Anda di halaman 1dari 14

TEORI PERSONALITI

HUMANISTIK
 Humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan keperibadian
manusia.
 Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana manusia membina
dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan bertindak
positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik
yang beraliran humanism biasanya memfokuskan pengajarannya
pada pembangunan keupayaan positif ini.
 Kemampuan positif disini erat kaitannya dengan pembangunan emosi
positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi adalah
karakterisitik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik
beraliran humanisme. Humanistik tertuju pada masalah bagaimana
tiap individu dipengaruhi dan dan dibimbing oleh maksud-maksud
peribadi yang mereka hubungkan kepada pengalaman-pengalaman
mereka sendiri. Teori humanisme ini sesuai untuk diterapkan pada
bahan-bahan pembelajaran yang bersifat pembentukan
kepribadian, hati nurani, perubahan sikap, dan analisis terhadap
fenomena sosial.
Ciri-ciri teori humanistik
 Memberikan fokus kepada keunikan individu
 Menekankan aspek tret, sikap, nilai, minat dan
kesedaran moral individu
 Menggalakkan individu merealisasikan potensinya
 Individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku
sendiri dan prihatin terhadap orang lain
CARL ROGERS
Manusia pada asasnya
adalah baik dan sihat

Manusia mempunyai
Realiti ialah fenomenologikal kecenderungan
berdasarkan pengalaman kesempurnaan, iaitu
peribadi, maka mustahil
untuk diketahui sepenuhnya motivasi dalaman untuk
oleh orang lain mengembangkan potensi
diri ke tahap tertinggi

Realiti bagi seseorang


individu adalah mengikut
persepsinya dan bukan dari
sudut pandangan orang lain
 Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu
mempunyai cara belajar yang berbeza dengan
individu yang lain.
 Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang
dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan
emosi pelajar itu.
 Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu
mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan kendiri.
 Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan
memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat
diperkembangkan ke tahap optimum.
Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan
beberapa ciri yang utama, antaranya:
 i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat
diperolehi melalui komunikasi.
 ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat
sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
 iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik
melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza
dengan individu yang lain.
 iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah
selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.
 v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-
logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan
difahami oleh individu itu sendiri.
ABRAHAM MASLOW
 Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian
daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan
rasa lapar.
 Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan
beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan
keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah
laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu
akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap
sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil
kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
 Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi
lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan
yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh
dilihat dalam bentuk hieraki.
 Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi
harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap
kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika
keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow
juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah
dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :
 · Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita
dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan
itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.
 · Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.
 · Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.
Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.
 · Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang
mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di
peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai
keperluan pertumbuhan.
 · Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang
semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.
5 TAHAP KEPERLUAN MANUSIA
1. Keperluan Fisiologi
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan
udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak
pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali
menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.
2. Keperluan Keselamatan
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan
diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini
amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.
3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan
hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang
bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu
manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.
kendiri.
4. Keperluan Penghargaan Kendiri
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan
kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke
atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga
perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta
kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati,
disanjungi dan kehendak status dalam hidup.
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri
Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk
mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap
kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu
sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan
Ciri – Ciri Individu Yang Telah
Mencapai Kesempurnaan Kendiri
 Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan
manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat
merealisasikan potensinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai
tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :
 i) Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan
kebajikan orang lain.
 ii) Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.
 iii) Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada
apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.
 iv) Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen,
adat resam, dan seumpamanya.
 v) Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.
 vi) Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru. Bersikap objektif.

Anda mungkin juga menyukai