Anda di halaman 1dari 2

Terdapat beberapa aspek yang difokuskan untuk perbandingan perbezaan antara teori-teori perkembangan pembelajaran oleh empat orang

tokoh yang berlainan. teori-teori yang dimaksudkan ialah teori perkembangan sosial Erikson, Teori Kognisi Sosial Jean Piaget dan Lev Vygotsky dan yang terakhir ialah Teori peniruan dan modelling oleh Albert Bandura. Keempat-empat teori ini mempunyai beberapa perbezaan yang dapat dikenalpasti. Aspek yang pertama sekali adalah prinsip yang ditekankan dalam setiap teori ini. Erik Erikson berpendapat bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Selain itu, perkembangan individu juga bergantung kepada tindak balas terhadap

keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia juga mengikut tahap-tahap yang tertentu dan setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. Kegagalan untuk mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Jean Piaget pula menekankan prinsip perkembangan intelektual yang menyeluruh, yang mencerminkan adanya kekuatan antara fungsi biologi dan psikologi iaitu dari aspek perkembangan jiwa. Lev Vygotsky pula berpendapat bahawa belajar dan berkembang adalah aktiviti sosial dan kolaboratif ZPD pula dapat menjadi panduan dalam menyusun kurikulum dan pelajaran selain itu, pembelajaran disekolah harus dalam konteks yang bermakna, tidak boleh dipisahkan dari pengetahuan kanak-kanak yang dibina dalam dunia nyata mereka. Pengalaman kanak-kanak diluar sekolah juga harus dihubungkan dengan pengalaman mereka didalam sekolah. Albert Bandura menekankan prinsip peniruan dalam teori beliau. Bandura berpendapat bahawa model yang ditiru haruslah mempunyai keistimewaan tertentu seperti terkenal atau berjaya. Oleh itu, Individu akan memperoleh kepuasan atau peneguhan yang tinggi. Aspek kedua pula ialah proses pembelajaran. Teori Perkembangan sosial Erikson menyatakan bahawa perkembangan sosioemosi seseorang itu berlaku mengikut tahap perkembangan tertentu kanak-kanak. Teori Kognitif Jean Piaget pula menyatakan perkembangan berlaku melalui dua proses iaitu Asimilasi dan Akomodasi manakala Teori Kognisi Lev Vygotsky menyatakan perkembangan akan berlaku melalui bermain, penyampaian secara formal, scaffolding, private speech atau kerjasama

antara pelajar dengan pelajar yang lebih berpengalaman. Model Peniruan dan modeling pula menyatakan bahawa perkembangan sosioemosi akan berlaku melalui beberapa proses iaitu Peniruan yang terdiri daripada Attention, Retention, Reproduction, Motivation & reinforcement dan juga Modelling. Implikasi yang terdapat dalam teori perkembangan sosial Erikson ialah kanakkanak akan memberikan perhatian dan seterusnya menyelesaikan masalah. Setelah itu barulah pengaruh guru akan terlaksana. Guru juga haruslah menyediakan rasa tanggungjawab dan keyakinan. Kaedah yangh boleh digunakan ialah kaedah Action Reflection. Pengalaman kanak-kanak juga memerlukan bimbingan dari guru. Dalam teori Kognisi Sosial pula, perancangan pengajaran berpusatkan pelajar dengan mengambil kira keupayaan pelajar harus dilakukan oleh guru. Guru hendaklah mengenalpasti ZPD pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan. Pilih pelajar yang lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Guru juga hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar dan akhir sekali guru hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Teori peniruan dan modeling mempunyai implikasi yang berlainan iaitu penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat dan hasilan guru hendaklah bermutu tinggi. Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Selain itu, Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

Anda mungkin juga menyukai