Anda di halaman 1dari 4

kepentingan pentaksiran dan penilaian disleksia

TOPIK 3 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1. Pengenalpastian masalah - Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. - Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar. - Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan segera. 2. Penempatan - Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan. - Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat perkhidmatan khusus. 3. Pemilihan strategi pemulihan - Strategi P&P yang berkesan seperti menggunakan BBM yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran. - Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif pembelajaran. - Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa. - Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran.

Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)


Mekanisme ujian saringan bagi murid tahun satu untuk mengenal pasti kebarangkalian murid mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Jabatan Pendidikan Khas. Pengoperasian ISD berlaku apabila menerima pencalonan daripada guru bahasa melayu dan juga ibu bapa. Mensyaratkan lima kriteria murid yang perlu dinilai iaitu: - Telah melalui alam persekolahan dengan mendapat pengajaran yang sesuai dan memuaskan untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan - Menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran 3M. - Murid ketinggalan secara umum dua tahun di belakang rakan sebaya dalam kemahiran 3M. - Mempunyai pencapaian prestasi yang rendah dalam ujian bagi mata pelajaran akademik. - Telah menjalani langkah-langkah pemulihan melalui Program Pemulihan dalam kelas atau Pemulihan Kelas. ISD terbahagi kepada tiga bahagian: A:Data asas murid seperti biodata, jantina, tahun persekolahan, keturunan, kedatangan ke sekolah, mengikuti program pemulihan khas (sedang atau tidak), pencapaian akademik, nama dan lokasi sekolah serta nama penilai. B:Berkonsepkan senarai semak (jawab secara ya atau tidak) mengandungi tiga elemen: i) kebolehan mengeja, membaca dan menulis (20 ciri) ii) keupayaan kognitif (20 ciri) iii) ciri spesifik disleksia (10 ciri) C:Pemarkahan yang akan diisi oleh penilai atau guru penyelaras. Penilai disyaratkan guru bahasa Melayu yang pernah mengajar murid tahun satu sekurangkurangnya enam bulan sebelum ujian ISD dijalankan. Jika didapati memenuhi lebih lapan ciri bagi elemen satu dan dua manakala memenuhi lebih empat ciri dalam elemen ketiga, maka murid terbabit berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Guru penyelaras akan menasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak mereka bersamasama surat lampiran ISD ke hospital atau mana-mana klinik untuk membuat penilaian lanjut merangkumi pemeriksaan ke atas pendengaran, penglihatan dan fizikal.

Masalah disleksia dan kaedah mengatasi


Disleksia Masalah Bahasa - Kesukaran dalam menamakan perkataan, salah sebut perkataan, mencampur adukkan perkataan, sukar menyebut perkataan berirama dan literasi, berkecenderungan menggunakan banyak perkataan untuk menerangkan sesuatu, pertuturan yang teragak-agak dan perlu mendengar sesuatu perkataan lebih kerap sebelum menggunakn dengan tepat dan konsisten (Ott 1997). Masalah Matematik - Lemah dalam penyelesaian masalah Matematik. - Kekeliruan terhadap tanda & simbol & suka menterbalikkan nombor yang sama. - Contohnya seperti berikut; 35-89-6 Kaedah Mengatasi Masalah Disleksia 1) Pendekatan multi sensori - Sebut, dengar, lihat, rasa, sentuh, seperti menulis atas pasir, membina bentuk huruf. 2) Pendekatan kerap mengulang - Melalui cara yang berbeza-beza untuk mengukuhkan fahaman dan ingatan. - Contohnya : mengajar perkataan bola dan mengulang perkataan ini. a) Ini bola. b) Ini bola saya. c) Bola ini bulat. 3) Pendekatan mengeja dengan melakar / melukis gambar - Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar dia tafsirkan kepada huruf-huruf awal. - Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. - Contoh cara ini digunakan: Perkataan yang perlu dieja ialah matahari. Bunyi huruf [m].....dia memilih mata [a]. api [t] . Tangga [a]..api [h] .hujan [a]..api [r]rambutan [i].ikan Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang perlu dieja; mata, api, tangga, api, hujan, api, rambutan, ikan.

[m] [a] [t] [a] [h] [a] [r] [i] Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, m a t a h a r i.

Anda mungkin juga menyukai