Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 ISI KANDUNGAN 1

2 1.0 PENGENALAN 2-4

3 2.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP 5-6


PERKEMBANGAN PERSONALITI
4 3.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP 7–8
PERKEMBANGAN EMOSI
5 4.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP 9 – 10
PERKEMBANGAN SOSIAL
6 5.0 CARA UNTUK MEMBANTU GOLONGAN 11
BERMASALAH PENDENGARAN
7 5.1 PERANAN IBU BAPA 12

8 5.2 PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN 12 - 13

9 5.3 PERANAN RAKAN SEBAYA 13

10 5.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI 13 - 14

11 6.0 KAEDAH KOMUNIKASI BAGI GOLONGAN 14


BERMASALAH PENDENGARAN
12 7.0 RUMUSAN 15

13 8.0 RUJUKAN 16

1.0 PENGENALAN

0
Hallahan dan Kauffman (1991) mendefinisikan murid-murid bermasalah
pendengaran sebagai murid-murid yang tidak dapat mendengar pada satu-satu tahap intensiti
atau kekuatan bunyi. Murid-murid bermasalah pendengaran juga sinonim dengan murid-
murid yang mengalami masalah komunikasi social serta akademik. Menurut Mojuntin Ebin
(1997) murid-murid bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan
pertuturan dan bahasa. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat mendengar, bertutur
dan berfikir sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Pendengaran merupakan deria penting dan sumber asas bagi sesorang manusia itu
untuk berkomunikasi atau berhubung dalam menyampaikan maklumat atau sesuatu maksud
secara lisan. Dengan adanya pendengaran yang baik, maka sesuatu urusan penyampaian lisan
itu akan menjadi lebih mudah tanpa melalui halangan tertentu dan sebaliknya bagi individu
yang mengalami masalah pendengaran, kesukaran ini akan memberi impak yang negatif
dalam kehidupanya. Seseorang yang tidak dapat mendengar dikatakan mengalami kehilangan
pendengaran. Kehilangan pendengaran mungkin ringan, sederhana, teruk, atau mendalam. Ia
boleh menjejaskan satu telinga atau kedua-dua belah telinga, dan menyebabkan kesukaran
untuk mendengar bunyi perbualan atau bunyi yang kuat.

Masalah pendengaran ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu pekak dan
mengalami kesukaran dalam mendengar. Individu yang pekak ialah individu yang tidak
berupaya mengerti atau memahami segala bunyi di sekeliling mereka walaupun dengan
bantuan alat pendengaran. Individu ini juga tidak boleh menggunakan pendengaran sebagai
cara yang asas untuk memperoleh maklumat. Manakala individu yang mengalami kesukaran
mendengar adalah individu yang dapat memproses maklumat daripada bunyi di sekeliling
mereka dengan bantuan alat pendengaran.

Ketidakupayaan mendengar pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam


sekeliling adalah berkaitan dengan masalah psikososial yang memberi kesan terhadap fungsi
dan kualiti kehidupan seharian. Murid-murid pekak dan mengalami masalah pendengaran
bukan terdiri daripada satu kumpulan yang sama walaupun mereka mengalami masalah
pendengaran yang sama. Hal ini kerana tahap, jenis dan sebab-sebab kehilangan pendengaran
adalah berbeza dan ia menjadikan setiap murid bermasalah pendengaran berbeza antara satu
sama lain. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran ini juga selalu disalah anggap oleh
masyarakat di sekeliling sebagai seorang yang normal kerana ketidakupayaan mereka tidak

1
terlalu ketara berbanding mereka yang mempunyai masalah dalam penglihatan dan yang
terencat akal.

Tahap kehilangan pendengaran seseorang ditentkan mengikut keupayaan individu


tersebut mendengar kekuatan bunyi yang diukur mengikut urutan unit desibel (dB). Tahap
kehilangan pendengaran ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kurang pendengaran dan
pekak. Kehilangan pendengaran antara 27-70 dB adalah berada pada tahap kurang
pendengaran, manakala kehilangan pendengaran yang melebihi 71 dB adalah berapada pada
tahap pekak. Dalam hal ini, kurang pendengaran bermaksud seseorang itu berada pada tahap
pendengaran yang masih membolehkan seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan.
Manakala bagi individu yang berada pada tahap pekak, merujuk kepada individu yang
mempunyai masalah dalam mendengar dan memahami pertuturan.

Tahap kurang pendengaran terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kategori ringan,
sederhana dan sederhana teruk. Pada tahap ringan, tahap kehilangan pendengaran berada di
antara 27-40 dB. Mereka yang berada pada tahap ringan ini, masih mampu mendengar dan
memahami perbualan orang yang berbual dengan mereka. Namun begitu, mereka
menghadapi kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan dan jauh. Tambahan lagi,
mereka yang berada pada tahap ringan ini masih memerlukan bantuan dari segi terapi
pertuturan.

Pada tahap sederhana pula, mereka yang mengalami kekurangan pendengaran pada
tahap ini berada pada 41-55 dB. Mereka ini hanya mampu mendengar bunyi dengan jarak
diantara 1 hingga 1.5 meter daripadanya dan mereka masih boleh memahami perbualan orang
yang berbual dengan mereka. Namun begitu, mereka menghadapi kesukaran untuk terlibat
dalam aktiviti perbincangan memandangkan pihak yang berbual dengan mereka perlu
menekankan suara sedikit tinggi bagi membolehkan mereka mendengar dengan jelas. Mereka
yang bermasalah pendengaran pada tahap sederhana ini memerlukan alat bantuan
pendengaran dan terapi pertuturan bagi memudahkan mereka meningkatkan kefungsian diri
dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan seharian mereka.

Tahap sederhana teruk pula, adalah mereka yang mempunyai kekurangan


pendengaran di antara 56-70 dB. Mereka yang tergolong dalam tahap sederhana teruk ini
memerlukan alat bantuan pendengaran dan latihan pendengaran. Selain itu, mereka juga
memerlukan latihan pertuturan, dan komunikasi. Bagi sesiapa yang ingin berkomunikasi
dengan mereka, orang itu haruslah bercakap dengan kuat. Tambahan lagi, pertuturan murid-

2
murid ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengaran yang terhad
menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk mentafsir apa yang didengar.

Tahap kehilangan pendengaran pada kategori pekak pulak boleh dibahagikan kepada
dua iaitu teruk dan sangat teruk. Bagi mereka yang berada dalam kategori pekak yang teruk,
tahap pendengaran mereka adalah di antara 71-90 dB. Mereka hanya mampu mendengar
bunyi-bunyi yang kuat antara 0 – 30.5 sentimeter daripadanya. Mereka yang mempunyai
masalah pekak pada tahap teruk ini memerlukan pendidikan yang khas, alat bantu
pendengaran, latihan pertuturan serta komunikasi.

Bagi tahap pendengaran pada kategori pekak yang seterusnya iaitu sangat teruk.
Mereka yang berada pada tahap ini mempunyai tahap kehilangan pendengaran melebihi 90
dB. Pada tahap ini, mereka mengalami kesukaran untuk mendengar walaupun sesuatu bunyi
itu dibunyikan dengan kuat. Mereka yang mengalami masalah pendengaran pada tahap ini
juga memerlukan bantuan alat bantu dengar dan terapi pertuturan.

3
2.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP PERKEMBANGAN
PERSONALITI

Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu dan mencirikan


perbezaan antara setiap individu. Personaliti adalah sifat yang ada pada individu seperti cara
berfikir, beraksi, beremosi, persepsi dan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan
mental setiap insan. Personaliti berasal dari perkataan Latin “persona” yang bermaksud
topeng muka. Tafsiran kepada maksud topeng muka adalah kebanyakkan manusia ingin
menonjolkan perilaku yang baik dan menyembunyikan yang buruk. Menurut Gordon Allport
(1991), menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik dalam
jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku individu dan
penyesuaiannya dengan persekitaran.

Pada peringkat kanak-kanak, mereka yang mengalami masalah pendengaran,


terutamanya mereka yang berumur kurang daripada enam bulan, menghadapi kesukaran
untuk mempelajari kemahiran bahasa yang biasanya kanak-kanak normal belajar dengan
mendengar bahasa yang digunakan oleh ahli keluarga dimana ia akan turut memberi kesan
terhadap perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran turut mengalami kesukaran memahami kata-kata dengan
pelbagai makna. Sebagai contoh, perkataan bank boleh bermakna tepi arus atau tempat di
mana meletakkan wang. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai satu sifat yang sangat
introversi iaitu pemalu, sangat tenang dan sangat sensitif.

Kanak-kanak yang kehilangan pendengaran lebih fokus terhadap diri sendiri akibat
daripada kekurangan rangsangan luar. Rangsangan luar di sini bermaksud kurangnya
perhatian daripada masyarakat atau rakan-rakan di sekeliling. Akibat dari itu, mereka akan
menarik diri daripada interaksi rakan sebaya kerana ia memerlukan usaha yang lebih untuk
berkomunikasi atau semata-mata disebabkan oleh perasaan yang merasakan diri “berbeza”.
Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak sukar untuk mengekspresikan diri terutamanya
bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Oleh hal yang demikian, ibubapa dan pihak
professional haruslah lebih sensitif kerana mereka selalu tidak dapat menyatakan keperluan
dan perasaan mereka. Pihak tersebut harus memainkan peranan agar kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran dapat mengekspresikan diri mereka dengan lebih selesa.

4
Pada peringkat dewasa pula, mereka yang mengalami masalah pendengaran sejak dari
kecil lagi akan menggabungkan masalah ini ke dalam keperibadian mereka dimana mereka
beranggapan bahawa ia adalah sebahagian daripada siapa mereka dan identiti mereka. Oleh
hal yang demikian, mereka telah mengembangkan cara untuk mengatasi dan menguruskan
kehilangan pendengaran dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sangat berbeza
untuk orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran ini secara mengejut. Individu-
individu ini telah membangunkan keperibadian yang tidak menggabungkan kehilangan
pendengaran. Mereka mempunyai pekerjaan, keluarga, dan personaliti serta berkaitan dengan
aspek kehidupan mereka seperti yang ditetapkan. Apabila kehilangan pendengaran ini
berlaku, ia adalah pengalaman yang sangat membingungkan. Orang dewasa yang cacat
menyatakan bahawa kehilangan pendengaran mereka telah meragut pemahaman tentang
identiti mereka dan sering memulakan krisis identiti. Mereka menunjukkan kemurungan dan
reaksi "reaktif" sebagai tindak balas terhadap situasi yang biasanya berlaku. Orang dewasa
yang cacat akan sering meratapi kehilangan pendengaran mereka melalui lima tahap oleh
Kubler-Ross iaitu penolakan, kesedihan, kemarahan, tawar-menawar, kemurungan, dan
penerimaan.

Individu dewasa yang mengalami masalah pendengaran kurang percaya diri dan
mempunyai rasa bimbang dan sedih yang berlebihan dan merasakan diri mereka mempunyai
kekurangan dan terlindung dari pandangan orang lain. Mereka bimbang tentang kehilangan
hubungan atau pekerjaan yang penting atau dianggap tidak cekap. Masalah kerosakan
komunikasi akan muncul dalam gejala fizikal seperti ketegangan, keletihan, dan gejala
psikologi. Orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran ini dianggap mempunyai
ciri-ciri keperibadian seperti lebih bergantung, kurang yakin, kurang komunikasi, pasif,
egosentris, dan lebih agresif daripada orang tanpa kecacatan deria.

5
3.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP PERKEMBANGAN
EMOSI

Emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu
perkara, objek, orang atau keadaan yang bertindak sebagai ransangan kepada perasaan emosi.
Emosi juga akan ditonjol keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
Menurut Lefrancois emosi adalah perasaan, psikologikal (jiwa) dan fisiologikal (kehidupan),
dalam tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara yang berkaitan keperluan dan
kehendak peribadi seseorang individu. Di sini membawa maksud cara seseorang bereaksi
atau memaparkan reaksi emosi terhadap keperluan dan kehendak dirinya sendiri.

Bagi kanak-kanak, masalah pendengaran ini turut memberi kesan terhadap


perkembangan emosi mereka. Antara implikasi dari permasalahan ini adalah, kanak-kanak ini
sering merasakan perasaan terasing, tanpa kawan dan tidak berpuas hati di sekolah,
terutamanya apabila sosialisasi mereka dengan kanak-kanak lain yang tidak mengalami
gangguan pendengaran adalah terhad. Kanak-kanak ini juga berisiko merasakan harga diri
yang rendah walaupun menerima bantuan alat pendengaran kerana perbezaan dari kemahiran
komunikasi, penampilan fizikal dan kematangan sosial. Apabila sesetengah kanak-kanak ini
memakai alat bantu pendengaran, sudah tentu rakan di sekeliling akan memandang pelik
kearah murid tersebut kerana penampilanya yang berbeza dan menyebabkan murid tersebut
terkenal dengan keanehan penampilanya.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran ini turut menunjukkan konsep


kendiri yang negatif dimana mereka malu dengan ketidakupayaan yang dimiliki, menganggap
diri tidak pandai dan menyebabkan mereka gagal untuk menunjukkan kekuatan yang ada
pada diri sendiri. Secara amnya, murid bermasalah pendengaran ini boleh belajar secara dan
normal dan melakukan pencapaian yang mungkin lebih dari kanak-kanak normal yang lain,
akan tetapi disebabkan kecacatan yang dialami, mereka merasakan ia sebagai satu halangan
untuk mereka melangkah mara ke hadapan.

Pada peringkat dewasa pula, kehilangan pendengaran akan memberi kesan langsung
kepada kesihatan mental. Kemurungan dan gangguan pelarasan boleh berlaku sebagai tindak
balas semula jadi terhadap kehilangan pendengaran dan kesan seterusnya terhadap kualiti
hidup. Hal ini kebanyakkanya terjadi kepada orang dewasa yang mengalami masalah
pendengaran secara mengejut contonya melalui kemalangan, penyakit dan sebagainya.

6
Seterusnya, mereka akan mempunyai perasaan tidak mencukupi, bodoh, janggal, malu,
berbeza atau tidak normal sebagai beberapa emosi negatif yang melanda orang dewasa yang
kehilangan pendengaran terutamanya apabila keadaan itu menampakkan diri mereka dengan
cara yang tidak menyenangkan. Cara yang tidak menyenangkan di sini bermaksud, situasi di
mana mereka terlihat cacat dan memerlukan simpati orang lain.

Selain itu, orang dewasa yang kehilangan pendengaran biasanya membawa stigma
sosial sebagai menyusahkan, perlahan dan meletihkan. Jika seseorang yang sukar mendengar
berprasangka sedemikian, mereka akan merasakan kejatuhan harga diri yang teruk. Justeru,
tekanan hidup akibat masalah pendengaran boleh menyebabkan banyak risiko iaitu
ketidakpercayaan, kesedihan kronik atau kemurungan, kegelisahan, kemarahan, pengasingan,
imej diri yang lemah, perasaan ketidakcekapan atau rasa terpinggir.

7
4.0 IMPLIKASI MASALAH PENDENGARAN TERHADAP PERKEMBANGAN
SOSIAL

Sosial merujuk kepada segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Dalam hal ini,
golongan yang mempunyai masalah pendengaran mempunyai tahap sosialisasi yang berbeza
daripada masyarakat normal. Hal ini adalah kerana wujudnya jurang perbezaan yang
disebabkan oleh ketidakupayaan golongan bermasalah pendengaran untuk mendengar dengan
sempurna. Antara implikasi masalah pendengaran terhadap perkembangan sosial golongan
bermasalah pendengaran di sekolah ialah pelajar yang mempunyai masalah pendengaran ini
sukar untuk mendapat kawan, mereka juga sering berasa terasing dan menyendiri di sekolah.
Selain itu, pelajar yang mempunyai masalah pendengaran juga sering menunjukkan tingkah
laku yang pasif dengan rakan mereka yang normal.

Mereka sering berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar


normal sekiranya pelajar bermasalah pendengaran ditempatkan di sekolah inklusif. Pelajar
bermasalah pendengaran ini lebih suka untuk berinteraksi dan bergaul dengan rakan mereka
yang juga mengalami masalah pendengaran. Hal ini adalah kerana pelajar bermasalah
pendengaran menggunakan bahasa isyarat yang telah diajarkan kepada mereka. Golongan
bermasalah pendengaran ini sukar untuk berinteraksi dan bergaul bersama pelajar normal
adalah disebabkan pelajar normal tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan bahasa
isyarat seperti Bahasa Isyarat Malaysia atau Kod Tangan Bahasa Melayu. Oleh itu, golongan
bermasalah pendengaran mempunyai masalah untuk bersosial dan bergaul dengan
masyarakat normal. Tambahan lagi, pelajar bermasalah pendengaran sering menganggap diri
mereka tidak pandai dan akan menyebabkan kegagalan jika mereka menonjolkan kelebihan
yang ada pada diri mereka sendiri.

Implikasi masalah pendengaran terhadap sosial golongan bermasalah pendengaran


dalam kalangan masyarakat pula ialah golongan bermasalah pendengaran ini mempunyai
keyakinan diri yang rendah. Mereka mudah berasa malu dengan ketidakupayaan yang
dimiliki. Mereka juga sering menjauhkan diri daripada berada dalam kelompok masyarakat
yang ramai. Hal ini adalah kerana, golongan bermasalah pendengaran ini mempunyai
masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Selain itu, disebabkan oleh
kemahiran komunikasi yang terhad, golongan bermasalah pendengaran ini sering mengelak
daripada berinteraksi dan bersosial dengan masyarakat normal. Menurut Ramakrishnan
(2007), pekerja dari golongan orang kelaianan upaya (OKU) terpaksa berhadapan dengan

8
persepsi dan sikap negatif majikan. Hal ini boleh menyebabkan keyakinan diri yang rendah
dalam diri golongan bermasalah pendengaran.

Selain itu, menurut Tiun, Lee & Khoo (2011) menyatakan bahawa majoriti majikan
didapati mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sangat terhad terhadap golongan
masalah pendengaran sehingga menyebabkan mereka tidak mahu menggajikan pekerja
daripada kalangan mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Tambahan lagi, menurut
Tiunet (2011) persekitaran kerja yang tidak mesra OKU menjadi halangan yang besar kepada
golongan bermasalah pendengaran untuk bersaing bagi mendapatkan tempat dalam industri
dan pasaran kerja.

9
5.0 CARA UNTUK MEMBANTU GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan berkeperluan khas bermasalah


pendengaran perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan menguasai sesuatu kemahiran
dalam sesuatu bidang kerjaya yang ingin diceburi. Oleh itu, golongan OKU perlu
meningkatkan kualiti dan imej kendiri mereka. Golongan bermasalah pendengaran juga
seharusnya menunjukkan sikap bertanggungjawab, sentiasa merebut peluang untuk maju,
tidak mudah tersinggung dan malu. Golongan ini juga perlu berusaha supaya sentiasa
produktif, berdisiplin, dan mampu mengubah sikap supaya tidak sentiasa menyerah kepada
takdir.

Golongan bermasalah pendengaran ini seharusnya meningkatkan keyakinan diri


dengan menunjukkan kemahiran dalam sesuatu bidang yang telah dikuasai sama seperti
orang lain. Mereka juga perlu bersikap lebih berani dan terbuka dalam membuat keputusan
bagi menerima cabaran baru jika ingin meraih kejayaan. Individu dalam kalangan
berkeperluan khas (masalah pendengaran) yang masih berada di alam persekolahan perlu
sentiasa positif dalam mengharungi kehidupan. Golongan ini boleh menyertai pelbagai kursus
yang ditawarkan bagi mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai dan
diminati untuk bersaing dalam alam pekerjaan. Kemahiran sosial sewajarnya didedahkan
kepada pelajar bermasalah pendengaran supaya mereka dapat mengetahui cara untuk
berhubung dengan seluruh warga kerja yang akan berhubungan dengan mereka pada setiap
masa.

Kemahiran sosial yang dapat diterapkan kepada pelajar bermasalah pendengaran


adalah berkaitan dengan kemahiran mengikut arahan, menerima kritikan, meminta bantuan
apabila perlu, dapat bekerjasama dengan rakan sekerja dan kemahiran berinteraksi dengan
pelanggan. Golongan ini juga perlu melibatkan diri dalam masyarakat bagi meningkatkan
tahap kemahiran sosial sebagai persediaan mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Jika
interaksi ini lebih banyak dilakukan, maka mereka akan lebih mahir dalam proses sosialisasi
(Zinaida, 2006)

10
5.1 PERANAN IBU BAPA

Antara cara yang boleh dilakukan bagi membantu golongan bermasalah pendengaran
ialah, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan yang
berkesan kepada anak mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Pendidikan seperti
Program Pendidikan Khas Integrasi telah disediakan untuk pelajar khas bermasalah
pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi ini telah diwujudkan di sekolah menengah
dan sekolah vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

Di rumah, ibu bapa haruslah sentiasa memberi peneguhan positif terhadap tingkah
laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan
membantu mereka untuk mengani tingkah laku yang negatif. Hal ini bagi membantu mereka
mewujudkan tingkah laku positif supaya mereka dapat bergaul dengan masyarakat normal.
Ibu bapa dan keluarga seharusnya memberikan sokongan dan dorongan yang padu kepada
anak-anak yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini bagi membantu mereka
meningkatkan keyakinan diri dengan lebih berkesan.

5.2 PERANAN MASYARAKAT DAN KERAJAAN

Konsep masyarakat penyayang perlu direalisasikan agar individu berkeperluan khas


bermasalah pendengaran dapat berintegrasi dengan ahli komuniti secara positif dan dapat
meningkatkan jaminan kehidupan yang lebih berkualiti dalam kehidupan bermasyarakat.
Selain itu, Persepsi masyarakat dan majikan perlulah diubah bagi memberi peluang kepada
golongan bermasalah pendengaran untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan
berdasarkan keupayaan mereka. Hal ini kerana, golongan bermasalah pendengaran masih
mampu melakukan pekerjaan walaupu mereka menghadapi masalah kehilangan pendengaran.
Melalui pendidikan yang diterapkan kepada mereka, sudah pasti mereka mampu berbakti dan
menyumbang sesuatu kepada negara.

Oleh itu, bagi membantu golongan bermasalah pendengaran, kerajaan telah


memperbanyakan pusat-pusat latihan kemahiran dan vokasional untuk golongan kelainan
upaya selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Hal ini kerana kerajaan yakin
bahawa golongan OKU juga mampu memberi sumbangan kepada negara sekiranya mereka

11
diberi peluang menjalani latihan kemahiran yang berterusan dan teratur (Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2008).

5.3 PERANAN RAKAN SEBAYA

Bimbingan daripada rakan sebaya sangat penting bagi membantu pelajar yang
mempunyai masalah pendengaran untuk meningkatkan keyakinan diri dan bergaul dengan
pelajar normal. Dalam hal ini, rakan-rakan sekolah yang normal haruslah menunjukkan minat
untuk berinteraksi dengan pelajar yang mempunyai masalah pendengaran. Apabila pelajar
normal menunjukkan minat terhadap pelajar bermasalah pendengaran, sudah tentu pelajar
bermasalah pendengaran berasa lebih yakin untuk bersosial dengan pelajar-pelajar normal.
Selain itu, pelajar normal juga boleh mempelajari bahasa isyarat dengan pelajar yang
bermasalah pembelajaran atau mengambil inisiatif sendiri untuk mempelajari bahasa isyarat.
Hal ini bagi memudahkan pelajar normal berkomunikasi dengan pelajar bermasalah
pendengaran.

5.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI

Penggunaan teknologi juga dapat membantu golongan bermasalah pendengaran dalam


menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Sebagai contoh, guru-guru pendidikan
khas bermasalah pendengaran harus diberi latihan mengenai kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi. Tambahan lagi, guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran juga
perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai teknologi dalam pendidikan. Hal ini supaya,
guru pendidikan khas bermasalah pendengaran boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk
membantu mereka dalam mendidik pelajar dengan lebih efektif

Guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran juga boleh mendidik pelajar


bermasalah pendengaran dengan menggunakan alat-alat teknologi seperti alat bantu
pendengaran dengan betul agar individu bermasalah pendengaran dapat menggunakan alat
bantu pendengaran sepenuhnya. Selain itu, penggunaan telifon bimbit, komputer, teknologi
koklea implan, mesin faks dan sebagainya haruslah digunakan dan dipraktikkan dalam
kehidupan seharian golongan bermasalah pendengaran ini. Hal ini bagi membantu golongan
bermasalah pendengaran terhadap penggunaan teknologi dan dapat membantu kerja seharian
mereka.

12
Seterusnya, alat bantu mengajar seperti model tangan bahasa isyarat, CD pendidikan
dalam bentuk bahasa isyarat dan sebagainya juga boleh diketegorikan sebagai teknologi
dalam pendidikan. Penggunaan alat bantu mengajar ini mampu membantu proses
pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

6.0 KAEDAH KOMUNIKASI BAGI GOLONGAN BERMASALAH PENDENGARAN

Komunikasi memainkan peranan yang penting untuk memperoleh dan menguasai


kemahiran bahasa. Bagi manusia normal, komunikasi yang digunakan adalah komunikasi dari
segi pertuturan. Namun begitu, bagi golongan bermasalah pendengaran, agak sukar bagi
mereka untuk mendengar. Hal ini adalah berkaitan dengan dengan kerosakkan pendengaran
yang dialami. Disebabkan tidak dapat mendengar, mereka juga sukar untuk berkomunikasi
menggunakan pertuturan disebabkan mereka tidak dapat mentafsir bunyi-bunyi yang
didengari dan sukar untuk mereka mengeluarkan bunyi bahasa.

Namun begitu, mereka boleh menggunakan kaedah lain untuk berkomunikasi.


Antaranya ialah, kaedah lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi menyeluruh
dan pertuturan isyarat kiu. Kaedah pertama yang boleh digunakan oleh golongan bermasalah
pendengaran ialah kaedah lisan auditori. Kaedah ini megajar mereka bermasalah pendendaran
untuk mendengar dan bertutur. Kaedah ini menggunakan saki-baki pendengaran mereka
dengan bantuan daripada alat bantu pendengaran dan penggunaan deria seperti penggunaan
deria sentuh. Kaedah lisan auditori ini menekankan kaedah membaca gerak bibir dan tidak
menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari. Kaedah ini juga menggunakan implikasi bunyi
untuk memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur mereka.

Kaedah bacaan bibir pula ialah kaedah yang menekankan penggunaan penglihatan
sepenuhnya. Dalam hal ini murid-murid pekak perlu sentiasa melihat bibir penutur dengan
tepat agar mereka memahami maksud atau arahan yang hendak disampaikan. Oleh itu,
penutur perlu berada di tempat yang terang dan jelas agar murid-murid yang mempunyai
masalah pendengaran ini dapat melihat gerak bibir penutur.

Seterusnya, kaedah bahasa isyarat harus diterapkan dalam diri murid bermasalah
pedengaran. Hal ini bagi membantu mereka berkomunikasi dengan lebih mudah. Di
Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan adalah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Kod
Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

13
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, masalah pendengaran membawa impak besar terhadap
perkembangan kanak-kanak. Pengesanan masalah pendengaran haruslah dilakukan seawal
yang mungkin supaya kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat menerima intervensi dan
rawatan awal. Namun begitu, sokongan dan kerjasama yang baik antara ahli terapi, ibu bapa
dan masyarakat sekeliling menjadi tunjang utama dalam keberkesanan intervensi yang
diterima. Tambahan lagi, sistem pendidikan perlu dipergiatkan supaya dapat menyokong
mobiliti sosial murid bermasalah pendengaran dengan menyediakan sokongan tambahan
kepada mereka. Oleh itu, bagi mencapai matlamat ini, kementerian haruslah menyediakan
lebih banyak sokongan dan program untuk membantu murid bermasalah pendengaran bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing dengan sepenuhnya.

Kita juga haruslah peka dan menyedari bahawa hidup ini bukanlah sesuatu yang tidak
boleh diubah. Oleh itu, langkah awal haruslah diambil bagi membantu mengurangkan
penderitaan yang mereka alami kerana “mencegah lebih baik daripada merawat”. Tambahan
lagi, ibu bapa dan guru haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap masalah
pendengaran ini supaya intervensi dan rawatan awal dapat diberikan kepada golongan
bermasalah pendengaran ini. Jika ibu bapa bersikap tidak mengambil berat, perkara ini boleh
mendatangkan kesan buruk kepada murid bermasalah pendengaran terutamanya terhadap
pendidikan, pertuturan dan tingkah laku mereka. Hal ini seterusnya akan merencatkan
perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan.

14
8.0 RUJUKAN

Mohd Zuri Ghani, & Aznan Che Ahmad. (2013). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Nurul Afiqah Sairi (2017, Julai) Persepsi Industri Hospitaliti Terhadap Golongan Pekerja
Berkeperluan Khas (Masalah Pembelajaran). Dimuat turun daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9583/1/NURUL_AFIQAH_SAIRI.pdf

Nurul Hariza Hamid (2012, Januari) Aspirasi Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Bermasalah
Pendengaran di Politeknik. Dimuat turun daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4167/1/NURUL_HARIZA_BINTI_HAMID.pdf

Erin M. Picou., Gurjit Singh., Huiwen Goy., Frank Russo4., Louise Hickson., Andrew J.
Oxenham., Gabrielle H. Buono., Todd A. Ricketts., & Stefan Launer (2018). Hearing,
Emotion, Amplification, Research, and Training Workshop: Current Understanding of
Hearing Loss and Emotion Perception and Priorities for Future Research. Trends in
Hearing, 22: 1–24

Merle Boerrigter., Anneke Vermeulen., Henri Marres., & Margreet Langereis (2018).
Personality Traits of Profoundly Hearing Impaired Adolescents with Cochlear
Implants – A Comparison with Normal Hearing Peers. Frontiers in Psychology, 9, 1-9

Mary Kaland and Kate Salvatore (2002, mac) The Psychology of Hearing Loss. Dimuat turun
daripada https://leader.pubs.asha.org/doi/full/10.1044/leader.FTR1.07052002.4
Debbie Clason (2014, April) Study finds personality changes in people with hearing loss.
Dimuat turun dari https://www.healthyhearing.com/report/51982-Study-finds-
personality-changes-in-individuals-with-hearing-loss

15

Anda mungkin juga menyukai