Anda di halaman 1dari 2

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN

AYAT MAJMUK: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI


MENENGAH RENDAH
NAMA NO. MATRIK
1. MOHAMAD AMIRUL SYAZWAN BIN MOHAMMAD D20161074326
2. MUHAMMAD YUSOFF BIN AB SAMAT D20161074392
3. MOHAMAD RAZIF BIN ISMAIL D20161074393
4. MUHAMMAD ADIB AZIM BIN MOHD ZAHARI D20161074439
5. MUHAMMAD HAZLI BIN MOHD SAIPUL BAHRI D20161074418

PENSYARAH: ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI

1.0 PENGENALAN
Istilah sintaksis berasal daripada bahasa Yunani iaitu sun yang bermaksud “dengan” dan tattein
yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Oleh itu, secara etimologi, sintaksis dapat
diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata
atau ayat”. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan
syntax dalam bahasa Inggeris (Ahmad Khair, 2003). Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010)
mendefinisikan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelimpik perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Bidang sintaksis
membincangkan unsur utama ayat terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya,
serta pembahagian subjek dan predikat.

Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifili dan Razali (2006) pula sintaksis
adalah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat; bagaimana kata disusun menjadi frasa dan
bagaimana frasa disusun menjadi ayat.

1.1 Tatabahasa Pedagogi

Menurut Abdullah Hassan (2008) tatabahasa adalah susunan perkataan yang menjadi ayat.
Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai
makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Tatabahasa pedagogi pula adalah
tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa dan ia berbeza daripada
tabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat dilihat apabila ia dibandingkan dengan
tatabahasa pegangan. Kita akan mendapati bahawa tatabahasa pedagogi bukan sahaja
mengandungi huraian rumus-rumus tatabahasa dan contoh, tetapi juga latihan-latihan bagi
mengajarkan dan mempelajari bahasa. Ini adalah kerana tatabahasa pegangan itu adalah
sebenarnya pedoman. Tatabahasa pedagogi pula adalah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Tatabahasa pegangan mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah. Tatabahasa pedagogi
mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai