Anda di halaman 1dari 16

ASPEK EMOSI

Emosi berkait rapat dengan mental dan kebolehan seseorang mengawal perasaan dalam semua tindak-tanduknya. Seseorang yang mampu mengawal emosinya akan juga dapat menjaga tingkah lakunya. Manakala akal pula menjalankan tugasnya sebagai pengawal kepada emosinya. Sekiranya seseorang mampu menjaga akalnya, maka dia juga akan mampu mengawal emosinya.

Akal merupakan salah satu punca pengetahuan selain daripada deria dan intuisi. Sekiranya asosiasi yang hendak dididik itu mempunyai tahap kewarasan akal yang baik, maka mereka akan mampu mencapai tahap ilmu pengetahuan yang tertinggi serta dapat menggunakan pengetahuan tersebut dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, untuk menjamin kanak-kanak berkembang dengan sifat yang sempurna, pendidikan yang menjurus kepada cara untuk memlihara emosi yang baik perlu ada dalam kurikulum yang diajarkan. Sebahai contoh, mengajar mereka membentuk jati diri melalui penerapan nilai-nilai murni yang boleh diajarkan sama ada secara formal atau informal. Penekanan terhadap nilai-nilai murni dalam pendidikan di sekolah mampu melahirkan seorang individu yang mempunyai mental yang sihat.

Ciri-ciri Kanak-kanak Berumur 3-4 tahun


Perkembangan Emosi I. Boleh menunjukan perasaan kasih sayang dengan kata-kata II. Mula menunjukkan perasaan malu III. Mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan IV. Memahami perasaan prang lain dan tahu memberi respon yang betul V. Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dgn bantuan dan bimbingan orang dewasa

Aspek Sosial
Perkembangan askpek ini merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata, Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanakkanak mempelajari tingkah laku sosiao atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai dan adat yang dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dna budaya.

Perkembangan Sosial
Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian dari[ada masyarakat Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Boleh bekerjasama semasa bermain, menunggu giliran dan berkongsi mainan Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri

Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.

Contoh Permainan Yang Mempunyai Semua Aspek Perkembangan

Permainan Puzzle
FIZIKAL : Meningkatkan perkembangan motor halus kanakkanak SOSIAL : Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanakkanak Belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila menghadapi kesusahan

EMOSI : Belajar mengawal emosi ketika bermain. Kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan permainan akan berasa gembira manakala kanak-kanak yang tidak berjaya akan berasa kecewa. KOGNITIF : Kanak-kanak perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah. Meningkatkan kemahiran pembentukan

Permainan Tanah Liat


FIZIKAL : Meningkatkan kemahiran motor halus kanakkanak. SOSIAL : Kanak-kanak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya. Belajar menyelesaikan masalah Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru kanak-kanak lain.

EMOSI : Meluahkan emosi melalui permainan ini. Belajar cara meregulasi emosi semasa bermain. KOGNITIF Mengenal pelbagai warna. Meningkatkan daya kreatif kanak-kanak. Meningkatkan kemahiran berbahasa kanakkanak.

Anda mungkin juga menyukai