Anda di halaman 1dari 16

E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan


beberapa pembolehubah, maka penyelidik akan cuba mempastikan
kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba
mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubahpembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi
berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka penyelidik akan cuba
membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut,
penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara
pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:
1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)
2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)
3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)
4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)
Pembolehubah bersandar:
Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan
tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak
bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang
faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang
disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar
juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh
warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah
bersandarnya adalah minat membeli. Bagaimana berpengaruhnya warna
merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut.
Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah
terhadap minat membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna
biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah
bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna
dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah
bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan
atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan
atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap


pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.
Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan
komitmen para pekerja dalam sebuah organisasi. Apakah pembolehubah
bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang
tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah
pembolehubah bersandar bagi kes di atas?
Pembolehubah tidak bersandar (bebas):
Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau
pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah
bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau
dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu
gejala yang diperhatikan.
Berdasarkan contoh di atas, warna adalah pembolehubah bebas yang
dapat dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap minat beli, misalnya
apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat membeli
pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang
mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau
negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan.
Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak
bersandar.
Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara
perbolehubah tidak bersandar (Warna motosikal) dengan pemboleh ubah
bersandar (Jumlah pembelian)
Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara
perbolehubah tidak bersandar (Promosi) dengan pemboleh ubah
bersandar (Jumlah jualan)
Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah
Bersandar
Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan
menggunakan lebih dari satu pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas

dan pembolehubah bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan


dicari perhubungannya.
Contoh 1
Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara gaya
kepemimpinan dengan motivasi pekerja
Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan
Pembolehubah bersandar: minat membeli
Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja,
misalnya gaya kepemimpinan yang autokratik akan memberi kesan kepada
terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan
yang bersifat demokratik.
Contoh 2
Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi
dengan jumlah jualan.
Pembolehubah bebas: Jenis promosi
Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan
Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan
jumlah jualan di organisasi tertentu.
Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):
Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang
sengaja dipilih oleh penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya
berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas pertama
dan pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana merupakan
pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh
penyelidik untuk mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah
hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.

Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat


membeli, penyelidik memilih pembolehubah penyederhananya ialah
harga. Dengan dimasukannya pembolehubah penyederhana harga,
penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua
pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah maka kehadiran
pembolehubah penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah
maka pembolehubah penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua
pembolehubah yang dikaji.
Contoh lain:
Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah
buku dengan kebolehan membaca.
Pembolehubah bebas: Jumlah buku
Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.
Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa
Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang
perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca)
dengan pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh
pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).
Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah
penengah. Ia mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara
pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.
Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik
perniagaan yang sedang mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan
ini sudah pasti akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat
kesimpulan yang salah.
Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText
Box: Kesan peningkatan keberkesan dengan adanya gaya pengurusan
yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya
pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh
pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar bila
terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa


kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu kumpulan dalam organisasi akan
meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun
sebenarnya akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan
mempengaruhi hubungan tersebut. Pembolehubah penyederhana tersebut
ialah gaya kepimpinan ketua dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan
bahawa pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama dengan
pembolehubah bebas pada masa yang sama.
Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)
Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan
pembolehubah-pembolehubah
konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan
penyederhana tersebut dapat dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh
ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan. Lain
halnya dengan pembolehubah pengacau yang mana pembolehubah
tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara konkritnya, pengaruhnya
tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan
antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh
kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan sebagai pembolehubah
yang secara teoritis mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang
diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi. Pengaruhnya
harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh pembolehubah bebas dan
pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.
Contoh:
Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi
mengerjakan tugas tersebut akan semakin meningkat
Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan
pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas
Pembolehubah pengacau: proses belajar
Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar
tertarik terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya
akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun

demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu
sendiri sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan
tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang
baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.
Contoh 2:
Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan
Pembolehubah bebas: layanan yang baik
Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan
Pembolehubah pengganggu: kualiti produk
Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi
terhadap pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi
hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan.
Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan
jika kualiti produknya rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut
memberikan layanan yang baik kepada pelanggannnya. Ketika seorang
pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada bahagian
tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.
Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan
dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana
pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan
mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi,
pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul
daripada kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi
kreatif timbul daripada kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di
mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam
bidang-bidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan
organisasi. Oleh itu, pembolehubah campurtangan akan timbul dalam
masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian dalam sumber tenaga
kerja maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan
akhirnya akan menyumbang kepada keberkesanan organisasi.
Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah
pembolehubah pengacau (intervening variable). Prestasi pekerja akan

meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri
memberikan motivasi untuk bekerja kuat.
Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah
Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.
Contoh Kes
Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubahpembolehubah bebas (umur, peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja,
jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap pembolehubah bersandar
(Komitmen terhadap organisasi)
Contoh 2: Diagram Kerangka Teori
Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah
pengacau dan pembolehubah penyederhana dalam sebuah rajah
skematik.
Penerangan
Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang
selesa, gaji yang lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi
penghargaan diri seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga
pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja,
maka penghargaan diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun
peningkatan gaji bukanlah semata-mata boleh meningkatkan penghargaan
diri seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang lumayan adalah
dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman yang mana mereka dapat
mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan
menyebabkan pekerja itu gembira (intervening variable) maka akan
menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.
F) HIPOTESIS KAJIAN
Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk
hipotesis. Apakah hipotesis itu? Hipotesis adalah jawapan sementara
terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut,
hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji
atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis

membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis


memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubahpembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis kajian akan menentukan
sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.
Tujuan Pembentukan Hipotesis
1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang
dikaji.
Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian
masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah
didapati.
2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.
Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji
boleh dinyatakan dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta.
3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana
Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis
menentukan apa yang harus dilakukan, jenis data yang perlu diperolehi,
kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel.
Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus
digunakan, mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan serta
kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat
menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang
penyelidikan dari menjadi kabur.
4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.
Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi
menyelesaikan masalah. Hipotesis juga boleh memberi panduan
bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.
Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi


membolehkannya diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Di antara ciri-ciri
tersebut ialah:
a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas
dan tepat bukan sahaja membolehkan penyelidikan dilakukan dengan
sempurna malah memudahkan orang ramai memahami laporan sesuatu
penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada
beberapa hipotesis yang lebih khusus.
b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak
bertentangan dengan teori dan hukum yang ada. Sebagai contoh,
Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin
peningkatan jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang
tidak tekal dan tidak sesuai dengan pengetahuan yang ada.
c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan
hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas.
Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu
hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan
di sekolah-sekolah kerana kekurangan guru yang terlatih dalam bidang
komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.
Hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan
kerana sekolah tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi merupakan
hipotesis yang tidak mempunyai kuasa penjelasan kerana gagal
menjelaskan denagn logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran
memperkenalkan komputer dengan ketiadaan bekalan air di sekolahsekolah.
d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
Misalnya hipotesis penambahan masa belajar dan markat ujian1 Prinsip
Pemasaran tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubahpembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah
penambahan markat. Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkaan
hubungan sekiranya dinyatakan sebagai penambahan masa belajar akan
menambahkan markat ujian1 Prinsip Pemasaran.
e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama
ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang

bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan


maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.
JENIS HIPOTESIS
1. Hipotesis penyelidikan
2. Hipotesis operasional dan
3. Hipotesis statistik.
Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam
bentuk ayat.
Contoh:
Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja
Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan
Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional
yang mana pembolehubah-pembolehubah yang ada di dalamnya dapat
dioperasikan. Misalnya gaya kepemimpinan dioperasionalisasikan
sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi
pekerja dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan
pekerja ke dalam sesebuah syarikat. Hipotesis operasional dijadikan
menjadi ada dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan
hipotesa alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).
Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:
H0 :
Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap
kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke
dalam sesebuah syarikat
HA :

Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap


kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke
dalam sesebuah syarikat
Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam
bentuk angka-angka statistik sesuai dengan alat ukur yang dipilih oleh
penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke
dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai
berikut:
Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini
akan membuktikan H0 atau HA yang akan diterima. Jika HA diterima maka
H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara cara memberikan
arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya
kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat.
Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala
dibuat oleh penyelidik, iaitu:
a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut
sebagai ralat alpha (a).
b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut
sebagai ralat beta (b).
Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai
pelajar yang tidak mempunyai masalah di dalam membentuk hipotesis null
dan hipotesis alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan
hipotesis tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak
membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka teori yang telah
dibangunkan. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan
pengaruh perbezaan jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di
dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk hipotesis
berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar.
Masalah lain yang mungkin timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di
mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana (moderating
variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan meletakkan
pembolehubah penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana
mempunyai hubungan secara langsung dengan pembolehubah bersandar
seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat


pembolehubah penyederhana (moderating).
Maksud Keertian
Keertian Statistikal
Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak
dalam pensampelan
Contoh:
Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata
masa kutipan akaun belum bayar adalah 50 hari dengan sisihan piawai 10
hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati
bahawa purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.
Keertian Praktikal
Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah
mahal kosnya dan memilih hanya 25 akaun dan di dapati bahawa purata
masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di
simpulkan bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?
Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan
melibatkan pembolehubah penyederhana (moderating).
Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang
salah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif di mana
dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.
CARA YANG BETUL:
H0 :
Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas
hubungan antara iklan dan jualan.

HA :
Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan
meningkatkan jumlah jualan.
CARA YANG SALAH:
H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.
HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.
EXERCISES
1. An applied researcher wants to increase the commitment of
organisational members in a particular bank. What would be the dependent
variable in this case?
2. A marketing manager wonders why the recent advertising strategy does
not work. What would be the dependent variable here?
3. List the variables in these exercises individually, and label them as
dependent or independent, explaining why they are so labelled. Illustrate
the relationships diagrammatically.
a. A manager believes that good supervision and training would increase
the production level of the workers.
b. A consultant is of the opinion that much benefit would accrue from buying
and selling at the appropriate times in a financial environment in which the
shares are volatile.
4. List and label the variables in these exercises and explain and illustrate
in a diagram the relationships among the variables.
a. A manager finds that off-the-job classroom training has a great impact on
the productivity of the employees in her department. However, she also
observes that employees over 50 years of age do not seem to derive much
benefit and do not improve with such training.

b. A visitor to a factory observes that the workers in the packing department


have to interact with one another to get their jobs done. The more they
interact, the more they seem to tend to stay after hours and go to the local
pub together for a drink. However, the women packers, even though they
interact with the others as much as the men do, do not stay late or visit the
pub after work hours.
5 Make up three different situations in which motivation to work would be,
respectively, an independent variable, an intervening variable and a
moderating variable.
6 List and label the variables in the following situation. explain the
relationships among the variables and illustrate these in a diagram. Failure
to follow accounting principles causes immense confusion, which in turn
creates a number of problems for the organisation. Those with vast
experience in bookkeeping, however, are able to avert the problems by
taking timely corrective action.
7 List and label the variables in the following situation. Explain the
relationships among the variables and illustrate them in a diagram. What
might be the problem statement or problem definition for the situation?
a. The manager of Haines Company observes that themorale of employees
in his company is low. He thinks that if the working conditions, the pay
scales and the holiday benefits of the employees are improved, morale will
improve. He doubts, though, that increasing the pay scales is going to raise
the morale of all employees. His guess is that those with good side
incomes will just not be `turned on' by higher pay. However, those without
side incomes will be happy with increased pay and their morale will
improve.
8 Develop a theoretical framework for the following situation after stating
what the problem definition of the researcher would be in this case.
A family counsellor, engaged in counselling married couples who are both
professionals, is caught in a dilemma. He realises that the focus of the
counselling sessions should be on both family satisfaction and job
satisfaction; however, he is not sure how job and family satisfactions can
be integrated in the dual-career family. Husbands, the traditional
breadwinners, seem to derive more job satisfaction as they get more

involved in their jobs and also spend more discretionary time on jobrelated
activities. This, however, does not seem to be true in the case of their
wives, who perform the dual role of career person and homemaker.
However, both husbands and wives seem to enjoy high levels of family
satisfaction when they spend more time together at home and help each
other in planning family-oriented activities.
9 Define the problem and develop the theoretical framework for the
following situation.
The probability of cancer victims successfully recovering under treatment
was studied by a medical researcher in a hospital. She found three
variables to be important for recovery. These were:
i. early and correct diagnosis by the doctor
ii. the nurse's careful follow-up of the doctor's
iii. instructions
iv. peace and quiet.
In a quiet atmosphere, the patient rested well and recovered sooner.
Patients who were admitted in advanced stages of cancer did not respond
to treatment even though the doctor's diagnosis was performed
immediately on arrival, the nurses did their best, and there was plenty of
peace and quiet.
10 For the theoretical framework developed for the Haines Company in
exercise 7, develop five different null hypotheses and the alternate
hypothesis for each null.
11 A production manager is concerned about the low output levels of his
employees. The articles he has read on job performance frequently
mention four variables as important to job performance: skill required for
the job, rewards, motivation and satisfaction. Several of the articles also
indicate that only if the rewards are valent (attractive) to the recipients will
motivation, satisfaction and job performance increase.
Given this situation:

a. Define the problem.


b. Evolve a theoretical framework.
c. Develop at least six hypotheses.
12. Retention of minority women in the workplace is becoming more and
more difficult. Not finding an influential mentor in the system who is willing
to help them, lacking the informal network with influential colleagues, a lack
of role models and a dearth of high visibility projects result in dissatisfaction
at work, and the minority women ultimately decide to leave the
organisation. Of course, not all minority women quit. Only those who have
the wherewithal (for example the resources and the self-confidence) to start
their own business leave the organisation. For the preceding situation,
define the problem, develop a theoretical framework and fornullate six
hypotheses.

Anda mungkin juga menyukai