kerana susunan aktiviti dilakukan dengan mengambil kira pengetahuan

sedia ada mereka. Hal ini telah memberikan peluang kepada murid untuk

mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan lebih baik dan

bermakna. Keyakinan murid dalam melaksanakan aktiviti diperhatikan bagi


mendapatkan interpretasi pemahaman murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

Sekiranya murid menunjukkan keyakinan yang baik, maka pemahaman mereka juga

boleh dikatakan baik. Item 4 di dalam senarai semak diatas telah menunjukkan

bahawa ketiga-tiga orang murid menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti

yang telah dirancang.

6.1.5 Kemahiran Murid

Kemahiran Murid Murid Murid Murid


A B C
1. Mewakilkan nombor mengunakan JATAK
SB SB SB
2. Melakukan penambahan pada nilai sa
dengan pengumpulan semula pada nilai puluh B SB SB
mengunakan JATAK
BBB JATAK

3. Melakukan penambahan pada nilai puluh


dengan pengumpulan semula pada nilai ratus B SB SB
mengunakan JATAK
4. Melakukan penambahan pada nilai puluh
dengan pengumpulan semula pada nilai ratus B SB SB
mengunakan JATAK
5. Melakukan pengumpulan semula dari nilai
B SB SB
sa ke puluh dan puluh ke sa.
6. Menunjukkan perlakuan pengumpulan
B SB SB
semula dengan mengunakan JATAK
7. Menyatakan makna pengumpulan semula. B SB SB
9. Menukarkan ayat matematik yang
SB SB SB
diberikan kepada bentuk ‘Cross A’
10. Melakukan penambahan pada nilai sa
SB SB SB
mengunakan Cross A
CROSS A

11. Melakukan penambahan pada nilai puluh


SB SB SB
mengunakan ‘Cross A’
12. Melakukan Penambahan pada nilai puluh
SB SB SB
dengan mengunakan ‘Cross A’
13. Menghasilkan jawapan akhir dengan
penambahan menyerong dengan mengunakan SB SB SB
‘Cross A’
14. Menukar ayat matematik tambah ke
SB SB SB
bentuk lazim konvensional.
15. Melakukan penambahan pada nilai sa
SB SB SB
dengan pengumpulan semula pada nilai puluh
16. Melakukan penambahan pada nilai puluh
SB SB SB
dengan pengumpulan semula pada nilai ratus.
17. Menulis semula jawapan akhir pada ayat SB SB SB
KONVENSIONAL
matematik yang diberi.
18. Menyatakan maksud angka satu yang
dikumpul semula pada nilai tempat puluh dan
ratus dalam bentuk lazim konvensional.

SB SB SB

SB : Sangat Baik B: Baik

Bagi mendapatkan data mengenai kemahiran dan kefahaman murid terhadap isi

pengajaran dan proses pengiraan tambah dengan pengumpulan semula, saya telah

memerhatikan tingkah laku mereka yang menunjukkan penguasaan kemahiran

mereka terhadap operasi penambahan dengan pengumpulan semula. Saya telah

membahagikan pemerhatian saya kepada tiga kumpulan iaitu kemahiran dan

kefahaman mereka terhadap konsep penambahan dengan pengumpulan semula

melalui pengunaan BBB JATAK, kemahiran pengiraan murid dalam mengunakan

kaedah Cross A dan kemahiran pengiraan murid mengunakan kaedah bentuk lazim

konvensional.

Item satu hingga item enam menunjukkan kemahiran murid dalam

menyelesaikan masalah tambah dengan pengumpulan semula menggunakan BBB

JATAK. Berdasarkan item-item ini, murid telah menunjukkan proses pengiraan

bermula daripada perwakilan nombor mengunakan JATAK, proses penambahan

bermula daripada nilai sa sehingga ratus dan proses pengumpulan semula dari sa ke

puluh dan puluh ke ratus.

Item 7 pula menunjukkan pemahaman murid mengenai makna pengumpulan

semula sepanjang proses pengiraan yang mereka lakukan. Saya telah bertanya

kepada mereka mengenai alasan tindakan mengumpul semula warna yang terlibat

dengan pengumpulan semula dan menukar kepada warna yang lebih sesuai. Jawapan
yang mereka berikan telah menunjukkan kefahaman mereka mengenai proses

pengumpulan semula yang dilakukan dengan bantuan JATAK.

Manakala item lapan hingga item tiga belas pula adalah untuk melihat

tingkah laku murid dalam melaksana pengiraan mengunakan kaedah Cross A.

Kaedah ini digunakan sebagai pemangkin kepada peningkatan pengetahuan murid

terhadap kemahiran yang cuba disampaikan sebelum kaedah bentuk lazim

konvensional diperkenalkan. Oleh itu proses pengiraan yang seakan-akan sama

semasa mengunakan JATAK dan bentuk lazim konvensional digunakan didalam

kaedah Cross A. Berdasarkan rekod pemerhatian di atas, murid telah menguasai

proses pengiraan untuk operasi tambah dengan pengumpulan semula bermula

daripada penukaran ayat matematik tambah kepada bentuk Cross A kepada

mendapatkan jawapan akhir.

Seterusnya, item empat belas sehingga item lapan belas pula menunjukkan

kemahiran murid terhadap algoritma penambahan dua nombor dengan pengumpulan

semula mengunakan kaedah bentuk lazim konvensional. Algoritma mengunakan

kaedah bentuk lazim konvensional ini mempunyai persamaan dengan proses

pengiraan bagi dua kaedah sebelumnya. Murid telah menunjukkan tingkah laku yang

sangat baik dalam setiap proses yang mereka lakukan. Ini telah menunjukkan bahawa

kefahaman dan kemahiran murid terhadap algoritma penambahan dua nombor

dengan pengumpulan semula telah meningkat dari satu kaedah kepada satu kaedah

yang lain.
6.2 ANALISIS SEMAKAN HASIL KERJA MURID

Setelah tamat tiga sesi pengajaran menggunakan teknik JCA, saya telah menyediakan

setiap orang murid dengan satu helaian lembaran kerja yang melibatkan soalan

bundar yang mengandungi enam soalan bundar kepada puluh dan ratus terdekat.

Skor yang diperolehi daripada lembaran kerja telah dianalisis berdasarkan kepada

kriteria markah seperti dalam rajah di bawah.

Skor Pencapaian Kriteria


0-2 Lemah Kurang mencapai objektif

(Belum menguasai) kajian dengan baik


3-4 Sederhana Mencapai objektif kajian

(Kurang menguasai)
5-6 Baik Mencapai objektif kajian

(Dapat menguasai) dengan sangat baik


Jadual : Kriteria Skor
Jadual di bawah menunjukkan skor yang telah diperolehi oleh ketiga-tiga orang

peserta kajian ketika menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan semasa tinjauan

awal.

Murid Skor / 6 Pencapaian


A 1 Lemah
B 0 Lemah
C 0 Lemah
Jadual : Skor dan Pencapaian Murid (Tinjauan Awal)

Berdasarkan jadual, bilangan skor yang diperoleh oleh semua peserta kajian

adalah sifar dan satu. Secara tidak langsung menunjukkan mereka adalah dalam

kalangan murid yang berpencapaian lemah.

Jadual dibawah pula menunjukkan skor dan pencapaian peserta kajian

setelah pengajaran menggunakan teknik Latis dan Sarung Tangan Bundar

dilaksanakan.

Murid Skor / 6 Pencapaian


A 6 Baik
B 6 Baik
C 6 Baik
Jadual : Skor dan Pencapaian Murid (Selepas tindakan)

Berdasarkan taburan skor yang telah diperolehi oleh ketiga-tiga orang murid ini,

kesemua murid mendapat pencapaian baik di mana mereka telah berjaya

memperoleh skor dalam lingkungan 5 sehingga 6 jawapan yang betul. Skor yang

diperolehi juga menunjukkan ketiga-tiga mereka mendapat skor yang maksimum

iaitu kesemua enam soalan dijawab dengan betul. Selain itu berlakunya peningkatan

skor bagi setiap orang murid untuk sebelum dan selepas menggunakan teknik Latris

dan Sarung Tangan Bundar.

Murid Sebelum Selepas


A 1 6
B 0 6
C 0 6
Jadual : Peningkatan Skor Murid

Selain itu, analisis terhadap kemahiran murid dalam melaksanakan proses

pengiraan operasi tambah dengan pengumpulan semula juga dilaksanakan. Jadual di

bawah menunjukkan hasil perbandingan kemahiran murid selepas tindakan dan

sebelum tindakan dilakukan.

Murid Murid Murid


Proses Pengiraan A B C
SB SL SB SL SB SL
14. Menukar ayat matematik tambah ke bentuk lazim
konvensional.
/ / / / / /
15. Melakukan penambahan pada nilai sa dengan
pengumpulan semula pada nilai puluh
x / x / x /
16. Melakukan penambahan pada nilai puluh dengan
pengumpulan semula pada nilai ratus.
x / x / x /
17. Menulis semula jawapan akhir pada ayat matematik
yang diberi.
/ / / / / /
18. Menyatakan maksud angka satu yang dikumpul
semula pada nilai tempat puluh dan ratus dalam bentuk x / x / x /
lazim konvensional.
SB : Sebelum Tindakan SL: Selepas Tindakan

Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap orang murid

telah berjaya meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam algoritma

pengiraan operasi tambah dua nombor dengan pengumpulan semula dalam bentuk

lazim konvensional. Secara tidak langsung telah menunjukkan saya telah berjaya

menambahbaik amalan pengajaran saya dalam operasi tambah dua nombor dengan

pengumpulan semula hingga 1000.


6.3 Tembu Bual

Kaedah temu bual juga digunakan bagi mengumpul data kajian yang dilaksanakan.

Temu bual ini dilaksanakan secara separa struktur kepada guru pembimbing yang

telah memerhatikan sesi pengajaran saya. Soalan-soalan temu bual adalah berkait

dengan item senarai semak yang telah dilaksanakan semasa tindakan dijalankan.

Melalui kaedah ini saya dapat mengetahui pandangan dan cadangan beliau mengenai

kaedah yang telah saya gunakan. Temu bual tersebut telah dirakam secara audio

untuk memudahkan transkripsi dilakukan. Berikut merupakan transkripsi yang telah

ditulis berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan.

Soalan/Jawapan Maklumat/Data Kod/Tema


Soalan 1 Adakah saya meyusun dan
mengembangkan isi pengajaran saya
dengan baik sepanjang sesi?
Guru Susunan yang awak lakukan kali ini adalah Strategi: ST1
Pembimbing (GP) baik dan secara berperingkat yang
berkembang dari satu sesi ke satu sesi PdP.
Dari permulaan awak gunakan BBB untuk
tarik minat murid dan mengalami sendiri
pengumpulan tu secara hands on.
Soalan 2 Adakah saya membina pengetahuan murid
dari pengetahuan sedia ada mereka kepada
pengetahuan baru?
GP .....(berfikir panjang)...saya rasa ya. Sebab Kurang pasti
saya sendiri tak jelas berkenaan dengan
pengetahuan sedia ada mereka yang awak
maksudkan. Tapi, saya nampak awak cuba Strategi: ST2
fahamkan mengenai pengumpulan semula,
lepas tu guna kaedah alternatif pula
sebelum awak perkenalkan bentuk lazim.
Semua tu buat dalam sesi berlainan. Saya
suka bila cara awak handle sesi tu sampai
mereka kuasai sesuatu kemahiran yang
awak ajar sebelum awak move on ke sesi
seterusnya. Hmmm...entahlah...tapi pada
saya, saya nampaklah peningkatan.
Soalan 3 Sebelum saya mulakan setiap sesi, saya
ada tanya cikgu mengenai kesahan fokus
pengajaran saya pada hari tu. Apa
pandangan cikgu mengenai fokus saya?
GP Sangat berfokus...hahahaha..(ketawa)
Soalan/Jawapan Maklumat/Data Kod/Tema
Soalan 4 Kaedah saya ni saya namakan kaedah JCA,
dimana JATAK dan kaedah pengiraan
bentuk lazim Cross A digunakan bersama.
Jadi apa komen cikgu mengenai kaedah
ini?
Guru Bagus dan berperingkat...sama macam
Pembimbing (GP) bina rph lah...induksi awak guna JATAK Strategi: ST3
sampai murid faham apa dia kumpul
semula. Murid kumpul guna tangan
sendiri. Lepas tu awak ajar lak kaedah
Cross A yang mudah murid nak guna dan Pandangan GP
faham. Then baru awak ajar bentuk lazim.
Cuma tulah masa yang digunakan sampai
sejam setengah untuk satu kemahiran mcm
panjang sangat lah. Rasanya kalau awak
buat 1 sesi selama sejam pun dah
cukupkan? Barulah ikut masa PnP yang
sebenar...hahaha...
Soalan 5 Macam mana pula dengan penerangan
saya? Dulu Cikgu pernah tegur pengajaran
saya terlalu laju...hihihihi
GP Ha...yang tu memang nampak lah awak
terang satu-satu. Bila murid tak faham, Komunikasi:
awak terang lagi. Seorang-seorang awak KK1
bagi faham. Istilah yang awak gunakan
pun ok dan sesuai dengan tahap pemikiran Kesan
murid. Sebelum ni awak kadang-kadang Pengajaran: KP1
guna tambah kadang-kadang guna campur.
Budak tahun dua ni senang confius. Jadi
bila guna tambah tu tambah lah sampai
akhir jangan tukar-tukar.
Soalan 6 Macam mana pula dengan arahan dan
penerangan untuk setiap fasa?...mcm saya
terangkan nak gunakan JATAK dan Cross
A tu senang tak budak nak faham?
GP Awalnya saya sendiri tak faham macam
mana nak guna JATAK tu...tapi awak bagi Komunikasi:
contoh sedikit demi sedikit dan beransur KK2
maju dari mudah kepada sukar dan lama-
lama budak dapat fahamlah. Cross A pun Kesan
sama, contoh awal-awal awak bagi haritu Pengajaran: KP2
terlalu kompleks awal-awal tapi awak
mudahkan semula..baguslah..
Soalan 7 Penerangan sedikit demi sedikit macam
mana tu? Maaf banyak lak tanya.
GP awal tu awak suruh wakil nombor pakai Komunikasi:
JATAK tu. Lepas tu awak suruh tambah KK3
kat sa. Maknanya nombor 1 digit tambah 1
digit dulu. Lepas tu 3 digit dengan 1
digit...lepas tu baru awak tunjuk macam
mana nak kumpul semula satu-satu secara
berperingkat...baguslah mcm tu sebab Kesan
kalau bagi terus ja budak ni susah nak Pengajaran: KP3
ikut...Budak tahun dua...biasalah.
Soalan/Jawapan Maklumat/Data Kod/Tema
Soalan 8 Boleh cikgu bagi comment sikit berkenaan
dengan BBB JATAK?
Guru JATAK ni kalau sekali pandang macam
Pembimbing (GP) serabut sebab warna dia awak letak atas Teknik/kaedah:
ja...patut petak tu semua awak warnakan. TK1
Satu lagi dia nampak macam dekak-
dekakkan?Kenapa xpakai dekak-dekak ja?
Soalan 9 Jadi, JATAK ni tak sesuai ke cikgu?
GP Hahaha...janganlah down...sesuai ja..Cuma
awak kena cantikan sikit...sediakan tempat Teknik/kaedah:
letak benda kecik tu ke..buat besar sikit TK 2
ke...pakai kad tebal instead of awak guna
laminate...susah budak nak pegang...tapi Kesan
kalau tanya berkesan ke tak...memang Pengajaran: KP4
berkesan sebab budak buat pengumpulan
semula tu secara literally. Cakap kumpul
semula ja diorang kumpul dan tukar
warna...oklah...Murid lebih mudah faham
sesuatu konsep bila kita gunakan BBB
contohnya macam yang awak gunakan ini.
Soalan 11 Soalan terakhir cikgu, adakah cikgu akan
gunakan kaedah JCA dalam pengajaran
cikgu?
GP Hmmmm....susah ni nak jawab...kalau ikut
saya, JATAK tu macam susah nak bina Kesan
dan guna sebab kena gunting sana- Pengajaran: KP5
sini...saya akan ganti dengan dekak-dekak
sebab banyak benda tu dalam makmal
matematik. Kalau awak buatkan, saya
gunalah...hahaha...tapi saya suka kaedah
Cross A ni....sebab macam darab gak Teknik/kaedah:
budak senang faham guna bentuk macam TK3
lattice. Yang tu benda baru saya tahu dan
saya akan guna. In Shaa Allah.

Bagi memudahkan analisis dilakukan saya telah memberikan kod terhadap setiap

tema yang telah dikenalpasti daripada analisis temu bual diatas. Kod yang digunakan

adalah ST bagi mewakili strategi, KK mewakili komunikasi, TK mewakili teknik

atau kaedah dan KP pula mewakili kesan pengajaran. Sebagai contoh ST 1

bermaksud kenyataan pertama guru tersebut mengenai strategi saya iaitu “Susunan

yang awak lakukan kali ini adalah baik dan secara berperingkat yang berkembang

dari satu sesi ke satu sesi PdP. Dari permulaan awak gunakan BBB untuk tarik minat

murid dan mengalami sendiri pengumpulan tu secara hands on.”

Berdasarkan analisis temu bual yang telah dilaksanakan, beberapa tema telah

dikenal pasti. Strategi, komunikasi, teknik atau kaedah dan kesan pengajaran dikenal

pasti sepanjang analisis temu bual dilaksanakan.

6.3.1 Strategi

Strategi pengajaran yang saya laksanakan telah menunjukkan penambah baikan

berbanding sebelum tindakan dilakukan. Hal ini kerana, berdasarkan komen guru

pembimbing di dalam borang PR1 (rujuk) dan didalam buku rancangan pengajaran

saya (rujuk), saya gagal mengembangkan isi pengajaran saya dengan baik. Selain itu,

saya juga tidak mengunakan pelbagai sumber yang berbeza dalam sesi pengajaran

dan pengajaran saya. Akan tetapi, merujuk kepada analisis temu bual, ST1 dan ST3

menunjukkan saya telah memperbaiki amalan saya dengan menyususn isi pengajaran

dan tindakan saya dengan baik bagi memastikan kefahaman dan kemahiran murid

berkembang dengan baik. Manakala ST2 pula, telah menunjukkan saya telah
memastikan murid telah menguasai isi pengajaran setiap sesi sebelum saya

meneruskan kefasa seterusnya.

6.3.2 Komunikasi

Analisis temu bual di atas juga menunjukkan beberapa respon guru pembimbing

terhadap komunikasi saya semasa fasa tindakan dilaksanakan. KK1 menunjukkan

saya telah memberikan penerangan dengan jelas dan satu persatu untuk setiap aktiviti

dan kaedah yang saya lakukan. Tambahan pula, saya juga telah mengunakan istilah

matematik yang konsisten dan tepat. Manakala, KK2 dan KK3 pula menunjukkan

penyataan guru pembimbing terhadap kemahiran saya memberikan contoh dan

proses pengiraan yang berkesan sehingga membawa kepada kefahaman murid yang

optimum.

6.3.2 Kaedah dan Teknik

Tema seterusnya yang berjaya dikenal pasti berdasarkan temu bual yang

dilaksanakan adalah berkaitan dengan kaedah dan teknik yang digunakan bagi

menambah baik amalan pengajaran saya. TK1 dan TK2 merupakan respon guru

pembimbing terhadap bahan bantu belajar JATAK. Bahan bantu belajar ini dikatakan

kurang sesuai dari segi fizikal dan praktikal pengunaannya dimana murid dilihat

sukar untuk mengendalikan JATAK dengan baik. Selain itu, guru pembimbing juga

ada menyatakan penambah baikan yang boleh dilakukan terhadap JATAK bagi

menjadikannya lebih mudah digunakan oleh murid. Selain itu, TK2 juga

menunjukkan kesan pengunaan JATAK adalah positif terhadap pemahaman murid.

Manakala TK3 pula, menunjukkan kesan pengunaan kaedah Cross A terhadap

kemahiran proses pengiraan murid. Guru pembimbing menyatakan bahawa

pengunaan kaedah ini mampu memberikan kefahaman yang baik kepada murid

terhadap algoritma penambahan dengan pengumpulan semula.


6.3.3 Kesan Pengajaran

Kesan pengajaran adalah bermaksud kesan pengajaran saya terhadap diri murid

dibawah kumpulan sasaran. Beberapa kesan pengajaran dapat dikenal pasti daripada

analisis temu bual ini. Berdasarkan KP1 murid didapati dapat memahami pengajaran

saya dengan baik setelah saya memberikan bimbingan kepada mereka. Murid juga

dilihat dapat memahami isi pengajaran melalui pengunaan JATAK dan kaedah Cross

A dengan baik berdasarkan KP4 dan KP5. Contoh-contoh serta bimbingan yang saya

laksanakan guna dikatakan berkesan dalam membantu murid untuk menguasai

pemahaman dan kemahiran algoritma tambah dua nombor dengan pengumpulan

semula.

6.3.4 Kefahaman dan Kemahiran Murid

Maklumat/Data Kod/Tem
a
Soalan 1 Kamu rasa seronok belajar dengan cikgu?
Murid A Seronok, dapat banyak hadiah. Motivasi:
M1
Murid B Best
Murid C (Senyum)
Soalan 2 Kenapa awak kumpulkan warna hijau (sa) ni dan tukar
dengan warna kuning (puluh)?
Murid A Sebab tak cukup warna hijau jadi kena tukar warna Kefahama
kuning n: KF1
Murid B Dah lebih cikgu
Murid C ........(meyusun warna-warna mengikut nilai)
Soalan 3 Cuba kamu bincangkan apa perbezaan antara kaedah
cikgu ni dengan kaedah yang awak dah buat semalam
(Cross A)
Murid A Nombor satu ni kat bawah, yang cikgu punya kat atas. Kefahama
Lepas tu tak da kotak serong-serong ni. n: KF2
Murid B Jawapan sama ja cikgu.
Murid C .......(memberi perhatian)
Soalan 4 Cuba kamu selesaikan soalan ni dan terang pada cikgu
macam mana kamu selesaikan?
Murid A Mula-mula tulis soalan tu macam ni (sambil tukarkan
ayat matematik kedalam bentuk lazim). Lepas tu Kemahira
tambah pada sa, lapan sembilan sepuluh sebelas dua n:
belas...letak satu kat atas ni tulis dua bawah ni...lepas KH1
tu tambah puluh (mengira penambahan guna
jari)...letak satu atas ni dua kat bawah. Tambah ratus
(mengira) dapat jawapan dia...
Murid B *jawapan sama dengan murid A
Murid C *jawapan sama dengan murid A
Soalan 4 Kenapa kamu letak nombor satu ni di atas?
Murid A Sebab dia dah lebih, jadi kena letak atas Kefahama
n:
KF3
Murid B Sebab dia dah jadi sepuluh.
Murid C Dah lebih dari sepuluh.
Soalan 5 Antara gunakan JATAK, Cross A dan kaedah bentuk
lazim ni mana yang lebih mudah? (sambil
menunjukkan ketiga-tiga kaedah di hadapan murid)
Murid A Saya suka guna JATAK Teknik:
TK1
Murid B Cross A lagi senang.
Murid C JATAK
Soalan 6 Kenapa?
Murid A Hmmm...Sebab senanglah letak-letak ja... Teknik:
TK2
Murid B Senang nak tambah
Murid C Senang nak tambah.
Soalan 7 Masa cikgu mula-mula cikgu ajar guna JATAK awak
faham tak apa cikgu nak awak buat?
Murid A Mula-mula tak tahu buat. Lepas tu baru boleh buat. Teknik:
TK3
Murid B Faham cikgu
Murid C ......(menganguk)
Soalan 8 Kan kamu dah datang sini sebanyak tiga kali. Kamu
nak datang lagi tak? Kenapa?
Murid A Nak, sebab cikgu baik, cikgu ajar faham, cikgu kelakar Motivasi:
M2
Murid B Nak, dapat main
Murid C Nak, sebab faham
Soalan 9 Tadi kamu kata kamu nak datang semula sebab kamu
faham. Apa yang kamu faham?
Murid A Fahamlah..nak tambah macam mana. Kefahama
n: KF4
Murid C Hmmm...boleh buat soalan ni. (sambil tunjuk lembaran
kerja)
Soalan 10 Okay, kalau cikgu bagi soalan ni pada kamu (sambil
menulis soalan di atas sekeping kertas) kamu rasa
kamu boleh jawab tak?
Murid A Senang ja (sambil mula menyelesaikan soalan) Motivasi:
M3
Murid B Boleh cikgu (sambil mula menyelesaikan soalan)
Murid C .....(mula menyelesaikan soalan)
Murid dibawah kumpulan sasaran saya sukar untuk memberikan jawapan yang

menyeluruh mengenai kajian yang telah dijalankan. Mereka hanya memberikan

respon yang minima terhadap soalan temu bual yang ditanya. Oleh itu, tidak banyak

data yang dapat dikumpul melalui temu bual yang telah dilakukan terhadap murid

ini. Berdasarkan analisis temu bual terhadap murid di atas, saya telah membahagikan

kepada tiga tema yang berkaitan iaitu kefahaman (KF), kemahiran (KH) dan

motivasi (M) mereka.

Murid telah menunjukkan kefahaman terhadap makna pengumpulan semula

dengan baik. Berdasarkan KF1, KF2 dan KF3, murid telah berjaya menyatakan

makna pengumpulan semula dan kedudukan nombor yang menunjukkan

pengumpulan semula. Hal ini, menunjukkan kefahaman mereka telah meningkat

berbanding sebelum tindakan dilakukan. Manakala, KH1 pula menunjukkan

kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah tambah dua digit dengan

pengumpulan semula. Motivasi dan keyakinan murid juga telah menunjukkan

peningkatan berdasarkan respon murid pada M1, M2 dan M3.

Anda mungkin juga menyukai