Anda di halaman 1dari 1

Strategi Pengajaran Kanak-kanak Disleksia di dalam Bilik Darjah

Terdapat banyak teknik untuk mengajar anak-anak disleksia. Tidak semua murid disleksik
akan bertindak balas terhadap teknik yang sama, pentinguntuk guru-guru untuk
mempelbagaikan teknik mengikut kesesuaian dan tahap kebolehan kanak-kanak tertentu.
Berikut merupakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang boleh diaplikasi di
dalam bilik darjah.
Pendekatan Secara Individu
Pelajar disleksia sering mungkin telah 'gagal' dan ia adalah sangat penting bagi guru
untuk memulakan dengan bercakap, mendengar dan memberi perhatian kepada murid
mereka. Inimembolehkan guru lebih mengenali siapa murid mereka dan pada masa yang
sama dapat membina kepercayaan dan keyakinan murid disleksik yang sering
mempunyai estim kendiri yang rendah. Apabila murid berasa yakin, adalah mudah untuk
guru membimbing dan memberi sokongan dalam proses pembelajaran mereka.
Selain itu, penggunaan pendekatan yang berbeza dari sumber yang pelbagai dapat
meningkatkan motivasi murid untuk terus mahu belajar. Terdapat pelbagai program,
bantuan, pakej perisian dan kaedah lain yang boleh guru gunakan dalam pengajaran.
Pembelajaran harus melibatkan penggunaan pelbagai deria yang seperti mencari,
mendengar, bercakap, menyentuh dan lain-lain. Ini adalah kerana setiap murid adalah
berbeza dan unik yang mempunyai cara belajar yang berbeza.Berikut adalah contoh
aktiviti yang boleh dilaksanankan mengikut stail belajar murid.

Anda mungkin juga menyukai